Friday, October 18, 2013

Assalamualaikum..
 
Subhanallah.. dah lama hajar tak update blog.. Naik bersawang blog Hajar.. Maaf.. Banyak perkara Hajar kena edit.. Hajar tak kuat seperti orang lain.. Bila orang condemn, ada masa Hajar akan down.. So, Hajar fikir balik, Hajar edit balik je la blog ni.. InsyaAllah Hajar akan kemas kini blog ni dalam masa terdekat.. Mungkin lepas ni akan kerap untuk berkarang...
 
Allahu Akbar... follower di FB semakin meningkat... Terima kasih kerana follow Hajar di FB.. nothing special about me.. saya manusia biasa.. Tiada keistimewaan.. Dalam ramai follower itu, Hajar percaya ada jugak yang memusuhi Hajar.. Maaf kalau terlalu direct, tetapi Hajar ada baca di comment seperti Berita Terikini, oh! Media, kritikan yang agak melampau, dan Hajar ingat beberapa orang.. (InsyaAllah tak silap..) tiba-tiba dalam FB Hajar comment menyokong Hajar.. alamak... mana satu ni.. hihihi.. ok ok.. tak pe.. Hajar tak ambil hati pun..
 
Pasal orang tuduh buat hidung pun, Hajar rasa dah Hajar perjelaskan yang Hajar tak buat hidung.. Hajar buat surgery dalam nose Hajar.. ada blockage & ada tulang yang perlu dibuang sebab block untuk Hajar bernafas.. Hajar kena pneumonia balik umrah last year.. almost a month di ward, so since itu, Hajar dapat asthma.. Asthma bertambah teruk bila haze yang lepas.. Pi hospital, ada blockage jugak.. Alhamdulillah.. selesai surgery, dan asthma pun berkurang.. Thank you Allah!!!
 
Tentang surat Hajar kepada PM. Ramai yang bertanyakan ada feedback ke tidak? Alhamdulillah.. pihak IPPBM sedang mengkaji semua nya.. Korang jangan la condemn "asyik mengkaji je!!"... Please.. Bagilah pihak tertentu menjalankan tanggungjawab.. Hajar yang tulis pun, tak ada Hajar cakap bukan-bukan.. ada korang nampak? Tak ada kan.. kalau kita nak orang hormat kita, kita hormat orang dulu.. Boleh kan?? Sabar ok.. Doa banyak-banyak..
 
Tentang mesej-mesej di inbox.. Hajar hanya mampu tersenyum.. Banyak sungguh nak dibaca.. Hahaha.. Tak terhabis.. tapi la ni dah settle baca cuma masih tak sempat nak reply... :)
 
Ada yang bertanya, Hajar kerja apa? Hajar penasihat usahawan.. :) kalau tengok di wall FB Hajar, Hajar banyak promote barang-barang usahawan.. :) kalau yang bukan usahawan Hajar pun, Hajar akan tolong... dun worry.. :) tu la.. pandai menasihat, diri sendiri tak nak buat business kan.. haha.. Hajar buat business eh!! Hajar buat business pavlova (home based)... yummeeehhh!! Ada beberapa tawaran kerja Hajar dapat tetapi Hajar fikir semula, bidang Hajar sekarang, Hajar sedang berjihad.. tapi tidaklah selama nya Hajar akan berada di sini... Hajar pun ada mission & vission...
 
Esok Hajar akan ke Paradigm Mall, Kelana jaya.. Hajar nak dengar talk & tengok iproperty.. menarik tu kan.. InsyaAllah.. Setelah lama tak keluar rumah, baru la ni nak berjalan-jalan.. release tension sebelum bertemu hari-hari kerja yang hectic... belajar tentang hartanah... :)
 
Ok la.. masih tiada idea yang menarik untuk berblog panjang.. ada je idea-idea, Hajar terus menulis... menulis ni kena dalam keadaan tenang.. tak tenang, karangan pun jadi celaru.... :)
 

Sunday, September 22, 2013

Surat buat Dato' Seri Najib Razak

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.


Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.


Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.
Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih

Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Thursday, September 19, 2013

Allahu Rabbi.. Diragut...

Allahuakbar.. Pengalaman yang tak akan dilupakan.. Saya diragut di Bukit Tinggi Klang... Hari ini saya ada site visit di Klang.. Company terakhir kami pergi terletak di rumah kedai.. Direction diberi kata nya di atas ambank, tetapi rupanya itu sekadar landmark sahaja.. Jadi saya dan Taufiq ke jalan raya untuk lihat board company tu, tanpa disedari motor dari belakang menarik handbag saya.. (Mindset saya sentiasa memikirkan kes ragut, jadi saya memang akan pegang handbag sekuat hati..) saya terjatuh dan terheret di jalan raya.. Nasib tiada kereta lalu.. kalau tidak pasti... Nauzubillah... 

Alhamdulillah, peragut gagal mendapatkan handbag saya... Cume kaki saya terseret, siku saya terkoyak dan tangan kanan saya bengkak.. Taufiq pun panic ketika itu.. Benda berlaku terlalu pantas... Terus ke klinik.. Terima kasih Dr. Fernandez bagi rawatan percuma.. 

Nasihat saya, walaupun handbag kita pegang kuat macam mana pun ia tetap mengundang padah.. Kerana apabila ditarik, ia akan menyebabkan kita terjatuh.. Jika pegang macam biasa, mungkin kita tidak jatuh tetapi si peragut boleh dapat handbag kita.. Mungkin lepas ni jalan raya di kanan kita, handbag disebelah kiri.. Jika jalan raya disebelah kiri, handbag disebelah kanan.. Tapi nak kena tak kira keadaan sebenarnya... Cuma apa yang berlaku pada saya menjadi ingatan kepada saudara mara saya dan kawan-kawan saya...

Kepada si peragut, saya doakan awak tak meragut lagi dan mencari pekerjaan yang halal...

Sunday, September 15, 2013

14 September....

14 September... Jikalau tahun lepas kami saudara mara berada di Jakarta... berbeza tahun ini.. kami bersama-sama berkumpul meraikan majlis perkahwinan kak Long.. berkata tentang perancangan Allah.. memang perancangan Allah itu cukup rahsia... 14 September 2012 saya sibuk mencari wedding lace untuk majlis perkahwinan saya yang sepatutnya pada tahun ini, manakala kak Long ketika itu tidak pun terfikir untuk mencari lace perkahwinan...  kita merancang, Allah menentukan... kak Long yang tidak ada angin ribut, tup tup mendapat berita untuk mendirikan rumahtangga.. Alhamdulillah... gembira sangat! Tetapi yang sepatutnya bakal mendirikan rumahtangga selepas raya, tidak kesampaian.. tersangkut di tengah jalan... perasaan sedih? Mana ada perasaan sedih lagi dah.. perkara dah lepas.. sekarang pun dah comfortable dengan kehidupan yang ada ni.. Alhamdulillah...

Tak pasti mungkin ramai masih tak tahu saya ni dah bebas dari “tahanan” seseorang.. maka pelbagai soalan ditanyakan.. Saya senyum dan hanya menjawab, “tak ada jodoh..” itu sahaja jawapan yang mampu diberikan.... apa lagi yang ingin dikata.. semua dah terjadi... 

Selesai kak Long dinikahkan, terserempak dengan cik Mimi.. mungkin saya orang pertama yang ucapkan cik Mimi Tahniah dapat menantu baru... Tak semena-mena cik Mimi terus peluk saya dan bisikkan “cik Mimi doakan hajar cepat jumpa jodoh hajar..” entah kenapa, hati saya terus sayu, bergenang airmata membasahi pipi.. Masih terasa bagaimana diperlakukan oleh seorang yang bernama lelaki.. terlalu kejam sehinggakan menjadikan saya manusia yang rendah harga diri.. membuatkan saya fobia... mungkin ramai yang melihat saya kuat tetapi hakikatnya saya tak kuat.. saya tak nak mereka melihat saya dengan pandangan sayu tetapi memandang saya dengan pandangan seorang wanita yang tabah...

Dan semalam jugalah banyak soalan diajukan bertanyakan bila lagi... fuuuhh.. payah sebenarnya.... bukan mudah untuk menjawab soalan mereka ini.. sudah dikatakan, ada jodoh nanti InsyaAllah saya akan jemput.. apakah jawapan ini masih tidak memadai? Mereka tak merasakan apa yang saya rasa.. kalau mereka ditempat saya, pasti mereka akan menjerit kesedihan.. tetapi saya tak melakukan seperti itu.... kerana saya percaya perancangan Allah itu lebih menarik daripada perancangan saya....

Alhamdulillah... semalam Allah masih memberi saya peluang untuk spend time dengan saudara mara saya.. itulah moment paling best... dan dirumah pulak, semua adik beradik berkumpul setelah 3 tahun... kecuali abang ngah tak ada kerana di MRSM Langkawi...  Saudara-mara saya sentiasa memberi semangat kepada saya, bukan mereka sahaja bahkan kawan-kawan saya juga... Alhamdulillah..


Ok la.. Cik Mimi invite ke rumah dia ni.. ada ngeteh-ngeteh bersama keluarga besar... semua akan berkumpul sekali lagi.. weee... bye!!!!

Sunday, September 1, 2013

Kesinambungan CINTA SEORANG WANITA

Kesinambungan dari Cinta Seorang Wanita..

Masa berlalu begitu pantas…  si dia akhirnya bertemu dengan pemilik tulang rusuk… hati yang gembira.. sentiasa bersenyum.. tetapi kali ini berbeza dengan sebelumnya.. jika sebelum ini, kasih sayang diberi sepenuhnya tetapi kali ini dikurangkan.. tidak mahu dikecewakan lagi kata nya… cukup masa lampau mengajar erti perit…

Persetujuan antara 2 keluarga, akhirnya si dia bertunang dengan lelaki yang kini bertakhta dihatinya..  wanita mana tak gembira walapun mereka dalam keadaan mereka ketika itu dah mula bergolak… tetapi dia percaya Allah pasti membantu nya..  hari demi hari… sebulan setengah berlalu.. jarang berjumpa.. jarang bermesej.. apatah lagi bertelefon.. langsung tidak pernah.. Suatu hari, si tunang nya mesej untuk bertemu.. hati nya gembira…

Hari yang dinantikan telah tiba.. bertemu ditempat yang dijanjikan.. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.. kata-kata yang keluar dari mulut si tunang nya membuatkan si dia tergamam.. airmata mengalir tanpa henti… “kalau u dah ada lelaki lain, please let me know.. I akan bagitau my family…” apakah semua ini??? Si dia hanya membalas, “I masih tunang you.. I tak kan mencari lain selagi you tak lepaskan I.. haram hukumnya seorang wanita yang telah bertunang tetapi berkawan dengan lelaki lain…” pertemuan yang betul-betul menikam diri dia… sepanjang perjalanan pulang, meraung, menjerit… ya Allah!! Kenapa aku diduga seperti ini ya Allah????

Dirahsiakan dari pengetahuan keluarga…  Hanya keluarga si tunang diberitahu… beratnya hati nya hanya Allah yang tahu…  dalam kesedihan yang teramat, Allah memberikan sedikit ketenangan.. membawa diri ke sebuah negara Islam yang diidamkan dari dulu.. Hadiah 10 hari dari Allah itu cukup bermakna.. ketenangan yang dicari tercapai… Pulang dengan hati yang gembira… ketika keluar makan bersama, si tunang nya nampak mesra.. bergelak ketawa.. seperti  tiada apa yang berlaku… peluang semakin cerah untuk memperbaiki perhubungan… getus hati si dia… setelah beberapa hari… tiada angin tiada ribut, si tunang berubah.. berubah seperti sediakala..di  marah.. di jerit..diperkata bukan-bukan… apabila di tanya si tunang tidak menjawab, yang tahu hanya diam sahaja.. apakah pengakhiran hubungan ini… “ya Allah.. aku diduga lagi…”

“ting..ting..” mesej berbunyi…. “salam.. sihat? Nak tanya, tunang dah ada gf baru ke?” hp ditangan si dia terlepas… badan menggigil.. mulut tergamam seribu bahasa… apakah yang dibaca ini? “nampak kat mana? Dengan siapa?”…. “dia baru keluar wayang dengan seorang perempuan.. ni dekat the curve ni…” rasa nak pitam… “ya Allah!! Aku masih tunang engkau!! Kenapa kau buat aku macam ni??!! Kenapa kau tak lepaskan aku sahaja??!!  Kenapa gantung tak bertali kau berikan pada aku!!” menangis tanpa henti.. menangis kerana dikhianati.. menangis kerana dipermainkan..  terus diambil wudu’ mendirikan solat sunat 2 rakaat.. minta Allah kuatkan hati nya.. ujiannya… dugaannya… sungguh menyakitkan..

Hatinya masih memberi peluang dengan harapan si tunang dapat membuka hati… walaupun dia tahu bahawa ada yang cuba mencucuk si tunang dengan memburukkan si dia tetapi dia menganggap ianya satu cabaran.. doa tidak lekang dari mulut nya..

hari demi hari.. bertukar bulan.. berapa lamakah perlu diabaikan seperti? Apabila di mesej, pasti tiada jawapanya… “bila u nak bagitau family u yang u nak putus??” pasti dia senyap… huh!! Ya Allah.. kenapa semua ini berlaku.. kenapa ianya lagi teruk dari dahulu… apakah dosa ku sehingga kau menghukum aku seperti ini…  Setiap malam si dia bersujud berdoa supaya tunjukkanlah jalan.. apakah yang perlu dilakukan.. dia teringat kata-kata emak nya, “bulan Rejab dah dekat, puasa la setiap hari, doa puas-puas.. Bulan Rejab antara bulan yang baik.. jangan miss solat sunat tengah malam..  Malam 27 Rejab tu doa tak de hijab.. terus sampai ke Allah…” dia sahut cabaran…

Tak dinafikan si dia pun banyak silap nya.. antara kesilapan nya, minta advise dari sahabat baik si tunangnya.. rupanya kawan makan kawan… tikam belakang.. kata-kata yang disampaikan telah dipusing…  apa lagi.. mengamuk la si tunang nya… apabila diminta untuk terangkan, ditolak bulat-bulat.. malah dia percaya apa yang kawan nya kata kan.. ya Allah… sekali lagi….

Banyak sangat berkorban.. apa yang tidak disukai oleh tunang nya diubahnya bagi memuaskan hati si tunang.. tetapi si tunang tak pernah hargai apa yang dilakukan.. malah diperkata bukan-bukan terhadap nya… jiwa terseksa.. sangat!!! Tak ada siapa dapat membantu kecuali diri nya sendiri.. apa yang harus dia lakukan???

Satu hari si dia menerima mesej dari si tunang setelah sekian lama... itupun dimesej dari FB kerana tidak mahu si dia tahu no. hp baru si tunang nya... kejam nya engkau!! “kalau u sayang mama sangat, u kahwin la dengan abang I yang single tu..” antara kandungan di dalam mesej nya... Subhanallah! Kenapa kejam sangat???

27 Rejab tiba…  si dia mengambil kesempatan.. bersujud berdoa kepada Allah.. semoga dia mendapat petunjuk dari Allah… “Alhamdulillah.. dapat pun setiap malam bangun… Malam yang ditunggu pun dapat..”  dalam solatnya, sentiasa meminta kekuatan dan diberikan petunjuk dari Allah apa yang perlu dilakukan…. 
Pagi hari yang cerah.. 27 Rejab… Selesai menunaikan solat Subuh.. hatinya kuat mengatakan untuk memulangkan cincin...  diminta pendapat keluarga dan sahabatnya…  time off di apply dari boss nya untuk ke rumah si tunang nya... jantung bergetar... kehadiran tanpa diundang... diberi salam.. Mama memeluk erat si dia.. sayang yang teramat pada bakal menantu nya.. si dia mulakan perbicaraan.. si dia tidak mampu menyekang airmata lagi... menangis tanpa henti.. hati terlalu sedih.. memulangkan cincin pertunangan sedangkan bukan kehendaknya untuk melakukan nya.. Mama jangan cakap la... airmata deras keluar... pertemuan itu berakhir dengan pelukan erat dan ciuman dari mama...

“kerana percaya kawan, kau memandang serong kepada ku.. kerana si dia kau sisihkan aku.. kerana facebook, kau membuang aku.. kerana takut nama kau tercalar, gantung tak bertali kau berikan kepada ku..kerana perasaan benci kau terhadapku, kau memburukkan aku.. kau meminang aku dengan cara mulia, kau lepaskan aku dengan cara menghina..”

Sebulan setengah selepas pertemuan nya dengan mama, si dia mendapat khabar berita yang si tunangnya telah bertunang dengan seseorang dari keluarga berada... Hancur hatinya apabila mendapat tahu.. "Kenapa awal sangat engkau bertunang? Hina ke sangat aku sehingga kau menyakiti hati aku  seperti ini sekali...."

Sehingga hari ini si dia masih buntu.. jalan mana harus diikuti.. siapakah yang bakal menjadi sebahagian hidupnya.. apakah akan berlaku kepada nya... apabila bersendirian, mulalah airmata berjurai..  Ya Allah.. kuatkanlah hati nya..... Jangan ditanya apa-apa kepada si dia tentang kehidupannya... pasti airmata yang diberikan.....



IF YOU ARE SUFFERING FROM BROKEN HEART


Step 1: Accepting Allah’s Qadr

This has got to be one of the toughest tests of qadr. Love muddles your mind and when all you see are the good characteristics of someone it is difficult to see why it is not working out, especially if this is your first real love. How can this brother who is practicing his deen, has a nice beard, soft and caring be wrong for me? How can this sister who is attractive, fun and religious not be my perfect partner?

The key concept to remember here is: you do not know someone until you have lived with them for a substantial time. Even that person does not know what they are like and how they will react in certain situations. Just because you have these elated feelings of love does not necessarily mean this is the right person. Marriage is a struggle and people develop themselves and change with the experience. Only Allah knows your compatibility, only Allah knows what situations you will face and your reactions. Only Allah knows whether or not this marriage will bring you closer to Him or distract you from the real purpose in life. It is only Allah who knows. Have trust in Allah that He has made the right choice for you. For no matter how much this person claims their love for you or vice versa, know that no one can love you as much as Allah.

So firstly, make dua to Allah to ease your pain and help you be content with His qadr. The following is my favorite Hadith regarding qadr as it really fills you with the awe of Allah and His infinite wisdom.

“Allah `azza wa jall said: ‘Verily, from amongst My slaves is he whose faith cannot be rectified except by being inflicted with poverty, and were I to enrich him, it would surely corrupt him. Verily, from amongst My slaves is he whose faith cannot be rectified except by wealth and affluence, and were I to deprive him, it would surely corrupt him. Verily, from amongst My slaves is he whose faith cannot be rectified except by good health, and were I to make him sick, it would surely corrupt him. Verily, from amongst My slaves is he whose faith cannot be rectified except by disease and illness, and were I to make him healthy, it would surely corrupt him. Verily, from amongst My slaves is he who seeks worship by a certain act but I prevent that from him so that self-amazement does not enter his heart. Certainly, I run the affairs of My slaves by My Knowledge of what is in their hearts. Certainly, I am the All-Knower, All-Aware’.” [Tabarani]

Step 2: Awareness of the love-drug syndrome

An interesting study was conducted comparing drug users to people who claimed to be “madly in love”. They found that brain scans showed people who are in the first stages of love and people who are high on cocaine have the same areas of the brain stimulated while looking at a picture of their “beloved”. In other words, being in the first stage of love is similar to being high on drugs! With drugs, you are not in love with the powder itself – you are in love with the feelings that it gives you.

Similarly, the thing that we love is the special attention, the butterflies in the stomach, the acknowledgment that someone cares about us in a special way, looks at us in a special way, thinks about us in a special way – the constant day dreaming about the future and daily scenarios. So it is not that this person is perfect, it is that this person allows us to feel all these emotions which are addictive. In reality we are not in love with the person, we are in love with Love itself.

Being in love with Love explains how some people overlook major faults in their prospective spouse. I knew a practicing sister who wanted to marry someone who had a drug and alcohol problem. This was because in both cases these “faults” were discovered during the first butterfly phase of love and not before. Alhamdulilah, by the qadr of Allah the marriage did not take place, but it was due to circumstances, not because the sister had realised that they were not a suited match.

Awareness of this love-drug syndrome has two major benefits. Firstly, awareness is power and it breeds hope. Once you are aware that it is the feelings you are attached to, realise you can actually get them elsewhere. 

These feelings are not specific to this one person; you will get these feelings with your new, more suitable prospective partner – the one that Allah will put into your life at the right time insha Allah. Love clouds your mind and makes you think that you will not find this strong love and passion with anyone else. But this is simply not true. You will find this love to be even stronger and more passionate with the right person (the one that is written for you in the Lahw al Mahfooz).

The second benefit is knowing that just like a drug-user naturally has withdrawal symptoms when they stop, you too will naturally have withdrawal symptoms, and it will be difficult. Getting over someone is emotionally painful so don’t be too hard on yourself, validate your feelings and allow yourself time to heal. Know that this is common – nearly everyone goes through heartache at some point in their lives, and eventually recover with time.

As a side point: It is not a sin to fall in love; it is a natural emotion which the human species depends on! If you did sin in the process then repent to Allah, He is the Most Forgiving, Most Merciful. Love is a powerful emotion, which is why there are boundaries in Islam. If you have fallen outside those boundaries, repent and move on.

Step 3: Be proactive

Allow yourself time but also get proactive! Marriage is just one of the many aspects of your life; it is not the be all and end all of things. What are your aspirations? What do you want to achieve in your life? Write down a list of goals you want to achieve by the end of the month and get started on them right away. As Muslims, our continuous goal is striving to get closer to Allah, so working on your eman and your relationship with Allah must be included in some way. Focus your attention on moving forward rather than wasting time with something that “could have been”.

Step 4: Move on

In the spirit of being proactive, the last stage is to actively open your heart and mind to someone else. This could be difficult, as naturally comparisons will creep in, but again realise the fact that it has not worked out means that Allah has someone better suited for you. As illustrated in the famous Hadith of the birds:

“If you depend on Allah with due reliance, He would certainly give you provision as He gives it the birds who go forth hungry in the morning and return with a full belly at dusk.” [Tirmidhi]

Allah will provide for you but you have to get up and get moving again. Just like the birds, go out and seek. Make the effort on your part and leave the rest to Allah and His infinite wisdom.

Friday, August 30, 2013

Superb Movie!


10 Lazy Ways to Stay Slim

Its never easy to slim down to that desirable size, people usually do it the hard way but here are some tips and tricks for all you lazy coach potatoes who don’t wanna put too much effort into slimming down.
http://karmicmantra.com/files/2013/01/Eat-150x150.jpg
Indulge yourself:
Don’t deprive yourself from your favorite foods no matter how anti slimming they are, but enjoy them in healthy moderations and you are golden. More important that the food you eat are the portions you eat them in.

Don’t stuff, Satisfy:
You do not have to eat until every last bite is cleaned off of your plate. Your stomach is made up of smooth muscle and when you overeat, it will stretch out and your appetite will increase. You only want to eat until you’re satisfied, not until you are full. If you already have a large appetite, then it’s going to take a little bit more control at the beginning, but it is imperative that you decrease your portion sizes.

Know yourself:
If you can’t limit pick-able foods (chips, nuts, grapes, candy, etc.), then make sure you stick to single serving portions, such as handheld fruit, individually-wrapped hummus, nut or nut butter packets. Moderate what you eat and know how much you can take before it starts showing.

http://karmicmantra.com/files/2013/01/Salad-150x150.jpg
Salads and Soups:
These initial orders won’t completely satisfy you, but they will fill you up with low calories and leave less room for your main course, thus making sure you don’t become a glutton and overeat.

Don’t finish, while dining out:
When eating out make it a point not to finish the whole meal. These servings are made for 3 people instead of 2 (keeping in mind you are out on a date). So leave a little left over so you make sure that you are stuffing yourself to avoid wasting, you will be doing more damage than good if you polish it all off.

Hydrate yourself:
Hunger can often be confused for thirst. So if you’re feeling peckish late afternoon, ask yourself: how much water did I drink today? Dehydration can prompt hunger pangs, headaches, congested skin, and even constipation. So try to drink at least two litres of water per day. For an extra nutrition boost, try drinking green tea (rich in antioxidants), liquorice tea (to beat sugar cravings), or cinnamon tea (which regulates blood sugar levels).

Don’t eat in front of the TV:
How you eat determines to a large extent how much you eat. If you watch TV while eating lunch, you’re likely to snack more later in the afternoon. Appetite psychologists discovered this when they did an experiment with sixteen female students. Distraction increases our food intake. If you listen to music or watch TV while eating, you eat more. It seems that distraction delays the process of reaching satiety in the brain.

Have a small snack before partying:
The party snack is also the snack most likely to substitute for a meal, making variety and nutrition important. Rule of thumb is if you are in doubt, read the label. There is nothing wrong with enjoying a party snack or snacking before a party, just make sure you do it within reason. Try a handful of nuts or a piece of fruit so that you don’t show up ravenous and make poor decisions.
http://karmicmantra.com/files/2013/01/Snack-150x150.jpg

Be a part time Vegetarian:
Give your body a break from animal protein and mix things up. Go green once in awhile and see the difference it will make on your body and physical appearance.The key is getting the nutrients you need on your two no-meat days while also satisfying your hunger and pleasing your taste buds.

Whole grain over white:
This way, you don’t have to cut out carbs entirely. When put head-to-head with whole wheat bread, white is a nutritional lightweight. Whole wheat is much higher in fiber, vitamins B6 and E, magnesium, zinc, folic acid and chromium. So all the good stuff!

Kampung paling sejuk di dunia




OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.
Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.
Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.
Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.
Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.
Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. – Agensi

Wednesday, August 28, 2013

Surgery Lagi... Fuhhh!!

Hi... Baru bangun dari tidur... keadaan 2-3 hari ni tak mengizinkan la pulak... Last friday buat surgery dalam hidung.. ramai tanya, hidung tak cukup mancung ke sampai operate hidung... hajar jawab ini bukan mancung kan hidung tapi pendek kan hidung.. hahaha... after keluar dari ward last month, doct bagitau adalah baik untuk saya menjalankan pembedahan memandangkan di dalam hidung saya buat setakat block sahaja tetapi tulang hidung saya senget menyebabkan saya sukar untuk bernafas ditambah lagi saya baru je dapat asthma.. ramai kata, banyak sangat penyakit budak ni.. haishh.. nak buat camne.. Tuhan kasi.. tapi say a suka jawapan seorang sahabat saya... "untungnya kau... Tuhan bagi kau peluang untuk hapuskan dosa kau... Tuhan tak bagi aku peluang tu pun..." perbezaan jawapan seorang yang pada saya agamanya tinggi berbanding jawapan seorang yang bukan saya nak kata tak de agama tapi ilmu agama nya kurang... jangan marah! it's fact!!!! haha.. mesti ramai gam blog hajar lepas ni.. tapi tak kisah pun...

ok la.. pada mulanya surgery sepatutnya dilakukan pada 16/8/2013, tetapi memandangkan baru lepas raya dan 17/8 tu birthday saya, tak kan nak celebrate dalam ward pulak kan.. so, surgery ni dilakukan pada 23/8/2013.. kalau ditanya sakit ke tak, adoii.... tak tergambar sakit nya... dan paling sakit pada hari doctor mengeluarkan sponge dalam hidung.. ingatkan sponge comey.. sekali keluar dah rupa sponge basuh pinggan disumbat nya.. darah nya pulak??? jangan cakap la... semangkuk lebih untuk satu hidung... Subhanallah!! sakit yang teramat.. hingga ke hari ini masih bleeding.. berangan nak masuk kerja, tapi kalau saya masuk kerja jugak, maka cleaner dekat plaza sentral kena bersihkan darah saya dari KL sentral ke office la nampaknya.. bleeding yang sangat teruk buat masa ni.. mungkin juga kerana saya demam.. terlalu panas kan.. makan berpantang.. tapi sampai hari ni saya x dapat jelly gamat.. saya amat memerlukan jelly gamat sebab luka dalam hidung sangat la teruk.. huh!!

hari ni hari ke 6 operation tapi saya tak tau kenapa masih bleeding.. hopefully lepas ni ok la ek... tahun ke 3 saya tak dapat attend open house...

ok la... nak sambung rest jap... haha.. lepas sihat je... saya nak makan semua yang saya kempunan... 

ni la tulang hidung yang selamat dipotong.. bukan sikit-sikit punya dipotong.. adeeihh.. kemek hidung saya Doct!! 1st thing apabila keluar OT, terus rasa hidung tajam lagi ke tak.. hahaha.. 

Thursday, August 15, 2013

Wednesday, August 14, 2013


Assalamualaikum everyone.. wah sakan beraya naaa... saya?? macam ni la.. tak de beza dulu kini dan selama nya.. menjadi chef di hari raya... menu tahun ni?? hahaha.. berlainan sedikit dari tahun lepas tp tetap ada spaghetti.. dan saya rasa spaghetti saya this year tak berapa jadi dimata saya tapi sedap ditekak orang yang makan... saya pun tak makan!! errmm.. mungkin sebab membuat dengan tiada perasaan kot.. hahaha.. tak tahu la... ehh... saya tak dapat duit raya... tapi saya dapat birthday present.. dapat awal ok dari kawan saya... thanks mate! but still waiting birthday wishes from u babe.. on my birthday!! bukan a day before!!!!! :)
 
Ok.. kite teruskan topic pada hari ni... wahh.. nampak serius bebenor  nya kan.. tak serius pun.. tp it's about dignity.. maruah kita.. maruah orang lain.. jangan kita memandang orang lain terlalu rendah, kelak satu hari nanti dia akan lebih tinggi dari kita.. jangan terlalu membeza kan manusia antara 2 darjat.. engkau orang miskin, aku orang kaya, kerana di akhirat kain kapan putih saja yang dibawak.. Mak cakap saya diduga tapi saya kuat.. yup.. memang saya kuat.. ada sepupu saya yang cakap pada saya, tak pernah jumpa manusia yang boleh bergelak ketawa walaupun dalam hati tengah menangis... saya bagitau, apa saya dapat kalau saya sedih?? i didn't get anything.. i didn't lost anything but Allah safe me.... Alhamdulillah...
 
Saya sentiasa tanam dalam hati saya, jikalau saya bersedih, saya rasa terluka, saudara mara saya di syria lebih bersedih dari saya.. lebih terluka dari saya.. mereka kehilangan keluarga, teman tinggal, kehidupan mereka... maka kekalkanlah senyuman dibibir walaupun hati kita berduka yang teramat...
 
Raya ketiga... akan mengingatkan saya pada sesuatu yang tidak dijangka... Errmm.. mungkin saya bukan dari keluarga yang kaya, sekadar rumah kampung, mak abah bukan terdiri dari golongan elit tetapi kami kaya dengan budi bahasa, rumah kami ibarat taman syurga, mak abah terdiri dari golongan yang sentiasa mencari keredhaan Allah.. saya tak minta Allah membalas perbuatan yang telah dilakukan tetapi saya minta jadikanlah saya manusia yang sentiasa yang redha dengan ujian Allah.... itu lagi penting... apa yang dilakukan pada keluarga saya, itu antara mereka dengan Allah... membuat mak saya mengalirkan airmata... fuhh.. sukar digambar kan...
 
Thank you Allah, I got rid of him already. This gay not worth a second of thinking.. pity the whoever girl with him.. and now, I am happy with my life and.... :)
 
ok la.. kite lupakan perkara tu... so, you all dah kerja belum??? hjr dah start kerja... gagahhhhh la sangat.. hahahaha... gagah kebenda! menguap dah lebih 10 kali, kalau tak tutup mulut, perut dah kenyang masuk syaitan....ohh.. last nite, tgk the smurfs 2... seriously best gila!! ok.. mungkin sebab saya suka smurfs... ohh!! i wish i can have a cute smurf and smurfette... comel gilaaakkk!!! buat peneman saya ke office, tidur, berborak, memasak... wahh best nyyaaaa... dulu berangan nak belajar kat hogwarts, lepas tu berangan nak pi main sword dkat narnia, la ni nak bela smurfs pula... memang merepek-repek dimintak nya!!! mana tak selalu sangat kena marah dengan mak...haha...
 
oohh lupa.. ada yang mintak, "hajar.. boleh dapatkan resepi potato salad hajar..." pakcik saya siap cakap, "kalau esok ada potato salad, CIk Kor datang beraya sekali lagi... " hahahahaha... (pantang dipuji, terus je nak buat!!!) simple sangat weyh resepi nya.... orang buta pun boleh buat.. hehehehe.. dan sebenarnya ini adalah resepi ciptaan sendiri.. no ciplak-ciplak ok! dah boleh masuk masterchef....
 
rebus kentang dengan garam...
Potong 4 segi..
hiriskan bawang besar (bulat bulat ya...)
mayonaise
potato dressing (ni dulu saya beli kat aussie, tapi kat kl mcm payah je nak jumpa.. cer try kat cold storage, mungkin ada)
olive oil
origano (kalau ada..)
 
senang je... masuk kan semua nya dalam satu bekas besar... gaul!! siap!!! olive oil jangan banyak... nnt tak sedap pulak.. sedia untuk dihidang... (marah abah! olive oil dia dikerjakan anak dia... hahaha...)
 
tempat makan baru... ermmm.. dah lama x keluar makan.. so xde la tempat makan yang best.. ohh.. ada... dapur masterchef Hajar.. Taman Melati... beli barang, n then boleh request masak.... hahahaha..
 
psst: sapa ada kuih tart nenas yang sangat sangat sedap, tolong la bagi kat saya.. saya teringin tart nenas.. mana saya nak carik tart nenas... tart nenas kat rumah dah habis saya sorang makan... pleeeaaaseeee.....
 
 
Ok la everyone.. Take care... May Allah bless you...

Monday, July 15, 2013

Kalau Ramadhan tahun lepas, setiap hujung minggu sabtu ahad, jadual saya padat dengan jemputan berbuka puasa... Sehinggakan ada yang mengajak, saya terpaksa menolak jemputan mereka... Setiap kali buffet, pasti RM50 ke atas.. Tiada yang bawah RM50...  Walaupun bukan saya yang membayar tetapi ianya dikira satu pembaziran.. 

Mungkin dulu saya tak sedar apa yang berlaku di Palestin.. Sehinggakan setiap kali berbuka puasa, tak pernah saya mengingati mereka.. Di Somalia yang ramai nya Islam mati kelaparan.. Air kencing kuda dijadikan minuman... Di Rohingya, mereka menjadi pelarian, hilang keluarga dan tempat tinggal di bumi sendiri... Kenapa saya masih tak sedar ketika itu? Ya Allah.. Berdosa nya saya...

Tahun ni.. Adalah tahun perubahan yang perlu saya lakukan.. Dosa-dosa yang telah banyak saya lakukan, hari ni saya menyesali semua nya.. Allahu Rabbi.. :'( semoga Allah mengampunkan dosa silam saya.. Kalau lah masa boleh berubah, saya pasti akan mengubah segalanya.. Saya tak nak jadi seperti Hajar yang dulu.. Yang lupa diri.. Yang hanya mencari Tuhan nya ketika dalam kesusahan.. Saya tak mau Hajar yang dulu!!!!!!! 

Masa berubah.. Dalam kehidupan tahun ini, benar-benar mengajar saya apa itu erti syukur.. Erti kesusahan.. Erti dosa pahala.. Kalau kita sentiasa bersyukur kepadaNya, pasti Allah akan mendapat nikmat keatas diri kita.. Ya Allah.. Berilah saya peluang untuk saya sama-sama berjihad kejalanMu ya Allah.. :'( berilah peluang untuk saya menebus dosa silam saya Ya Allah... 

Dugaan sentiasa datang. Tp baru sedar itu semua adalah ujian dari Allah untuk hamba-hamba yang disayangi.. Semoga saya redha dengan setiap ujian Allah.. 

Tahun ni, sama seperti tahun lepas.. Jemputan berbuka puasa tidak putus.. Di hotel 5 bintang ada, di restoran mewah ada.. Tp apabila saya memikirkan, saudara saya di Palestin, Syria, Burma, Somalia, apa yang mereka makan?? Cukup tak mereka makan?? Saya menolak semua jemputan.. Hati saya jadi sedih.. Sehinggakan untuk ke pasar ramadhan pun saya tak mampu.. Melihat saudara-saudara saya membeli juadah berbuka yang banyak sehingga mereka lupa saudara di sana... 

Saya masih teringat ketika saya di Mekah.. Kanak-kanak kecil menjadi pengemis.. Mereka memegang tangan saya.. Meminta diberi duit.. Apabila seorang kanak-kanak kecil datang, saya menghulurkan 5 riyal Terlalu suka nya kanak-kanak itu.. Datangnya pula sahabat dia, tetapi yang tinggal hanya 2 riyal... Saya hulurkan juga tetapi dia menangis kerana mendapat 2 riyal sahaja.. Ya Allah.. Terbayang keadaan ketika itu, mengalir airmata saya.. Itu di Mekah.. Tempat yang tiada perang.. Macam mana di Syria??? :'( 

Semoga satu hari nanti saya dapat bersama mereka berjuang demi agama.. Dapat menyelamatkan mereka dari kekejaman.. Dapat memberikan mereka perlindungan.. 

Ya Allah.. Permudahkanlah saya bertemu dengan pasangan hidup saya semoga kami sama-sama dapat berjuang demi agama.. Sentiasa menjadi penguat antara satu sama lain.... Jadikanlah Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk saya... 

Friday, July 12, 2013

Assalamualaikum.. hye hye hye!! happy fasting everyone!! wahh.. sakan kan korang puasa ni.. mcm-mcm membeli.. kalau boleh kedai pakcik tu skali korang nak angkut bawak balik... bulan yang penuh barakah ini, sama-sama kita ambil manfaat nya.. InsyaAllah.. banyak kelebihan nya... saya sentiasa berkongsi cerita dengan kawan-kawan saya tentang malam-malam yang orang kata tak de hijab ni.. antaranya, malam Jumaat, malam nisfu Syaaban, malam Isra' mikraj, malam Lailatul Qadar... Alhamdulillah... Allah mendengar doa-doa saya pada malam-malam tu.. Apa yang saya mintak, Allah makbulkan.. Jadi saya ingat mereka jangan sia-sia kan malam yang istimewa yang telah diberikan Allah kepada kita.. kerana belum tentu akan datang, kita dapat merasai malam-malam istimewa ini... so, ada satu lagi malam yang akan datang.. Malam Lailatul Qadar yang kita tidak tahu hari nya.. yang pasti ia akan ada... Jadi mak dah pesan awal-awal, buat solat hajat malam-malam.. jangan tunggu 10 malam terakhir.. kalau kita berusaha, Allah pasti beri kita apa yang kita mintak.. itulah yang saya pegang.. kata-kata seorang mak.. hihihihi...

Kehidupan di PUNB.. Alhamdulillah.. sangat best... errmm.. best la... dulu saya cakap, saya tak nak bekerja dengan melayu, saya nak bergaul.. nak ada chinese, nak ada indian, nak ada scottish... ooppss.. no! no! scottish saya kasi tembak sahaja.. hahaha.. tapi rupanya banyak manfaat.. bila kerja di company melayu yang menerapkan budaya Islam, kehidupan di office terasa complete.. bulan puasa ada ceramah agama, n then di punb plak tiada yang boleh skirt pendek, free hair tak digalakkan (tapi ada la jugak yang free hair) tapi harap-harap mereka terbuka hati untuk bertudung.. yang paling  best sebab terapkan budaya Islam la.. wahh.. tak tergambar best nya.. mesti korang jeles kan.. (sambil buat muka berlagak eh...) ha... paling best.. bulan puasa balik pukul 4.30 ptg!!! (mesti ada yang cakap, "hek elehh... aku dari dulu balik 4.30 ptg la bulan pose..") tu korang.. saya ni first time.. sebelum ni keje bank, mana dapat peluang balik awal ni... satu lagi.. cuti raya panjang this year!! kalau selalu raya ke 3 atau ke 4 dah kerja.. :'(  this year saya akan beraya sampai raya ke 6!!! so, boleh la kalau rasa nak dtg beraya tu... ehh.. x boleh x boleh.. (bahaya aku invite mcm ni!!)

Sekarang ni saya tengah study macam mana nak main property.. menarik jugak.. saya galakkan anda,orang Melayu.. kita study.. mcm mana nak jadi jutawan.. wahhh!! angan-angan tinggi tu.. beli asset sebanyak yang mungkin.. dulu saya berangan, alahh... carik laki kaya sudah... mentality yang dah rosak.. itu dulu!! sekarang tak lagi.. sekarang saya ada impian!! impian saya untuk memilik 10 biji rumah dalam masa 3 tahun!! (minimum target!) saya nak kaya dari hasil titik peluh saya sendiri... mesti ada yang cakap, impossible la Hajar!!! nothing impossible bebeh.. it depends on yourself.. either you want to do or not... angan-angan mesti ada.. baru boleh berjaya...;)

ohh.. btw, lupa nak wish congrats to my dear cousin Kak Long & Abg Syah.. hey! they're engaged!! InsyaAllah akan menamatkan title cik pada bulan 9... hihihihi.. seriously I am so happy for u.. tak sabar nak bergaya di hari wedding kak Long nnt... *ok.. terus terfikir nak buat design apa...* terus terbayang muka mak!!! (dengan nada mak yang serius, jangan mengada buat baju ikut badan!!) terus membatalkan niat dan buat je la dress...  pasrah! T_T

hey!! saya ada tempat makan yang best untuk di share... serius! kalau korang kata wong solo tu best, ini 10 kali best!!! ayam penyet bulis! kalau budak UIA mungkin terror ar tmpt ni... kalau saya bawak korang, sure korang kata saya ni hilang akal bawak makan kat hulu mana entah.. sebab itu lah kata-kata saya bagi pada kawan saya, Halim... dia la yang bawak saya makan kat bulis ni... ayam kampung bulis terbaikk!!! dengan sambal ayam penyet yang kick. n then dapat pulak extrajus anggur! perghhh!! ok..terus nak buka extrajuss petang ni... hahahaha.. tp jalan nak ke sini tu, saya tunjukkan sure sesat.. mcm mana eh... tak pe la.. nnt boleh pi dengan saya sapa yang teringin sangat... harga sangat murah.. ayam penyet kampung + nasi putih bergunung + extrajuss anggur = RM9 SAHAJA!!! memang puas... tapi bulan pose ni tutup..

baju raya... yeahh.. baju raya.. ada orang yang nak belikan tak?? raya lama ni.. baju raya xde... hahaha.. no.. im joking... seriously saya cakap, mungkin raya ni adalah raya yang paling saya akan sedih... ;'( belum raya dah tahu ianya akan menjadi raya yang paling sedih.. yup... mungkin ada tak tahu tapi tak perlu tahu.. hey hajar! life must go on!! come on!! hihihi..

Ok la... letih jugak menaip ni... Selamat berpuasa everyone!!!!

Sunday, June 9, 2013



Assalamualaikum…. Hye… sambil-sambil nak update blog, on la chat kat FB.. woaahh.. tak menang tangan saya reply… mintak maaf kalau yang lambat reply.. sebab laptop ni dah uzur.. so, memang slow laa.. sebaik tuan nya hyper active.. haiisshh.. kalau tak semua kerja tak jalan… hahaha..

Sementara saya menanti kawan baik saya Deeba sampai, saya duduk lah depan chatime tu.. errmm… sejam yang sangat bermanfaat… Walaupun duduk bersendirian, pelbagai ragam dan jenis manusia saya dapat lihat…

1. Satu keluarga sakinah… Si bapa melayan anak kecil nya dalam lingkungan 4 tahun.. Subhanallah… manja yang teramat.. dan si bapa sangat pandai melayan anak kecil nya.. melekek-lekek si anak kecil ni gelak.. yang si ibu hanya memandang keletah anak serta suaminya.. lama jugak mereka kat situ.. ohh.. rupa nya menantikan anak-anak nya yang lain tengok wayang… adik beradik yang sangat akrab.. si abang terus memeluk adik kecil nya… haiisshh.. seronok nya tengok keluarga macam ni kan.. si anak-anak perempuan berpimpinan tangan dengan si ibu… sangat la sweet.. hopefully saya pun dapat merasakan macam tu satu hari nanti..

2.Seorang wanita, pada saya sangat cantik.. dengan ala-ala catwalk nya.. memang saya percaya lelaki tak pandang sekali, tapi pandang berkali-kali.. hihihi..tapi sayangnya, berpakaian kurang cantik.. cantik dah pakai tudung, tapi…. Baju nya baby-T lengan pendek… seluar nya pula terlalu ketat..  pada adik-adik, aurat kita bukannya kepala je, tangan ni pun aurat tau.. pakai la lengan panjang… nnt hitam tangan kang… lepas tu baju tu, beli la yang besar sikit… ramai yang cakap, tak de jual baju yang besar la khjr.. ada je… khjr masuk je kedai yang XS sehingga XXXXXXXXXL.. ada yang kata xde class la khjr.. kat kubur bukan tanya pun baju kamu pakai tu brand ape… kan kan….

3.  Sekumpulan remaja.. (lelaki) budak-budak sekolah.. wahh gaya.. menakutkan khjr.. mcm umur dah 25-26… yang gaya serba putih dari atas hingga ke kasut dah ghupe professor klon versi putih khjr tgk.. haiiissshh.. adik ku.. sekolah tak habis lagi, tak payah duk usha anak-anak dara yang tengah sekolah… ha.. kalau korang nak tahu, khjr x bercinta time kt sekolah tau… hingus meleleh.. sape yang nak kan.. masuk university tu je baru menggatal, itu pun semua kat luar negara, no dating-dating tau.. setahun keluar sekali pergi makan… tapi tak ok jugak tu.. yang ok dating kt rumah… he he he he…

4.  Seorang budak perempuan lingkungan form 3-4 bersama adiknya.. saya memandang je mereka.. mungkin mereka perasan, akak ni pandang aku semacam laa… hahaha.. memang pun… dalam hati saya, saya boleh agak yang dia menggunakan adik dia untuk jumpa kawan lelaki nya… yeaahh!! Tekaan saya tepat sekali… adikkk.. awak tengah sekolah.. jangan bercinta ke ape ke dulu ehh.. saya tengok mereka, saya risau anak-anak saya nanti macam mana la… ya Allah… takut nyaa…

5. Sekumpulan muslimah.. Subhanallah.. memang nak compare dengan saya, mcm langit dengan bumi la.. mereka bertudung labuh, ada yang berniqab.. lelaki nak pandang mereka pun takut dan malu… saya tengok diri, dengan tshirt long sleeve + jeans + tudung sarung.. errmm.. berbeza nya la…. Tak pe.. orang kata slow-slow.. kalau terus terjah tudung labuh, memang sekejap je.. huhuhu.. zaman sekolah dulu, boleh plak bertudung labuh, apahal zaman sekarang liat ekk..

6. Wahh.. kali ni geng-geng Mak Datin.. saya tengok gaya, dalam hati saya, makcik… mak saya selalu cakap, kita ni muda ke tua ke.. rumah tetap kata pergi, kubur tetap kata mari… kenapa makcik rugged sangat ni.. makcik mengalahkan anak dara umur 25 tahun la.. saya tahu muka makcik baby face tapi umur makcik tetap baby boomers… Saya doakan Makcik mendapat hidayah ya…

7. Yang ini adalah pasangan yang kerap anda lihat di mana sahaja.. pasangan couple yang melekat tak boleh lepas… apa ekk ubat terbaik untuk mereka ni??? Simbah asid ka kasi berpisah?? Errrmm… jangan la terlalu berani sangat depan orang ramai.. malu kalau dia x jadi husband awak.. lelaki dia tak heran.. awak perempuan.. kena la ada perasaan malu ya…

Ok la.. itu je la saya Nampak selama sejam saya duk kat depan chatime tp tak beli pun chatime… Semoga sama-sama berubah.. Allah beri kita semua hidayah…
Assalamualaikum..

Thursday, May 9, 2013

Buraq Kenderaan Nabi s.a.w

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah swt telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, Arasy, Kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah swt dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepadaMu Ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah swt mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah swt memberi wahyu kepada Jibrail a.s pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail a.s bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah swt berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.

Kemudian Jibrail a.s pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan diwajah masing-masing terdapat nama Muhammad S.A.W. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s terpandang pada seekor buraq yang berwarna putih sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s lalu menghampirinya lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad S.A.W sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan sesudah itu aku menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail a.s, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail a.s memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ketika sampai di bumi, buraq yang dibawa oleh Jibrail a.s itu menendang-nendangkan kakinya. Ia seolah-olah enggan ditunggangi. Melihat demikian, malaikat Jibrail a.s memegangnya dan berkata, "Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yang akan menunggangi engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah swt ". Mendengar perkataan Jibrail a.s itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan malu-malu dan tidak lagi resah. Nabi S.A.W pun naik ke tempat yang tersedia di atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi S.A.W.

Setelah siap segalanya, terbanglah buraq membawa nabi Muhammad S.A.W memulakan Israk. Dalam perjalanan itu, Jibrail a.s mendampingi nabi S.A.W di sebelah kanan baginda S.A.W manakala Israfil di sebelah kiri.

Peristiwa Isra' Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..