Sunday, August 19, 2012

Perth in Love...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah telah sehari berada di bumi Kangaroo.. MasyaAllah... hebat! pemandangan yang menenangkan... orang-orang berkulit Putih berbudi bahasa...

Perjalanan yang mengambil masa 5 1/2 jam dari bumi Malaysia, akhirnya sampai juga di tanah Perth.. Pelbagai keadaan saya rasai bermula dari Kuala Lumpur hinggalah ke Perth.. Pada mulanya, kerisauan melanda apabila exceed limit utk barangan yang dibawa dari Malaysia... tapi akhirnya dengan pantas, 6 jam sebelum penerbangan, saya terus menambah limit untuk luggage saya... Alhamdulillah.... segalanya berjalan lancar ketika ini... tetapi bermula dari imigresen Malaysia hingga ke imigresen Perth.. Saya manusia yang akan di pick randomly utk pemeriksaan.. adakah boot yang saya gunakan menakutkan orang? errm.. entahlah.... yang pasti nampak bergaya dengan boot tu walaupun orang duk pandang je... kekekeke...

Setibanya di Perth International Airport, agak kalut seketika apabila tiada seorang yang menanti... pada mulanya nak beli simcard phone.. tapi bila tanya $30!!! ohhh... tak jadi membeli sebab teringatkan Farid pesan suruh beli simcard ape ntah tak ingat.. tak lama selepas itu baru lah perasan man muncul di pintu arrival... hilanglah perasaan risau.. sesampai nya di rumah Dya dan Faiz, saya berehat-rehat... Perjalanan yang jauh membuatkan diri cukup letih... dan hari pertama ini, saya dibawa ke Perth City menaiki train... tambang utk family pass, $11... Husband + Wife + Child.. so, kami ambik 2 family pass dimana saya terpaksa berlakon menjadi partner man seketika.. jimat $10.. saya tak tahu berapa harga utk single ticket for adult.. seharian berpusing di Perth City... mencuci mata, tapi mood untuk membeli tak sampai lagi... kalau ditanya tentang bandar Perth, apa yang saya boleh cakap adalah superrbbb! walaupun ramai orang tetapi environment nya sangat cantik... ermm..mungkin juga sebab saya seorang tourist, itu sebab macam jakun mungkin.. 1st day di sana tak menimbulkan rasa untuk membeli sakan.. dan mungkin juga saya kepenatan, so mood utk berbelanja tak sampai lagi... heyy... perth sangat bersih tau!

Hari ke-2 di Fremantle.. Hari ni mereka bawa saya ke Perth Zoo memandangkan saya nak sangat tengok kangaroo dan koala... hahaha... zoo negara kat KL pun baru masuk sekali masa kecik-kecik dulu, tapi dah terus ke Perth Zoo.. errm.. tak banyak sangat binatang.. tapi besttttt... ada penguin gitu... yang best nya di Perth Zoo ni, tak banyak binatang di Zoo Melaka, dkat Perth Zoo ada..contohnya binatang-binatang dalam cite ice age.. ok.. sorry.. hajar memang failed bab-bab binatang ni.. hahaha.. yang hajar tahu geram nak peluk binatang tu sampai mati.. hahaha... selepas masing-masing kepenatan tawaf zoo, kami menuju pulang dan selepas itu saya bersama dengan Dya memulakan sesi pencarian chocolate untuk dibawa pulang ke Malaysia.. tak dinafikan chocolate sangat murah!!! Harga asal $3, sebab ada sales tinggal $1.75.. murah kan?? saya beli chocolate sahaja habis $100!!! gila kan... hari ni itu sahaja yang saya beli...

3rd day.. memandangkan man dan faiz bekerja, so saya dan dya menghabiskan masa round Fremantle City... hari ni target nak membeli souvenirs utk kawan-kawan... sayang betul Hajar dengan kawan-kawan dia.. hihihi.. of course la weyh! tapi bukanlah yang mahal punya... ada la sikit buah tangan tanda Hajar ingat kat u all...memang macam-macam Hajar beli... untuk diri sendiri tak ketinggalan juga... tapi kali ni saya sakan juga membeli utk diri sendiri.. dari satu kedai ke satu kedai kami pergi.. selesai kedai souvenir, teringat pesan kak num yang kirim lip tint... langkah kanan betul., brand australis perfection, australian product buat sales untuk lip and cheeck tint... Harga sebenar $6 tapi beli tadi just $3 je... kat Msia tak de jual yaa... apa lagi... borong!!!! lepas tu, Dya bagitau saya, "Ja, perfume ni murah gila..." tgh sales gila punya... 3 boxes saya grab! stock perfume untuk setahun setengah kot... tapi esok saya nak pi lagi  memandangkan Ain kirim satu box... (sakan kau kan Hajar!) dan saya pun nak beli lagi sekotak... memang cun la.. time perfume nak habis, jualan murah pula berlaku... kalau you all tengok box dia, confirm jatuh hati la weyh... tshirt pada saya agak mahal.. sehelai sampai $30! almost rm100... so tak terfikir untuk beli tshirt kecuali untuk diri sendiri tanda kenangan yang dah pernah menjejakkan kaki di bumi Perth... saya sempat berkenalan dengan Aunty Marlia di airport.. dan pada hari ini saya sempatkan diri untuk ke Victoria Park memandangkan Aunty Marlia beriya telefon mengajak datang ke rumah dia... Alhamdulillah.. saya berjaya pergi sendiri ke Victoria Park yang agak jauh dari Fremantle.. InsyaAllah nanti saya datang lagi ke rumah Aunty Marlia.. Dya memberitahu yang malam ni berbuka puasa di luar, maknanya tak perlu la  nak masak.. setibanya di rumah, Dya memberitahu cancel makan luar sebab hujan.. so, hari ni Dya mintak saya masak.. ya Allah! dalam otak tak boleh fikir pape lagi.. bukan sebab hajar tak reti masak tp sebab hajar nervous sangat! (kau macam nak masak kan calon suami kan Hajar! gedik betul!!!) tapi memang betul kalut.. semua tak kene kat tekak!! huh! failed kau malam ni Hajar!! tapi saya rasa man n faiz terpaksa cakap sedap sebab ambik hati saya... hahaha

4th day di bumi Perth... boleh dikatakan last day juga la.. memandangkan tak henti-henti whatsapp dengan ahli lembaga, ada yang kirim perfume untuk hari raya... apa lagi... hajar pun nak menambah stok perfume Hajar.. Hari ni round-round di Fremantle dan berjalan di kawasan harbour... ohhh.. hari ni jugak beli berries yang frozen dan bershopping semua nya untuk terakhir kalinya... selesai segalanya, terus balik ke rumah.. mulakan sesi packing... ohhhh!!!! panic melanda.. macam nak bawak balik perfume ni... akhirnya mintak pertolongan Faiz untuk mendapatkan box...  he he he... segalanya selesai.. Telah minta bantuan comel untuk tambahkan berat beg memandangkan barang yang dibeli diluar jangkaan... selesai segalanya, faiz dan man pun dah balik kerja, malam ni mereka treat saya dinner pula.. sepatutnya saya yang belanja diaorang tapi saya tak faham sistem sini..rupanya terus bayar sekali time order... haiishhh!! Guys! balik msia i blanja u ok!!! Mereka bawa saya makan pizza di bandar Perth..suuupppeeerrrbbbbb!!!! selepas itu mereka bawa saya ke kings park dan bell tower untuk bergambar... Pergi perth kalsu tak pi kings park, sama je istilah tak pergi Perth..

Keesokan pagi nya, bersiap sedia untuk ke airport.. dengan tangisan menemani meninggalkan bumi Perth... terlalu sedih... 

Last but not least, thanks a lot to Dya, Faiz, dan Man... layanan u all sangat sangat istimewa pada i.. i bersyukur jumpa kawan macam u all.. :-)  btw, saya nak kenalkan u all dgn diaorang... Mereka ni adalah kawan Fahmie... Fahmie adalah kawan saya...

nak tips ke perth? tak payah tips la! sebab sana memang semua mahal.. sampai je pintu arrival, ada banyak booklet tentang Perth., so dun worry ok!

Ok la.. sampai sini saja.. take care! have a nice day bebeh!




3 comments :

Unknown said...

Assalam Hajar,trmpat beli perfume murah smpai borong 3 skali gus tu kat mana ye?

HAJAR said...

Salam.. Sy beli di pekan fremantle.. Dkat shop lot.. Cube tgk kedai make up.. Mcm watson... Sy pi dia buat sale gila-gila..

traveller said...

kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact +60123360098 nama anak owner tu cik siti.dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes. Email : apmahira@yahoo.com