Bismillah…
Hari berganti hari.. Bulan berganti bulan.. Hidup mesti diteruskan.. Selepas si dia pulang dari tanah suci, berdoa tanpa henti di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.. Bersendirian, berjalan seorang diri di sana, mencari ketenangan yang telah hilang sebelum ini.. Alhamdulillah.. Si dia kecapi.. Si dia semakin istiqamah dalam mencari agama yang pada nya semakin pudar dari hari ke hari.. Jika kali pertama ke Tanah Suci, hatinya masih berbunga dengan cinta di UK nya tetapi berbeza untuk kali kedua, tiada siapa di dalam hati nya.. hanya tangisan menemani nya… dan doa kali ini banyak kepada untuk permudahkan urusan pembelajaran nya ke Cardiff..
Kehidupan berbeza selepas pulang… Segala yang dilakukan terhad.. Manusia luar sentiasa memerhatikan nya… ada yang mengenal nya.. Kehidupan tidak lari seperti seorang selebriti.. Jika ditahu impak yang akan melanda diri nya sebegini rupa, pasti si dia tidak akan menulis surat yang panjang lebar itu.. Tetapi bila difikirkan semula, kehidupan ini memang perlukan pengorbanan, jika bukan untuk diri sendiri, maka untuk orang lain.. Tak apa lah.. janji matlamat si dia ingin memberitahu kepada pihak atasan didengari walaupun sangat tipis harapan untuk didengari nya… satu langkah telah dilakukan pada pendapat nya…
Soalan tentang perkahwinan juga bertalu-talu diberikan kepada nya.. Masih dengan senyuman yang terukir di bibir nya… Tiada sebarang jawapan yang akan diberi… “Macam mana aku nak sambung belajar kalau nanti dah kahwin…” “macam mana aku nak jadi politician kalau masa akan dikongsi dengan keluarga..” pelbagai persoalan bermain difikiran nya lagi…
UK.. negara yang dipilihnya untuk menyambung pelajaran.. Kenapa tidak Malaysia? Itulah impian nya sejak dulu… Kalau tengok result SPM, degree, memang tidak layak untuk ke luar negara.. Rezeki orang siapa tahu.. Mendapat offer dari 3 universities terkemuka di dunia amat menggembirakan.. ditambah pula ada pihak yang sudi member pembiayaan biasiswa untuk nya… Allah mendengar doa nya.. desis hatinya…. “UK!! Akan ku terokai sendiri!!”.. kerana dia masih teringat cinta separuh jalan di UK yang pernah berjanji pada nya untuk meneroka bumi Eropah bersama tetapi impian tinggal impian… Preparation mental dan fizikal telah lengkap pada nya….. hanya mempersiapkan diri untuk bermastautin selama setahun di sana.. Cardiff!! Tempat yang cantik!!
Hari demi hari.. tiada beza dengan hari sebelum nya.. pergi kerja, balik kerja.. outstation…. Itulah rutin kehidupan nya… Sungguh membosankan… Bilakah hati si wanita ini akan terbuka? Kenapa keras sangat hati perempuan ini? Apakah yang menghalangnya untuk memberi peluang kepada lelaki lain?
Lamaran tanpa henti.. Tetapi ditolak bulat-bulat tanpa memikirkan langsung… Hanya dalam fikiran si dia, belajar.. belajar.. belajar.. itu sahaja… Nasihat kawan tak pernah nak didengari… Berbuih mulut sahabatnya menasihatinya, “lupakan yang lepas.. buka lembaran baru.. mulakan kehidupan baru..” tetapi umpama angin yang hanya lalu dimuka sahaja tanpa memberi kesan kepada si dia…
Tetapi kesilapan besar ada si dia.. si dia tidak pernah melihat orang sekeliling nya.. Si dia jarang untuk menerima pelawaan sesiapa.. si dia dengan hati yang keras seperti batu.. Tetapi sekeras mana pun hati, jika Allah kata Kun Fayakun, hati yang keras pasti menjadi lembut…
Lelaki.. Lelaki yang menjadi teman rapat nya ketika susah dan senang.. Lelaki yang banyak menahan kerenah nya.. Apabila si lelaki ini melamarnya, pasti ada jawapan.. “tak nak orang pantai timur.. “, “nak belajar lagi.. tak mahu fikir kahwin..” Tetapi sifat sabar si lelaki ini boleh dikatakan hebat.. walaupun lamarannya beberapa kali di tolak mentah-mentah, dia tak pernah meninggalkan wanita pujaan nya.. Kerana lelaki ini berjanji pada diri nya, jikalau jodohnya bersama si dia, dia tidak akan mensia-siakan si dia ini seperti yang berlaku sebelum ini… Hebat engkau wahai lelaki!!
Tanpa disedari, nasihat daripada kawan-kawan, sahabat handai, sepupu sepapat, keluarga.. akhirnya si dia mula membuka hati untuk menerima lelaki yang benar-benar ikhlas untuk menerima nya.. Walaupun dia masih fobia dengan kata-kata bekas tunangan nya, masih terngiang-ngiang dia di telinga nya… tetapi dikuatkan hatinya… “Allah tahu apa yang berlaku! Percaya kepada Allah wahai hati!” Orang yang pernah menyakiti orang lain, pasti suatu hari nanti akan terbalas juga…
Bila ditanya oleh sahabat-sahabat, kenapa nak fobia? Jawapan si dia sama sahaja.. “nanti jadi macam dulu… nama je tunang orang, tapi tunang sendiri ada perempuan lain.. lagi satu tak nak asyik kena maki je… takut..” tak pernah bertukar jawapan nya….
Hari yang cukup bermakna buat si lelaki….
“betul awak nak saya? Betul awak akan jaga saya? Betul awak tak kan marah saya? Betul awak tak kan ada perempuan lain?” bertalu-talu soalan di berikan kepada lelaki itu.. ya! Lelaki itu memahami keadaan si dia… yang seringkali hatinya disakiti… jawapan yang cukup berhemah dan cukup menyenangkan hati.. “Kita bertemu kerana Allah.. kalau Allah memberi saya cinta awak, maknanya Allah memberi amanah kepada saya untuk menjaga awak.. saya pasti tak akan mensia-sia sesuatu yang pada saya sukar untuk saya perolehi… “ hati si dia lega… dengan lafaz Bismillah di dalam hati.. “saya menerima lamaran awak, dan saya benarkan keluarga awak untuk masuk meminang..tapi dengan syarat, percintaan hanya akan wujud selepas perkahwinan… kerana bukan mudah untuk memperbaiki apa yang berlaku… Saya masih takut…”, Si lelaki angguk tanda setuju… Semoga ini yang terbaik…
Tempoh yang diberikan emak cukup pendek.. hanya kurang dari 3 bulan lagi majlis ingin dijalankan… Persiapan perlu dilakukan dengan begitu pantas.. Si dia dan si lelaki sama-sama sibuk dengan persiapan masing-masing…. Hanya waktu keluar makan sahaja menjadi tempat sesi perkenalan antara uda dan dara… Dalam diam, si dia rupanya sedikit demi sedikit merasakan perasaan datang kepada si lelaki.. mungkin sikap lelaki ini cukup menyenangkan.. mana tak nya, sesiapa yang melihat wajah si lelaki ini, pasti akan berkenan untuk dijadikan menantu..
Saat semakin hampir.. Si dia dalam usaha memperelokkan diri untuk bergelar isteri.. si lelaki pula sentiasa membantu si dia tentang tanggungjawab yang perlu digalas seorang isteri dan suami… Hati si dia gembira bercampur risau.. Semoga kehidupan si dia diberkati Allah dengan kewujudan lelaki yang muncul dalam hidupnya tanpa di duga… Allah Perancang yang Terbaik… Subhanallah…
Buat Si bekas tunang,
Dulu awak mengatakan yang saya akan dapat lelaki bodoh.. Lelaki yang teruk.. Lelaki yang menerima saya adalah lelaki yang malang.. Tapi awak silap.. Apa saya perolehi adalah lebih baik daripada apa yang saya hilang.. Allah beri saya merasa bertunang dengan lelaki yang salah untuk menduga kesabaran saya.. Menduga hidup saya.. Tetapi saya redha kerana saya percaya perancangan Allah itu adalah terbaik… Selepas putus dengan awak, Allah hadiahkan saya seseorang yang cukup sempurna di mata saya, yang menyenangkan orang tua saya, yang pandai mengambil hati saya, yang bijak ilmu agama, yang tidak pernah mensia-siakan saya seperti yang pernah awak lakukan.. Jangan lah mendoakan bukan-bukan untuk orang lain, kelak risau doa itu kembali ke diri kita.. doakan lah yang terbaik seperti mana saya lakukan di Masjidil Haram.. dan hari ini Allah berikan lelaki yang baik buat saya.. yang boleh memimpin saya ke syurga…
Ikhlas,
Si dia
Buat bakal suami ku,
Terima kasih kerana memilihku untuk melengkapkan agamamu dan agamaku.. Terima kasih kerana melayan kerenah kebudak-budakkan ku.. Terima kasih kerana sentiasa disampingku ketika susah dan senang.. Terima kasih kerana mengajarku apa erti kesabaran.. Tak ada mampu yang ingin dijanjikan kepada mu, kecuali satu perkara.. akan ku menjadi isterimu yang taat, yang sentiasa bersamamu ketika susah dan senang… Tolong pimpin tanganku ke syurga.. Jadikanlah aku bidadarimu di dunia dan akhirat.. Semoga perkahwinan yang akan kita tempuhi sentiasa dibawah lindungan Allah… Semoga Allah tetapkan hatiku hanya untuk mu dan hati mu hanya untuk ku..
Salam Sayang,
Si dia
-TAMAT-
6 comments :
akhirnya...kotak 16 berjaya dilepasi :)
Semoga dpmudahkan semuanya amin..jnji Allah tu pasti
*ke Jannah!
Very happy for you... you've found ur imam.
Semoga kekal ke Jannah! Amin.
moga bahagia selamanya...
Post a Comment