Wednesday, November 26, 2008

WHY TEACHERS GET SO STRESSED...






Click picture to enlarge size

Tok Imam with his terompah!

Click picutre to enlarge size

Monday, November 24, 2008

Graduation Day!

1st time in my life... InsyaAllah, I need another 2 years to complete my degree..



O L D K A A B A H









COVER OF KAABAH...














FUNNY AND BIZARRE BICYCLE






















S I F A T 20

Allah Ta'ala adalah Tuhan Maha Agung dan Maha sempurna. Maka wajib atas kita hambaNya mengenal sifat-sifat yang ada pada Allah Tuhan yang kita sembah.
Sifat-sifat yang wajib dan yang mustahil
1. Wujud : Ertinya ada maka mustahilnya adam( tiada )
2. Qidam : Ertinya sedia maka mustahilnya huduth ( baharu )
3. Baqo' : Ertinya kekal maka mustahilnya fana ( binasa )
4. Mukhalafatu-Lil-Hawadith : Ertinya menyalahi dengan yang baharu. Maknanya Allah Ta'ala berlainan dari segala-galanya dari segi zat sifat atau perbuatan. Maka mustahilnya ialah Mumatha lah-Lil-Hawadith iaitu menyerupai dengan segala yang baharu.
5. Qiyamuhu Binafsih : Ertinya berdiri dengan sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Maka mustahilnya ialah Ihtiyaj Li Ghairih iaitu berkehendakkan kepada yang lain.
6. Wahdanniyah : Ertinya Esa atau tunggal pada sifat dan perbuatanNya. Maka mustahilnya ialah Ta'adud iaitu berbilang-bilang atau banyak.
7. Qudrat : Ertinya berkuasa. Maka mustahilnya ajazun iaitu lemah
8. Iradat : Ertinya berkehendak iaitu sesuatu iaitu berlaku dengan hanya dengan izin Allah Ta'ala. Maka mustahilnya ialah karahah iaitu terpaksa.
9. Ilmu : Ertinya Maha mengetahui maka mustahilnya ialah jahil
10. Hayat : Ertinya hidup maka mustahilnya mautun iaitu mati.
11. Sama' : Ertinya Maha mendengar. Maka mustahilnya a-samun iaitu pekak.
12. Bashar : Ertinya Maha melihat.Maka mustahilnya a'ma iaitu buta.
13. Qalam : Ertinya Maha berkata-kata. Maka mustahilnya abkamun iaitu bisu.
14. Kaunuhu Qodiran : Ertinya Maha berkuasa ( dalilnya sama seperti Qudrat ) Maka mustahilnya lemah.
15. Kaunuhu Muridan : Ertinya berkemahuan sendiri. ( dalilnya sama seperti Iradat ) Maka mustahilnya terpaksa.
16. Kaunuhu Alimun : Ertinya Maha mengetahui. ( dalilnya sama seperti Ilmu ) Maka mustahilnya jahil.
17. Kaunuhu Haiyyun : Ertinya Maha hidup. ( dalilnya sama seperti Hayat ) Maka mustahilnya mati
18. Kaunuhu Sami'un : Ertinya Maha mendengar. ( dalilnya sama seperti Sama' ) Maka mustahilnya pekak
19. Kaunuhu Bashiran : Ertinya Maha melihat. ( dalilnya sama seperti Bashar ) Maka mustahilnya buta
20. Kaunuhu Mutakaliman : Ertinya Maha berkata-kata. ( dalilnya sama seperti Kalam ) Maka mustahilnya bisu


ADAKAH ANDA????

1. Adakah anda bersembahyang berjemaah setiap hari?
2. Adakah anda tertinggal takbiratulihram pertama semasa berjemaah?
3. Adakah anda membaca Al-Quran pada hari ini?
4. Adakah anda selawat ke atas rasul pada hari ini?
5. Adakah anda membaca doa-doa ma'thur (doa-doa amalan Nabi)?
6. Adakah anda menjalankan dakwah pada orang lain?
7. Adakah anda ziarahi saudara anda yang lain kerana Allah s.w.t?
8. Adakah anda menyeru orang ke arah kebaikan dan menegah dari kemungkaran?
9. Sejauh manakah anda telah merasakan ketakwaan kepada Allah?
10. Adakah anda membaca buku-buku Islam?
11. Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang anda ada?
12. Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman sepanjang hari?
13. Adakah anda bergaul dengan orang soleh dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t?
14. Adakah anda menitiskan air mata ketika mengingati Allah s.w.t.?
15. Adakah anda melakukan solat dhuha dan witir?
16. Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
17. Adakah anda bercita-cita untuk berjihad dan mati di jalan Allah s.w.t?
18. Adakah anda memikirkan hari akhirat?


20 PERKARA "JANGAN"

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Saturday, November 22, 2008

TO YOU.... MY DEAREST FRIENDS....

Thank you, friend, for all the things
That mean so much to me--
For concern and understanding
You give abundantly.

Thanks for listening with your heart;
For cheering me when I'm blue;
For bringing out the best in me;
And just for being you.

Thanks for in-depth conversation
That stimulates my brain;
For silly times we laugh out loud;
For things I can't explain.

For looking past my flaws and faults;
For all the time you spend;
For all the kind things that you do,
Thank you; thank you, friend.

15 AMALAN MEMBINA PERIBADI MUSLIM

1. Sedapat-dapatnya berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis

2. Solat 5 waktu tepat pada masanya dan berusaha solat tahajjud serta solat sunat yang lain (Qiamulailil, solat hajat dsb)

3. Kurangkan waktu tidur dan perbanyakkan membaca Al-Quran

4. Perhatilah dan tepatilah setiap janji anda

5. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin

6. Hindarilah tempat maksiat dan janganlah menganjurkannya

7. Berpakaian secara sederhana

8. Banyakkan melakukan aktiviti sukan untuk kesihatan jasmani

9. Perbanyakkan membaca buku-buku Ilmiah (agama,sains,politik dsb)

10. Pelajarilah pelbagai ilmu yang memanfaatkan

11. Pelajari bahasa arab untuk mempermudahkan kita mendalami dan menghayati pembacaan Al-Quran

12. Sentiasa menghisap (mengingati dan menginsafi) segala amalan perbuatan dan dosa yang telah kita lakukan

13. Sentiasa mensyukuri dengan apa yang kita terima dengan mengucapkan kalimah "Alhamdulillah" sebagai amalan harian

14. Ikutilah setiap perkembangan umat Islam diseluruh pelusuk dunia dan senantiasa mendoakan akan kesejahteraan mereka

15. Jadikan amalan berdoa dan berzikir kepada Allah sebagai perkara rutin dan harian tak kira waktu kerana sesungguhnya Allah amat suka pada hambaNya yang tidak lekang bibirnya untuk menyebut namaNya dan meminta kerahmatanNya .

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau
menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.

Kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis sukar untuk dicari.. betul tak?

Friday, November 21, 2008

W O R L D W I T H O U T E N G I N E E R

Aeronautical Engineers

Computer Engineers

Communication Engineers

Civil Engineer

Electronic Engineers

10 LALUAN SYAITAN

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah: Beliau berkata: "ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari 10 pintu...
Pertama : TAMAK DAN BURUK SANGKA
Lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.
Kedua : CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN
Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
Ketiga : CINTAKAN NIKMAT
Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
Keempat : KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI
Lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.
Kelima : MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA
Lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
Keenam : HASAD DENGKI
Lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah (puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.
Ketujuh : RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA
Lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
Kelapan : BAKHIL
Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.
Kesembilan : TAKABBUR
Lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.
Kesepuluh : TAMAK
Lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

The Hippo and The Tortoise


Much of life can never be explained but only witnessed' - Rachel Naomi Remen, MD

Lain pula ceritanya pasal abah...


Zaman abah dan zaman kami...

Dulu, maid rumah atok abah omputeh..
sekarang..
tak da maid-maid.. ada anak, anak la yang kene buat...
Dulu, abah pi sekolah naik kereta kuda..
sekarang...
naik bas macam sardin tuh dah patut bersyukur dari kene jalan kaki..
Dulu, duit belanja abah sehari rm1..
sekarang..
masa zaman kami, mak sediakan bekal je.. x de nye duit blanja...
Dulu, abah nak apa sahaja, atok abah terus kasi..
sekarang..
kami lagi teruk dari tuh.. tak dapat muncung sedepa.. kahkahkah...
tapi..
tak ada beza abah dulu dan abah sekarang..
Dia tetap abah saya!


sayang abah!

Mak Oh Mak..



Teringat kisah mak n cik mimi cerita pasal mereka kecik-kecik dulu.. sangat sangat kelakar... walaupun hidup susah, tak da hal punya untuk survive..
kalau dulu, mak nak mandi lombong, atok tak de marah...coooolll je....
sekarang..
cube kiteorg lalu tepi lombong, kalau tak batang mop yang muncul...
kalau dulu, tak yah belajar pun tak pe janji pandai menoreh getah...
sekarang...
kiteorg main sket je.. memang kene ceramah... "nak jadi ape nih!!"
kalau dulu, makan ice kepal cha ya nun alif pun, tak kisah.. halal je semua...
sekarang...
mak kata "tengok tangan diaorg pun mak nak muntah"..
kalau dulu, mak makan je semua yang ada..
sekarang...
anak-anak demand nak makan best-best! teruk.. teruk..
kalau dulu, mak tak balik malam pun.. atok tak tanya..
sekarang...
pukul 7 tak ada depan rumah, selagi tuh hp berbunyi...

Tapi ada satu persamaan.. emak dulu dengan emak sekarang.. Dia tetap emak kita..


Sayang emak!

Selamat Bermujahadah...


Ice cream ooo ice cream...


what do you think about this pict??? nyum... nyum.. delicious?? of course!! I lurve ice cream!!!!!
I'm waiting for someone for an ice cream treat!!
This pic..
special for him!

Thursday, November 20, 2008

Apa ada pada 7M??

Memang tiada siapa yang tidak mahu menjadi cantik. Setiap orang juga pasti kelihatan cantik jika mereka mempunyai kualiti '7M'.

1. Musyarakah - yakin bahwa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri.

2. Murakabah - menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri.

3. Muhasabah - sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya.

4. Muakobah - sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita sempurna

5. Muqarrabah - sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT.

6. Mujahadah - berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.

7. Muarabah - cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri.


7 KALIMAH UNTUK DIAMALKAN

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.



ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

1. Jaga solat pada awal waktu.Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam.Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunankepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan."

6 ORANG PENANGIS TERKUAT DI DUNIA

1)Nabi Adam a.sketika menangisi penyesalannya atas perbuatannya yang menyebabkan dikeluarkan dari syurga

2)Nabi Nuh a.s menangisi kaumnya ketika dibinasakan ALLAH SWT dengan air bah

3)Nabi yaakob as menangisi puteranya yusuf as yang hilang dimangsa oleh serigala

4)Nabi Yahya as menagisi kerana takot akan azab api neraka

5)Siti Fatimah Azzahra ra selalu menangisi kemangkatan ayahandanya

6)Zainab bt ali bin abu thalib menagisi kematian orang Bani Hasyim(Al hussin ra,keluarganya dan kerabatnya yang dibantai di karbala semasa dinasti bani umayyah di bawah pimpinana yazid bin mu'awiyah)

6 GOLONGAN YANG DILAKNAT OLEH ALLAH

1. Orang yang menokok tambah kitab Allah.


2. Orang yang mendustakan ketetapan Allah.


3. Orang yang menghina orang yang dimuliakan Allah dan memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah.


4. Orang yang mengharamkan apa yang dihalalkan Allah.


5. Orang yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah.


6. Orang yang menghina keluarga Rasulullah S.A.W, padahal Allah mengharamkannya serta orang yang meninggalkan sunnah.


5 RACUN DAN 5 PENAWAR

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya

4. Seluruh Umur itu racun, Taat itu ubatnya

5. Seluruh Tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya

5 PERKARA ELOK DISEBUT

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:


Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.


Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?


Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

5 MACAM YANG DICINTAI DAN 5 PERKARA YANG DILUPAI

· mereka mencintai dunia dan melupakan kepada akhirat


· mereka mencintai kepada kehidupan dan melupakan kematian


· mereka cinta kepada istana dan melupai kuburan


· mereka cinta kepada harta dan melupai perhitungan di akhirat


· mereka mencintai makhluk dan lupa kepada ALLAH.........

4 GOLONGAN MANUSIA

Khalil b. Ahmad menyatakan darjat dan kualiti manusia terbahagi empat macam iaitu :-

1. manusia yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu – orang yang demikian ialah orang yang berilmu yang boleh jadi pemimpin manusia yang tahu

2. manusia yang tidak tahu bahawa dia tahu – orang yang demikian sedang tidur dan perlu dibangunkan manusia yang tidak tahu

3. manusia yang tahu bahawa dia tidak tahu – orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cergas manusia yang tidak tahu

4. manusia yang tidak tahu bahawa dia tidak tahu – orang yang demikian harus dijauhi. "

4 CARA KENALI KEAIBAN DIRI

1)Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2).Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3).Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4).Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain. Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.

3 CAHAYA DI AKHIRAT....

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
"