Tuesday, May 1, 2018

FAMILY PALESTIN




Alhamdulillah, atas sumbangan orang ramai, Team saya yang terdiri daripada Azzam, Fahmie, Kak Zulia & Mell berjaya menjayakan misi membersih serta menggantikan kelengkapan rumah keluarga Palestin yang pernah saya ceritakan.

SIAPAKAH MEREKA

Saya dipertemukan dengan keluarga ini daripada Musa Nuwayri, nama yang tidak calang lagi dalam dunia misi kemanusiaan. Mengikut cerita asalnya mereka telah berada di Malaysia sejak 4 tahun yang lalu. Mereka datang dari Gaza, Palestin. Pasangan suami isteri ini adalah orang senang ketika berada di Palestin. Encik Isa adalah kontraktor dan isterinya pula mempunyai saloon. Mereka mempunyai 4 orang anak yang terdiri daripada Inaz, Mus’ab, Ahmad dan Fattah.  Mereka pindah ke Malaysia kerana keadaan di Gaza semakin kritikal dan rumah mereka hancur di bedil Israel.

Setibanya di Malaysia, mereka menetap di Gombak selama 2 tahun. Keadaan mereka mula sukar apabila encik Isa tidak mendapat pekerjaan. Mereka adalah pemegang kad UNCHR. Pemegang kad UNCHR boleh menetap di Malaysia tetapi tidak boleh bekerja. (Jangan tanya saya macam mana mereka nak hidup kalau boleh menetap tapi tak boleh bekerja..) Jadi beliau terpaksa bekerja secara haram bagi menanggung keluarga mereka. Setelah itu,mereka berpindah ke Ampang dimana anak-anak mereka mendapat pendidikan percuma yang ditaja oleh seorang jutawan di salah sebuah sekolah swasta. Jutawan ini menanggung yuran persekolahan dan juga semua keperluan pendidikan. (ini seperti yang diberitahu).

Pada 2016, peristiwa hitam menghantui keluarga Encik Isa yang saya tidak dapat ceritakan disini tetapi trauma hingga ke hari ini. Tertekan dengan apa yang berlaku, si isteri meninggalkan suaminya serta empat orang anak-anaknya. Daripada situ,keluarga ini seperti hilang arah. Rumah tidak terurus, makan minum tidak terjaga, hidup terlalu sukar.

Setelah ditinggalkan isteri, Inaz anak perempuan sulung yang mengambil tugasan menguruskan adik beradiknya. Encik Isa pula kerja tak menentu. Semua kerja dilakukan demi sesuap nasi. Adakala mereka tidak makan sehingga 10 hari jika encik Isa bekerja jauh. Duit yang ada didahulukan untuk sewa rumah. Makan nasi berlaukkan kuah itu perkara biasa. Tidak makan berhari-hari juga biasa.
Encik Isa seorang yang tidak memilih pekerjaan. Semua kerja dilakukan demi menyara keluarga, cuma kesukaran pada beliau untuk mendapatkan kerja memandangkan beliau hanya pemegang kad UNCHR.

Saya bertanyakan Inaz, jika tiada lauk makan dengan apa? Inaz menjawab, saya membeli kuah kari 50 sen di bawah flat. Mus’ab memberitahu saya jika dia lapar, dia akan tidur sahaja. Allah!

Pakaian mereka adalah pemberian daripada UNCHR. Pakaian yang tidak sesuai dipakai lagi. Dapat juga barang-barang seperti fridge zaman Jepun, motherboard PC rosak, tilam belutuk, meja office patah kaki, sofa tak cukup sifat. Allah.. Sungguh daif..

Jika melihat keadaan rumah mereka, mesti ada yang mengatakan ini sebenarnya attitude, bukannya daif. Tetapi saya tolak apa yang mereka sampaikan. Tiba-tiba Inaz mesej saya,

“Aunty, ini rumah kami di Palestin. Cantik...”

Betul.. memang cantik! kemas dan teratur. Tidak percaya jika rumah mereka sekarang ini adalah disebabkan attitude.

PERTEMUAN PERTAMA

Pertemuan pertama kami di rumah mereka di Ampang. Saya cuba mengumpulkan dana untuk membeli makanan untuk keluarga ini serta membantu apa yang perlu dan membawa mereka keluar untuk menjamu selera di luar. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke rumah mereka, mulut saya mati seribu bahasa. Terkejut melihat keadaan rumah mereka. Tetapi selepas mereka menceritakan perkara sebenar, saya pasti ia adalah disebabkan trauma yang melampau. Ketika kami datang ziarah, Encik Isa dalam keadaan tidak sihat dimana beliau jatuh dari tangga yang tinggi ketika mengecat.  Terkejut saya melihat bill elektrik sebulannya. Rupanya disebabkan oleh peti sejuk zaman jepun yang memakan elektrik. Jadi saya memberi  baki duit sumbangan orang ramai untuk membayar bill elektrik dan juga sewa rumah yang tertunggak.

PERTEMUAN SETERUSNYA...

Pertemuan kali kedua, saya pergi bersama Mak untuk melihat kedaifan keluarga ini. Mak juga terkedu. Sepanjang di dalam kereta, Mak senyap sahaja rupanya ada perkara yang Mak ingin sampaikan.

“Kita kena tolong keluarga ni Hajar.. Cari dana untuk bantu ganti semua peralatan dalam rumah dia.. Diaorang hidup dalam keadaan yang sangat tak sihat.. Tak boleh biarkan macam ni.. Mak pun akan bagi duit untuk dibantu keluarga ini..”

Selepas mendapat semangat dari Mak, saya terus plan apa yang perlu saya lakukan. Anggaran awal adalah RM4,000. Alhamdulillah berjaya mengumpulkan dana tersebut untuk keluarga ini daripada rakan-rakan yang turut membantu..

HARI PENGEMASAN...

Rancangan awal ingin membuat 2 minggu berturut-turut..  Risau jika tidak sempat untuk menyiap semua nya. Maka, hari pertama pengemasan, pada mulanya kami hanya ingin membersihkan dapur, tetapi apabila kami duduk berbincang semula di rumah Encik Isa, kami fikirkan untuk clearkan semua pada hari yang sama.

Kak Zulia mengambil tugasan untuk mencari lori mengangkat barang untuk dibuang. Fahmie dan Azzam pula bahagian mengangkat, mengecat dan membasuh rumah (part ni saya dah bagitau cukup sekadar mop sahaja, tapi diaorang nak cuci), Saya, Kak Zulia & Mell mengambil tugasan untuk membersihkan dapur, membunuh lipas, memasang tikar dan mencari barang keperluan untuk dibeli..
Kami terus sahaja mencari barang-barang yang diperlukan seperti, peti sejuk, almari baju, meja belajar, katil, tilam, bantal, cadar, tikar getah. Dalam tempoh 2 jam semuanya selesai. Barang-barang juga dihantar pada hari berkenaan juga.

Kerana duit yang tidak mencukupi pada hari itu, jadi kami tidak dapat untuk membelikan TV dan juga barangan dapur. Total keseluruhan hampir mencecah RM4,500. Alhamdulillah, masing-masing sudi mengeluarkan duit untuk menampung jumlah yang kurang.

Kami tidak dapat menyelesaikan keseluruhan kerana masing-masing dah kepenatan dan ingin mengejar maghrib di rumah.

Tetapi Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami..
Inaz berbisik di telinga saya,

“Aunty.. Saya boleh ajak kawan-kawan saya datang ke rumah..”

Allah! Luluh hati bila Inaz berkata begitu.

Inaz antara yang Nampak ketara trauma dan depression nya. Langsung tidak senyum sehingga kami menyiapkan biliknya, baru Nampak senyuman di raut wajah Inaz..

PERBUALAN AZZAM DAN ENCIK ISA..
Menurut Encik Isa, anak nya Ahmad menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati di Malaysia. Mengikut kata doctor di hospital, hanya pakar di Jerman sahaja boleh mengubati Ahmad ini. Kos untuk perubatan Ahmad mencecah RM300,000. Apabila sakit menyerang, Ahmad tidak mampu bergerak dan berjalan sehingga dua tiga hari.. Sekarang ini Ahmad hanya bertahan sahaja..

Allah.. Memang dugaan keluarga mereka ini kuat..

Ahmad ini seorang yang cukup bergaya. Saya ingat lagi, kali pertama saya membawa mereka keluar, Ahmad lah yang paling bergaya. Rambut disisip tepi, pakaian nya kemas walaupun nampak lusuh..

PERTEMUAN BARU-BARU INI...

Alhamdulillah 2 minggu lepas, kami sempat ke rumah Encik Isa. Rumah mereka sangat kemas. Dapur yang kami tak dapat bersihkan cukup kemas. Saya melihat jari encik Isa berbalut. Rupanya, dua jarinya terhiris pisau, jadi beliau hanya membalut sahaja luka sedangkan jika lihat pada kecederaan yang dialami, lukanya perlu dijahit. Saya meminta beliau untuk ke klinik supaya tidak terkena sebarang jangkitan..

JIRAN MEREKA...

Jiran mereka adalah keluarga Melayu. Ketika kami mengemas, jirannya datang ke rumah kami. Dia fikir encik Isa akan berpindah. Saya perkenalkan diri dan tujuan kami. Mengikut kata-kata jiran nya, kadang-kadang Inaz akan menghantar makanan kepada mereka, (makan rakyat Palestin).. Dalam hati saya, walaupun mereka susah, mereka tidak lupa untuk bersedekah.. Mungkin itu sebab Allah menghantar kami untuk membantu mereka atas dasar mereka sendiri pun memang baik... Anak-anaknya cukup menghormati kami...

TARGET SETERUSNYA...

Alhamdulillah, baru-baru ini kami mendapat dana untuk membelikan TVdan baki nya kami ingin membeli barangan dapur menjelang puasa serta membayar bill-bill dan sewa rumah..
Kami masih mengumpulkan dana untuk puasa dan raya bagi keluarga ini dan pada masa yang sama masih mencarikan pekerjaan untuk Encik Isa..

Jika anda ingin membantu keluarga ini, amatlah dialu-alukan.. InsyaAllah semua sumbangannya akan saya sampaikan terus kepada keluarga ini...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang-penyumbang yang membantu keluarga ini..

Itu sahaja cerita saya buat masa ini..

-Siti Hajar Aladin-





 Rumah yang telah dibersihkan..









 Rumah sebelum dibersihkan




 

Rumah di Palestin sebelum di bom


 

Sunday, April 29, 2018

TAN SRI ABDUL AZIZ MD YASSIN




Saya ditemukan dengan seorang yang sebenarnya amat saya kagumi.  Pertama kali saya bertemu dengan beliau, saya agak awkward apabila saya mendengar mereka memanggil beliau dengan panggilan “Tan Sri”. Dalam hati saya terus berfikir, siapakah sebenarnya  yang berada di hadapan saya ini. Sehinggalah saya perlahan-lahan berbisik bertanyakan Lina. Rupanya beliau adalah Tan Sri Abdul Aziz Md Yassin bekas ahli parlimen Muar, Founder of FIMA, FAMA & Agrobank. Beliau juga merupakan abang kepada Calon Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Md Yassin. Tapi saya lebih suka mengenali beliau sebagai KING OF PINEAPPLE.. he he hee...

Saya berborak bersama beliau hampir satu jam sementara menanti seseorang yang amat saya hormati dan saya idamkan untuk bertemu. Sepanjang kami bercerita, saya boleh katakan Tan Sri adalah seorang yang cukup brilliant. Walaupun umur menjangkau 85 tahun tetapi beliau sihat dan sangat energetic. Kami berkongsi cerita tentang bumiputera pada hari ini memandangkan saya bekerja di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, sudah pasti ia amat berkait rapat dengan Agrobank yang mana misi dan visi adalah sama, iaitu membantu usahawan. Misi dan visi kami adalah sama iaitu ingin membantu usahawan Melayu.

Perkara paling buat saya gementar adalah apabila Tan Sri member saya soalan. Ya Allah! jantung hampir tercabut. Jatuh kredibiliti saya sebagai officer PUNB yang telah bersama usahawan Melayu selama 5 tahun jika saya tidak mampu menjawab soalan beliau.

Soalan Tan Sri, “Apa perkara penting untuk membangunkan ekonomi  dan membantu usahawan untuk berdaya saing?” (Lebih kurang seperti ini soalan nya)

Saya mengambil masa juga untuk menjawab soalan yang diberikan.... hihihi...

Saya memberi jawapan bahawa corruption adalah masalah utama untuk membangunkan ekonomi dan membantu usahawan. Jadi perkara penting adalah hapuskan corruption.
Kedua adalah usahawan perlu tahu keperluan, market demand, apa yang mereka minat dan apa yang industri perlukan.
Nampaknya Tan Sri masih seperti menerima jawapan saya tetapi dalam hati tak tahu la macam mana.. hihihi... (harap tak rosak reputasi akak!)
Tan Sri memberitahu saya bahawa segala yang beliau lakukan adalah hasil titik peluh beliau, tidak pernah sedikit pun walau sebesar zarah beliau mengambil rasuah. Sebab perjuangan beliau adalah perjuangan untuk bangsa dan Negara.  Proud of you Tan Sri! Saya tahu walaupun Tan Sri tidak memberitahu saya sebab dari perkongsian Tan Sri pun, saya percaya Tan Sri seorang yang sangat berkaliber.

Perbincangan kami berhenti selepas masuk waktu Maghrib..

Sampai sahaja di rumah, saya tidak berhenti bercerita dengan keluarga tentang pertemuan saya dengan Tan Sri. Saya berharap saya akan bertemu beliau untuk kali kedua sebab kali pertama boleh pula saya tak beri Business Card. Hajar oh Hajar! Marketing strategy di situ nampak FAILED!
Satu malam saya google mencari tentang Tan Sri. Brilliant juga Tan Sri ni sampai boleh ada idea untuk perkembangan industry pertanian.

Jadi semalam saya berada di Pagoh. Saya terkejut apabila Tan Sri tiba di perkarangan tempat pencalonan. Saya terus kejar Tan Sri. Perkara yang saya tidak sangka adalah Tan Sri ingat saya!

TanSri ingat saya?

Ingat! Siti Hajar..

Wow! Siap sebut nama Siti Hajar. Kali ni saya tak lepaskan peluang memberi business card saya dan TanSri juga memberi phone number beliau untuk kami berkongsi idea tentang dunia ekonomi. Yang paling best Tan Sri ajak bergambar tetapi ketika itu menggunakan handpone Lina. Nampaknya saya tak dapat gambar daripada Lina, jadi saya mencari Tan Sri untuk ber selfie.Kami sudah mula berbincang tentang misi dan visi untuk mempertingkatkan ekonomi usahawan di Malaysia.
Doakan!

Sekarang saya dah lihat siapa Tun Mahathir No. 2!

Monday, January 1, 2018

Kembara DIY Bersama Si Kecil

Alhamdulillah.. Akhirnya saya berjaya juga menghasilkan buku Kembara DIY Bersama Si Kecil. InsyaAllah akan dikeluarkan dalam 2 minggu lagi.. Pada mulanya, saya tak bercadang untuk menulis buku tentang kembara saya ini.. tetapi apabila ramai meminta saya menghasilkan satu buku yang diceritakan secara details, saya berbesar hati untuk menulis buku ini.

Pada asalnya, hanya cerita DIY umrah sahaja yang saya ingin hasilkan tetapi memandangkan 3 negara saya lawati dan membuat trip DIY ini.. akhirnya saya tidak berfikir panjang untuk memasukkan sekali 2 negara lagi iaitu New Zealand dan Australia..

Buku akan dicetak pada minggu ini InsyaAllah dan akan mula dijual minggu ini juga... Kepada yang berminat, boleh tinggalkan komen/mesej atau email/ whatsapp saya untuk mendapatkannya..
http://anakjerung.wasap.my



Harga sebuah buku adalah RM28.00... (tidak termasuk postage)

Monday, April 10, 2017

TRAVELOG UMRAH DIY 2017


Prepared by Siti Hajar Aladin

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. ketika saya menaip ni, saya berada di Mekah.. ramai bertanya bagaimana saya buat umrah DIY... Alhamdulillah kami dijemput sekali lagi untuk datang ke Baitullah... saya, suami saya Azzam, anak saya Luth, mak, mak mertua dan pak mertua serta kawan suami saya Wan yang turut serta dalam kembara umrah kami ini... saya akan cerita one by one tentang pengurusan umrah DIY ini... tapi ingin saya katakan, ada risk yang perlu kita ambil untuk umrah DIY.. ingin saya tekankan di sini, ianya TIDAK SESUAI UNTUK FIRST TIMER...

FLIGHT TICKET
Pada September 2016, saya terbaca satu post tentang flight ticket MAS yang membuat offer Rm400 untuk return ticket.. mungkin ini dalam sejarah penerbangan dunia harga tiket cuma RM400 untuk KUL-JED-KUL... dan tarikh flight tix itu adalah pada musim umrah.. jadi kita dah tahu bahawa visa umrah yang kita akan gunakan... ingat ya sebelum beli tiket! Pastikan tarikh tu adalah tempoh umrah... takut nanti ada yang beli ticket selepas musim haji.. sebab untuk visa umrah setiap tahun, tunggu saudi announce bila akan bermula.. tapi kalau bulan Januari tu memang dah keluar laa... boleh guna skyscanner untuk beli flight tix... boleh carik KUL-MED jika memulakan perjalanan ke Madinah, dan balik dari JED-KUL... terpulang pada anda..

VISA
Visa adalah perkara paling penting dalam pengurusan umrah ini... di Malaysia terdapat banyak travel-travel agency yang berdaftar dengan saudi...ada 49 syarikat.. boleh cek dibawah.. jadi perlukan kesabaran & kesungguhan anda untuk menelefon tiap satu untuk bertanyakan tentang visa umrah..
http://intranet.jawhar.gov.my/umrah/p_agensi.php?PageNo=2
Saya sarankan anda menelefon terlebih dahulu sebelum membeli tiket penerbangan.. risau tak ada syarikat yang nak uruskan visa... ingat ya, tiada visa maka tiadalah umrah... bab ni perlu serius sangat.... untuk visa, charge nya adalah RM350.. normal price.. mungkin ada travel agency yang akan minta kita beli beg dia, so kena bayaran lebih sikit dalam RM50...

AIRPORT
Masa check in, kena bagitau u all nak buat umrah.. so nanti ada sticker umrah.... sebab nanti di airport Jeddah, bagi yang naik melalui tiket komersial, mereka akan keluar di Jeddah International Airport.. bagi pemegang visa umrah, mereka akan keluar di Terminal Haji... saya tanya pada steward MAS.. mcm mana nak tahu kita ni airport mana satu.. sebab satu turun International Airport, satu turun Terminal Haji... Ok. mengikut steward ni, Arab Saudi dah keluarkan surat pekeliling dimana jemaah umrah akan keluar di Terminal Haji dan balik juga di Terminal Haji... dan bagi commercial ticket, akan keluar di Jeddah International Airport... Kesilapan anda keluar dari airport, akan menyebabkan anda tak berjumpa dengan beg anda... macam KLIA2 dengan KLIA...kapal terbang park tengah-tengah, lepas tu naik bas ke terminal.. clear? Tak clear boleh message...
Keluar je dari airport, selepas lepas imigresen, korang terus cari trolley sendiri.. tak payah ambik upah orang yang pegang trolley tu... dia nak charge kami 500 riyal.. janji 10 riyal... so kami agree.. lepas tu dia mintak 500 riyal..memang menjerit-jerit kat airport.. kiteorg bagi 25 riyal...

TRANSPORTATION
Untuk transportation, saya memohon bantuan daripada orang Malaysia yang berada di Mekah & Madinah untuk mencarikan pengangkutan dari travel agency yang SAH di Mekah & Madinah... Pada mulanya kami di offer untuk menaiki GMC.. GMC ni lebih kurang mcm Fortuner mcm tu tapi lagi besar... tapi memandangkan seat untuk GMC hanya 6 dibelakang, kami decide untuk mengambil mini coaster untuk keselesaan...mini coaster boleh dinaiki dalam 10 orang untuk keselesaan laa.. boleh sampai 15 tapi nanti sempit sangat.. kalau sampai 15 orang, saya cadangkan ambik bas... tak pe.. fikirkan keselesaan kerana perjalanan Jeddah ke Madinah mengambil masa 6 jam.. dan Madinah ke Mekah 6 jam... kos untuk perjalanan dari 17/1/2017 sehingga 24/1/2017 adalah 3,400 Riyal... jadi bahagi la samarata... kalau bas mungkin mahal sedikit.. (saya tak pasti berapa harga nya untuk bas)
Sedikit tambahan di sini... setiba nya di airport Jeddah @ Madinah, tolong terus beli simcard untuk menghubungi contact kita yang tolong uruskan transport.. sebab hanya DRIVER SEORANG SAHAJA yang dibenarkan masuk di perkarangan airport... jadi tolong dapatkan simcard & contact orang yg uruskan.. driver x reti cakap english yaa... so nanti bagi lah landmark pape kat situ.. mcm saya turun di Terminal Haji Jeddah, saya carik tiang yang ada tulis angka... so nanti pepandai driverlah carik... Hp get ready la Eng-Arabic Translator.. so, anda pandai-pandai la sebut arab tu nanti..

HOTEL
Untuk hotel, saya booking thru agoda... kalau guna agoda, terpulang pada kita nak duduk hotel mana, bilik macam mana.. terpulang... kalau nak dekat, bayar lebih sikit.. kalau nak jauh, murah la bayaran nya.. begitulah seterusnyaaa... Ketika booking untuk hotel di Madinah, saya tengok dahulu location hotelnya dimana guna agoda.. sebab ada yang hotel cantik-cantik dan murah, rupanya jauh dari pintu masuk masjid Nabawi... so saya booking hotel di kawasan Ohud Gate.. walaupun hotel di Madinah agak jauh sedikit tetapi ia sangat mudah untuk ke gate 25 iaitu gate untuk perempuan dan juga gate ke Raudhah untuk perempuan.. hotel kami adalah Al-Mukhtara International Hotel... saya tak suggest kepada mereka yang bawa anak kecil & orang tua di hotel ni sebab agak jauh dari masjid.. (nak murah tu tadi! Haha) bayar lebih sikit cari hotel berdekatan dengan masjid... syaratnya biar masuk King Fahd gate @ Ohud gate @ Uthman bin Affan gate.. deret-deret gate situlah senang cite... king Fahd gate ni tak silap saya gate 17... ada tulis nombornya dkat gate... saya solat masuk gate 25... kos satu malam hotel untuk quad RM600 lebih kurang macam tu termasuk breakfast sahaja... ada banyak hotel dekat di situ... antara Dar Taqwa Hotel.. Madinah hilton... Dallah Taibah hotel.. eh.. banyaklah.. cari agoda je...

Untuk di Mekah, ada banyak hotel yang dekat... kalau bayar mahal, dapatlah di hadapan dataran masjidil haram.. murah sikit, jauh la sikit... mcm saya, saya buat gila nya.. booking banyak hotel awal-awal.. booking SAHAJA.. bukan terus bayar! Ingat yaa... cari hotel yang free cancellation.. walaupun yang "pay now & non-refundable" lagi murah, tapi jangan ambil risiko.. sebab kita tak pasti visa kita lepas ke x.. visa hanya diketahui lepas atau tidak adalah 2 minggu sebelum terbang... kekadang seminggu sebelum terbang... memandangkan kami memang nak dekat sangat dengan masjid, maka Al-Safwah hotel adalah pilihan kami.. disini saya booking bilik yang berbeza... Azzam & Wan sebilik, Ma & Pa sebilik.. saya, mak & luth sebilik.. untuk 2 bilik, satu malam jatuh dalam RM800.. city view... size bilik dalam 35meter persegi... breakfast included... bagi bilik saya & mak, mak request bilik yang besar supaya Luth tak rasa menangis.. jadi saya decide untuk ambik studio.. semua studio adalah Kaaba View... satu malam RM1,400.. size nya adalah 55meter per segi.. memang besar teramat... breakfast included.. sebenarnya di Mekah banyak hotel dekat.. antaranya Hajar Movernpick, Dar Al Eiman, Dar Ghufran, Rayhaan by Rotana, Al safwah Orchid... Al Safwah Orchid bukan Al Safwah hotel ya.. berbeza... tapi Al Safwah adalah paling dekat.. jadi senang sangat kami ulang alik dr masjid ke hotel...

Jangan risau.. jika bajet anda kecil, anda boleh pilih jauh sedikit dari kawasan dataran Masjidil Haram.. Hotel Makarem Ajyad juga hotel yang best tapi jauh sikit.. carik je la kat agoda tu hotel kat ajyad.. sangat sangat banyak.. dari harga beribu sehingga la RM200...

Tips: rajin-rajin cek harga hotel.. harga hotel ni turun naik.. sekejap murah, sekejap mahal... ada tu yg booking lama, lagi mahal dr yg latest... kalau tengok "my booking" kat agoda saya, asyik cancel memanjang.. hahaha.. sampailah sebelum terbang, visa dh confirmed dapat, baru proceed bayar hotel.. call agoda, kata saya nak buat full payment.. better buat full payment di Malaysia dr dekat Mekah/Madinah.. risau diaorang tak buat reservation untuk bilik kita kalau kita bayar lewat/ bayar kat hotel... sebab kekadang flight kita lambat sampai... takut dia kasi bilik pada orang lain pulak..
Hotel ni uruskan je sendiri.. tak perlu khidmat mana-mana pihak sebab kita ada byk pilihan.. agoda tu ok sangat! Saya sendiri menggunakan khidmat agoda...

MUTAWIF
Untuk mutawif, boleh request pada orang Malaysia/Indonesia yang uruskan transportation... kalau ada student Malaysia/ Indonesia cuti, mereka boleh jadi mutawif.. macam saya, request utk ziarah luar Madinah, Madinah-Makkah dan ziarah luar Mekah... sebab masa kami singkat, jadi kami ziarah Mekah sekali sahaja.. selalu org ambik 2 kali.. ziarah pertama ke Jabal Dsur, Jabal Nur, Jabal Rahmah, kawasan manasik haji & jaaranah utk bermiqat... ziarah kedua ke ladang unta, muzium makkah (kalau buka) & hudaibiyah untuk bermiqat... bayaran pula, boleh tanya yang menguruskan.. mintaklah details dengan mereka.. nak bagi lebih pun tak pe.. sebab mereka yang jadi mutawif ni carik duit bekal untuk belajar.. pahala besar... total kesemua yang kami bayar mutawif mengikut bayaran diberikan adalah 850 riyal...

MAKAN dan MINUM
Makan dan minum untuk tengahari dan malam, kami beli sendiri di luar... lepas balik masjid, singgah membeli.. di Madinah, ada food market di gate 25... so makan je la apa yang ada.. pulun nasi arab 3 hari... dekat King Fahd gate ada jugak KFC dan kedai makan... makan je apa yang ada.. nak buat ibadat bukan nak jalan-jalan cari makan.. di Mekah pula, dekat Al Safwah tower ada food court.. siapa yang tekak melayu tak boleh hilang sangat macam saya, boleh la beli dekat D'Saji di Al Safwah Tower... Mekah banyak sangat kedai makan, clock tower pun ada food court... Cost makan tak masuk dalam bajet awal saya.. kami pakai duit sendiri-sendiri.. tapi kalau tanya bajet, sehari dalam 60 riyal.. (ni kalau pulun nasi arab pagi dan malam)... kalau makan shawarma hanya 5 riyal.. dah kenyang.. (ala.. mcm kyros kebab tu tapi kecik je) martabak 10 riyal.. makanan kt Mekah dan Madinah agak mahal... huhuhu.. so kire la, kalau 10 hari 600 riyal... tp x kan punya makan nasi arab.. mesti ada hari nak makan shawarma...
Untuk sarapan, booking hotel kat agoda, ambik breakfast sekali... jangan pilih bilik je.. carik yang mention breakfast.. contoh mcm sy punya.. "Studio with kaaba view-breakfast"... tak pun, dia ada tulis breakfast kat setiap bilik... yg tak tulis, maknanya tak de breakfast.. kalau tak nak ambik x pe tapi better ambik.. makan je kt hotel sarapan pagi.. macam-macam makanan.. ok.. ni nak bagitau, kalau ada orang Asia jugak yang duduk hotel yang sama yg ikut travel agency, dia ada tempat khas makan untuk agency... anda jangan ke situ.. anda cakap, "im not under travel agency.. I book thru agoda/ direct booking bla bla bla.." nanti dia akan cek, so anda akan disuruh makan kat tempat pak-pak arab.. kat situ boleh la rasa makanan arab yang sangat bermacam-macam compare makanan yang mereka sediakan untuk travel agency ni...

TRAVEL INSURANCE
Travel Insurance sangat sangat sangat penting... anda kena tahu ya, ubat di Saudi sangat sangat mahal.. saya beli ubat batuk & antibiotik untuk mak 110 riyal.. belikan cool fever untuk Luth 38 riyal.. sila bawak bekalan ubat-ubatan secukupnya sebelum menyesal.. huhuhu.. ok.. travel insurance penting apabila berlakunya musibah contohnya masuk hospital, kemalangan.. doa-doa dijauhkan semuanya... kos untuk travel insurance dalam RM90 untuk 9 hari... just google je "Travel Insurance Malaysia".. nanti adalah keluar.. mcm saya ambik AIG Malaysia.. jangan kedekut untuk beli.. sebab ini sebagai protection.. macam-macam cover..
**baca bahagian coverage yang di offer

YANG MEMBAWA ANAK KECIL SEPERTI LUTH
Jika anda nak bawa anak kecil, pastikan mental dan fizikal kena kuat.. memang mencabar.. kalau pergi musim sejuk, lagi mencabar... beli baby safety harness di Lazada.. jadi time solat, kuncikan tangan nya pada beg susu... kalau beg susu berat, dia main kat area kita je.. kalau tidak, memang boleh hilang... ada satu hari, Luth tido, saya tak kunci tangan dia... dia bangun time saya solat... dia dah lari jauh ke belakang, last nya saya terpaksa batal solat tu untuk cari dia... berderau jantung masa tu.. baby kena pastikan tidur cukup.. ada waktu saya tak pergi masjid bagi Luth tido cukup supaya tak meragam.. kalau time nak masuk Raudhah, Azzam akan jaga.. di Mekkah, sy bergilir dengan mak.. subuh saya di bilik, orang balik subuh, mak tolong jaga Luth saya pulak pergi buat tawaf sunat pulak.. kena plan elok-elok part ni..

Ohh.. lupa nak bagitau.. kalau bawak anak bawah 2 tahun, request untuk di bahagian bassinet... sebab bawah 2 tahun ni tak boleh ada seat.. naik MAS 9 jam lebih, nak pangku boleh pengsan.. hahahaha.. MAS boleh call je diaorang minta select seat.. AirAsia boleh book sendiri...
Seeloknya kalau bawak anak kecik ni, ambik hotel yang dekat.. kalau dia nak tukar pampers, senang balik hotel..

Jangan bawak stroller pergi solat.. kalau bawak, kena solat luar.. rugilah dah sampai Madinah & Makkah solat kat luar... bawak baby guna baby carrier.. boleh solat dalam masjid... lagi satu, letak luar, jawab nya hilang...

Selit sikit, selipar tak payah pakai bekas yang cantik... cukuplah pakai beg plastic buruk je.... kalau letak rak, dlm beg yang lawa ni dulu la dicuri... huhuhuhu... mcm selipar ku....

SIAPA YANG BOLEH PERGI UMRAH DIY
Umrah DIY ni boleh pergi dengan orang-orang dah pergi beberapa kali sebelum ni.. kalau semua first timer, memang tak recommend... sebab takut anda akan confuse... seterusnya, mereka yang betul-betul sihat... kena faham, kita pergi atas tanggungan kita sendiri... kalau bawa yang sakit, pengurusan agak sedikit sukar nanti di sana... doa banyak-banyak sebelum pergi semoga semua nya lancar...
Sebaik-baik pergi dalam group kecil dan org kita benar-benar kenal seperti keluarga & saudara mara... jangan buat dalam group besar..

Ingat ya.. ini umrah DIY.. bukan tempat untuk mencari keuntungan.. harap faham konsep di sini...
PEREMPUAN saya sarankan perempuan yang pergi, better pakai niqab.. (dalam umrah jangan pakai! Nanti kena dam pulak tutup bahagian muka)... ini pengalaman saya di sini... arab lelaki sini tak boleh tengok perempuan senyum... mahu dikejar sampai ke bilik nanti... org Malaysia ni terlebih dengan senyuman... jadi semua org dibaginya senyuman manis... 😭😭😭😭 better belilah niqab kat Madinah/Makkah.. hanya 10 riyal...

MEMBELI BELAH
Untuk shopping, di Madinah kualiti kain nya lebih baik... ada banyak kedai jubah.. boleh muntah tengok jubah... harga jubah masa ketika ini paling murah 30 riyal... paling mahal beribu laa.. yang harga dia jual 130 riyal, tawar lah sampai 80 riyal.. kalau tak dapat, naikkan la sampai 100 riyal.. lebih dari tu, pergi cari kedai lain...

Di Mekah, jubah banyak di bahagian bawah clock tower.. di hilton pun ada, di al safwah
tower pun ada... beli je la mana nak beli... Kena banyak Istighfar masa shopping... hahaha.. boleh sampai lupa daratan membeli belah... balik ternganga... hahahhaa...

SIM CARD
beli setibanya di airport.. airport ni mahal.. sy beli 2 simcard.. memula kat airport beli STC.. 3gb + call 70 riyal.. tp internet habis luth gune tengok utube time solat... sy beli mobility ke mobily mcm tu laaa... 7gb + call 80 riyal.. argh! Stress daku!

GUA HIRA'
Ketika tulis post ni, Azzam n Wan tengah naik Gua Hira'... diaorang ambik taxi ke Jabal Nur.. katanya cost nya dalam 20 riyal untuk ke Jabal Nur.. balik carik taxi kat situ jugak untuk balik ke hotel... naik gua hira' kena tough.. bawak kasut... tinggiiiiiiii.... org kite nampak mcm semut je... huhuhu.. ini tak ada dalam tour kami ya.. ohh.. balik dari gua hira', diaorang singgah berhenti beli nasi arab daging unta, satu bekas 45 riyal.. untuk tambang balik jadi mahal sebab singgah beli nasi arab.. tambangnya adalah 45 riyal...

AIR ZAMZAM
Kepada yang nak beli air zamzam, boleh beli kat airport dalam 9 riyal untuk 5 liter.. tu untuk air zamzam sahaja.. nanti confirm kena paw dekat airport.. so kena tambah lagi dalam 15 riyal selalunya.. kalau naik MAS, mmg ada allocation untuk setiap orang 1 botol air zamzam... jangan angkut air zamzam dari hotel.. masuk dalam botol... memang tak kan lepas kat airport... beli je kat airport... kalau beli 2 botol, botol yang kedua tu kena lah tolak berat beg 30kg anda tu...
BAGI YANG TAK LARAT TAWAF & SAEI DENGAN BERJALAN
Kepada yang tak larat untuk berjalan ketika tawaf & saei, dekat bahagian atas tingkat 3 tak silap, ada sewa motor..tawaf 50 riyal, saei 50 riyal untuk seorang.. boleh je kalau nak sewa untuk saei sahaja... mak sewa sebab mak tak kuat.. Azzam jadi driver.. wan jadi cameraman.. hahahahaa.. actually benda tu macam scooter.. so bawak je laa.. tak susah mana pun... kalau rasa susah, boleh upah orang tolak tapi mahal la... 100 riyal untuk saei, 100 riyal tawaf...

KETIKA PULANG
Macam saya katakan tadi, bila dah dapat tahu airport, pergilah bayar troley 3 riyal... ingat ya! Jangan lupa sediakan dalam 30 riyal sorang.. itu untuk parking 50 riyal dan tips-tips yang korang akan kena paw dengan pekerja pakistan & bangladesh... jangan ambik troley yang ada upah orang tu.. nampak 10 riyal.. tapi sebenarnya bukan 10 riyal... jadi beratus riyal...
RISIKO
Risiko buat umrah DIY adalah apabila berlaku kematian.. jadi kat situ anda perlu tahu cara pengurusan nya dan bagitau pada travel agent yang mengeluarkan visa & perlu inform kepada muasasah... (boleh minta bantuan orang yang menguruskan di Madinah n Mekah).. doa banyak-banyak..

KOS
Total Kos untuk SEORANG dalam group kami untuk 8 hari 7 malam..
Visa: RM400
Transport : RM700
Insurance : RM90
Mutawif : RM200
Hotel di Madinah : RM 600 (untuk 3 malam, including breakfast)
Hotel di Mekah : RM2,650 (studio with Kaaba View including breakfast for 4 nights) - Mak n me..
Hotel di Mekah : RM1,550 (standard room with city view including breakfast for 4 nights) (bilik Azzam, Wan, Ma & Pa)

TOTAL COST UNTUK UNDERGROUND (exclude flight tix, lunch n dinner)
Hajar & Mak : RM 4,640
Azzam, Wan, Pa & Ma : RM3,540
Kos boleh jadi hanya RM2,500 JIKA anda mencari hotel jauh sedikit...

ITINERARY KAMI
17/1/2016
Arrive Jeddah at 7.30 pm flight number : MH 150 (Terminal Haji)
Jeddah to Madinah
18/1/2016
No activity

19/1/2016
7.00 am
Masjid Quba', Masjid Kiblatain, Jabal Uhud, pasar kurma

20/1/2016
7.00 am
Off to Makkah.. miqat at Bir Ali

21/1/2016
No activity

22/1/2016
Ziarah : jabal Nur, Jabal Rahmah, Mina dan lain-lain..Bermiqat di Jaaranah

23/1/2016
No activity

24/1/2016
Off to airport Jeddah (Terminal Haji)
Saya bertanya beberapa ustaz yang buat umrah juga, berapa kos macam saya ni kalau under package.. mereka kata dalam RM10K-12K dengan dapat Kaaba View nya... tetapi hanya untuk underground, tidak termasuk flight tix RM10k tu... memang sangat berbaloi kalau kos nya hanya RM4,640.. ramai yang mengimpikan bilik nampak kaabah.. jadi inilah caranya.. mohon jangan ada cakap, "ala.. nak beribadah bukan nak duduk dalam bilik"... betul.. tapi setiap kali tengok kaabah dapat pahala.. jadi lepas balik masjid, tempat kami hanya depan cermin melihat kaabah...

Ok lah.. setakat ini sahaja perkongsian umrah DIY saya... Jika ada sebarang pertanyaan boleh pm atau email.. sometimes PM ni, masuk di tempat lain... shark_1708@yahoo.com
Harap ianya sangat membantu dan didoakan semua yang berniat untuk membuat umrah akan dimakbulkan doanya...

Saya berharap tiada travel agency yang kecam saya dengan berkongsi umrah DIY.. rezeki Allah tu luas dan telah tertulis setiap bahagian kita...

Buku KEMBARA DIY BERSAMA SI KECIL juga telah berada di pasaran... boleh tempah melalui shopee.. type "kembara DIY"... buku ini memberi panduan yang cukup lengkap untuk anda yang ingin melakukan umrah DIY... saya kongsikan juga trip DIY saya ke Perth & New Zealand di dalam buku tersebut... InsyaAllah segala persoalan terjawab di dalam buku tu.... 

Untuk tengok gambar bilik dan bas, click link ni... terus ke FB saya...Travelog Umrah DIY - Siti Hajar Aladin

Monday, December 26, 2016

LASIK

Alhamdulillah.. memandangkan baru-baru ni sis buat lasik, ramai yang bertanya tentang proses Lasik.. sis akan buat ringkas & padat...

1st: telefon clinic di talian 0377241392... nama clinic, ADVANCE VISION EYE SPECIALIST CENTRE, Damansara.. berhampiran uptown Damansara... buat appointment kata nak datang untuk lasik.. terpulang kat uollz nak dtg bila.. proses ni ambil masa dalam satu jam.. dia akan cek condition mata.. diingatkan, datang pakai spec, jangan pakai contact lens.. sebab spec kita pakai pun dia akan cek power nya... jika mata ok, uollz pun bersetuju nak buat lasik, rm400 deposit perlu dibayar untuk booking date lasik...

2nd: sebelum lasik surgery, uolllzz perlu datang ke clinic untuk berjumpa dengan doctor & final check up before surgery... buat pada hari yang sama je... 2-3 hari sebelum surgery... yang ni ambiklah cuti half day... process kejap tapi menunggu boleh rasa nak meroyan... dah cek semua, terus buat full payment.. seminggu sebelum lasik, jangan pakai lens.. pakai spec je.. kire lens dah haram dah time tu...

3rd: hari yang dinanti-nantikan telah tibaaaaa... datang seperti yang ditetapkan... sis tanya, berapa jam process ni.. dia kata 2-4 jam.. terkejut sis! Apa dibuat dengan mata aku lama mcm tu... rupanya, sampai je, korang kena sign borang kebenaran bla bla bla... (5minit) lepas tu korang tunggu laa turn untuk dipanggil nurse utk masuk dewan bedah.. (waktu menunggu dari waktu appointment adalah 2 jam 30 minit).... hahaha... sis duk menanya kenapa lambat, kata nurse, sebab kes pagi, ada 2 orang yang tak focus pada dot merah semada surgery dilakukan.. jadi disebabkan 2 orang ini, menyebabkan semua org terpaksa delay waktu surgery... jadi korang yang nak buat, make sure, pandang je lampu merah tu nanti.. jangan gatal nak gerak-geram biji mata... jika korang focus betul, proses nya mengambil masa kurang dari 10 minit... yup! Less than 10 minutes! Pesanan penting! Jangan pakai wangi-wangian!! Deodarant pun tak boleh! Seperti mana kita di dalam ihram, seperti itu jugak kita ketika nak buat lasik surgery.. sebab machine sensitif terhadap bau wangi... kang spoil mata korang... oh lupa! Nanti tengah surgery jangan terkejut bau hangit! Tu normal sebab nama pun laser.. sis pun tak tahu kenapa bau hangit.. mcm bau rambut terbakar...Kang dibuatnya korang melompat, buat aniaya je... psst: jangan risau, nurse akan titik ubat bius kt mata, so xde la nak rasa sakit...
SELEPAS: selepas surgery, nurse akan pimpin keluar... sebenarnya waktu ni dah nampak sikit-sikit... 50% vision tapi masih kabur.. so, balik rest & tido... lepas bangun tido, mata uollz dah terang 80%... 2 hari selepas tu 99.9%.. but sometimes akan nampak kabur.. itu normal.. jangan gelabah... Masa ni nak jaga sangat leceh.. tak boleh kena air, peluh gosok & etc... so berhati-hati.. letak ubat yg doctor bekalkan.. waktu malam masih nampak silau tetapi ambik masa utk pulih... on the next day, wajib jumpa doctor!! Wajib! Pergi je sebab less than 30 seconds.. hahaha.. serius! Seminggu lepas tu pun wajib dtg jumpa doctor lagi...

Tips:
1. Kawasan clinic payah nak carik parking, so suggest korang naik grabcar..
2. Masa pergi surgery, jangan drive sendiri sebab balik korang tak kan boleh drive.. mata masih kabur.. jangan nak tunjuk hero sangat nak bawak kereta...
3. bawak la makanan masa surgery kalau tak nak kelaparan.. hahaha.. sebab waktu menunggu lama..
4. Bawak baju sejuk sebab aircond dia mcm kat kutub.. hari tu sis dah terlalu sejuk sgt, senyap2 sis tutup aircond tu..
5. Banyak-banyak berdoa supaya segalanya berjalan lancar & tiada orang yang spoil hari surgery tu..

Siapa yang boleh lasik?
1. Yang dah matang... (nurse tu cakap!) haha
2. Orang darah tinggi boleh buat
3. Yang rabun jauh sahaja.. dekat tak boleh!
4. Yang mata nya sihat selepas di periksa oleh optometrist.

Kos:
Power 600 dan ke bawah rm2899
Power 600 ke agas rm5599
Nurse akan offer nak buat lasik ke lasek? Korang pilih lasik walaupun lasek lg low risk.. kalau korang buat lasek, mata org lain dh ok, mata korang tak ok lagi... hohoho

Ok.. harap membantu!😎😎😎😎😎
By the way, mata sis dah sihat & ok!!!! Weeeeeeeeeseeeee....

Mata selepas lasik surgery.... Alhamdulillah

Friday, September 4, 2015

Our New Bundle of Joy- Bila Mummy tahu pregnant....

Alhamdulillah.. saya selamat melahirkan baby lelaki yang comel dipakejkan dengan birth mark di kepala kanan baby Luth… ni berpantang boleh la berbelog disamping Luth yang kuat tidur mcm mummy dia… kekekeke….
Selepas kahwin saya mengharap sangat saya terus mengandung.. tapi setiap bulan pasti ada sahaja perkara tak diingini berlaku…Aidilfitri tahun lepas antara bulan saya keguguran.. saya buat open house.. malam sebelum open house, sibuk memasak.. ambik kesempatan untuk check guna pregnancy test.. dapat lihat double line tak berapa clear, selepas sahaja menunjuk kan kepada husband, saya sambung menyediakan bahan-bahan juadah untuk majlis.. kerusi saya duduk patah dan hentakan kuat tu buat saya bleeding.. tak ada rezeki namanya… ye la.. mana tak mengharap nya… saya ni ada cyst.. 3 kali operation membuang cyst.. doctor kata orang ada cyst ni susah nak pregnant, rahim pulak tak kuat… tambah pulak ada yang kata, jangan nanti kahwin suami carik lain… jahatnya mulut manusia ni kann… tapi kata-kata tu tak pernah mematahkan semangat saya.. pada saya, rezeki tu bukan di tangan doctor.. saya dah ikhtiar yang terbaik untuk buang cyst…
Bulan berganti bulan… bulan Januari 2015 saya bakal mengerjakan umrah dengan suami ketika itu.. hari pertama berada di Tanah Suci hari saya tidak subur.. (mengikut perkiraan).. jadi saya fikir saya perlu dapatkan pill hormone untuk hentikan seketika cuti bulanan saya.. saya rujuk kepada doctor, adakah saya boleh mengandung jika saya mengambil pill hormone ni… doctor cakap tak boleh… maka pada bulan Disember saya sudah tidak mengharap saya mengandung.. 3 hari sebelum period cycle, saya dah ambik pill tu… jadi saya consume pill hormone for almost 2weeks.. oo.. mesti ada yang Tanya macam mana nak tahu waktu subur… saya ada membaca banyak artikel.. perkiraan paling mudah sekali.. jika period cycle 28 hari, maka hari paling subur akan jatuh pada hari ke 14… just bahagi 2… ini yang period regular.. tak regular saya tak ingat.. hehe..

Setibanya di Tanah Suci, saya dah bagitau awal-awal husband saya, yang saya tak boleh mengandung bulan ni sebab saya dah ambik pill hormone, jadi jangan halang saya minum pepsi.. hahaha.. bukan apa, tekanan darah saya rendah, selalu rasa nak tumbang.. bila dapat gula dalam badan, baru ada tenaga nak buat ibadah.. kekekeke.. jadi, sepanjang 9 hari di Tanah Suci, saya memang pulun pepsi 2 tin sehari… hahaha.. nasi arab mmg everyday la kan.. arghh!! Dah habis pantang nanti nak carik nasi arab!!!! Cuma di Tanah Suci tu kaki saya bengkak.. badan memang weak habis.. Subuh saya kurang ke masjid sebab tiada kudrat langsung… (saya tak tahu saya pregnant time ni).. husband ada jugak marah, dtg dr jauh tapi tak larat ke masjid.. menangis weyhhh time tu!! Sentapppppp… umrah kali ni pun tidak sekuat sebelum-sebelum ni… tapi saya tak henti mendoakan kiriman orang… doa paling banyak adalah doakan sahabat-sahabat saya mendapat zuriat.. diri sendiri kurang doakan.. ustaz kata kalau kita doakan orang, doa tu akan ke kita… (ni saya baru tahu selepas balik umrah).. saya hanya berdoa untuk dapat kerja lain, gaji yang besar, memudahkan, menggembirakan… tapi doa yang ni masih lagi tak dapat.. mungkin lepas dapat anak ni kot.. hehe.. harap-harap!! Ameen… saya tak boleh bayangkan di airport Jeddah tiada siapa uruskan kami dr pihak Utas, saya berlari-lari untuk mendapatkan boarding pass.. jika saya tahu saya mengandung ketika itu, pasti saya tidak akan berlari untuk “take over” staff tidak berbayar Utas bagi mendapatkan boarding pass semua Jemaah..
Selepas naik je flight, makcik sebelah saya yang juga Jemaah dalam group saya memandang saya.. “awak mengandung Hajar”.. saya jawab tidak.. saya tak boleh mengandung sebab saya ambik pill.. tapi siapa sangka masin mulut makcik ni kannn… setibanya di tanahair, kami terus balik ke rumah.. berkemas-kemas untuk balik ke Kelantan keesokan hari nya.. malam tu saya tengok depan cermin,m”ehh.. kenapa la aku makin gemuk.. mengandung ke… mana tahu masin mulut makcik tu..” terus sorok-sorok ambik pregnancy test.. (memang ada stok kt rumah)… masa tu tak nak husband tahu takut dia bising habiskan pregnancy test.. bukan murah pulak tuuu… hahahaha.. lepas saya check je, saya macam tak percaya… aku ni salah tengok ke atau aku dah rosak kan pregnancy test ni.. bile dah double line, terus jerit panggil husband.. memang tak percaya saya mengandung…
Itulah.. siapa sangka… yang dikata ada cyst, susah nak pregnant, tak ada lelaki nak, akhirnya Allah hadiahkan juga zuriat.. kalau dah rezeki tak kemana kan… Start daripada hari itu saya dilayan seperti permaisuri……..


Sambung next entry sepanjang pregnancy..


Wednesday, June 17, 2015

Who is she??




Saya pernah jumpa kak Fara ni beberapa kali.. 1st time kami berjumpa bila saya diajak kawan saya untuk membantu dia dalam project amal di rumah kebajikan orang tua di Kuang.. Di situlah saya kenal kak Fara ni.. Dia adalah penghuni paling muda di rumah orang tua ni.. Tak silap sy late 30 atau early 40... Sebab 2 years ago last jumpa dia... Kami bertukar phone number.. Bermesej bersama.. Nampak dalam gambar dia sempurna tapi sebenarnya tidak... Dia tak mampu bercakap normal seperti kita.. Satu-satu perkataan dia nak sebut sangat susah.. Saya sempat bertanya dengan dia apa sebenarnya terjadi pada dia.. 

Dia merupakan lawyer tapi saya tak ingat company apa, husband dia pulak seorang director di Indonesia.. Popular di Indonesia... (Saya lupa jugak nama husband dia, tapi kalau google sure ada laaa).. Dia dikurniakan 2 orang anak, seorang lelaki seorang perempuan.. Kedua-kedua anak nya breastfeed.. Dah tertulis hidup dia berubah ketika dia breastfeed kan anak perempuan dia... Tiba-tiba dia collapse... Bila sampai ke hospital doctor sahkan yang salah satu saraf dia pecah, dan perlu menjalani pembedahan...katanya tekanan dari breastfeed tu.. Wallahualam.. Saya tak tahu because im not a doctor.. (Maybe ada doctor boleh tolong explain kan part ni) Siapa sangka berubah segala hidupnya... Dia lumpuh separuh badan, dan sebahagian tempurung kepala dia jugak tiada.... Nak cakap gelap masa depan tu, tak tahu lah.. Tapi totally berubah... 

Dia pulak mungkin masih di rumah warga tua memandangkan saya pun dah lama tak visit dia, hp number pun dh bertukar... Sy ada dtg ke Kuang bawakkan dia english novel sebab dia request.. Dia bosan sangat katanya... 

Saya ceritakan life dia di rumah warga tua.. Dia duduk atas wheelchair je... Pagi dia akan dimandikan, lepas tu dia diletak di hall bersama orang-orang tua.. Kau tengok muka aku, aku tengok muka kau.. Dalam beberapa jam selepas tu, dia akan dibawa masuk dalam rumah.. Diberikan makan n tengok tv.. N then rest... Rutin yg sangat membosankan.. Sebab dia boleh berfikir waras cuma nak sampai ke kepala tu lambat... 

Dia ada cakap dengan sy dia nak pakai tudung... Alhamdulillah, last dia masuk paper sy tengok dia dah bertudung sehingga hari ini... Saya dah lama tak jumpa dia.. InsyaAllah one day nanti saya akan jumpa dia bawak family baru saya.. :) 

Nasib setiap orang berbeza dan boleh berubah sekelip mata.. Bersyukur apa yang ada didepan mata... Bila Tuhan nak tarik nikmat bila-bila masa sahaja... 

Salam Ramadhan... 



Monday, June 8, 2015

Cerita di petang hari di dalam LRT...

Hari ni hari paling busy.. Report bagaikan gunung kinabalu.. Non stop mengadap since pukul 8 pagi and by 4 semua report siap.. Weeehoooo... 

Ok... Back to my story.. Everytime saya naik LRT pi kerja, saya suka tengok name tag/ pass card ya g tergantung kat leher semua orang.. Al-maklum ler PUNB tak de pass card semua tu.. Semua thumbprint... Tapi kan.. I tak mengata okeyyy... Haha.. Yang saya nampak orang paling ramai sangkut kat leher adalah pass card Petronas.. Ye la.. Sy rasa mungkin.. Mungkin ehh.. Petronas antara company yang gah.. Siapa yang dapat masuk petronas tu kire hebat laa walaupun dia seorang cleaner... 

Tapi i rasa la kan.. Bukan sekarang je.. Dr zaman belajar kot.. Kalau ada orang nak berkenalan (not me hokey!), kerja mana?? Petronassss.. Sure diaorang bangga giler dapat kawan dengan budak petronas kan.. Hahaha..  Tapi itulah hakikatnya... 

Dulu i pernah la berangan.. Nanti nak kerja kat oil n gas company.. Tapi berangan je laaa sebab sampai la ni tak dapat pun kerja kat oil n gas company.. Oohh!! Tapi saya pernah dapat offer kerja di Tanjung Oil n Gas! Without interview, terus start kerja.. Korang tahu memandangkan saya baru berhenti dari Celcom dan perlukan waktu rehat, saya tak terima job tu! Argh! Bodohnya aku! Kalau tak impian dah jadi kenyataan.. Dah boleh jump ke company oil n gas yg lain! Gaji diaorang offer pun not bad weyh time tu.. Ok.. Tak nak ingat balik.. Nanti aku rasa menyesal yang teramat... 

Sebenarnya cite hari ni tak de tajuk specific pun.. Sebab nak menghabiskan waktu dalam LRT untuk sampai rumah.. Hoho.. Ok.. Dah nak sampai station.. Next post, akan ku pastikan perkongsian yang menarik!!! 

P/s: patutlah si meran bangga giler kerja petronas kann.. Sebab semua org pandang... Walaupun sekadar pump attendant! Syabas Meran!

Thursday, May 28, 2015

('',)

Assalamualaikum… 
Penuh sawang! Ramai Tanya kenapa tak update blog.. he he he.. I busy kerja uollzz.. hari ni kerja I pastikan semua usahawan buat payment sahaja, and menunggu usahawan datang office untuk discuss business mereka..
Alhamdulillah, hajat untuk membuat umrah dengan suami terlaksana Januari lepas.. hihihi.. tapi kan kali ni saya lembik giler badan.. dengan flight stranded kat airport nya.. sampai Madinah rushing giler… cite sikit pengalaman di Madinah..memandangkan di Madinah  sepatutnya 3 malam, bertukar jadi 1 malam.. kapal terbang rosak pulak.. Sampai di Madinah hari ke 2 waktu maghrib, memang rushing giler ke Masjid Nabawi.. Nasib baik hotel berhadapan sahaja dengan Masjid Nabawi.. Sampai je terus mandi n terus ke masjid.. dapatlah Isya’ di masjid.. untuk perempuan ada sekali je peluang untuk ke Raudhah… memandangkan ini kali ke 3 saya ke sana, saya tak ikut mutawwif perempuan ke Raudhah.. saya pergi seorang.. husband saya duduk luar tunggu saya solat sunat di Raudhah..Jam 10 malam, saya sendirian masuk ke Raudhah.. memang ramai sangat umat manusia dalam kawasan Raudhah.. masuk ikut negara.. kalau tengok giliran Malaysia saya tahu lambat lagi.. rugi saya tak masuk Raudhah… jadi saya berlegar-legar memikirkan macam mana saya nak masuk Raudhah.. Kat Madinah, kalau pakai telekung putih ni tahu lah dari Malaysia atau Indonesia.. Pulak saya pakai telekung hitam.. dan teringat pesan mak, kalau nak dilimpahkan rezeki banyakkan baca doa makan.. yes.. doa makan.. the power of doa.. bile polis-polis arab ni jerit, “Turki! Turki!”, jadi orang Turki ni berlari dah macam perang… saya pun menyelusup masuk kat orang turki ni.. badan saya besar mana jekk.. polis arab tak nampak pun.. Alhamdulillah.. selit selit selit, dapat depan sekali di raudhah.. Memang rezeki sungguh… keluar dari Raudhah dengan tersenyum lebar.. suami dah cemburu.. dia masih tak dapat lagi.. jadi dia nekad pukul 2 pagi dia perlu pergi jugak kat raudhah sebab esok pagi dah bertolak ke Mekkah..
Subuh di Madinah sangat menyejukkan… suhu around 11celcius.. Lepas tu round-round masjid di Madinah, bersiap ke Mekah… ni 1st time husband pergi, memang Nampak keterujaan dia.. seronok berada di bumi suci.. hotel ke masjid dalam 500 meter.. jauh jugak.. mekkah berdebu.. sebab tengah renovation.. kawasan solat pun jadi kecik sangat.. jemaah ramai, tapi masjid semakin kecik.. Kat Mekkah saya memang tak fit langsung.. kaki bengkak teruk…. Kalau sebelum ni boleh buat 2 kali tawaf sunat, kali ni, sekali pun tak lepas.. lepas 3 pusingan, rehat dulu sambung lepas solat habiskan 4 pusingan.. awal-awal tu husband pergi sendiri, saya pergi sendiri…tp lepas tu kemana-mana berdua je…solat pun dekat-dekat.. kat Masjidil Haram sahaja dibenarkan solat campur laki perempuan tp saya dengan husband tetap tak solat sekali, husband akan carik tempat yang lelaki semua bersebelahan dengan perempuan.. jadi senang dekat dengan isteri.. memandangkan pintu keluar masuk kami sangat jauh, kami duduklah dalam Masjidil Haram tu dari Zohor sampai ke Isya’.. sebelum Zohor makan kenyang-kenyang,  yang bawak masuk masjid cume air botol zamzam je… lepas Isya’ terus carik kedai pak Arab… itulah rutin setiap hari di Mekkah… Saya suggest siapa nak pergi buat umrah, maybe end of 2016 dah siap kot semuanya.. masa kami pergi, memang mencabar… jalan pun tak nampak sebab debu tebal.. pasang niatlah untuk ke sana ok!! 

Friday, December 19, 2014

Cashmere Glow & Mad About You...

hye hye hye...

lunch tadi lama.. so, sempat merayap ke NU Sentral... 3 sekawan.. saya, areena n kak nani.... apa lagi... nama perempuan kan... kami masuk la ke kedai Bath & Body Works... saya tengok harga wahhh... not bad... pulak ada promo.. beli 3 percuma 1...  dan saya merupakan perfume lover and body spray lover.... saya ambik 2, kak nani n areena ambik seorang sebotol...  boleh mabuk masuk sini.... sebab bau semua nya wangi giler weyhh!!! one by one saya cuba... ikutkan hati nak beli semua weyhh.. tp nanti ada orang kata aku mandi perfume plak...  so, saya ambik 2 bau yang pada saya sangat sedappppp.... 1. Cashmere glow... bau dia exclusive... sesuai untuk dinner, dating...  2. mad about you.. sesuai dengan nama.. memang boleh jatuh cinta... bau dia sangat sedap... fruity.. sesuai ketika stress.. sebab bau nya sangat menenangkan....

ok.. tu je nak share pasal fine fragrance mist yang baru dibeli sekejap tadi... OK Bye!!!

Thursday, December 18, 2014

Turnaround company - Part 2


Hye.. sambungan.. saya dah berjumpa dan berbincang dengan usahawan.. saya pointkan je di sini..

1) Usahawan mempunyai potensi untuk berniaga... Beliau pandai design baju,  artis pun ambik tempahan dengan beliau... baju rekaan beliau pun pernah masuk magazine...

2) kedai masih kurang lagi.. mungkin memerlukan modal yang lebih tetapi saya nasihatkan, dia berniaga servis jadi tidak memerlukan modal yang banyak...

3) untuk permulaan, saya cuba dapatkan tempahan daripada kawan-kawan serta officemate saya untuk up kan business dan perkenalkan business dia dulu.. jika feedback saya dapat semua memuaskan, saya akan mulakan market kepada luar, jika menerima komen, kita perbaiki sehingga memastikan tiada lagi yang mampu memberi komen..

Itu untuk kali ini... kita tunggu by end of this month, saya check sales dia, serta overhead dia.. adakah membawa profit atau tidak...




Part I

Friday, December 5, 2014

Hey Business!! Part I

Hyee...

Ok.. mulai hari ini saya akan coach seorang belia untuk running business.. dari A hingga Z.. dia tak ada knowledge tentang business.. so, mungkin kita semua boleh sama-sama membantu dan melihat business adik ni... sat lagi, saya akan meeting dengan dia, so saya akan discuss what she should do for the 1st step.. I will share with u later guys... apa yang kami akan bincangkan... Please pray for me... fuh fuh fuh...

Wednesday, December 3, 2014

Resepi macaroon

Hye...

ni sapa suka buat macaroon.. daku share resepi...

2 biji putih telur
65gm gula castor

80gm serbuk almond (jangan beli almond bulat lepas tu diblend, nanti berminyak teramat)
140gm gula icing
pewarna

Pukul putih telur & gula castor sehingga bertanduk...
terbalik kan pun x jatuh..

Masukkan serbuk almond... ada orang kata ayak.. daku jenis malas, daku blend je... blend kering, janji halus-halus.. letih wowww nak ayak...
masukkan gula icing + pewarna.. sukahati nak kaler apa... letak la perisa.. macam saya, saya prefer blueberry emulco.. sedap nanti...

dah gaul sampai rata, masukkan dalam pipping bag..

bagi yang malas nak lukis atas kertas minyak, n tak mau lekat-lekat ni, hang pi bakery, hang cakap nak beli tapak macaroon... dia jual RM9.90 jek... kalau online beratus daku tengok..

hang pun tekan ler ikut bentuk bulat tu... dah tu, tunggu sat, kasi bentuk tu nampak cantik, baru masuk oven.. bakar suhu 150C dalam masa 15  min - 20 min.. kalau senang tanggal tu, dah masak la.. terus keluarkan.. jangan biarkan dalam oven.. rentung la hang punya macaroon...

siappp!! chocolate ganache? kalau malas, hang pi beli nutella, jadikan chocolate ganache tengah... nak resepi akak???

akak main anggar-anggar sahaja.... janji jadi.. keh keh keh..

koko bancuhkan dengan susu cair + susu pekat + gula... pukul kasi rata.. baru double boiled kan... lepas tu letak tepung castard kalau ada.. sket je.. sebab nak pekatkan... ataupun tepung jagung... panas memang cair, tapi bila sejuk pekat, siap la... bab ni kena pandai-pandai hang la jadi masterchef...

Selamat Mencuba!!

Gambar tak dak.. kelam kabut dah time ni.. tapi laki ku kata sedaaaappppp!!!! dah setanding Laduree macaroons... keh keh keh

Bismillah..
Assalamualaikum..
Buat adik Shafiqa, redha dengan atas apa berlaku..  Jadikan ia sebagai pengajaran… Mungkin ini dugaan kita dari Allah ataupun ianya kifarah dosa atas dosa yang kita telah lakukan.. Apa yang dilalui oleh awak memang cukup perit, tetapi bayangkan yang berlaku terhadap orang lebih daripada awak.. InsyaAllah parut di muka itu pasti akan pulih sediakala.. Allah Maha Adil, pasti mereka yang melakukan perbuatan yang kejam ini akan dapat balasan…
Setiap manusia itu diduga pelbagai cara.. saya pun diduga juga.. tak henti keluar masuk hospital.. tu sebab saya tak suka bagitau officemate kalau saya masuk hospital.. sebab nanti mesti ada je cakap, Hajar dengan hospital dah sama..
 
Macam tadi di surau, seseorang tegur saya... lama tak nampak Hajar?, saya hanya mengangguk... Terus dia sambung, "asyik masuk hospital je.. sekejap-sekejap masuk hospital..."  saya pandang tajam ke mata dia, saya cakap, "yup.. saya memang kerap masuk hospital, itu bermakna itu kifarah atas dosa yang saya lakukan.. awak? adakah awak sentiasa sihat bermakna awak seorang yang tidak ada dosa? Awak ingat saya suka duduk ward ke? jangan asyik cakap orang masuk ward je, Allah balas balik, masa tu baru awak tersedar.. " saya terus berlalu pergi, dia pula terdiam seribu kata...
 
Jangan kita suka memandang sinis kepada orang lain, kerana kita belum tentu bagus di mata Allah... malah sentiasa bersyukur Allah tidak menguji diri kita seperti orang lain..

Wallahualam...

Tuesday, December 2, 2014

SAY NO TO CREDIT CARD!!!

Saya rasa semua orang akan suka credit card 1st time dapat…. Betul kan?? Tak payah tipu kata tak suka la weyhhh!!! Lagi tinggi limit, lagi rasa bangga… sebabnyaaa… gaji besar la tuuu… tapi korang tak sedar yang credit card ni akan bawak korang suffer seumur hidup… ohh nooooo!!!
Saya?? Of course la dah termasuk dalam pengguna credit card tapi itu dulu… sekarang tidak lagi setelah terhentak, terhantuk kepala… dalam fikiran, aku dah tak guna 6 months, apahal bayar tak  kurang-kurang… jadi bila saya sedar yang saya sebenarnya bayar profit, memang sampai mati tak kan habis… jadi bila dibuat calculation demi calculation.. kalau ikutkan dah boleh ada saving beribu dari duk bayar credit card, duit bonus yang tak berapa bonus tu selain dibayar kepada kerajaan, tiada bahagian untuk liburan maka saya laburkan bonus saya ke credit card… dan start daripada itu saving bertambah, nak shopping tak susah hati… bayar PTPTN lagi bagus.. tak de tergantung je hutang tuuuu...
Tapi ada pentingnya juga credit card ni… especially dalam keadaan terdesak.. tak semua orang sentiasa ada cash di tangan… so ketika itu credit card sangat penting, tapi lepas tu bayar semua balik...

kalau seorang yang disiplin, Alhamdulillah.. memang mudah segalanya....

ok la... selamat berfikir keburukan credit card!!