Friday, December 19, 2014

Cashmere Glow & Mad About You...

hye hye hye...

lunch tadi lama.. so, sempat merayap ke NU Sentral... 3 sekawan.. saya, areena n kak nani.... apa lagi... nama perempuan kan... kami masuk la ke kedai Bath & Body Works... saya tengok harga wahhh... not bad... pulak ada promo.. beli 3 percuma 1...  dan saya merupakan perfume lover and body spray lover.... saya ambik 2, kak nani n areena ambik seorang sebotol...  boleh mabuk masuk sini.... sebab bau semua nya wangi giler weyhh!!! one by one saya cuba... ikutkan hati nak beli semua weyhh.. tp nanti ada orang kata aku mandi perfume plak...  so, saya ambik 2 bau yang pada saya sangat sedappppp.... 1. Cashmere glow... bau dia exclusive... sesuai untuk dinner, dating...  2. mad about you.. sesuai dengan nama.. memang boleh jatuh cinta... bau dia sangat sedap... fruity.. sesuai ketika stress.. sebab bau nya sangat menenangkan....

ok.. tu je nak share pasal fine fragrance mist yang baru dibeli sekejap tadi... OK Bye!!!

Thursday, December 18, 2014

Turnaround company - Part 2


Hye.. sambungan.. saya dah berjumpa dan berbincang dengan usahawan.. saya pointkan je di sini..

1) Usahawan mempunyai potensi untuk berniaga... Beliau pandai design baju,  artis pun ambik tempahan dengan beliau... baju rekaan beliau pun pernah masuk magazine...

2) kedai masih kurang lagi.. mungkin memerlukan modal yang lebih tetapi saya nasihatkan, dia berniaga servis jadi tidak memerlukan modal yang banyak...

3) untuk permulaan, saya cuba dapatkan tempahan daripada kawan-kawan serta officemate saya untuk up kan business dan perkenalkan business dia dulu.. jika feedback saya dapat semua memuaskan, saya akan mulakan market kepada luar, jika menerima komen, kita perbaiki sehingga memastikan tiada lagi yang mampu memberi komen..

Itu untuk kali ini... kita tunggu by end of this month, saya check sales dia, serta overhead dia.. adakah membawa profit atau tidak...




Part I

Friday, December 5, 2014

Hey Business!! Part I

Hyee...

Ok.. mulai hari ini saya akan coach seorang belia untuk running business.. dari A hingga Z.. dia tak ada knowledge tentang business.. so, mungkin kita semua boleh sama-sama membantu dan melihat business adik ni... sat lagi, saya akan meeting dengan dia, so saya akan discuss what she should do for the 1st step.. I will share with u later guys... apa yang kami akan bincangkan... Please pray for me... fuh fuh fuh...

Photo Wedding..

Nak share gambar kahwin, tak share-share... he he hehe.... few gambar kahwin.... best jugak feeling ala-ala princess.... keh keh keh keh....
 













Wednesday, December 3, 2014

Resepi macaroon

Hye...

ni sapa suka buat macaroon.. daku share resepi...

2 biji putih telur
65gm gula castor

80gm serbuk almond (jangan beli almond bulat lepas tu diblend, nanti berminyak teramat)
140gm gula icing
pewarna

Pukul putih telur & gula castor sehingga bertanduk...
terbalik kan pun x jatuh..

Masukkan serbuk almond... ada orang kata ayak.. daku jenis malas, daku blend je... blend kering, janji halus-halus.. letih wowww nak ayak...
masukkan gula icing + pewarna.. sukahati nak kaler apa... letak la perisa.. macam saya, saya prefer blueberry emulco.. sedap nanti...

dah gaul sampai rata, masukkan dalam pipping bag..

bagi yang malas nak lukis atas kertas minyak, n tak mau lekat-lekat ni, hang pi bakery, hang cakap nak beli tapak macaroon... dia jual RM9.90 jek... kalau online beratus daku tengok..

hang pun tekan ler ikut bentuk bulat tu... dah tu, tunggu sat, kasi bentuk tu nampak cantik, baru masuk oven.. bakar suhu 150C dalam masa 15  min - 20 min.. kalau senang tanggal tu, dah masak la.. terus keluarkan.. jangan biarkan dalam oven.. rentung la hang punya macaroon...

siappp!! chocolate ganache? kalau malas, hang pi beli nutella, jadikan chocolate ganache tengah... nak resepi akak???

akak main anggar-anggar sahaja.... janji jadi.. keh keh keh..

koko bancuhkan dengan susu cair + susu pekat + gula... pukul kasi rata.. baru double boiled kan... lepas tu letak tepung castard kalau ada.. sket je.. sebab nak pekatkan... ataupun tepung jagung... panas memang cair, tapi bila sejuk pekat, siap la... bab ni kena pandai-pandai hang la jadi masterchef...

Selamat Mencuba!!

Gambar tak dak.. kelam kabut dah time ni.. tapi laki ku kata sedaaaappppp!!!! dah setanding Laduree macaroons... keh keh keh

Bismillah..
Assalamualaikum..
Buat adik Shafiqa, redha dengan atas apa berlaku..  Jadikan ia sebagai pengajaran… Mungkin ini dugaan kita dari Allah ataupun ianya kifarah dosa atas dosa yang kita telah lakukan.. Apa yang dilalui oleh awak memang cukup perit, tetapi bayangkan yang berlaku terhadap orang lebih daripada awak.. InsyaAllah parut di muka itu pasti akan pulih sediakala.. Allah Maha Adil, pasti mereka yang melakukan perbuatan yang kejam ini akan dapat balasan…
Setiap manusia itu diduga pelbagai cara.. saya pun diduga juga.. tak henti keluar masuk hospital.. tu sebab saya tak suka bagitau officemate kalau saya masuk hospital.. sebab nanti mesti ada je cakap, Hajar dengan hospital dah sama..
 
Macam tadi di surau, seseorang tegur saya... lama tak nampak Hajar?, saya hanya mengangguk... Terus dia sambung, "asyik masuk hospital je.. sekejap-sekejap masuk hospital..."  saya pandang tajam ke mata dia, saya cakap, "yup.. saya memang kerap masuk hospital, itu bermakna itu kifarah atas dosa yang saya lakukan.. awak? adakah awak sentiasa sihat bermakna awak seorang yang tidak ada dosa? Awak ingat saya suka duduk ward ke? jangan asyik cakap orang masuk ward je, Allah balas balik, masa tu baru awak tersedar.. " saya terus berlalu pergi, dia pula terdiam seribu kata...
 
Jangan kita suka memandang sinis kepada orang lain, kerana kita belum tentu bagus di mata Allah... malah sentiasa bersyukur Allah tidak menguji diri kita seperti orang lain..

Wallahualam...

Tuesday, December 2, 2014

SAY NO TO CREDIT CARD!!!

Saya rasa semua orang akan suka credit card 1st time dapat…. Betul kan?? Tak payah tipu kata tak suka la weyhhh!!! Lagi tinggi limit, lagi rasa bangga… sebabnyaaa… gaji besar la tuuu… tapi korang tak sedar yang credit card ni akan bawak korang suffer seumur hidup… ohh nooooo!!!
Saya?? Of course la dah termasuk dalam pengguna credit card tapi itu dulu… sekarang tidak lagi setelah terhentak, terhantuk kepala… dalam fikiran, aku dah tak guna 6 months, apahal bayar tak  kurang-kurang… jadi bila saya sedar yang saya sebenarnya bayar profit, memang sampai mati tak kan habis… jadi bila dibuat calculation demi calculation.. kalau ikutkan dah boleh ada saving beribu dari duk bayar credit card, duit bonus yang tak berapa bonus tu selain dibayar kepada kerajaan, tiada bahagian untuk liburan maka saya laburkan bonus saya ke credit card… dan start daripada itu saving bertambah, nak shopping tak susah hati… bayar PTPTN lagi bagus.. tak de tergantung je hutang tuuuu...
Tapi ada pentingnya juga credit card ni… especially dalam keadaan terdesak.. tak semua orang sentiasa ada cash di tangan… so ketika itu credit card sangat penting, tapi lepas tu bayar semua balik...

kalau seorang yang disiplin, Alhamdulillah.. memang mudah segalanya....

ok la... selamat berfikir keburukan credit card!!

Wednesday, November 26, 2014

Artikel : Menjana Pendapatan Melalui Hobi

KEUSAHAWANAN MUDA
Menjana Pendapatan melalui Hobi
Oleh:
Siti Hajar binti Aladin
(Jabatan Pelaburan)

ABSTRAK

Anak muda bumiputera pada hari ini lebih didedahkan tentang perniagaan di usia muda bagi menjadi saingan kepada bangsa lain. Saingan sengit di antara kaum Cina, India dan Melayu melihatkan anak muda Melayu masih lagi kekurangan ilmu dalam dunia perniagaan. Kongres Usahawan Muda Bumiputera dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB) Malaysia juga telah diadakan pada Mac 2014. Ia merupakan satu wadah bagi usahawan muda untuk mencerna landskap ekosistem perniagaan baharu dan berkongsi maklumat dengan kerajaan tentang kekangan dan keperluan generasi usahawan muda bumiputera.

PENGENALAN

Masalah usahawan Muda pada hari ini adalah mereka tidak pasti tentang perniagaan yang ingin diceburi sehingga ada yang terpaksa berhenti separuh jalan dalam dunia perniagaan. Perniagaan yang diusahakan mestilah berlandaskan minat. Minat terhadap sesuatu amat penting bagi melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam memajukan perniagaan. Usahawan perlu memikirkan sesuatu yang lain daripada yang lain bagi menarik minat pelanggan. Idea serta kreativiti  yang berbeza dari usahawan lain mampu menjana pendapatan berlipat kali ganda seiring dengan servis dan produk yang menepati citarasa pelanggan.

Kelemahan serta kekurangan dalam sesuatu perniagaan merupakan lumrah dalam menjana ekonomi diri. Tetapi jangan jadikan ia sebagai satu bebanan terhadap masalah yang dihadapi, kerana kadang-kadang kita sendiri tidak sedar bahawa kelemahan itu merupakan pengajaran yang kita perlu ambil untuk memperbaiki kelemahan serta kekurangan dalam diri kita serta perniagaan kita. Contohnya, jikalau lihat usahawan muda pada hari ini boleh dikatakan lebih cenderung dalam perniagaan pakaian. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya. Ini kerana yang berjaya itu adalah mereka yang sentiasa mencipta idea-idea yang menarik dan fesyen-fesyen yang mengikut peredaraan masa terhadap produk mereka dan mereka yang tidak berjaya, mereka hanya meniru produk orang lain tanpa memberi idea-idea yang boleh mengembangkan perniagaan mereka.

Perkongsian yang dikongsikan di dalam artikel ini bakal membuka mata usahawan muda cara terbaik menjadi usahawan muda yang berjaya. Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, pasti tertanya-tanya perniagaan apakah yang boleh mereka lakukan ? Bagaimana ingin memulakan perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda?

HOBI MEMBANTU MENJANA PENDAPATAN

Ramai anak muda mungkin tidak perasan bahawa daripada hobi juga boleh menjana pendapatan, bukan sekadar pendapatan sampingan tetapi juga pendapatan tetap. Seperti yang diperkatakan di atas, minat adalah penting dalam menjana perniagaan. Ini kerana sesuatu perniagaan itu perlu datang daripada minat, diikuti dengan idea-idea yang diluar dari kotak pemikiran kita dan menepati keinginan pelanggan kita.

Beberapa contoh hobi yang boleh menjana pendapatan untuk mereka yang baru menceburi bidang perniagaan. Antaranya, memasak dan membuat kek, menjahit, membaca dan menulis blog, melancong dan lain-lain. Bagaimana dikatakan boleh menjana pendapatan daripada hobi-hobi ini?

Bagi anak-anak muda yang minat memasak dan membuat kek, peluang mereka sangat luas untuk mengembangkan bakat masakan mereka.Daripada satu resepi yang sedia ada, mereka boleh mencuba untuk mengubah resepi asal kepada yang lebih menarik. Cuba lihat Restoran ‘Secret Recipe’, pada awalnya mereka cuma menyediakan kek keju, tetapi idea yang sentiasa mereka fikirkan maka terhasillah beberapa perisa kek keju, antara nya durian, teh hijau dan macam-macam lagi.  Pernahkah anda terdengar greentea cheese cake di mana-mana bakeri kecuali Secret Recipe ? Maka, apabila pelanggan teringinkan greentea cheese cake maka terus bermain difikiran mereka bahawa Secret Recipe sahaja menyediakan kek itu. Jika usahawan itu berjaya untuk menjaga, mengekalkan dan mempelbagaikan produk mereka, maka mereka telah berjaya memenuhi keinginan pelanggan mereka.

Seterusnya, melancong. Mesti ramai sedang berfikir bagaimana dengan melancong boleh menjana pendapatan bukan? Kepada mereka yang suka melancong, pasti mereka akan belajar dari awal lagi bagaimana ingin membeli tiket, pengurusan visa, pengurusan ketika berada di luar negara. Kerana mereka yang kaki berjalan ini pasti tiada masalah tentang tempat yang ingin dituju. Jadi, bagaimana yang dikatakan menjana pendapatan? Pada hari ini, rakyat Malaysia mampu terbang ke luar negara kerana promosi yang ditawarkan oleh pihak MAS, AirAsia, Fireflyz amatlah murah dan berpatutan. Tetapi mereka hanya membeli tiket, bagaimana pula pengurusan lain-lain seperti makan, hotel, pengangkutan di negara itu nanti?  Jadi, bagi mereka yang minat melancong, inilah adalah peluang emas untuk mereka memulakan perniagaan bagi pengurusan pakej atau bahasa yang kerap digunakan “underground package”.  Pada hari ini, mereka lebih memilih Underground package bagi mengurangkan kos pelancongan mereka ke sesebuah negara. Antara usahawan-usahawan muda yang telah berjaya dalam industri pelancongan yang hanya menawarkan “underground package” seperti Wenkt Vacation Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Syazwan Zanini yang merupakan seorang anak Melayu muda yang berjaya dalam servis “underground package”. Bermula daripada minat dan hobinya melancong, sehinggalah sekarang menjadi pendapatan tetap kepada beliau dalam industri pelancongan.

Menulis blog juga boleh dijadikan ia sebagai pendapatan sampingan kepada usahawan muda. Pengacara dan model sambilan, Hanis Zalikha memulakan kariernya daripada menulis blog miliknya sendiri iaitu inibelogsaya.blogspot.com dan sekarang beliau dikenali ramai. Seperti usahawan muda, mereka bukan setakat boleh mempromosikan produk mereka malah juga boleh berkongsi cerita di blog mereka. Lebih banyak penulisan yang ditulis, lebih ramai akan melayari blog berkenaan. Daripada situlah datangnya pendapatan kepada usahawan. Seperti Nuffnang, mereka sentiasa mencari blog yang aktif untuk mempromosikan iklan di ruang-ruang blog berkenaan. Nuffnang akan membayar kepada penulis blog secara bulanan berdasarkan berapa ramai yang membuka iklan di blog tersebut. Tidak kurang hebatnya laman sesawang beautifulnara.com. Penulisnya kerap mengemaskini cerita-cerita menarik dan isu-isu semasa. Ini membuatkan ramai pembaca memilih laman webnya untuk membaca isu-isu semasa dan pada masa yang sama,  melihat pelbagai promosi yang menarik di laman web itu. Pendapatan bersih bagi seorang penulis blog yang hebat boleh mencecah lima angka.

Menjahit juga bukan sekadar satu pekerjaan tetapi ia juga merupakan hobi. Pereka-pereka fesyen di Malaysia kebanyakannya bermula daripada minat terhadap jahitan dan rekaan pakaian. Mereka mulakan karies dengan menjahit pakaian dan dari situlah mereka memulakan karier sebagai pereka fesyen sehingga boleh terkenal seluruh dunia. Asas jahitan amatlah penting bagi seseorang pereka fesyen kerana ia menentukan kekemasan sepasang pakaian itu. Bagi usahawan muda yang mempunyai hobi menjahit, ini adalah perniagaan yang baik untuk mereka. Bermula dengan mengambil tempahan menjahit pakaian yang mudah, menjahit manik, daripada situ mereka boleh untuk memulakan perniagaan dalam bidang pakaian dan jahitan.

IDEA YANG BERNAS MENGHASILKAN BARANGAN YANG BERKUALITI

Itu adalah antara contoh-contoh hobi yang boleh dijadikan perniagaan bagi anak muda hari ini. Apabila ia menjadi minat, tidak kiralah perniagaan apa sekalipun ia pasti mampu menarik pembeli yang ramai dan ia akan menjadi lebih menarik lagi jika idea-idea yang asal dapat dikembangkan menjadi lain daripada yang lain. Tidak dinafikan, di awal perniagaan pasti akan mendapat kritikan dan komen-komen negatif, tetapi jika mereka yakin dengan perniagaan yang mereka jalankan, teruskan perniagaan dan jadikan kritikan itu sebagai sebahagian pembaik pulih perniagaan. Usahawan muda perlu sentiasa memikirkan idea-idea yang mungkin pelik tetapi menarik kerana ia mungkin membuahkan hasil di luar jangkaan. Tetapi jika kritikan  hebat yang diterima, sekurang-kurangnya ia membantu untuk dijadikan sebagai satu inspirasi kepada usahawan itu sendiri.

CABARAN DAN RINTANGAN ADALAH CABARAN

          Di dalam perniagaan, terlalu banyak cabaran dan rintangan. Bagi usahawan yang baru berjinak-jinak di dalam perniagaan, sentiasa memandang ke hadapan. Risiko sentiasa wujud di mana sahaja, untung dan rugi juga merupakan perkara normal di dalam pernigaan. Anak-anak muda yang baru mencorak perniagaan, adalah penting untuk sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan, kesan-kesan yang timbul, serta risiko yang bakal mereka hadapi. Paling penting adalah usahawan-usahawan muda janganlah tergopoh-gopoh dalam mencari keuntungan.

PROMOSI DAN PENGIKLANAN ASAS UTAMA

          Promosi dan pengiklanan adalah elemen penting dalam sesuatu perniagaan. Impak terhadap iklan dan promosi mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli. Bagi usahawan muda, mereka pasti akan berasa sukar kerana masih baru di dalam dunia perniagaan jika dibandingkan dengan usahawan-usahawan yang telah lama bertapak.  Tetapi sebenarnya itu hanya satu alasan. Setiap manusia diberi daya kreativiti yang tersendiri bagi mencipta sesuatu yang luar biasa. Iklan yang mampu menarik minat untuk membeli perlulah setara dengan produk yang diiklankan. Penipuan di dalam pengiklanan akan membawa kerugian yang besar terhadap perniagaan.
          
Dunia semakin canggih. Pelbagai medium pengiklanan boleh digunalkan seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’, dan juga lama sesawang seperti mudah.my, lazada.com.my dan pelbagai lagi. Walaupun usahawan muda masih lagi baru, tetpi jika mereka benar-benar kreatif dalam mengiklankan produk mereka, tiada yang mustahil untuk perniagaan mereka berkembang maju.

PENUTUP

Kesimpulannya, setiap anak muda pada hari ini mampu berdaya saing seiring dengan pembangunan negara. Setiap elemen-elemen penting di dalam perniagaan perlu diaplikasikan agar perniagaan yang dijalankan berada di landasan yang tepat. Minat adalah sangat penting di dalam perniagaan. Apabila datangnya minat, maka kecenderungan untuk berfikir secara kreatif dan kritis juga sangat mudah. Kejayaan adalah bukan satu destinasi tetapi ia adalah perjalanan yang tiada peghujung. Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak ilmu yang kita akan timba.

“Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.”
- Joseph Conrad


Friday, November 7, 2014

Hyee… uisshh.. bersawang dan berkulat sudah blog ini… husband saya tanya, “yang, anak jerung awak dah tak ada ke?? Dah bersawang abang tengok.. lama sangat tak update cerita..” hahaha… nak je saya balas, “bang, tolong la belikan ipad, boleh setiap saya update blog.. “.. InsyaAllah after this saya  akan aktif semula cerita.. tentang segalanya.. tentang usahawan, tentang karier, tentang apa lagi ekk.. tentang segalanya….

 

Stay tuned!!!

Tuesday, May 13, 2014

::CINTA SEORANG WANITA:: Cinta Selepas Nikah...



Bismillah…
Hari berganti hari.. Bulan berganti bulan.. Hidup mesti diteruskan.. Selepas si dia pulang dari tanah suci, berdoa tanpa henti di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.. Bersendirian, berjalan seorang diri di sana, mencari ketenangan yang telah hilang sebelum ini.. Alhamdulillah.. Si dia kecapi.. Si dia semakin istiqamah dalam mencari agama yang pada nya semakin pudar dari hari ke hari.. Jika kali pertama ke Tanah Suci, hatinya masih berbunga dengan cinta di UK nya tetapi berbeza untuk kali kedua, tiada siapa di dalam hati nya.. hanya tangisan menemani nya… dan doa kali ini banyak kepada untuk permudahkan urusan pembelajaran nya ke Cardiff..
Kehidupan berbeza selepas pulang… Segala yang dilakukan terhad.. Manusia luar sentiasa memerhatikan nya… ada yang mengenal nya.. Kehidupan tidak lari seperti seorang selebriti.. Jika ditahu impak yang akan melanda diri nya sebegini rupa, pasti si dia tidak akan menulis surat yang panjang lebar itu.. Tetapi bila difikirkan semula, kehidupan ini memang perlukan pengorbanan, jika bukan untuk diri sendiri, maka untuk orang lain.. Tak apa lah.. janji matlamat si dia ingin memberitahu kepada pihak atasan didengari walaupun sangat tipis harapan untuk didengari nya… satu langkah telah dilakukan pada pendapat nya…
 Soalan tentang perkahwinan juga bertalu-talu diberikan kepada nya.. Masih dengan senyuman yang terukir di bibir nya… Tiada sebarang jawapan yang akan diberi… “Macam mana aku nak sambung belajar kalau nanti dah kahwin…” “macam mana aku nak jadi politician kalau masa akan dikongsi dengan keluarga..” pelbagai persoalan bermain difikiran nya lagi…
UK.. negara yang dipilihnya untuk menyambung pelajaran.. Kenapa tidak Malaysia? Itulah impian nya sejak dulu… Kalau tengok result SPM, degree, memang tidak layak untuk ke luar negara.. Rezeki orang siapa tahu.. Mendapat offer dari 3 universities terkemuka di dunia amat menggembirakan.. ditambah pula ada pihak yang sudi member pembiayaan biasiswa untuk nya… Allah mendengar doa nya.. desis hatinya…. “UK!! Akan ku terokai sendiri!!”.. kerana dia masih teringat cinta separuh jalan di UK yang pernah berjanji pada nya untuk meneroka bumi Eropah bersama tetapi impian tinggal impian… Preparation mental dan fizikal telah lengkap pada nya….. hanya mempersiapkan diri untuk bermastautin selama setahun di sana.. Cardiff!! Tempat yang cantik!!
Hari demi hari.. tiada beza dengan hari sebelum nya.. pergi kerja, balik kerja.. outstation…. Itulah rutin kehidupan nya… Sungguh membosankan… Bilakah hati si wanita ini akan terbuka? Kenapa keras sangat hati perempuan ini? Apakah yang menghalangnya untuk memberi peluang kepada lelaki lain?
Lamaran tanpa henti.. Tetapi ditolak bulat-bulat tanpa memikirkan langsung… Hanya dalam fikiran si dia, belajar.. belajar.. belajar.. itu sahaja… Nasihat kawan tak pernah nak didengari… Berbuih mulut sahabatnya menasihatinya, “lupakan yang lepas.. buka lembaran baru.. mulakan kehidupan baru..” tetapi umpama angin yang hanya lalu dimuka sahaja tanpa memberi kesan kepada si dia…
Tetapi kesilapan besar ada si dia.. si dia tidak pernah melihat orang sekeliling nya.. Si dia jarang untuk menerima pelawaan sesiapa.. si dia dengan hati yang keras seperti batu.. Tetapi sekeras mana pun hati, jika Allah kata Kun Fayakun, hati yang keras pasti menjadi lembut…
Lelaki..  Lelaki yang menjadi teman rapat nya ketika susah dan senang.. Lelaki yang banyak menahan kerenah nya.. Apabila si lelaki ini melamarnya, pasti ada jawapan..  “tak nak orang pantai timur.. “, “nak belajar lagi.. tak mahu fikir kahwin..” Tetapi sifat sabar si lelaki ini boleh dikatakan hebat.. walaupun lamarannya beberapa kali di tolak mentah-mentah, dia tak pernah meninggalkan wanita pujaan nya.. Kerana lelaki ini berjanji pada diri nya, jikalau jodohnya bersama si dia, dia tidak akan mensia-siakan si dia ini seperti yang berlaku sebelum ini… Hebat engkau wahai lelaki!!
Tanpa disedari, nasihat daripada kawan-kawan, sahabat handai, sepupu sepapat, keluarga.. akhirnya si dia mula membuka hati untuk menerima lelaki yang benar-benar ikhlas untuk menerima nya.. Walaupun dia masih fobia dengan kata-kata bekas tunangan nya, masih terngiang-ngiang dia di telinga nya… tetapi dikuatkan hatinya… “Allah tahu apa yang berlaku! Percaya kepada Allah wahai hati!”  Orang yang pernah menyakiti orang lain, pasti suatu hari nanti akan terbalas juga…
Bila ditanya oleh sahabat-sahabat, kenapa nak fobia? Jawapan si dia sama sahaja.. “nanti jadi macam dulu… nama je tunang orang, tapi tunang sendiri ada perempuan lain.. lagi satu tak nak asyik kena maki je… takut..” tak pernah bertukar jawapan nya….
Hari yang cukup bermakna buat si lelaki….
“betul awak nak saya? Betul awak akan jaga saya? Betul awak tak kan marah saya? Betul awak tak kan ada perempuan lain?” bertalu-talu soalan di berikan kepada lelaki itu.. ya! Lelaki itu memahami keadaan si dia… yang seringkali hatinya disakiti… jawapan yang cukup berhemah dan cukup menyenangkan hati.. “Kita bertemu kerana Allah.. kalau Allah memberi saya cinta awak, maknanya Allah memberi amanah kepada saya untuk menjaga awak.. saya pasti tak akan mensia-sia sesuatu yang pada saya sukar untuk saya perolehi… “ hati si dia lega… dengan lafaz Bismillah di dalam hati.. “saya menerima lamaran awak, dan saya benarkan keluarga awak untuk masuk meminang..tapi dengan syarat, percintaan hanya akan wujud selepas perkahwinan… kerana bukan mudah untuk memperbaiki apa yang berlaku… Saya masih takut…”, Si lelaki angguk tanda setuju… Semoga ini yang terbaik…
Tempoh yang diberikan emak cukup pendek.. hanya kurang dari 3 bulan lagi majlis ingin dijalankan… Persiapan perlu dilakukan dengan begitu pantas.. Si dia dan si lelaki sama-sama sibuk dengan persiapan masing-masing…. Hanya waktu keluar makan sahaja menjadi tempat sesi perkenalan antara uda dan dara… Dalam diam, si dia rupanya sedikit demi sedikit  merasakan perasaan datang kepada si lelaki.. mungkin sikap lelaki ini cukup menyenangkan.. mana tak nya, sesiapa yang melihat wajah si lelaki ini, pasti akan berkenan untuk dijadikan menantu..
Saat semakin hampir.. Si dia dalam usaha memperelokkan diri untuk bergelar isteri.. si lelaki pula sentiasa membantu si dia tentang tanggungjawab yang perlu digalas seorang isteri dan suami… Hati si dia gembira bercampur risau.. Semoga kehidupan si dia diberkati Allah dengan kewujudan lelaki yang muncul dalam hidupnya tanpa di duga… Allah Perancang yang Terbaik… Subhanallah…
Buat Si bekas tunang,
Dulu awak mengatakan yang saya akan dapat lelaki bodoh.. Lelaki yang teruk.. Lelaki yang menerima saya adalah lelaki yang malang.. Tapi awak silap.. Apa saya perolehi adalah lebih baik daripada apa yang saya hilang.. Allah beri saya merasa bertunang dengan lelaki yang salah untuk menduga kesabaran saya.. Menduga hidup saya.. Tetapi saya redha kerana saya percaya perancangan Allah itu adalah terbaik…  Selepas putus dengan awak, Allah hadiahkan saya seseorang yang cukup sempurna di mata saya, yang menyenangkan orang tua saya, yang pandai mengambil hati saya, yang bijak ilmu agama, yang tidak pernah mensia-siakan saya seperti yang pernah awak lakukan.. Jangan lah mendoakan bukan-bukan untuk orang lain, kelak risau doa itu kembali ke diri kita.. doakan lah yang terbaik seperti mana saya lakukan di Masjidil Haram.. dan hari ini Allah berikan lelaki yang baik buat saya.. yang boleh memimpin saya ke syurga…
 
 Ikhlas,
Si dia

Buat bakal suami ku,
Terima kasih kerana memilihku untuk melengkapkan agamamu dan agamaku.. Terima kasih kerana melayan kerenah kebudak-budakkan ku.. Terima kasih kerana sentiasa disampingku ketika susah dan senang.. Terima kasih kerana mengajarku apa erti kesabaran.. Tak ada mampu yang ingin dijanjikan kepada mu, kecuali satu perkara.. akan ku menjadi isterimu yang taat, yang sentiasa bersamamu ketika susah dan senang… Tolong pimpin tanganku ke syurga.. Jadikanlah aku bidadarimu di dunia dan akhirat.. Semoga perkahwinan yang akan kita tempuhi sentiasa dibawah lindungan Allah… Semoga Allah tetapkan hatiku hanya untuk mu dan hati mu hanya untuk ku..
 Salam Sayang,
Si dia
-TAMAT-             

Thursday, March 6, 2014

Thank you Buyer!!!

Alhamdulillah... Thank you Allah.. Thanks a lot to buyer atas keprihatinan anda... Semoga Allah melimpahkan rezeki anda.... :) 



Wednesday, March 5, 2014

Jam untuk dijual...

Assalamualaikum...

Hye hye hye... Ok.. ni nak buat jualan amal...

Jam DKNY ni Hajar beli menggunakan duit simpanan.. Berangan nak ada satu jam yang pakai tahan lama... tak payah ganti-ganti... setelah berbulan pakai, bertemu dengan someone (ex-f), tapi dia pulak tak gemar saya pakai jam ni... dia tak bagi saya pakai jam ni kalau keluar dengan dia.. hik hik hik.. katanya tak nampak perempuan langsung.. jadi setiap kali keluar dengan dia, mesti tak pakai sedangkan ni jam kesayangan saya.. ye la.. pakai duit sendiri... mestilah nak pakai setiap masa kan... kan.. kan.... saya ceritakan pada mak pasal jam saya, jadi mak pun terus menghadiahkan satu jam bonia... walaupun tidaklah semahal jam saya beli tapi ia cukup berharga sebab dibelikan oleh mak... jam DKNY saya tu, saya simpan dalam kotak.. pemberian mak itu lebih berharga dari benda yang saya sayang...

Jadi saya fikir balik, saya simpan, tak ada orang guna, lama-lama rosak lagi sayang... Tak salah barang kesayangan kita, kita jual untuk membantu orang lain kan... jadi saya plan untuk jual jam ini dengan harga RM200 dan hasil jualan jam ini saya akan salurkan kepada Syria... Jam ini saya akan hantar servis everything dan saya akan hantar kepada pembeli nya... postage everything akan ditanggung oleh saya... Market price RM999.. kurang RM1 cukup RM1,000... tapi saya beli dulu RM500 dari kawan akak saya di US... yes! original.. bukan cikai DKNY..

Mengikut Malaysia Life Line for Syria, kalau RM200 ni apa yang boleh kita dapat adalah :

1. Pembelajaran & Saguhati Guru RM30
2. 2 set Perubatan yang mana satu set berharga RM50, so, 2 set RM100
3. 1 set makanan asas berharga RM50 satu set
4. 1 set susu tepung bayi yang berharga rm30 satu set

RM10 tu saya tambah... :)

Siapa berminat, boleh email saya..shark_1708@yahoo.com @ tinggalkan comment di blog saya dengan meninggalkan alamat email, saya akan email anda @ mesej di FB Si Ha (Siti Hajar Aladin).. Bukan FB Siti Hajar Aladin (yang ni fake account)...

kepada bakal pembeli jam ini, tolong jaga jam ini elok-elok ya.. jam yang cukup berharga pada saya walaupun ianya bukanlah chopard mahupun tag heuer.. hihihi... pahala juga akan kepada anda juga kerana membantu saya memanjangkan sedekah ini..


Semoga apa yang kita lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara mara kita di Syria...





Friday, February 28, 2014

Thursday, February 27, 2014

Jauhinya....

Assalamualaikum… Hye hye hye… Sementara menunggu dekat airport ni, flight pukul 4.30 kot… (ok! Tak sure pukul berapa… sebab badan dah kepenatan..) sempat la nak berblog…  back to my story… cerita tentang last week.. penuh inbox menanyakan, “hajar, kenapa mintak no phone Jaim tengah malam buta??? Hajar.. bla bla bla…” bertalu-talu soalan yang perlu saya nak menjawab…

Ok! Nak diceritakan sikap orang Melayu kita… saya tak peduli la kali ni.. sebab saya terlalu marah… bila saya post kat status, “Siapa ada no phone Jabatan Agama Islam Melaka.. please… urgent!!”, banyak comment yang saya terima… dan saya amat berterima kasih kepada yang membantu saya, banyak pihak membantu dan memberikan idea melalui mesej di FB saya… dan terima kasih jugak kepada yang tak membantu kerana anda memberi saya idea untuk menulis blog tentang sikap orang Melayu kita….

Kenapa saya minta no phone??? Ok… saya dah google… saya dah telefon no phone yang diberikan malangnya perkhidmatan itu sehingga pukul 5.oo petang sahaja.. itu saya bertanyakan no hp lain mana tahu ada satu tersangkut… ada yang memberi no hp ustaz penguatkuasa, dan ada juga komen-komen bodoh sangat saya rasa kan.. seperti “nak kahwin ke?” , apa gila nya nak kahwin pukul 12 malam… mungkin orang cakap macam ni dia pernah buat kot.. kahwin kat Siam agaknya… termasuklah pakcik dekat tempat saya bercuti tu… boleh tak Tanya, “awak nak kahwin ke?”, nasib tak kena bodoh dengan saya… serius! Saya cukup marah.. istighfar je… Allahu Akbar…. Ada pulak kata, “google la..  tak payah nak mention kat sini..” ini jenis manusia yang tak membantu, dan mementingkan diri sendiri… kalau perkara yang ingin saya sampaikan selepas ini berlaku di depan mata dia, mungkin dia manusia yang akan mengabaikan, yang memejamkan mata, yang tidak kisah apa yang berlaku, yang pasti bukan dia,  yang tidak takut dosa bersubahat, yang tidak sayangkan agamanya dan tidak sayangkan umat Islam… dan jikalau perempuan itu adik anda, anda mungkin tak kisah pun kan….

Saya menceritakan ini menjadi pengajaran kepada yang membaca… hormat orang sekeliling… jangan ingat ada orang sekeliling tak nampak perbuatan kita…  Saya join percutian keluarga di Melaka.. saya sampai lewat, dalam pukul 9 lebih malam… ketika itu sepupu pergi berjalan, yang tinggal hanya anak-anak buah yang sedang bermain di tepi pantai… dan dalam pukul 10 malam, sepupu-sepupu dan makcik balik dari berjalan dan terus masuk tidur, kecuali chalet mak saya, chalet cik Yah, dan anak-anak buah saya… datanglah 2 biji motor.. (ok! Saya memang ada sifat sangat mudah suspicious dengan orang..) saya melihat 2 pasangan ini sedang leka bercumbu-cumbuan melakukan perkara tidak senonoh di salah sebuah beranda chalet, sedangkan ketika itu saya, sepupu-sepupu  saya (yang anak-anak dara ni..) dan anak-anak buah saya sedang asyik bermain pasir… jarak antara chalet saya dan chalet itu dalam 20 langkah.. memang dekat… saya bertanyakan pada mak, mak kata mungkin dah kahwin.. tapi bila saya minta mak melihat, mak pun dah rasa lain macam, dan makcik saya juga serta anak-anak buah saya... maaf saya katakan, anda nak buat maksiat, jangan memilih tempat public untuk melakukan perkara tidak senonoh..  anak-anak buah saya ramai lelaki dan sedang meningkat dewasa.. Ada la perasaan malu!! ketika itu kerisauan melanda… saya memberitahu emak untuk melaporkan perkara ini, niat saya untuk memastikan yang mereka benar-benar dah kahwin….. itu saja..

Mengikut cerita sepupu saya, mereka berada di situ sejak pagi bersama pasangan ini, di siang hari, perempuan satu bilik lelaki satu bilik.. di malam hari, ianya berubah… lelaki perempuan satu bilik, lelaki perempuan satu bilik… mungkin mereka perasan saya  memandang mereka dengan pandangan tajam, terus mereka masuk ke bilik… mak memang risau kerana kalau kita tidak membuat laporan, ini bermakna kita sama bersubahat..  jadi, apabila no phone gagal dapat, ada salah seorang sahabat FB mencadangkan untuk mencari imam kampong… pukul 12.30 malam, celah mana nak carik pak imam… hati saya tak keruan melihat aksi yang tidak senonoh itu di hadapan anak-anak buah serta sepupu saya… saya minta semua anak buah saya dan sepupu saya balik ke chalet…Benar.. kalau kita niat untuk menjauhi maksiat, pasti Allah lorongkan… saya ternampak sebuah kedai makan masih terbuka, dan tanpa berfikir 2 kali saya terus ke warung tu bertanyakan siapa imam di sini… ada beberapa pakcik menggelakkan saya, kata nya saya nak nikah! Memang rasa nak sy bagi penumbuk sahaja ketika itu… tapi saya hanya mendiamkan diri sahaja…  dan saya menceritakan kepada beberapa orang kampong tentang apa yang telah saya lihat, dan saya meminta pertolongan orang kampong… 

Jam menjejak pukul 1 pagi.. errrm.. dalam hati mungkin orang kampug macam tak kisah je.. at least saya dah melakukan something….  Tapi saya menunggu sehingga jam 2 pagi di mana saya nak tidur, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki, anggaran dalam 20 orang menyerbu chalet berkenaan… satu bilik mempunyai kad kahwin… Alhamdulillah… tetapi sebuah bilik lagi, apabila diketuk banyak kali, mereka langsung tak bukak…  dan akhirnya tiada jalan lain, pintu belakang telah dikepung, maka di buka nya juga.. hasil pemeriksaan mereka tidak berkahwin.. Allahu akbar…

Bila melihat keadaan begitu, hati jadi sedih.. anak melayu yang sangat mudah maruahnya diberikan kepada lelaki… errrmm.. saya bukanlah wanita baik, tapi bila saya nampak mcm tu, saya rasa macam nak heret je perempuan tu… arghhh!! Memang geram!!!!  Mak pula tak henti mendoakan supaya mereka berkahwin pada malam itu jugak..  

Nasihat saya pada semua, please… jangan la lakukan perkara tidak baik.. jauhi maksiat… sembunyi mana sekalipun kita melakukan maksiat, pasti satu hari akan terungkai… kalau pernah berlaku pada satu ketika dahulu, masih tidak terlambat untuk taubat… Allah Maha Pengampun… Tutup buku lama, buka buku baru.. jangan kekalkan buku lama yang sedia ada penuh dengan maksiat…

Ok la… masa untuk check-in… take care everyone! See u in next entry!!

Luv u guysss!!!

Sunday, February 23, 2014

Ohh my Shares!!!

Assalamualaikum..
Hye hye hye!!! Ok.. sangat letih…dari semalam nak settlekan pasal passport... cukup mencabar... tadi pi utc sentul petang.. tapi Alhamdulillah semua settle... maka bermulalah pengembaraan bekerja...
Ok la.. hari ni just nak share tentang saham.. Hajar bukan investor yang hebat tapi boleh la kalau setakat nak main invest sikit-sikit.. carik side income.. huhuhuhu… hajar cuma share apa yang hajar tahu.. dan selebihnya korang google.. ini apa hjr tahu tau….
Apa tu saham? Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.. lagi besar  kuantiti, lagi berkuasa pemegang salam dalam sesebuah syarikat..  Macam sekarang, hjr bukan main IPO je.. (Initial Public Offering) tapi hajar main jugak saham yang dah listing kat main market.. Apa tu IPO? Terbitan Saham Awam (IPO) adalah saham baru yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendapatkan tambahan modal dari pelabur awam. Ada 2 cara utk apply IPO ni ada 2.. 1. Beli dkat ATM machine @ online…. Ataupun melalui MITI (kelebihan untuk bumiputera, sebab diperuntukkan untuk bumiputera sahaja).. Yang menarik nya tentang IPO ni adalah kebanyakan nya kita beli dengan harga yang rendah sebelum listing di main market, hari dia listing tu nanti.. boooommm!! Harga terus naik n boleh jual.. dan satu lagi yang best nya pasal IPO ni, kita tak bayar brokerage fee, tak bayar stamp duty, tak bayar clearing fee... tapi sekarang ni tak ada IPO lagi.. tu sy beli share yang dah listing.. kena la bayar brokerage fee n etc..
Saham apa yang saya beli??? 1st saya akan tengok industry company ni.. buat apa.. tp saya x beli selain oil n gas.. sebab oil n gas paling mantoppp…n then saya tengok prospectus… tgk account management company tu.. compare kan 2 tahun berturut-turut..  kalau meningkat, that’s good.. tapi kekadang saham ni ada je time kite dapat IPO ingat dah harga rendah, bile listing drop habis.. it’s ok.. jangan kelam kabut.. kalau beli oil n gas, InsyaAllah simpan je saham tu.. pasti akan naik.. ni experience saya membeli saham Hibiscus.. saya beli 20 lot = 200 unit… masa tu baru je berjinak-jinak… 1 unit 75 sen.. kalau 200 unit = RM1500… siapa yang beli 1 unit, akan dapat free 1 unit hibiscus, akan dapat free 1 unit warrant hibiscus.. umpama beli 1 emak dapat 1 anak.. so saya dapat, 2000 unit shares of hisbiscus dan juga 2000 unit shares warrant utk hibiscus.. hari listing, dari 75 sen drop 50 sen.. itu pun dah combine total emak dan anak.. cume 50 sen!! Sure memang rugi la… tapi saya simpan… simpan.. dan simpan.. after 3-4 months, tiba-tiba hibiscus dapat project.. booommm!!! Shares yang saya invest rm1500 melonjak rm3000.. saya terus jual! Alhamdulillah.. rezeki saya RM1500.. siapa yang masih simpan lagi IPO nya yang dibeli dengan harga 75 sen, hari ini (21/2/2014) total emak dan anak adalah… RM3.71!!!sedangkan beli hanya 75 sen!! Heyyy!! Hanya dalam 3 tahun sahaja! Kalau u beli 100 lot = 10,000 unit = RM7,500 pada hari ini akan jadi RM37,100!!! U dapat dalam RM28,000 tolak dengan brokerage + fees… See!!!!! Memang best.. itu masa baru-baru lagi... tak tahu sangat...
Macam mana nak main saham?? Sangat senang… Memula carik memana dealer ni.. saya ada contact.. Keong nama nya.. dia akan datang tempat you all utk bukak trading account & CDS account…  saya bukak under CIMB Investment… Keong akan ajar A hingga Z macam mana nak trade.. tapi macam saya, experience bekerja di investment bank dah cukup memadai… Jadi saya tak ada masalah… Lepas tu bukak trading account & CDS account, CDS akan link dengan trading.. Just bukak trading website CIMB.. (nanti Keong guide, please jangan cakap tak tahu.. tak belajar memang tak tahu.. )  lepas tu dah boleh trade… Keong akan bagi handout cara nak trade, cara nak beli shares, cara nak jual shares.. kalau ajar anak sedara saya umur 10 tahun pun dia boleh buat..  trust me! Utk open trading account n cds account ni, apa yang diperlukan adalah bank statement, IC dan RM10 fee.. tu sahaja..
Dalam main saham ni, ada jugak yang tak boleh nya.. bukan semua nya boleh.. ada yang tak boleh nya... boleh baca kat sini... Saham
saya bagi ni secara apa saya tahu... korang kena rajin google n bukak website klse wokey...

bye.. nyte..take care!

Monday, February 17, 2014

Yang dicari...

Assalamualaikum..
hye hye hye... ok.. perut lapar ok!! start buat kerja pukul 7.45 am until now.. so I need a rest 15 mins.. ok la tu.. start kerja kul 8.30 pagi, awal 45 mins buat kerja wokey.. so, 15 mins untuk update blog..
dah baca buku cerita cinta Ahmad Ammar?? (ok terus dalam otak set, anak aku nanti nak namakan Ahmad Ammar!! Biar jadi macam Arwah Ammar jugakkk..) saya menangis-nangis membaca cerita mak dia.. bayangakan surat seorang emak kepada anaknya yang telah meninggal dunia... berjurai airmata anak jerung.. memang sedih.. boleh bayangkan betapa bertuahnya emak ayah Ammar kerana mempunyai seorang anak yang sangat baik.. Bila masa lapang, menghafal al-quran... Subhanallah.. semga bakal anak-anak saya pun jadi macam Ammar... eceeh..berangan..
Tapi kan bila saya membaca buku Ammar ni, saya tahu sebuah perjuangan itu sangat sukar.. saya tertarik membaca cerita tentang abg ipar Ammar.. dia sanggup meninggalkan pekerjaan nya sebagai seorang lawyer semata-mata berjihad di jalan Allah.. Allahu Rabbi... betapa untung nya kakak Ammar.... best kan.. Jadi, selepas membaca buku itu, hati saya mula terbuka... yang berjuang bersama-sama ayah mertua... cerita di dalam buku ini cukup untuk menyedarkan saya pelbagai perkara... setelah setahun lebih saya merana, sebab dipermainkan oleh orang pantai Timur, (3 kali berturut-turut) saya cukup serik untuk mencari orang pantai Timur lagi... saya ingin membuka lembaran baru... saya mahu mulakan hidup baru saya.. jujur saya katakan, jika rezeki saya tiada untuk menyambung pelajaran ke UK, saya akan mulakan misi untuk mencari pemilik tulang rusuk saya... itulah saya telah fikirkan sejak 2-3 minggu lepas... apa lagi nak dicari.. umur 28 dah kan...
Selalu orang tanya saya, apa ciri-cirinya.. yup.. terlalu banyak ciri-ciri yang saya nak... kalau orang tanya, nak macam Fahrin Ahmad? haha.. secara fizikal memang la nak macam FA.. sebab sedap mata memandang di mata saya... eceeehh... gedik la kau Hajar!  tapi yes... (sure lepas ni adalah orang cakap, hajar nak carik laki!! sukahati kamu nak cakap apa sekalipun... at least saya tak berpeluk dekat public, pakai baju tak senonoh.. saya dah bosan dengan manusia-manusia jenis macam ni.. jangan suka sangat mengata orang.. tak baik tau!! satu jari menunjuk orang, 4 jari menunjuk diri kita)
Pilihan saya??
1. Saya suka lelaki yang friendly tapi bukan gatal... friendly maksud di sini, dia boleh campur saudara mara saya.. dia tak kisah jika bersama kawan-kawan saya...
2. Dia mesti sekepala dengan saya.. ada mission & vission.. bukan rasa nak hidup di tahap yang sama, tetapi ada usaha untuk perbaiki kehidupan..
3. Saya tak suka lelaki terlalu caring... sangat merimaskan saya.. ini tidak, jari terhiris pisau, tapi macam terhiris kat leher risau nya.. adooii... rimas.. rimas...
4. Saya tak suka lelaki memaksa saya.. Bila saya cakap, saya tak nak, saya tak nak.. mungkin ada kata besar kepala.. Nope! sudah tentu tidak... Cuma kalau saya tak nak, maknanya ada reason tersendiri kenapa saya tak nak.. harap sangat memahami..
5. Saya memang sukakan sesuatu yang suprise.. tapi ini bukanlah priority untuk menepati ciri-ciri saya nak.. bukan semua lelaki tu pandai buat "SUPPPPRRRIIIISSEEE!!".. terlebih suprise, semput pulak aku nanti... hahahhaa..
6. Saya seorang yang sangat independent... saya boleh kemana-mana sendiri.. Jadi saya nak husband yang independent jugak bila satu hari nanti saya pergi dulu sebelum dia..
7. Saya tak suka lelaki menabur duit pada saya sebelum kahwin.. unless you're my husband... kecil tapak tangan, angkasa lepas saya tadahkan.. hahaha... tapi please... please dont tackle a girl with ur money.. bukan dengan saya je, tapi dengan perempuan lain sekali pun... sure, sebaik mana seorang lelaki tu, pasti dia akan mengungkit..
8. Saya suka lelaki yang simple.. tak de la dress up gila-gila.. ini tidak, saya pakai comot gila (sebab saya seorang yang sangat simple), dia pulak dress up macam ada dinner kat hotel 5 stars, bila tanya saya nak makan mana... saya cakap warung makcik depan tu... muka terus lain... saya ok je lelaki pakai tshirt, seluar bawah lutut.. tak jadi masalah pada saya, daripada pakai coat bagai... mataku terus membutang, mulut ku tergamam seribu kata..
9. Dia mestilah kaki berjalan macam saya.. saya suka berjalan.. lagi-lagi time saya stress... pergi tepi pantai, pergi cameron.. tak semua lelaki suka berjalan kan... tu nak carik sekepala..
10. Saya tak suka lelaki yang suka mendengar cerita dari mulut orang lain tentang diri saya.. Saya tidak bisu untuk berkata-kata... 
11. Pastikan keluarga si lelaki menerima saya.. Saya pernah ada experience, (orang pantai timur jugak).. Si emak dan nenek nya tak mengenali saya.. Hanya mendengar cerita dari mak su nya.. Dan judge saya seorang yang sosial.. Sedangkan mak abah saya didik saya dengan baik.. Cukup terjaga... Dan mak su nya sebaya saya.. Fuuhh... 
12. Dia suka makan masakan saya walaupun saya masak tak sedap.. Dia tetap kena puji.. "Ermm.. Sedapp.. " kalau ada yang kurang baru cakap... "Tapi...." Ok! Diterima.. Kekekeke.. 
13. Dia bukan cerewet tentang pemakaian saya.. Tak kira la dari handbag ke.. Jam ke.. Kasut ke.. Sebab sy jumpa ramai lelaki, ini tak kena itu tak kena.. Serabutnyaaa... Perempuan ni pulak setiap kali dating terpaksa la jadi orang bodoh beli baju baru.. Errmm..
14. Tidak merokok.. Saya ni dah la asthma, kalau dapat lelaki merokok, memang unacceptable laa... Saya operate hidung hari tu bukan sebab nak cantik, hidung sedia ada pun dah comel dah.. Tapi sebab saya asthma.. Orang merokok saya terus reject.. 
15. Saya tak suka orang tak punctual.. I cant live with these kind of people.. Sy seorg yg tepati masa... Sy x suka menunggu.. Sy akan rancang perjalanan saya.. Saya x nak buat orang tertunggu-tunggu...
16. Si lelaki mestilah pandai speaking english.. Bukan sebab apa, saya nak nanti anak-anak saya berhabuk cakap english.. Hihihi...