Thursday, February 23, 2012
Jemputan Allah...
Assalammualaikum...
Dah lama juga saya tak update blog... Lately yang terlalu busy dengan kerja seharian sebelum cuti panjang.. Alhamdulillah.. dari 10 hari terakhir bekerja, saya menghitung, hari ini adalah hari yang terakhir saya bekerja sebelum cuti panjang selama 2 minggu.. Perasan?? wowww!! sangat excited ok!!! Preparation untuk kali terakhir banyak lagi tak selesai...
List:
Pakaian - settled!
telekung - settled!
toileteries - settled!
gunting, sikat, pisau, benang, jarum - settled!
kasut + selipar - settled! (tapi rasa nak cari boot yang sedap pakai la... ) ok! Shopping tonite!
tudung - masih kurang.. oh!! masih perlu ke jalan TAR mencari tudung labuh.. kurang sehelai.. ada sesiapa nak teman tak?
kereta - tak service lagi & tak cuci lagi (tomorrow mesti service, kalau tak penjaga kereta menjerit dengan ku!)
duet - tak tukar lagi.. (gaji tak masuk lagi ni.....)
winter coat - mak kata sejuk sana boleh tahan.. kalau dulu pi korea -3C boleh keluar carik public phone pakai selipar je, InsyaAllah 14C harap-harap mampu bertahan...
ubat-ubatan - settled! (doctor kasi banyak sangat ubat laaa...)
knee support & guard - settled! (hopefully tak ada masalah untuk tawaf dan safa ke marwah..)
hantar pergi airport - :'( pergi sendiri la!!!! mengada nak orang hantar pulak!
Charger + kamera + iphone : settled! (walaupun iphone akan on, tetapi tiada sebarang perkara akan diupdate.. hanya ber email sama cinta kasih saya sahaja... Akak, Abg Ijib, Kak Num, Abg Ait)
Buku : oopppss!!! lupppaaa!!!! saya perlu cari buku untuk surah-surah Lazim.. memang hafal tapi perlukan juga untuk check balik semua bacaan..)
Doa-doa yang dikirim kan : settled! (already printed.. InsyaAllah akan dibaca di sana...)
Mental dan Fizikal : InsyaAllah bersedia... kosong kan jiwa untuk ke Baitullah...
Dalam 2 minggu ni saya tak dapat update blog.. tumpukan sepenuh nya kepada ibadah.. tapi saya akan update selepas saya balik cerita-cerita di sana dan gambar-gambar yang menarik... InsyaAllah ini akan menjadi percutian terindah saya.. :) (lagi-lagi pi dengan mak abah... hihihi.. )
So, di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang baca blog saya sekiranya saya ada terkasar bahasa, terlebih bicara samada sedar atau tidak sedar... Doakan saya sihat dan mendapat umrah yang mabrur...

Thursday, February 16, 2012
Bersediakah saya ke Baitullah...
Assalammualaikum..
Alhamdulillah.. dihitung-hitung, lagi seminggu lebih saya akan berlepas ke Tanah Suci.. ya Allah.. tak tergambar perasaan gembira yang teramat... bukan setakat gembira, perasaan takut memakan diri juga.. Kadang-kadang saya terfikir, saya bukan manusia yang sempurna.. terlalu banyak dosa yang saya lakukan, tetapi Allah memberi saya peluang untuk menjadi tetamuNya... ya Allah.. betapa bersyukurnya saya... dapat ke Rumah Suci yang diingini oleh semua orang untuk ke sana... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Thank you Allah...
Sebelum pergi memang banyak perkara saya diduga... ya Allah... satu per satu masalah datang... selesai masalah A, masalah B datang.. airmata jadi teman saya setiap masa... Saya minta pandangan orang-orang yang beragama... Alhamdulillah.. mereka banyak membantu saya... Memang berat dugaan saya... Dugaan saya yang paling berat adalah apabila terdetik perasaan marah, geram, benci terhadap seseorang yang susah nak buang dari hati.. betapa sukarnya nak hilangkan perasaan tu.. Saya nak ke sana dengan hati yang kosong, hamba yang daif menghadap Ilahi.. Ada yang mengajar saya, jikalau hati kita marah, cepat-cepat beristighfar... ingat Allah.. InsyaAllah, perasaan tu akan hilang...
Cukup bersediakah saya ke sana? Jujur saya katakan, bermula minggu lepas, perasaan takut menghantui saya.. mungkin kerana dosa-dosa saya yang lepas... Setiap malam sebelum tidur,saya pasti akan menangis... Menangis membayangkan betapa azab nya api neraka..dengan dosa saya yang lepas.. ya Allah.. tak tergambar..Orang pasti akan cakap, "besar sangat ke dosa yang kau buat sampai takut sangat ni??" Besar atau kecik itu bukan persoalan nya.. tetapi azab yang akan menanti... sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.... Bila saya bercerita dengan rakan-rakan, mereka pasti gelak.. diaorang akan cakap, api neraka memang la panas.. buat dosa masuk la api neraka.. mudah berkata-kata sekarang tapi apabila merasa, mulut dikunci, anggota lain berkata-kata.. masa tu baru ingat nak insaf dalam diri..
2 cerita yang buat saya menangis sejak akhir-akhir ni... saya suka menonton "Tanah Kubur".. Kat situ, buat saya lebih sedar betapa terseksa nya diri kalau dikelilingi dengan dosa... itu baru hukum kubur, belum hukum di padang mahsyar... ya Allah.. takut kan.. satu lagi, cerita "Maut"... seorang wanita yang koma.. bagaimana hukum Allah berikan kepada dia? Dia tidak solat.. tidak mendidik suaminya ke jalan Allah.. minum arak... mendedahkan aurat.. Nauzubillah...
Saya berharap segala doa saya disana, Allah perkenankan.. Nawaitu ke sana adalah untuk beribadah kepada Allah disamping berdoa semoga dimurahkan rezeki, diberi kehidupan yang sempurna, ditemukan dengan pasangan hidup yang soleh... Semoga apa yang saya impikan, Allah tunaikan...
Kepada semua membaca, saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.. mungkin saya khilaf jika kata-kata saya membuatkan orang lain marah, perbuatan saya membuatkan orang lain benci.. Sekali saya mohon ampun maaf... doakan saya selamat pergi dan pulang...
Kepada mereka yang telah mengirim doa, InsyaAllah saya mendoakan semua yang mengirim doa.. Semoga semua doa dimakbulkan Allah.. dan kepada mereka yang ingin mengirim doa, boleh mesej saya di FB ya...
Take care everyone!! I love you so much!!! :'(
Sunday, February 12, 2012
Saturday, February 11, 2012
I ADMIRE HER!
who?? my sister! On the way back from her house, dekat traffic light area Greenwood ada seorang wanita tua berjalan dari kereta ke kereta meminta derma... Akak saya pasti menghulur bagi membantu dia... Saya tengok dari zaman dia belajar sampai sekarang, dia tak pernah berkira.. Everytime saya bagitau dia, ada kawan-kawan saya sakit ke susah ke, dia tak fikir 2 kali, dia terus bank-in untuk membantu... Masa zaman dia belajar, ada seorang budak kecik dengan mak dia berjalan, tanya akak saya kat mana kedai runcit, dia nak beli roti... Akak saya terdengar si anak kecil ni mengeluh kat mak dia, "saya dah lapar...", mak dia jawab, "sekejap kita cari kedai beli roti..." ketika itu ditangan akak saya ada note RM10 untuk membayar duit fotostat... Akhirnya dia bagi note RM10 tu pada si tua itu suruh beli nasi.... itu cerita 10 lebih 10 tahun yang lepas tp masih tersemat dalam fikiran saya...
Hari ni saya sedar, patutlah akak saya ni hidup nya sentiasa dilimpahi rezeki... ada rumah yang besar, kereta yang besar, hidup yang sempurna... Sebab dia tak pernah kedekut langsung... Even dengan saya sekalipun... Sekarang ini saya nak jadi macam dia.. yang tidak kedekut, yang sentiasa menghulurkan bantuan ketika orang perlukan..
Jadi selepas ini, mari kita ramai-ramai saling bantu membantu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing....
Lelaki mahupun Wanita... Anda di minta membantu kawan saya!
Ini tiada kaitan dengan saya... Ini adalah cerita kawan saya.. Dan dia perlu minta bantuan kita semua.. Semoga kita boleh membantu nya.... Boleh comment @ mesej saya di FB saya... Terima kasih...
Begini kisahnya....
Kawan saya ni setia sangat dengan kekasih hati nya.. Seriously! lelaki lain ajak dia keluar, dia tak pernah nak.. saya pun tak faham sikit dengan dia.... sebab sifat terlalu setia nya tu tadi... dan dia buat yang terbaik untuk kekasih hati nya.. tetapi mamat ni macam tak pernah nampak apa yang dia buat selama ni... Kawan saya ni treat baik dengan kekasih hati nya... tetapi lelaki tu layan macam hambar je n kekadang saya perasan lelaki tu memang jauhkan diri daripada dia...
Kalau u'all apa u'all akan buat?? ramai mesti jawab tinggalkan je!! errmm.. kita cakap memang senang tinggalkan je dia... kalau dah terpahat dalam hati, senang ke nak tinggalkan????? lelaki putus cinta pun macam nak bunuh diri.. errrmm...
feedback anda diperlukan..
Thank you!
Jangan lupa MU vs Liverpool tonite!!! Glory glory MU!!!! Sokonglah MU untuk kemenangan bersama...
psst: tadi kawan saya ajak makan ayam penyet kat Kg Changkat.. oh my God!! serious menakutkan.. agak tersembunyi tapi best! adventure!!
Friday, February 10, 2012
Wednesday, February 8, 2012
5 Negara Paling Murah Di Dunia
5. Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!
4. Filipina - Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.
3. Argentina - Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.
2. Zimbabwe - Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.
1. Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.
Abg Long dapat masuk SBP!!
1st of all, congratulations to my elder nephew... dapat Sekolah Sains di Tapah.. I am not sure apa nama sekolah nya.. tapi mak su proud la dengan abang long... dapat banyak offer.. I know u're a brilliant person dude! (emak dia yang over ok! anak nak masuk asrama, mak dah melalak dulu!)
Ni pesan Mak Su untuk Abg Long :
1. Blaja rajin-rajin.. Jangan duk sana dengan mengular je.. memang kene ar...
2. Jangan kawan dengan budak-budak nakal... kalau kita berkawan dengan orang nakal, kita akan jadi nakal.. kawan dengan budak-budak masjid dan yang pandai.. tak mau yang separa lelaki ni...
3. Kalau sesiapa buli, dia cakap suruh rahsiakan jangan bagitau mak ayah.. jangan peduli cakap diaorang!!~~!! call je mak ayah... Mak abang long tu nampak je lembut, tapi samseng tu... dia jerit pengsan bebudak tu.. kalau mak tak jalan, call mak su.. mak su datang sana! (menyelit sikit, kekeke.. dulu masa zaman saya di asrama, saya dapat berita budak lelaki disuruh makan secara menyangkung di toilet!! serius gila! entah apa-apa denda gila lagi yang dibuatnya...) Kalau ada orang suruh abg Long buat macam tu, bagitau Mak Su, Mak Su bawak bonzer Mak Su... He He He...
4. Jangan boros! Abang Long ni boros.. pantang ada duet.. habis cepat je... ingat... jimat-jimat.. nanti kat sana abg Long akan jumpa orang dari keluarga yang susah... Abg Long hidup mewah dari kecik, so take some lessons from ur friends yang datang dari keluarga susah k... Learn from them.. So u will know how Atok and Tok Ba survive membesarkan kiteorang sampai berjaya... tak kaya pun boleh berjaya..
5. Lastly, Abg Long jangan nangis-nangis duk sana!! lagi-lagi time Mak Su and Atok travel pi overseas!!!! wahahahaha!!! yuuuhhuuu!!! BYE ABG LONG!! Tinggal lah duk asrama sana!!!
Good Luck n all the best Abg Long!

Sunday, February 5, 2012
Fire Drill!!!
Zaman asrama dulu, kerap sangat dibuat fire drill atau dalam bahasa jawa nya, latihan kebakaran.... hukuman yang dikenakan kepada sesiapa yang rentung akan dihantar ke kubur.. mentang-mentang depan sekolah ada kubur, nak dihantar ke sana.. gila la diaorang ni!!! saya sebagai orang yang paling kuat suaranya akan membantu semua ahli dorm saya dari rentung... he he he...
selalu nya fire drill akan dilakukan pukul 2 - 3 pagi... yang buat pun AJK asrama.. macam xde kerja kan... haiisshh! nasib baik tak ada yang patah kaki tau sebab terjun katil!! so, apabila besi telah berkumandang sekuat-kuatnya, maka saya akan menjerit sekuat hati saya mengejut satu dorm bangun dan menyelamatkan diri... kepada yang rentung, sebelum di hantar ke kubur, kene brainwash dulu dengan warden.. haiishh.. malang tau nasib sape yang rentung tu...
Dalam dorm saya, ada 20 orang tetapi 19 je yang terselamat manakala 1 orang pasti akan rentung.. saya tak ingat nama dia.. tapi orang panggil dia Cik Peng... sebab ada satu baju yang digunakan, setiap kali dia guna pasti dia akan pengsan... gila zaman asrama kami! senang sungguh dapat nickname.. saya tak tahu apa cerita dia sekarang...
Saya rasa latihan kebakaran ni tak perlu la selalu buat.. satu, membahaya kan student.. seriously! sebab terlalu kerap buat, kalau berlaku kebakaran betul, diaorg anggap latihan, memang betul-betul mati rentung...
ini cerita abang saya.. ada kawan dia di sekolah dulu... sekolah ke universiti.. x ingat dah... buat fire drill, dia ingat kebakaran betul.. dia terjun dari tingkat 3 tau.. meninggal dunia di tempat kejadian.. bayang kan..
Dengan ini, saya SITI HAJAR BINTI ALADIN tidak bersetuju latihan kebakaran dilakukan terlalu kerap di asrama!! harap maklum!!!
Saturday, February 4, 2012
To Cookies Lover! This is for you!!Famous Amos Recipe!
Semalam, whole day I spent time buat cookies... Saya dapat recipe daripada someone ni... Dia beli recipe ni dengan harga rm250! So, dia bagi untuk di share kan... :)
Seriously superb!
psst: sebenarnya tengok pada pembuatnya juga.. ehem!! ehem!!
Bahan-bahan nya :
2 cawan butter
4 cawan tepung
2 cawan gula perang
2 cawan gula halus
4 biji telur
5 cawan oatmeal yang diblend
2 teaspoons vanilla essence
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
cadbury bar (sesuka hati tapi kene sagat ya)
chocolate chip (lagi banyak lagi best)
nuts (sukahati nak letak ke tak.. saya tak suka)
Cara-caranya:
1. Pukul Butter + gula perang + gula halus sehingga kembang...
2. Masuk kan telur + vanilla essence..
3. Masuk kan tepung + oatmeal yang telah diblend + garam + baking powder + baking soda + cadbury bar yang telah di sagat + chocolate chips + nuts...
4. Gaul sehingga rata dan bentukkan seperti guli tetapi besar sedikit..
5. Bakar di dalam oven pada suhu 230 darjah celcius dalam 10 minit..
Kalau bakar dua layer, pastikan guna api atas bawah... 5 minit pertama, tukar kan yang atas ke bawah, yang bawah ke atas... Tetapi akan berlaku di mana loyang yang pertama di bawah, permukaan bawah biskut akan nampak rentung sedikit...dun worry, tak effect rasa pun... sedap je saya makan... tetapi loyang yang atas sangat cantik... kalau nak semua cantik, pakai satu loyang sekali bakar.. (oven saya kecik, tu kene pakai 2 loyang utk sekali bakar...)
6. Bila nampak biskut kuning keemasan, keluar kan la.. jangan tunggu sampai hangus pulak... kene pandai-pandai bab yang ni...
Dibawah ada lah hasil nya....
Adunan yang telah siap.. ini untuk 2 adunan.. saya suggest buat 1 adunan dah cukup.. naik patah tulang belakang buat 2 adunan ni...
Peneman saya ketika membuat cookies... Tapi 2 balang diaorang je makan.. hahaha... nampak dekat loyang, adunan yang telah dibulat kan supaya bakar nampak cantik...
Biskut yang telah siap dibakar.. nampak comel kan.... ehem! mcm pembuatnya tak?? hik hik hik..
Ini lah hasil nya... ditambah lagi 3 balang sedang yang telah selamat dibahagi-bahagi kepada jiran tetangga... kene tampal , takut tak sempat bagi dah habis.. hahaha
So, apa lagi???
Cubalahhhh!!!!!
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)