Wednesday, November 6, 2013

Berbisnes Dengan Hobi...

Assalamualaikum.... Hye hye hye.. Hopefully hari ni semua sihat.. enjoy.. senyum... macam Hajar.. yang sentiasa senyum walaupun ada masalah.. :) :) :) blog ni pun dah bersawang.. ramai tanya bila nak update blog.. ok.. today I take 15 minutes to update... Something yang interesting.. Maybe sesiapa yang friend & follow hjr di FB nampak sekarang Hajar gile berbusiness.. yeaahh!! i want to be a millionnaire!! tu gila berbusiness... ada yang bertanya macam mana datang nya minat berbusiness... ok.. let me share with you.. 

Adik beradik sangat suka makan roti john barkat.. I think u all know... sebab saya pernah bagitau saya nak sangat makan roti john barkat kan.. last month I posted on FB..

20 years ago.. skrg harga nya around rm4.. and i think 20 years ago dalam rm2-3 la kot.. Kalau abah ada duit lebih, roti john barkat ini lah tempat Abah akan bawak kami... Abah kata nak makan best.. walaupun ianya bukan nya Chilis, Bens, Tony Romas.. dan ia sekadar Roti John Barkat, ia sangat bermakna bagi kami.. dan merasakan itu makanan sangat mewah.. Kak Num cakap dia takut nak order mahal-mahal seba takut Abah tak ada duit, so dia hanya order air kosong..  I was 7 years old masa tu.. Since kecik, saya dah tanam dalam diri saya, bila saya besar, saya tak nak jadi orang susah, saya nak tolong orang, saya tak nak tengok orang mintak sedekah.. inilah orang yang saya akan fight! kerana setiap kali saya melihat orang minta sedekah, air mata saya mengalir.. walaupun satu ketika dulu kami pernah susah, tetapi tak boleh lawan kesusahan mereka ini.. Dan satu lagi, apabila saya ingat sure saya akan sedih.. sedih kerana terharu.. Anak-anak jiran ketika di Melaka semua ada basikal... Mak abah tak mampu untuk belikan.. jadi abang saya yang saya gelarkan abang botak, dia menabung untuk belikan adik bongsu dia basikal.. Thank you so much!! T__T.. sedih!!

So, abah dapat satu business di Johor, di mana kami semua pulang ke Johor duduk dengan arwah Atok.. dan dari situ lah bermula perubahan hidup kami.. Mak abah semakin hidup senang... dari mak tak sangka yang akan ada rumah sendiri, akhirnya ada sebuah banglo.. dari tak sangka akan mengerjakan haji, akhirnya dapat juga.. dari tak sangka yang akan berjalan ke negara-negara lain, akhirnya tertunai juga.. Dan banyak saya belajar dari Mak Abah.. Walaupun dah hidup senang, mereka tak pernah lupakan orang susah... tak boleh dengar ada orang susah, mereka pasti membantu.. tak banyak, sikit pun jadi la... sebab mungkin tak nak orang lain rasa apa mereka rasa satu ketika dahulu...ok.. so berbalik kepada tajuk kat atas.. Berbisnes daripada hobi....

Ada yang tanya saya, "kak Hajar, saya minat business, tapi tak tahu nak jual apa.. ".."kak Hajar, saya tak tahu sangat buat kek, tapi saya suka tengok orang business jual kek, mcm kak Hajar jual pavlova..." ini pandangan saya.. Mungkin ramai ada pandangan tersendiri.. so harap jangan condemn habis-habisan apa yang saya cuba kongsikan..

Hobi saya ada 4 :
1. Baking & Cooking
2. Travelling
3. Reading
4. Surfing Internet

Semua hobi saya boleh buat duit.. ada yang tanya, macam mana hobi yang tak boleh buat duit... ermm... pada saya tak ada hobi yang tak boleh buat side income...

Baking & Cooking...
Everytime saya balik kampung, saya akan buat cake.. Judges sudah tentu my parents.. Mak akan comment mana yang kurang, abah pun sama.. saya pernah je gatal-gatal nak upgrade peach cheese cake tapi terjadi bingka... tahu kuih bingka?? mak ngamuk gila.. dah la mak teringin sangat.. kena la bebel before mak makan.. bila mak makan, eh.. sedap pulak cheese cake ni walaupun mcm bingka.. dan saya hantar pada sepupu-sepupu saya, semua kata sedap bingka.. haha.. see! Ada yang tanya resepi!! Diaorang tak tahu tu cake x jadi... hey.. saya selalu je buat cookies tak jadi.. it's a normal thing... practice make perfect... saya pernah buat durian crepe.. 1st trial.. and abah terus cakap, ok on untuk business.. hahahaha... tapi satu benda yang abah puji saya.. spaghetti Bolognese!! X de orang buat spaghetti pedas kecuali saya!! And abah kata boleh business kat gerai ni... hahaha... Ohh.. btw, nak promote... Minggu ni (9/11) hajar bukak order untuk pavlova.. yang kecil sahaja... Sesiapa yang beminat boleh mesej kat FB, atau tinggalkan no hp di ruang comment, atau email kan ke saya di, shark_1708@yahoo.com... COD: Taman Melati, Gombak, Setapak, Setiawangsa, Taman Melawati, Batu Caves... J

Travelling..
Yes.. dari travelling pun boleh buat duit ok.. kita carik flight ticket.. AA kan selalu buat promo.. kena rajin jugak.. so, I offer to my friends and cousins.. bila kita ambik sesuatu package, u can deal with agent to get a special price for u.. u are the team leader... sure dia akan bagi discount.. lagi ramai lagi banyak discount.. dan mungkin juga anda terus tak perlu bayar!!! hey! I am serious!! kalau awak tak pi, just arrange kan sahaja, awak jugak boleh dapat keuntungan tu dalam bentuk duit.. bukan sekadar free package.. tapi macam saya,  saya suka travelling so saya akan claim voucher... bawak duit bekal.. and flight ticket berapa je.. kalau promo, murah yang teramat.. macam pi China, cume bayar duit flight dalam RM350 je and package saya hanya bayar ½ sahaja... See!!! Enjoy kan!! Macam tu cara nak buat duit...

Reading..
Heyy.. reading also can make money wokey!!! Jual buku macam Hajar buat.. hahaha... No!! itu jual untuk office.. hahahhaha... tapi kalau nak buat business apa salah nya macam Hajar buat.. enjoy!! Buku yang kita baca, kita share dengan orang and at the same time, memudahkan mereka untuk mendapatkan nya! See! Making profit!!!  Selain itu, bila kita membaca, maka banyak la ilmu yang absorb dalam fikiran kita... Kalau kita seorang yang pandai menulis, mungkin kita boleh menulis novel atau any articles... hellooo.. semua auditor tu kena rajin membaca ok! Kalau tak macam mana nak buat cerita.. pengacara tv tu semua kena update dengan berita terkini... yes! Serious!! Experience ketika mock run di Al Hijrah... saya kena update dengan isu semasa... tak pun, ada je yang mencari orang mengambil upah buat paper work, surat n macam-macam.. itu side income!! Weekend tu instead of dating, baik carik duit macam saya lakukan.. Isnin hingga Jumaat di office.. Sabtu di dapur.. ahad di bilik dengan buku.. J


Surfing Internet..
Macam mana nak buat business dari internet.. ok.. Internet merupakan medium terbaik untuk promote ur product.. awak ada hobi yang awak mahir, awak pandai selok belok internet.. so tak jadi masalah untuk promote... FB ada! Twitter ada! Blog ada! Instagram ada! Hey!! Everything on ur fingertips babe!!! Kalau ada yang kata pakar dalam bidang internet je, dats good! Awak boleh buat service untuk create website.. see!!!

Guys!! You can do it!! Jangan cakap tak boleh buat!! Orang yang kerap bagi alasan, bukan orang yang Berjaya.. trust me!!!


So sekarang, fikirkan apa hobi anda sebenar?? Gardening?? Sewing??? Fishing?? Yess... semua boleh buat duit!! Always positive thinking in ur mind.. InsyaAllah.. Allah pun akan tolong.. ok la.. nite already.. see u next post! Bye...

6 comments :

Bin Ahmad said...

great!

MH8625 said...

Kagum dengan awak. Orgnya nampak lembut tapi emel dan alamat blog menampakkan sisi yang org kebanyakkan takkan nampak. Anyway, saya suka semangat positif yg ada pada diri awak. Keep it up. May Allah grant u and your family ease and happiness in this dunia. Ameen

Uuways said...

U seem happier from this post. It’s good and healthy for you. Saya mula follow blog cik siti semenjak terbaca surat kepada pm. Saya cuba mengikuti dari awal posting dan juga twitter cik siti. Pada mulanya saya agak bersimpati dengan apa yang menimpa cik siti. Namun lama kelamaan timbul persoalan adakah cik siti cuba meraih simpati pembaca. Apa agaknya yg cik dapat dari situ.
Ya tidak dinafikan peritnya dikecewakan. Tapi jangan disalahkan takdir. Apa pernah cik muhasabah diri mengapa terjadi demikian rupa? Bukan niat mencari salah siapa. Namun kadang-kadang tiap yang terjadi sekadar menguji keredhaan dan keikhlasan cik. Redha tak bermaksud salah atau kalah. Tidak perlu terusan mengungkit, merintih dan mendendami mereka yang pernah melukai hati saudari. Sedangkan masih ramai lagi yang kenal semenjak zaman bersekolah, bertahun-tahun bercinta, putus di tengah jalan, lekas sahaja jodoh lain menjengah. Bahkan yang berkawin berpuluh-puluh tahun berkahwin boleh sahaja bercerai-berai. Namun tidak perlulah diluah, diceritakan segala permasalahan peribadi cik siti di alam maya. Mungkin ramai yang bersimpati, tapi lebih ramai yang memerhati dan menghakimi.
Kuncinya adalah redha. Redha adalah kunci kebahagiaan. Selagi cik mendendami mereka yang menyalahi cik, itu hanya menyakitkan hati sendiri and it’s only messing with your head. Jika terusan dilayan, boleh membawa kepada permasalahan jiwa. Tidak lupa jua muhasabah diri. Cik siti ada rupa, berperwatakan muslimah dan menarik. Jika difikir logik akal, orang seperti cik siti sudah lama berteman. Namun realitinya, cik siti sering dikecewakan beberapa lelaki. Mungkin segala jawapan kepada permasalahan ada pada cik siti sendiri. Kita diberi akal, maka gunakanlah. Jika hanya meratapi takdir semata dan menyalahkan orang lain, masalah tidak akan selesai. Malah akan berlarutan untuk beberapa ketika, Kita mungkin tidak dpt mengubah orang lain, tapi kita sememangnya dapat membaiki diri sendiri menjadi lebih baik.
CIk siti Nampak lebih gembira sekarang. Saya kira cik sudah hampiri kebahagiaan. Semoga bertemu dengan kebahagiaan yang dicari.

shamx1 said...

Saya setuju dengan apa yg Uuways tu komen.... Btw, wish u good luck..

Ridzuanyahya said...

Assalam..

Nice sharing. Hajar ni study kat uitm lendu ke

Khalilah said...

Salam sis...salam perkenalan...sy start baca blog akak since sy type keywords mekah n madinah...suddenly meet ur blog n I find ur fb too..hee
Kinda inspiring..:-D

N sy juga sedang berjinak2 dgn bisnes..u giv me some inspiring idea..
N I luv cook too...hee
Btw, keep updating..:-D