Monday, January 6, 2014

Lambaian Kaabah 2013

Assalamualaikum..
Maaf maaf maaf.. saya janji nak update tentang umrah tapi dah balik seminggu lebih masih tak larat untuk update blog.. Jika 2012 saya menceritakan keadaan di Mekah & Madinah, mungkin kali ini berbeza cerita nya.. Kita bercerita tentang keadaan di sana..

Ok.. Ni link 2012  (buat siapa yang tak membaca nya lagi.. ) 

Saya berusaha mengumpul cerita untuk dikongsi bersama anda semua.. eceeehh.. cerita pertama saya kali ini ketika di Madinah.. di dalam Masjid Nabawi.. Sementara menungggu masuk waktu, kita akan melihat ramai akan bersedekah.. tak kira la sedekah apa sekali pun.. Tapi satu perkara menarik minat saya.. Seorang kanak-kanak kecil sibuk memberi sedekah kepada kami di dalam masjid.. umur dia dalam 5-6 tahun.. anda tahu apa dia berikan kepada kami??? Kayu sugi.. Subhanallah!! 2 kali saya ke umrah, tapi saya tidak pernah mencuba untuk bersugi.. Apabila si anak kecil yang comel ini memberikan saya, itulah kali pertama saya bersugi.. Siapa kata bersugi tak best memang silap! Saya merasakan keseronokan bersugi kerana dalam fikiran saya, “ohh macam ni rasa nya bersugi… Rasulullah pun bersugi…”

Seterusnya, cerita masih lagi di Madinah.. pernah saya niat di dalam hati sebelum bertolak ke Tanah Suci.. Temukan saya dengan rakyat Mesir.. yup! Allah dengar doa saya!! Selepas solat Isya’ hari pertama di Madinah, keluar dari pintu (terlupa), saya bergambar di perkarangan Masjid Nabawi.. Datanglah seorang Arab ini meminta tolong saya menangkap gambar nya.. Setelah selesai saya bergambar dengan si dia, saya sambung bergambar bersama sepupu saya.. Saya menunjukkan tanda R4BIA… Si wanita arab ini datang kepada saya lalu mendakap saya.. “where are you from?”.. “Malaysia..  and you?”, “I am from Egypt!” Entah tak semena-mena saya terus mendakap nya.. Rasa ingin meraung yang teramat!! Ya Allah! Kau makbulkan doa ku… cerita tidak habis disitu... keesokan hari nya saya ke Raudhah.. Siapa sangka dalam kawasan Masjid Nabawi yang besar ini saya akan bertemu dengan perempuan Mesir ini... dengan semangat dia mengejar saya.. “Hajah! Hajah! From Malaysia!!” membuatkan saya tertoleh dan dia terus mendakap saya.. Allahu Akbar.. sayu nya hati saya.. dia mengenalkan saya dengan keluarga nya dari Mesir... Seperti ayam dan itik perbualan kami.. Subhanallah! Semoga menjadi kenangan antara kami.. InsyaAllah...

Seterus nya, impian makcik saya yang ingin melihat macam mana payung di perkarangan Masjid Nabawi.. itulah niat dia setiap kali ke masjid nabawi.. Hari terakhir kami ke Masjid Nabawi untuk melakukan ziarah wida’, Allah makbulkan doa makcik saya.. para petugas di Masjid Nabawi sedang membersihkan payung-payung di situ... Ya Allah.. di Madinah, cakap apa sahaja.. InsyaAllah akan termakbul.. Juga sama seperti di Mekah... apa lagi?? Saya bagitau saya nak pusing satu masjid nabawi untuk berjalan-jalan di sekitar masjid, sebab 2012 saya pergi, saya tak dapat melakukan nya.. Alhamdulillah.. 2013 saya dapat!! Seperti biasa, setiap apa yang kita minta, Allah tunaikan jangan lupa buat sujud syukur...

Kami ke Raudhah.. Berbeza pada 2012 kami pergi.. di asingkan mengikut benua... group berbadan kecil (orang asia), berbadan tegap (orang timur tengah) dan etc... 2012 kami tidak mendapat solat di Raudhah.. kerana terlalu ramai sangat orang.. tetapi Alhamdullilah..kali ini hajat kami tercapai.. tiada pembahagian mengikut benua... kali ini kita marathon! Siapa cepat dia dapat! Dalam hati saya, “InsyaAllah.. saya akan habiskan tenaga sehabis mungkin untuk berlari untuk solat di tiang raudhah!!” itu saya pegang dalam hati saya... apabila buka sahaja pintu raudhah, saya tewas dengan anak-anak arab.. mereka berlari sangat laju.. saya berjubah + beg sandang, berlari sekuat tenaga... Subhanallah.. nasib baik tak tersungkur! Saya berstokin berlari di lantai yang licin.. dapat jugak!! Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!! Thank you Allah!

Di Madinah, kami diberi hadiah daripada Allah... Allah menghantar Prof Kamil untuk member tazkirah petang kepada kami.. Jujur saya katakan, kata-kata beliau membuatkan saya banyak berfikir tentang diri saya.. dimanakah letak nya saya di hari akhirat.. tangan manakah akan menyambut catatan malaikat tentang amal saya?? Adakah tangan kanan saya? Atau tangan kiri saya? Jikalau tangan kanan Alhamdulillah.. Jikalau tangan kiri, hanya ketakutan yang akan dirasai....

Ada satu sifat lelaki arab yang menjadi kemarahan saya.. saya panggil bell boy untuk mengangkat beg-beg saya ke bawah.. kami nak berangkat ke Mekah.. Jadi seperti biasa, atas bantuan dia, saya hulurkan beberapa keping note untuk dia..  hanya memegang hujung duit itu kerana saya berwudu’, saya memberitahu arab itu saya ada wudhu’, hati-hati mengambil duit ditangan saya.. saya tak tahu la.. dia tak faham atau dia buat-buat tak faham.. sebelum tu pandai pulak bercakap dengan saya.. dia menyentuh jugak tangan.. Astaghfirullah... Hati saya cukup membara ketika itu.. akhirnya saya decide untuk menggunakan sarung tangan ke mana sahaja.. bagi mengelakkan disentuh oleh lelaki walaupun dalam keadaan ada wudhu’ atau tidak.. Mungkin Allah nak bagi saya petunjuk.. setiap kali bayar toll, kadang-kadang pasti kita tersentuh tangan lelaki bagi yang perempuan, dan sebaliknya... jadi since balik mekah, apabila saya melalui toll, pasti saya akan bersarung tangan... bagi mengelakkan bersentuhan.. lain keadaan di kedai.. duit boleh diletakkan atas meja.. tapi di toll, ditakuti duit jatuh ke bawah.. ok!

Seterusnya cerita di Mekah.. Subhanallah... ujian demi ujian.. itu adalah perkara biasa.. Kita akan lebih teruji di Tanah Haram.. Ujian ini yang memperlihatkan diri kita, dimanakah letak nya kesabaran diri kita...

2012, saya mengimpikan untuk memanjat Jabal Rahmah.. dimana tempat pertemuan Adam dan Hawa.. Saya nekad, saya ingin memanjat Jabal Rahmah kali ini.. Banyak kali saya berpesan kepada ustaz yang membawa kami.. saya nak naik jabal Rahmah... Alhamdulillah.. kali ini impian saya terlaksana... tetapi ada cerita sedikit tentang keadaan di Jabal Rahmah ini... Ada seorang pakcik yang agak uzur ingin naik ke Jabal Rahmah... Maka datanglah seorang arab ini untuk membantu pakcik ni.. Pada pakcik ini mungkin niat nya baik untuk membantu, setiba nya di atas, diminta nya 50 Riyal... Allahu Akbar... pakcik ni membayar juga.. jadi pada dia, apabila dah naik, sure arab ni akan membantu dia untuk turun... dipertengahan bukit Rahmah, si arab ini meminta 50 riyal lagi.. dan dia cuba menolak pakcik tu.. Saya terperasan kejadian itu, lalu saya dari kaki Jabal Rahmah terus menjerit pada si arab tu.. Mungkin arab tu cuak, dia cepat-cepat lari.. Alhamdulillah. Nasib baik kawan saya Nazri ada di situ, saya minta tolong Nazri ambil pakcik tu dibawa ke bawah.. kadang-kadang saya tak faham sikap orang arab ini... errrm..

Saya tak faham kenapa bangsa arab ini tiada respect terhadap bangsa lain.. mengetuk kepala kita sesuka hati.. ada satu hari, ketika kami sedang beriktikaf di dalam masjid dan menanti waktu solat.. tempat yang kami duduk langsung tiada ruang, datanglah seorang arab berbadan besar yang ingin duduk di antara saya dan sepupu saya.. sejengkal pun tiada antara kami, macam mana nak kasi dia duduk.. Allahu Akbar.. Jadi saya menunjukkan kepada si arab ini, duduk di bahagian hadapan.. cukup marah dengan saya, dia mengetuk kepala saya.. saya dengan tak semena-mena terus bangun dan pergi ke arab tu, lalu dengan suara lantang, “Please don’t be rude!! You are Muslim! I am also Muslim! Respect each other!!” Arab-arab wanita terkejut melihat saya.. mungkin ada bangsa lain yang berani melawan mereka.. niat saya satu, saya nak dia respect bangsa lain... saya tak marah dia buat pada saya, tapi saya akan marah dia buat pada orang tua bangsa Melayu... bukan wanita arab yang tua sahaja berperangai mengetuk kepala orang, anak-anak mereka juga sama.. dipukul-pukul orang tua yang dari Malaysia ini..ya Allah.. bila ingat-ingat geram pulak saya.. 

satu lagi, saya minta bila anda di Mekah, jika bagi 100 riyal, beli barang 20 riyal, check semula baki.. 2 kali saya kena.. saya bayar 100 riyal, saya beli barang 27 riyal.. dipulangkan saya 23 riyal... apabila saya kira, tak cukup 50 riyal.. saya datang semula pada arab tu memberitahu yang kurang 50 riyal.. dia hanya gelak-gelak sambil menghulur kan 50 riyal... Allahu Akbar.. di Tanah Haram pun masih lagi tak takut membuat dosa... Ok.. cukup Hajar! Jangan diikutkan perasaan marah.. marah sifat syaitan... saya pun dah lupakan dan saya harap mereka berubah..

Sebelum saya ke Mekah, saya bagitau kawan saya, “boleh tak saya doakan Allah balas semula semua perkara apa yang dah dilakukan oleh bekas t*****  pada saya?” , “jangan hajar... doakan kebaikan dia..” Satu hari saya mendengar ceramah.. apabila orang berbuat jahat kepada kita, kita doakan agar dia berubah... jangan sesekali mendoakan untuk membalas apa dilakukan.. Takut Allah berikan balasan itu kepada diri kita... jadi di Masjidil Haram saya teringat dia ketika berjalan bersendirian.. dalam mindset saya, “aku nak Allah makbulkan doa aku.. aku mesti doakan yang baik-baik sahaja untuk dia walaupun sekecil kuman pun dia tak ada dalam hati aku lagi..” Betul... Allah makbulkan semua doa saya yang mana saya minta...

Di Mekah, mak mengingatkan saya memakai purdah dan sarung tangan memandangkan hotel kami jauh di atas bukit, dan agak sunyi jikalau hendak ke masjid... saya akan pergi sendirian jam 3.30 pagi... mak akan pergi bersama kawan mak... Sebagai pendinding, ayat kursi sentiasa berkumit di bibir, tasbih ditangan sentiasa berzikir.. bagi keselamatan diri..  Ingat tak cerita seorang wanita yang berjalan bersendirian, tetapi dia tidak dirogol.. tetapi orang selepasnya itu yang dirogol?? Kalau tak tahu kena google balik.. berlaku di US... kenapa dia terselamat? Kerana ayat kursi dan zikir dibibirnya...

Pesan mak pada hari ke 4 kami di Mekah.. Mak dan makcik-makcik nak bermiqat di Tana’im.. saya memberitahu emak yang saya tak buat umrah.. saya nak perbanyakkan sunat tawaf... Mak sempat berpesan, pergi cium Hajarul Aswad... jadi saya tanam di dalam hati, kali ini saya nak cium hajarul aswad!!  Ramai berpesan kepada saya, kalau nak cium Hajarul Aswad, buat solat sunat taubat dan hajat...  ketika tawaf, adalah sangat sangat bagus untuk berdoa... jadi doa saya adalah satu sahaja ketika itu, saya nak cium Hajarul Aswad... Apabila melihat manusia berasak-asak di Hajarul Aswad, hati saya terus luluh.. saya takut.. perkara sunat, menjadi haram kerana berasak-asak dengan lelaki.. diberi peluang untuk berdoa di depan multazam.. tanpa henti sy berdoa.. dan saya mencuba nasib.. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya.. betul berdiri tegak dengan hajarul aswad.. dari belakang saya ditolak ke hadapan.. ditolak-tolak sehingga saya dapat mengucup nya.. perasaan?? Selepas mengucup, airmata saya berjurai tanpa henti tiada segan silu... menangis kegembiraan.. gembira yang teramat.. ya Allah.. makbul doaku untuk mengucup hajarul aswad.... Perasaan gembira yang tiada bandingan! Dapat ke UK pun tak segembira ini

Seterusnya, mungkin apabila anda membaca part yang ini rasa nak termuntah.. ada mungkin kata gatal... ada mungkin kata saya gedik.. tapi bukan itu semua yang saya ingin tekankan.. tetapi POWER OF DOA itu yang ingin saya tekankan... ketika keluar dari pintu King Abdul Aziz menuju ke Zam Zam Tower, sepupu saya berborak dengan saya, dan terpacul dari mulut nya.. “eh.. tadi nampak anak Yusof Haslam... Syamsul...” perjalanan kami terhenti seketika.. saya memandang kepada nya.. “tipu ehh... cakap betul-betul...”.. “ya.. 2 kali kak Edah nampak dia!”.. Allahu Akbar!!...  Mereka tahu saya meminati dia apabila penghijrahan nya.. bukan sebelum dia yang saya kenal.. kerana satu masa dahulu saya cukup tidak suka kepada dia kerana dia tidak ubah seperti pokok krismas.. berantai..(maaf, perumpamaan yang agak kurang enak.. tapi memang ya! Seperti pokok krismas! Yang penuh dengan hiasan!) Dalam senyap, saya berdoa seketika.. “ya Allah.. aku teringin melihat wajahnya dihadapan ku... lihatkanlah aku di hadapan mata ku..” doa yang cukup ringkas tetapi membawa makna yang dalam.. doa nya seketika itu sahaja.. mana mungkin dalam beratus ribu jemaah di Tanah Haram ini, saya boleh bertemu dengan dia... POWER OF DOA... di Ladang Unta (masih di dalam Tanah Haram), Allah beri saya peluang untuk melihat dia.. dengan keadaan yang tenang... bukan keadaan bersesak.. Subhanallah.. itulah POWER OF DOA.. Doa la sebanyak mungkin di Tanah Suci, InsyaAllah percayalah Allah akan makbulkan samada cepat ataupun lambat..

Buat mereka yang mengirimkan doa.. Alhamdulillah saya telah bacakan doa kalian.. saya minta maaf kalau saya ada terlepas pandang... tetapi setiap kali ditempat mustajab, pasti akan berdoa, minta Allah makbulkan semua doa-doa yang dihantar kepada saya samada yang mampu saya baca dan ingat sekarang ini dan juga yang saya tak mampu baca kan..

Ohh lupa... ada yang bertanya saya.. banyak nya duit, tahun lepas pergi tahun ni pergi... macam ni.. jika kita niat dalam hati, dan sentiasa berdoa supaya jadikanlah aku tetamu MU ya Allah.. percayalah Allah pasti akan makbulkan doa kita.. bukan nya, apabila kita tengok gambar kaabah baru kita berdoa.. tidak.. silap tu.. tetapi letak dalam doa-doa kita selepas solat.. ada cerita, sepasang suami isteri.. hanya bekerja kampong sahaja.. dia sentiasa berdoa jadikanlah mereka tetamu ke Tanah Suci.. Allah lorongkan hajat mereka untuk ke Tanah Suci setiap tahun.. ada je rezeki mereka, kalau diikutkan gaji memang tidak cukup... jom doa doa doa!! Semoga 2014 Allah jadikan kita tetamuNYA.. jadikanlah 2014 ini jalan petunjuk  ke jalan yang benar kepada diri ini dan jadikanlah tahun-tahun sebelum ini, jalan kegelapan sebagai pengajaran...

Ok setibanya di Malaysia.. seronok bertemu saudara mara dan rakan-rakan.. soalan yang sama juga diberi.. jumpa tak pak arab kat mekah?? Senyum manis yang saya berikan.. “alamak! Pak arab sana tak bagi balik Malaysia laa..... jadi terpaksa la lupakan.. “ sekadar bergurau bersama saudara mara dan sahabat handai.. macam saya katakan.. rezeki Allah yang bagi, jodoh pun Allah yang bagi.. jangan ditanya bila?? Tetapi doakanlah ya...

Akhir kata, buat yang memberi hadiah sebelum saya berangkat ke Mekah, seperti jubah, telekung, tudung, shawl, duit saku.. terima kasih banyak-banyak.. Jazakallah Khairan Khatira...

Take care everyone...
May Allah bless you!!

Gambar-gambar umrah 2013 ada di upload di facebook.. Album Umrah 2013.. jangan salah fb! 

Psst:saya akan share tentang buku “KOMPAS UMAT AKHIR ZAMAN”.. buku yang terbaik!!

2 comments :

mohd nazli said...

panjangnye...
kiriman tak sempat nak bagi aritu hmm

semoga doa2 lain juga dimakhbulkan
keep praying and praying :)

ligthmie said...

Salam. saya ingin berkongsi tentang memaafkan bekas T*****. "letting go something bad isn't sign of failure but the sign of maturity that you have taking of yourself"

Thank you