Sunday, September 22, 2013

Surat buat Dato' Seri Najib Razak

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.


Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.


Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.
Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih

Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

30 comments :

MrPayid said...

Surat yg pnuh isi, padat n sendat..tapi sejauh mana ianya akan menarik minat PM dan Menteri2nya?? Wallahualam

HAJAR said...

I already try my best... Tapi saya tak tahu adakah usaha saya ini dipandang... Tapi apa pun, sy dh cuba yg terbaik...

HAJAR said...

I already try my best... Tapi saya tak tahu adakah usaha saya ini dipandang... Tapi apa pun, sy dh cuba yg terbaik...

MrPayid said...

great... we'all support you.. tapi x pndai nak mengarang..hu3

Cheida_Mymee said...

terima kasih tak terhingga dari sy kerna sis memahami msalah gol pertengahan kbnyakkn rakyat mesia :) u are the warrior princess!
allah sentiasa bersama mereka yg benar dn teranaya

IZAHAR™ AZIZAN said...

Good Entry :)

Amirez said...

pendapat yang baik. setuju dengan cik. saya ada kawan yang sekarang ni dah menetap kat australia, bincang2 dengan pasal pasal kos sara hidup antara Malaysia & Aussie. katanya better kat Aussie. wife saya pun mengiyakan based on pengalaman dia 2 tahun kat sana dulu. sama jugak pendapat kawan saya yg baru berhijrah ke UK bulan lepas.

PM kena turun padang dan jadi orang awam untuk merasai sendiri macam mana kita orang awam meneruskan hidup di Malaysia.

ekram said...

from what i read, you are pointing some good mathematical calculation. it would be better if you could also give some good solutions and ideas to your problems. extra income would help if you poses some skills, side business or anything. if you are really in need, lots of bantuan from jabatan2 kerajaan. especially from the women, family and community department.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Erynna84 said...

usaha la dik.jgn hanya mengharapkan apa yg ada.kalau gaji tak cukup, cari pendapatan tambahan.jgn la tanya mcmana ya.pandai2 la cari.byk boleh buat kalau rajin usaha..jgn mengeluh pasal gaji, sbb gaji yg diberi mmg telah diukur mengikut sesuatu kerja.ada kerja yang diberi gaji lebih rm10k sebulan.tak semestinya fresh graduate hanya berserah untuk gaji sebanyak itu.banyak peluang cari duit lebih.jgn la malas sgt dan hanya nak komplin itu ini.

Daniel Yahya said...

Sokong la lagi Barisan Nasional... Padan muka. Dah dekat 60 tahun pegang, rakyat Malaysia jauh ketinggalan banding dengan rakyat Singapura. Kita ada 4 kali ganda jumlah pekerja, tapi GDP hampir sama. Kalau GDP percapita memang jauh ketinggalan lah...

Satu-satunya cara nak bagi orang politik dengar ni masa pilihanraya. Ini tak, dok undi lagi BN. Sekarang ko telan aje lah apa yang ko dah pilih. Tak payah nak tulis-tulis surat....

Daniel Yahya said...

Sokong la lagi Barisan Nasional... Padan muka. Dah dekat 60 tahun pegang, rakyat Malaysia jauh ketinggalan banding dengan rakyat Singapura. Kita ada 4 kali ganda jumlah pekerja, tapi GDP hampir sama. Kalau GDP percapita memang jauh ketinggalan lah...

Satu-satunya cara nak bagi orang politik dengar ni masa pilihanraya. Ini tak, dok undi lagi BN. Sekarang ko telan aje lah apa yang ko dah pilih. Tak payah nak tulis-tulis surat....

Budak Baik 2020 said...

saya sudah baca post awak ini.
komen saya:

1.harga minyak naik - saya fikir nak naik motor aje.rancang nak ambik lesen motor dan beli motor 125cc ke bawah.

2.kenaikan harga barang kerana harga minyak naik - tuhan telah memberikan budu kepada orang-orang seperti saya.makan nasik lauk goreng telur makan dengan budu pedas ( budu campur cili padi ) sudah menyelerakan bagi saya.ia membantu menjimatkan kos makan.

3.BR1M - saya tak layak memohon sebab saya boss sebuah firma perniagaan yang mempunyai pekerja dibawah 25 orang.dalam erti kata lain saya golongan berpendapatan tinggi.tidak layak memohon BR1M.

4.Harga rumah mahal di lembah klang - saya sudah berjaya membeli sebuah rumah di lembah klang dengan harga dibawah rm 230,000 beberapa tahun lalu.

5.Gaji lepasan ijazah & diploma - saya berfikir kemungkinan perlunya menaikkan gaji pekerja saya selepas membaca post anda.

Prince of Noob said...

oh inilah penulis surat buat najib yang legend tuh... penat saya cari sumber asal, kebanyakan orang yang share tak linkkan ke sumber asal. btw nice writing dan saya sangat menyokong usaha anda ini. teruskan lagi menulis idea2 yang sangat bernas. mohon berkenalan huhu... btw done follow u here - Noob

Anonymous said...

pendapat yg bernas,

curiuosct said...

kemain PON...
nak mengorat la tu..

Hunny Kitty said...

untung parking RM5 sehari kat sini RM15 sehari parking....kerja? kontrak forever until u die....kije dah dekat 9 tahun apa pun tak dapek kecuali renew contract.....senyum je la

AJ said...

Setuju dan kagum dengan hujah2 yang disampaikan di surat tersebut...Saya yang combine gaji lebih dari RM8K pun merasa keperitan hidup di kotaraya KL, inikah pula orang2 macam hajar yang gaji sebegini...

Saya ada hasilkan entri buat hajar..maaf, tidak minta kebenaran terlebih dahulu..

Que Achmad said...

tahniah Hajar, Abe dapat rasa keikhlasan kamu dalam menulis surat ini... tahniah... keep it up girl

Que Achmad said...

untuk kamu Hajar :)

http://www.queachmad.com/2013/09/surat-buat-dato-seri-najib-razak-siti.html

kak ina kl said...

nak buat camner..harga rumah makin naik..barang makin naik..yang turun tak ada ..kalau ada pun hujan ajer.
kesian tgk anak muda skrg ni..

Jack Murthi said...

Cari laki la. kawin. tak pun berniaga. banyak saluran bantuan daripada perniagaan. tekun dan amanah ikhtiar misalnya.

hikaru said...

masalah nya bukan lah pada komplen gaji tak cukup dan sebagainya. masalahnya adalah apa yang kerajaan boleh bantu kita untuk tangani masalah ni. pada saya, gaji cik hajar boleh dikatakan wajar. tapi agak tidak wajar apabila dengan gaji sedemikian masih tidak mampu membeli rumah. generasi baru dah bermasalah, inikan pulak generasi yang lama lama. ada je yg overtime kerja banyak kali, buat bisnes itu ini bagi anak anak makan cukup.
gaji kasar lebih kurang RM3000 sekeluarga 6 orang. campur bil,bayar kereta rumah, tinggal berapa je. nak simpan pun tak tersimpan.nak berjimat macam2 usaha dah buat tak jadi jugak.macam mana tu.

malah ada lagi yang lebih rendah. saya bersyukur, keluarga saya masih boleh hidup dan makanan semua cukup. harapan saya cuma harap kerajaan dapat bantu rakyat seperti kami.sistem BRIM rasanya cam tak membantu sgt sebab duit ada masa tu je, tu pun agaknya simpan tahan nak bayar roadtax,bil, pastu lesap. tp saya hargai.namun harap dipertingkat kualiti nak membantu orang tu.kami rakyat bayo cukai

nick said...

salam ni saya bagi contoh pasal perbezaan 2 rakan saya kat hajjar supaya anda paham apa yg saya terangkan....kat sini

1.aiman(bukan nama sebenar)engineer kilang di johor pendapatan rm 1860 asal selangor latar belakang keluarga sederhana(org kampung)banyak tanggungan kerna beliau anak sulung..masih bekerja hingga skang..
2.Aziz(buka nama sebenar)engineer kilang shah alam pendapatan rm 2840 latar belakang keluarga boleh dikatakan berduit disebabkan mak dan ayah die pangkt besar kat gov tanggungan tiada kalau ada pon untuk die sahaja,pernah memohon bekrja dikilang kat johor dan ditawarkan gaji rm2500 kilang tu berdekatan rumah family die tp tak mahu disebabkan alasan x berbaloi..!!dan skang masih tidak bekerja...

so pe pandangan anda dalam situasi tersebut??

Montana said...

tudia surat..steady2...

william wilstroth said...

Well said, the government need more person like you. For god sake, they should listen to the people.

Unknown said...

assalamualaikum. maaf ini cuma comment pendapat dari saya. saya ingin mengatakan bahwa saya amat bersetuju atas surat yang telah awak cuba sampai kan kepada pemimpin kita di malaysia dengan taraf hidup rakyat. dan saya bersetuju juga dengan comment yang terdapat di atas ini dengan mencari jalan lain seperti (site income) tanpa mengeluh. tapi saya lebih akan suka dengan cara yang awak lakukan ini dengan sekurang-kurangnya dapat membuka mata pemimpin kita di malaysia ini agar lebih bersifat paham akan sensara suka duka rakyat dia kerana apa? ianya sendiri boleh mempraktikan pemimpin itu sendiri seperti agung nya kepimpinan para sahabat NABI MUHAMMAD S.A.W seperti SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDIQ R.A dan SAIDINA UMAR AL KHATAB R.A kerana di zaman para sahabat memegang kepimpinan kerajaan islam mereka sangat menitik beratkan tentang rakyat nya dari segi suka duka susah senang rakyat mereka di dalam kepimpinan seseorang pemimpin tersebut kita boleh membaca hadith hadith tentang bertapa sayangnya mereka kepada rakyat sampai sanggup tidak tidur malam kerana memikirkan tentang rakyat adakah mereka cukup makan atau sebagainya.. mohon tegur kalau terdapat salah dan silap dari saya. itu saja penjelasan yang tak seberapa dari saya. assalamualaikum

HAJAR said...

Thanks everyone.. yang beri comment, yang condemn... masing-masing berhak bersuara kan.. surat saya hanya pendapat saya.. anda juga boleh lakukan perkara yang sama...

Daniel, adakah apabila kita mengundi bn bermaksud kite kena totally agree dgn pemerintahan nya?? sudah tentu tidak... saya berhak bersuara...

Anonymous said...

E-mel kepada pemilik

Kami kini menawarkan pinjaman kepada pihak-pihak yang berminat pada kelajuan yang munasabah dengan bantuan dan sokongan dari Bank-Bank kami.

Kami menawarkan pinjaman bercagar kepada individu dan perniagaan dengan kadar faedah rendah, kami juga menawarkan pinjaman jangka panjang dan jangka pendek. Syarikat kami berdaftar dengan penemuan banyak kelas pertama kewangan pinjaman bagi pelanggan-pelanggan kami dalam bidang penyediaan perkhidmatan dan modal kepada individu dan perniagaan.

Anda boleh memohon pinjaman dengan cepat di sini dan ianya diterima dengan mudah.Mungkin anda memerlukan kad kredit, penyatuan hutang, rumah peningkatan, pembelian kereta baru atau terpakai, rumah baru, objektif pelaburan/perniagaan atau pun cuti.Kita boleh upgrade ke? Euro 50 juta untuk membiayai projek-projek yang pelbagai.

Skim pinjaman kami > tagged "pinjaman di bawah dua minggu", setiap pelanggan, kedua-dua tempatan dan antarabangsa, adalah jaminan untuk mendapatkan pinjaman dari Syarikat ini

Pihak yang berminat perlu Sila berikan kami dengan maklumat berikut:

Nama:
Negara:
Alamat/hubungi
Nombor telefon:
Pekerjaan:
Jumlah pinjaman:
Tempoh pinjaman:
Pendapatan bulanan:
Umur

Ketelusan adalah yang menyebabkan kita dalam pertandingan ini. Sila hantarkan permohonan pinjaman anda menggunakan loanfirmorg2014@yahoo.com ini untuk maklumat lanjut mengenai program pinjaman kami.

Menganggap

Unknown said...

Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan