Bismillah…
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. berkesempatan untuk menulis blog.. Wah.. 4 hari lagi bergelar staff Kenanga.. dan selepas itu bertukar menjadi staff Celcom.. hi hi hi.. Ya Allah.. Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan ku di Celcom.. Gembirakanlah daku dunia akhirat…
Hari ni saya nak berkongsi cerita.. Bukan mengadu damba.. Mahupun apa saja.. Tapi ambiklah pengajaran daripada cerita saya ni..
Seorang sahabat yang saya anggap sebagai kawan baik saya, yang saya hormati dia, yang menganggap tempat saya berkongsi cerita suka dan duka, tetapi akhirnya mengkhianati saya. Mungkin ada yang membaca ni akan kata, “meluat!” “mintak simpati!” “sibuk nak cerita semua masalah diri”..Ini sekadar perkongsian dan ambil pengajaran…
Saya agak kecewa di sini.. Kenapa orang yang saya anggap teman baik saya mampu berkata dusta di belakang saya? Selepas apa yang berlaku, baru saya sedar, memilih seorang kawan itu sangat susah. Orang yang rapat dengan kita juga akan mempercayai kawannya yang tidak rapat seperti dia rapat dengan kita. Ya Allah… kenapa semua ini berlaku…
Saya memegang janjinya. Apabila setiap percakapannya, diminta dirahsiakan. Saya pegang pada janji. Dalam diam, lain pula jadinya. Berkata dusta! Di hadapan saya berkata lain, dengan orang lain berkata lain! Itu ke persahabatan? Melaga-laga kan kawan.. itu persahabatan? Memutar belitkan cerita, itu persahabatan? Pada saya, itu bukan persahabatan tetapi permainan keji yang sedang dilakukan.
Kalau dulu ya.. saya seorang yang cepat melenting. Pantang dicuit, pasti saya nak mengamuk sahaja. Tapi itu dulu. Tidak lagi sekarang. Ya. Memang mengambil masa. Masa yang lama untuk mengubah diri. Alhamdulillah. Saya berjaya. Walaupun di lontar kata-kata yang kurang menyenangkan untuk membaca nya di twitter, hati saya masih bersabar. Tak dinafikan airmata pasti menitis. Tapi seperti yang saya tulis di facebook saya, senjata paling tajam adalah senyap dan menahan kemarahan dari difitnah. Saya tak nafikan saya juga ada silapnya. Ada juga mengata tetapi saya tidak memesongkan cerita dari ayat yang biasa ditukar menjadi ayat yang luar biasa! Hebat Anti.. Patutlah anda debator universiti dulu.
Kesabaran yang saya tahan saya ingat saya mampu menahan nya. Apabila saya menerima whatsapp dari kawan saya (cerita disampaikan kepada nya), saya rasa saya perlu memperbetulkan keadaan. Dengan bahasa yang kasar digunakan, saya cuba membalas dengan ayat lembut tetapi tegas. Dan saya tidak menyangka orang yang saya percaya selama ini adalah orang tikam belakang, porak peranda kan kawan..
Saya bertanyakan secara baik kepada “sahabat baik” saya ini. Apa semua ini. Tetapi perkataan kotor yang keluar. Ya Allah.. adakah ini kawan yang saya kenal? Saya terus meninggalkan perbincangan itu. Itu bukan cara muzakarah yang sempurna. Mengeluarkan kata-kata kesat. Itu pemikiran seorang manusia yang pengecut apabila berada di tempat yang salah. Kalau seorang berada di pihak yang benar, itu bukan cara nya. Islam tak mengajar kita untuk berbincang seperti itu. Erm.. Nak cakap lebih, nanti panggil saya perempuan tazkirah. “Ilmu secetek, nak bercakap pasal agama. Betulkan diri tu dulu..” susah juga sebenarnya ya…
Saya juga kecewa dengan sikap sesetengah sahabat saya yang mendengar sebelah pihak dan terus menulis bukan-bukan tentang diri saya di alam cyber. Kenapa tak perlu bertanya terus? Selepas berkata bukan-bukan, baru ingin bertanya.. Bukan kah kejam nama nya tu? Adil kah?? Kecewa bukan kepalang dengan kawan yang saya anggap antara kawan rapat saya juga. Air yang kotor, walaupun dituras, pasti kekotoran itu mesti ada..
Ya Allah.. satu demi satu dugaan yang diduga.. Walau diperlakukan sebegini, saya masih tersenyum.. Dalam hati saya, itu Cuma kecil sangat jika nak dibandingkan dengan orang lain yang merempat, yang hilang ahli keluarga, yang hidup dalam kesusahan. Jadi saya ambil peluang ini untuk berdoa sepuas hati saya. Doa orang dianiaya, termakbul. Itu yang saya pegang.
Berbalik kepada isu memilih kawan. Selepas ini, bila kita baru kenal, jangan mempercayai nya. Kerana memang pada luaran dia nampak seorang yang baik, yang boleh dijadikan kawan tetapi di sebalik nya, kita tak tahu. Wujudkan limit kita dan kawan kita tidak kira dia lelaki atau perempuan selagi kita belum mengenalnya sedalam-dalamnya.
Kawan yang boleh dipanggil sahabat sejati adalah kawan yang kita mengenali bertahun-tahun dan kita sentiasa bersama. Itu baru sahabat. Bukan nya orang yang baru dikenali seperti saya pernah lakukan. Cukup serik! Sangat sangat!
Alhamdulillah.. saya rasa saya la manusia yang paling ramai kawan. (claim banyak kawan.. perasan kan.. hihihi) Dan semua kawan-kawan saya sentiasa berada bersama saya ketika susah dan senang. Alhamdulillah. Terima kasih semua.
Ok la.. I’ve to go.. InsyaAllah 2 weeks lagi saya akan ke Jakarta bersama sepupu-sepupu yang disayangi. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ya…
Assalamualaikum..
1 comment :
sabar ye kak hajar.. Allah sentiasa bersama org2 yg benar. :)
La tahzan, innallaha ma' enti..
Post a Comment