Monday, November 24, 2008

S I F A T 20

Allah Ta'ala adalah Tuhan Maha Agung dan Maha sempurna. Maka wajib atas kita hambaNya mengenal sifat-sifat yang ada pada Allah Tuhan yang kita sembah.
Sifat-sifat yang wajib dan yang mustahil
1. Wujud : Ertinya ada maka mustahilnya adam( tiada )
2. Qidam : Ertinya sedia maka mustahilnya huduth ( baharu )
3. Baqo' : Ertinya kekal maka mustahilnya fana ( binasa )
4. Mukhalafatu-Lil-Hawadith : Ertinya menyalahi dengan yang baharu. Maknanya Allah Ta'ala berlainan dari segala-galanya dari segi zat sifat atau perbuatan. Maka mustahilnya ialah Mumatha lah-Lil-Hawadith iaitu menyerupai dengan segala yang baharu.
5. Qiyamuhu Binafsih : Ertinya berdiri dengan sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Maka mustahilnya ialah Ihtiyaj Li Ghairih iaitu berkehendakkan kepada yang lain.
6. Wahdanniyah : Ertinya Esa atau tunggal pada sifat dan perbuatanNya. Maka mustahilnya ialah Ta'adud iaitu berbilang-bilang atau banyak.
7. Qudrat : Ertinya berkuasa. Maka mustahilnya ajazun iaitu lemah
8. Iradat : Ertinya berkehendak iaitu sesuatu iaitu berlaku dengan hanya dengan izin Allah Ta'ala. Maka mustahilnya ialah karahah iaitu terpaksa.
9. Ilmu : Ertinya Maha mengetahui maka mustahilnya ialah jahil
10. Hayat : Ertinya hidup maka mustahilnya mautun iaitu mati.
11. Sama' : Ertinya Maha mendengar. Maka mustahilnya a-samun iaitu pekak.
12. Bashar : Ertinya Maha melihat.Maka mustahilnya a'ma iaitu buta.
13. Qalam : Ertinya Maha berkata-kata. Maka mustahilnya abkamun iaitu bisu.
14. Kaunuhu Qodiran : Ertinya Maha berkuasa ( dalilnya sama seperti Qudrat ) Maka mustahilnya lemah.
15. Kaunuhu Muridan : Ertinya berkemahuan sendiri. ( dalilnya sama seperti Iradat ) Maka mustahilnya terpaksa.
16. Kaunuhu Alimun : Ertinya Maha mengetahui. ( dalilnya sama seperti Ilmu ) Maka mustahilnya jahil.
17. Kaunuhu Haiyyun : Ertinya Maha hidup. ( dalilnya sama seperti Hayat ) Maka mustahilnya mati
18. Kaunuhu Sami'un : Ertinya Maha mendengar. ( dalilnya sama seperti Sama' ) Maka mustahilnya pekak
19. Kaunuhu Bashiran : Ertinya Maha melihat. ( dalilnya sama seperti Bashar ) Maka mustahilnya buta
20. Kaunuhu Mutakaliman : Ertinya Maha berkata-kata. ( dalilnya sama seperti Kalam ) Maka mustahilnya bisu


1 comment :

abdul mohsin said...

1.'ada' tapi mana? buktikanlah. kalau dicari pasti ada. boleh rujuk dalam buku2 pendeta za'ba.