Friday, February 28, 2014

Thursday, February 27, 2014

Jauhinya....

Assalamualaikum… Hye hye hye… Sementara menunggu dekat airport ni, flight pukul 4.30 kot… (ok! Tak sure pukul berapa… sebab badan dah kepenatan..) sempat la nak berblog…  back to my story… cerita tentang last week.. penuh inbox menanyakan, “hajar, kenapa mintak no phone Jaim tengah malam buta??? Hajar.. bla bla bla…” bertalu-talu soalan yang perlu saya nak menjawab…

Ok! Nak diceritakan sikap orang Melayu kita… saya tak peduli la kali ni.. sebab saya terlalu marah… bila saya post kat status, “Siapa ada no phone Jabatan Agama Islam Melaka.. please… urgent!!”, banyak comment yang saya terima… dan saya amat berterima kasih kepada yang membantu saya, banyak pihak membantu dan memberikan idea melalui mesej di FB saya… dan terima kasih jugak kepada yang tak membantu kerana anda memberi saya idea untuk menulis blog tentang sikap orang Melayu kita….

Kenapa saya minta no phone??? Ok… saya dah google… saya dah telefon no phone yang diberikan malangnya perkhidmatan itu sehingga pukul 5.oo petang sahaja.. itu saya bertanyakan no hp lain mana tahu ada satu tersangkut… ada yang memberi no hp ustaz penguatkuasa, dan ada juga komen-komen bodoh sangat saya rasa kan.. seperti “nak kahwin ke?” , apa gila nya nak kahwin pukul 12 malam… mungkin orang cakap macam ni dia pernah buat kot.. kahwin kat Siam agaknya… termasuklah pakcik dekat tempat saya bercuti tu… boleh tak Tanya, “awak nak kahwin ke?”, nasib tak kena bodoh dengan saya… serius! Saya cukup marah.. istighfar je… Allahu Akbar…. Ada pulak kata, “google la..  tak payah nak mention kat sini..” ini jenis manusia yang tak membantu, dan mementingkan diri sendiri… kalau perkara yang ingin saya sampaikan selepas ini berlaku di depan mata dia, mungkin dia manusia yang akan mengabaikan, yang memejamkan mata, yang tidak kisah apa yang berlaku, yang pasti bukan dia,  yang tidak takut dosa bersubahat, yang tidak sayangkan agamanya dan tidak sayangkan umat Islam… dan jikalau perempuan itu adik anda, anda mungkin tak kisah pun kan….

Saya menceritakan ini menjadi pengajaran kepada yang membaca… hormat orang sekeliling… jangan ingat ada orang sekeliling tak nampak perbuatan kita…  Saya join percutian keluarga di Melaka.. saya sampai lewat, dalam pukul 9 lebih malam… ketika itu sepupu pergi berjalan, yang tinggal hanya anak-anak buah yang sedang bermain di tepi pantai… dan dalam pukul 10 malam, sepupu-sepupu dan makcik balik dari berjalan dan terus masuk tidur, kecuali chalet mak saya, chalet cik Yah, dan anak-anak buah saya… datanglah 2 biji motor.. (ok! Saya memang ada sifat sangat mudah suspicious dengan orang..) saya melihat 2 pasangan ini sedang leka bercumbu-cumbuan melakukan perkara tidak senonoh di salah sebuah beranda chalet, sedangkan ketika itu saya, sepupu-sepupu  saya (yang anak-anak dara ni..) dan anak-anak buah saya sedang asyik bermain pasir… jarak antara chalet saya dan chalet itu dalam 20 langkah.. memang dekat… saya bertanyakan pada mak, mak kata mungkin dah kahwin.. tapi bila saya minta mak melihat, mak pun dah rasa lain macam, dan makcik saya juga serta anak-anak buah saya... maaf saya katakan, anda nak buat maksiat, jangan memilih tempat public untuk melakukan perkara tidak senonoh..  anak-anak buah saya ramai lelaki dan sedang meningkat dewasa.. Ada la perasaan malu!! ketika itu kerisauan melanda… saya memberitahu emak untuk melaporkan perkara ini, niat saya untuk memastikan yang mereka benar-benar dah kahwin….. itu saja..

Mengikut cerita sepupu saya, mereka berada di situ sejak pagi bersama pasangan ini, di siang hari, perempuan satu bilik lelaki satu bilik.. di malam hari, ianya berubah… lelaki perempuan satu bilik, lelaki perempuan satu bilik… mungkin mereka perasan saya  memandang mereka dengan pandangan tajam, terus mereka masuk ke bilik… mak memang risau kerana kalau kita tidak membuat laporan, ini bermakna kita sama bersubahat..  jadi, apabila no phone gagal dapat, ada salah seorang sahabat FB mencadangkan untuk mencari imam kampong… pukul 12.30 malam, celah mana nak carik pak imam… hati saya tak keruan melihat aksi yang tidak senonoh itu di hadapan anak-anak buah serta sepupu saya… saya minta semua anak buah saya dan sepupu saya balik ke chalet…Benar.. kalau kita niat untuk menjauhi maksiat, pasti Allah lorongkan… saya ternampak sebuah kedai makan masih terbuka, dan tanpa berfikir 2 kali saya terus ke warung tu bertanyakan siapa imam di sini… ada beberapa pakcik menggelakkan saya, kata nya saya nak nikah! Memang rasa nak sy bagi penumbuk sahaja ketika itu… tapi saya hanya mendiamkan diri sahaja…  dan saya menceritakan kepada beberapa orang kampong tentang apa yang telah saya lihat, dan saya meminta pertolongan orang kampong… 

Jam menjejak pukul 1 pagi.. errrm.. dalam hati mungkin orang kampug macam tak kisah je.. at least saya dah melakukan something….  Tapi saya menunggu sehingga jam 2 pagi di mana saya nak tidur, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki, anggaran dalam 20 orang menyerbu chalet berkenaan… satu bilik mempunyai kad kahwin… Alhamdulillah… tetapi sebuah bilik lagi, apabila diketuk banyak kali, mereka langsung tak bukak…  dan akhirnya tiada jalan lain, pintu belakang telah dikepung, maka di buka nya juga.. hasil pemeriksaan mereka tidak berkahwin.. Allahu akbar…

Bila melihat keadaan begitu, hati jadi sedih.. anak melayu yang sangat mudah maruahnya diberikan kepada lelaki… errrmm.. saya bukanlah wanita baik, tapi bila saya nampak mcm tu, saya rasa macam nak heret je perempuan tu… arghhh!! Memang geram!!!!  Mak pula tak henti mendoakan supaya mereka berkahwin pada malam itu jugak..  

Nasihat saya pada semua, please… jangan la lakukan perkara tidak baik.. jauhi maksiat… sembunyi mana sekalipun kita melakukan maksiat, pasti satu hari akan terungkai… kalau pernah berlaku pada satu ketika dahulu, masih tidak terlambat untuk taubat… Allah Maha Pengampun… Tutup buku lama, buka buku baru.. jangan kekalkan buku lama yang sedia ada penuh dengan maksiat…

Ok la… masa untuk check-in… take care everyone! See u in next entry!!

Luv u guysss!!!

Sunday, February 23, 2014

Ohh my Shares!!!

Assalamualaikum..
Hye hye hye!!! Ok.. sangat letih…dari semalam nak settlekan pasal passport... cukup mencabar... tadi pi utc sentul petang.. tapi Alhamdulillah semua settle... maka bermulalah pengembaraan bekerja...
Ok la.. hari ni just nak share tentang saham.. Hajar bukan investor yang hebat tapi boleh la kalau setakat nak main invest sikit-sikit.. carik side income.. huhuhuhu… hajar cuma share apa yang hajar tahu.. dan selebihnya korang google.. ini apa hjr tahu tau….
Apa tu saham? Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.. lagi besar  kuantiti, lagi berkuasa pemegang salam dalam sesebuah syarikat..  Macam sekarang, hjr bukan main IPO je.. (Initial Public Offering) tapi hajar main jugak saham yang dah listing kat main market.. Apa tu IPO? Terbitan Saham Awam (IPO) adalah saham baru yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendapatkan tambahan modal dari pelabur awam. Ada 2 cara utk apply IPO ni ada 2.. 1. Beli dkat ATM machine @ online…. Ataupun melalui MITI (kelebihan untuk bumiputera, sebab diperuntukkan untuk bumiputera sahaja).. Yang menarik nya tentang IPO ni adalah kebanyakan nya kita beli dengan harga yang rendah sebelum listing di main market, hari dia listing tu nanti.. boooommm!! Harga terus naik n boleh jual.. dan satu lagi yang best nya pasal IPO ni, kita tak bayar brokerage fee, tak bayar stamp duty, tak bayar clearing fee... tapi sekarang ni tak ada IPO lagi.. tu sy beli share yang dah listing.. kena la bayar brokerage fee n etc..
Saham apa yang saya beli??? 1st saya akan tengok industry company ni.. buat apa.. tp saya x beli selain oil n gas.. sebab oil n gas paling mantoppp…n then saya tengok prospectus… tgk account management company tu.. compare kan 2 tahun berturut-turut..  kalau meningkat, that’s good.. tapi kekadang saham ni ada je time kite dapat IPO ingat dah harga rendah, bile listing drop habis.. it’s ok.. jangan kelam kabut.. kalau beli oil n gas, InsyaAllah simpan je saham tu.. pasti akan naik.. ni experience saya membeli saham Hibiscus.. saya beli 20 lot = 200 unit… masa tu baru je berjinak-jinak… 1 unit 75 sen.. kalau 200 unit = RM1500… siapa yang beli 1 unit, akan dapat free 1 unit hibiscus, akan dapat free 1 unit warrant hibiscus.. umpama beli 1 emak dapat 1 anak.. so saya dapat, 2000 unit shares of hisbiscus dan juga 2000 unit shares warrant utk hibiscus.. hari listing, dari 75 sen drop 50 sen.. itu pun dah combine total emak dan anak.. cume 50 sen!! Sure memang rugi la… tapi saya simpan… simpan.. dan simpan.. after 3-4 months, tiba-tiba hibiscus dapat project.. booommm!!! Shares yang saya invest rm1500 melonjak rm3000.. saya terus jual! Alhamdulillah.. rezeki saya RM1500.. siapa yang masih simpan lagi IPO nya yang dibeli dengan harga 75 sen, hari ini (21/2/2014) total emak dan anak adalah… RM3.71!!!sedangkan beli hanya 75 sen!! Heyyy!! Hanya dalam 3 tahun sahaja! Kalau u beli 100 lot = 10,000 unit = RM7,500 pada hari ini akan jadi RM37,100!!! U dapat dalam RM28,000 tolak dengan brokerage + fees… See!!!!! Memang best.. itu masa baru-baru lagi... tak tahu sangat...
Macam mana nak main saham?? Sangat senang… Memula carik memana dealer ni.. saya ada contact.. Keong nama nya.. dia akan datang tempat you all utk bukak trading account & CDS account…  saya bukak under CIMB Investment… Keong akan ajar A hingga Z macam mana nak trade.. tapi macam saya, experience bekerja di investment bank dah cukup memadai… Jadi saya tak ada masalah… Lepas tu bukak trading account & CDS account, CDS akan link dengan trading.. Just bukak trading website CIMB.. (nanti Keong guide, please jangan cakap tak tahu.. tak belajar memang tak tahu.. )  lepas tu dah boleh trade… Keong akan bagi handout cara nak trade, cara nak beli shares, cara nak jual shares.. kalau ajar anak sedara saya umur 10 tahun pun dia boleh buat..  trust me! Utk open trading account n cds account ni, apa yang diperlukan adalah bank statement, IC dan RM10 fee.. tu sahaja..
Dalam main saham ni, ada jugak yang tak boleh nya.. bukan semua nya boleh.. ada yang tak boleh nya... boleh baca kat sini... Saham
saya bagi ni secara apa saya tahu... korang kena rajin google n bukak website klse wokey...

bye.. nyte..take care!

Monday, February 17, 2014

Yang dicari...

Assalamualaikum..
hye hye hye... ok.. perut lapar ok!! start buat kerja pukul 7.45 am until now.. so I need a rest 15 mins.. ok la tu.. start kerja kul 8.30 pagi, awal 45 mins buat kerja wokey.. so, 15 mins untuk update blog..
dah baca buku cerita cinta Ahmad Ammar?? (ok terus dalam otak set, anak aku nanti nak namakan Ahmad Ammar!! Biar jadi macam Arwah Ammar jugakkk..) saya menangis-nangis membaca cerita mak dia.. bayangakan surat seorang emak kepada anaknya yang telah meninggal dunia... berjurai airmata anak jerung.. memang sedih.. boleh bayangkan betapa bertuahnya emak ayah Ammar kerana mempunyai seorang anak yang sangat baik.. Bila masa lapang, menghafal al-quran... Subhanallah.. semga bakal anak-anak saya pun jadi macam Ammar... eceeh..berangan..
Tapi kan bila saya membaca buku Ammar ni, saya tahu sebuah perjuangan itu sangat sukar.. saya tertarik membaca cerita tentang abg ipar Ammar.. dia sanggup meninggalkan pekerjaan nya sebagai seorang lawyer semata-mata berjihad di jalan Allah.. Allahu Rabbi... betapa untung nya kakak Ammar.... best kan.. Jadi, selepas membaca buku itu, hati saya mula terbuka... yang berjuang bersama-sama ayah mertua... cerita di dalam buku ini cukup untuk menyedarkan saya pelbagai perkara... setelah setahun lebih saya merana, sebab dipermainkan oleh orang pantai Timur, (3 kali berturut-turut) saya cukup serik untuk mencari orang pantai Timur lagi... saya ingin membuka lembaran baru... saya mahu mulakan hidup baru saya.. jujur saya katakan, jika rezeki saya tiada untuk menyambung pelajaran ke UK, saya akan mulakan misi untuk mencari pemilik tulang rusuk saya... itulah saya telah fikirkan sejak 2-3 minggu lepas... apa lagi nak dicari.. umur 28 dah kan...
Selalu orang tanya saya, apa ciri-cirinya.. yup.. terlalu banyak ciri-ciri yang saya nak... kalau orang tanya, nak macam Fahrin Ahmad? haha.. secara fizikal memang la nak macam FA.. sebab sedap mata memandang di mata saya... eceeehh... gedik la kau Hajar!  tapi yes... (sure lepas ni adalah orang cakap, hajar nak carik laki!! sukahati kamu nak cakap apa sekalipun... at least saya tak berpeluk dekat public, pakai baju tak senonoh.. saya dah bosan dengan manusia-manusia jenis macam ni.. jangan suka sangat mengata orang.. tak baik tau!! satu jari menunjuk orang, 4 jari menunjuk diri kita)
Pilihan saya??
1. Saya suka lelaki yang friendly tapi bukan gatal... friendly maksud di sini, dia boleh campur saudara mara saya.. dia tak kisah jika bersama kawan-kawan saya...
2. Dia mesti sekepala dengan saya.. ada mission & vission.. bukan rasa nak hidup di tahap yang sama, tetapi ada usaha untuk perbaiki kehidupan..
3. Saya tak suka lelaki terlalu caring... sangat merimaskan saya.. ini tidak, jari terhiris pisau, tapi macam terhiris kat leher risau nya.. adooii... rimas.. rimas...
4. Saya tak suka lelaki memaksa saya.. Bila saya cakap, saya tak nak, saya tak nak.. mungkin ada kata besar kepala.. Nope! sudah tentu tidak... Cuma kalau saya tak nak, maknanya ada reason tersendiri kenapa saya tak nak.. harap sangat memahami..
5. Saya memang sukakan sesuatu yang suprise.. tapi ini bukanlah priority untuk menepati ciri-ciri saya nak.. bukan semua lelaki tu pandai buat "SUPPPPRRRIIIISSEEE!!".. terlebih suprise, semput pulak aku nanti... hahahhaa..
6. Saya seorang yang sangat independent... saya boleh kemana-mana sendiri.. Jadi saya nak husband yang independent jugak bila satu hari nanti saya pergi dulu sebelum dia..
7. Saya tak suka lelaki menabur duit pada saya sebelum kahwin.. unless you're my husband... kecil tapak tangan, angkasa lepas saya tadahkan.. hahaha... tapi please... please dont tackle a girl with ur money.. bukan dengan saya je, tapi dengan perempuan lain sekali pun... sure, sebaik mana seorang lelaki tu, pasti dia akan mengungkit..
8. Saya suka lelaki yang simple.. tak de la dress up gila-gila.. ini tidak, saya pakai comot gila (sebab saya seorang yang sangat simple), dia pulak dress up macam ada dinner kat hotel 5 stars, bila tanya saya nak makan mana... saya cakap warung makcik depan tu... muka terus lain... saya ok je lelaki pakai tshirt, seluar bawah lutut.. tak jadi masalah pada saya, daripada pakai coat bagai... mataku terus membutang, mulut ku tergamam seribu kata..
9. Dia mestilah kaki berjalan macam saya.. saya suka berjalan.. lagi-lagi time saya stress... pergi tepi pantai, pergi cameron.. tak semua lelaki suka berjalan kan... tu nak carik sekepala..
10. Saya tak suka lelaki yang suka mendengar cerita dari mulut orang lain tentang diri saya.. Saya tidak bisu untuk berkata-kata... 
11. Pastikan keluarga si lelaki menerima saya.. Saya pernah ada experience, (orang pantai timur jugak).. Si emak dan nenek nya tak mengenali saya.. Hanya mendengar cerita dari mak su nya.. Dan judge saya seorang yang sosial.. Sedangkan mak abah saya didik saya dengan baik.. Cukup terjaga... Dan mak su nya sebaya saya.. Fuuhh... 
12. Dia suka makan masakan saya walaupun saya masak tak sedap.. Dia tetap kena puji.. "Ermm.. Sedapp.. " kalau ada yang kurang baru cakap... "Tapi...." Ok! Diterima.. Kekekeke.. 
13. Dia bukan cerewet tentang pemakaian saya.. Tak kira la dari handbag ke.. Jam ke.. Kasut ke.. Sebab sy jumpa ramai lelaki, ini tak kena itu tak kena.. Serabutnyaaa... Perempuan ni pulak setiap kali dating terpaksa la jadi orang bodoh beli baju baru.. Errmm..
14. Tidak merokok.. Saya ni dah la asthma, kalau dapat lelaki merokok, memang unacceptable laa... Saya operate hidung hari tu bukan sebab nak cantik, hidung sedia ada pun dah comel dah.. Tapi sebab saya asthma.. Orang merokok saya terus reject.. 
15. Saya tak suka orang tak punctual.. I cant live with these kind of people.. Sy seorg yg tepati masa... Sy x suka menunggu.. Sy akan rancang perjalanan saya.. Saya x nak buat orang tertunggu-tunggu...
16. Si lelaki mestilah pandai speaking english.. Bukan sebab apa, saya nak nanti anak-anak saya berhabuk cakap english.. Hihihi...  

Thursday, February 13, 2014

Kiddos!!!!

Ok!!! Tak masak-masak lagi pavlova ku… boleh update satu lagi…2 weeks ago balik kampong… seperti biasa, mesti ada yang nak tidur dengan Mama Shu… ok.. tapi malam tu luar biasa… 10 orang nak tidur bilik mama shu… aiggooooo!!! Mana la muat… ada yang sampai merajuk… ok ok… last nya mama shu terpaksa la menyusun tilam supaya muat kesepuluh-sepuluh orang ini.. ada yang sanggup bersempit demi nak tidur bilik mama shu… (bilik mama shu tu funfair ke??) errm.. ok.. sukahati! Nanti cakap mama shu kedekut tak bagi tidur!! Ok ok… lepas mama shu susun baik punya, tempat mama shu yang tak de!!! Last nya… last nya mama shu tidur dekat luar bilik… dan macam jaga pulak la dibuat budak-budak ni…



Tengok tu keadaan bilik.. sampai cadar tertanggal dikerjakan diaorang..

2nd night, petang lagi diaorang dah berdiskusi.. "malam ni nak tidur mana...", "kita tidur bilik mama shu la macam malam tadi... best kan ramai-ramai...", tak sempat mereka setuju, mama shu seperti jerung kelaparan, "NO!!!!! SEMUA TIDUR LUAR! TAK ADA SIAPA AKAN TIDUR BILIK MAMA SHU.. MAMA SHU TAK NYENYAK TIDUR LUAR TAU!!"... nada yang berbunyi ketika itu hanyalah... "Laaa... mama shu tak kasi laa.... " Bayangkan.. nap sekejap tengahari, dah cakap jangan sorang pun masuk bilik, baru terlelap 5 minit, "mama shu!!!!" melompat atas katil... ok.. menguji kesabaran!!! so, malam tu mama shu akan sediakan tempat tidur semua orang kat luar sebelum bilik mama shu diserbu... mama shu yang takut sebenarnya.... errmmm... 


berjaya!!

yesss!!! berjaya... berjaya menyusun di luar supaya tidak diganggu malam itu!!!

Gmbr-gmbr 2 minggu lepas... CNY bersama keluarga... (dapat berkumpul semua setelah 9 bulan..) Jaja je paling rajin baca buku... yang lain... erm... ipad.. ipad... ipad...





Bowl... oh Bowl..

Assalamualaikum…. Hye hye hye.. Ok… tengah baking pavlova.. sementara menanti oven bunyi “ting”, sempatlah untuk berkongsi sedikit cerita.. Kak Nani ada share satu cerita ni… mcm mana nak jadi kaya dengan cara tak nampak… wahhh… tak nampak kau!!! Sediakan satu tabung atau apa sahaja la… saya gunakan bowl paryn… (sejak paryn meninggal 2 bulan lalu, rasa sunyi melanda diri… :’( ) so, bagi memperingati paryn, bowl itu saya gunakan utk dijadikan tempat letak duit syiling… ok.. sambung balik… jadi mcm mana yang dikatakan nak kaya, setiap kali ada duit syiling, masukkan terus dalam bowl tu…  biarkan penuh… apabila dah penuh, boleh la kira dan belilah emas 5gm… dalam tidak perasan, kita dah mula ada pelaburan… Pelaburan amat penting… Ia sebagai passive income untuk kita tanpa kita sedari… bagus kan idea tu…. Saya sedang lakukan… tapi saya menjadikan duit syiling yang saya simpan itu sebagai pelaburan akhirat.. Saya pernah terbaca, bersedekahlah setiap hari walaupun ianya sedikit… jadi setiap hari pasti, bowl ini menjadi tempat saya sedekah dan kemudian nya apabila penuh, duit nya akan saya salurkan pada rakyat Syria… (kerana mereka amat amat amat memerlukan makanan, pakaian, ubatan ketika ini..) jangan takut untu bersedekah dan jangan kedekut untuk bersedekah.. Rahsia kejayaan mak abah adalah bersedekah… walaupun satu ketika dahulu mak abah tak mampu memberi kemewahan kepada kami, tetapi mak abah tak pernah kedekut.. boleh dikatakan pada hari ini kami hidup senang… Alhamdulillah, didikan mak abah supaya bersedekah menurun kepada anak-anak dan cucu mak abah…jadi, jom!! Kita mulakan… sedekah harian kita… InsyaAllah.. Allah pasti membalas dengan rezeki yang melimpah atas apa yang kita berikan kepada umat lain…

Wallahualam…


Sunday, February 9, 2014

Belajarlah Selagi Mampu...

Assalamualaikum... ok!!! bersawang again... one by one story la kali ni.... ikut mood.. kekeke... Alhamdulillah... hjr apply untuk sambung belajar ke UK dan telah mendapat unconditional offer letter from Cardiff University dalam course Msc (international finance, banking & economics).. Alhamdulillah.. mak pun setuju untuk lepaskan ke sana selama setahun... lepas tu balik la Msia berkhidmat untuk negara tercinta ni...

Nak dijadikan cerita, MARA pun open application untuk sesiapa yang nak buat master ke UK dengan syarat hanya 16 universities sahaja di UK di tawarkan... yang lain no way!!! tiada consideration... Allah!! meraung Hajar!! I didnt apply any universities yang dalam list kecuali Cardiff University.. I really want to go to Wales.. course saya hanya di Cardiff sahaja... tapi semangat juang saya yang tinggi untuk study di UK, saya terpaksa lupakan Cardiff, dan apply course serta university lain yang disenaraikan.. dengan keadaan saya terlantar di hospital, saya gagahkan juga.. saya minta doctor keluar sekejap semata-mata untuk apply university lain sedangkan keadaan saya sangat teruk ketika itu...saya dah apply 3 universities... Bristol, Queen Mary University of London & sussex... tapi masih xde feedback dari pihak sana.. manakala MARA dah nak tutup permohonan... Ahad ni... Jadi saya masih menanti dengan sabar... semoga Allah permudahkan urusan saya... tapi saya tahu harapan saya tipis...

Sebenarnya saya dah give up... saya tahu saya tak kan ke UK... yuran dan living cost yang mahal... saya apply sholarship tapi.. Allahu akbar... saya terpaksa kuburkan impian saya ini... 

Buat adik-adik yang nak sambung master ke UK, all the best.. semoga Allah permudahkan segalanya ok.. jangan terlewat macam kak hajar.. sekarang tak boleh buat apa-apa lagi dah... harapan tinggal harapan... :)