Sunday, September 1, 2013

Kesinambungan CINTA SEORANG WANITA

Kesinambungan dari Cinta Seorang Wanita..

Masa berlalu begitu pantas…  si dia akhirnya bertemu dengan pemilik tulang rusuk… hati yang gembira.. sentiasa bersenyum.. tetapi kali ini berbeza dengan sebelumnya.. jika sebelum ini, kasih sayang diberi sepenuhnya tetapi kali ini dikurangkan.. tidak mahu dikecewakan lagi kata nya… cukup masa lampau mengajar erti perit…

Persetujuan antara 2 keluarga, akhirnya si dia bertunang dengan lelaki yang kini bertakhta dihatinya..  wanita mana tak gembira walapun mereka dalam keadaan mereka ketika itu dah mula bergolak… tetapi dia percaya Allah pasti membantu nya..  hari demi hari… sebulan setengah berlalu.. jarang berjumpa.. jarang bermesej.. apatah lagi bertelefon.. langsung tidak pernah.. Suatu hari, si tunang nya mesej untuk bertemu.. hati nya gembira…

Hari yang dinantikan telah tiba.. bertemu ditempat yang dijanjikan.. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.. kata-kata yang keluar dari mulut si tunang nya membuatkan si dia tergamam.. airmata mengalir tanpa henti… “kalau u dah ada lelaki lain, please let me know.. I akan bagitau my family…” apakah semua ini??? Si dia hanya membalas, “I masih tunang you.. I tak kan mencari lain selagi you tak lepaskan I.. haram hukumnya seorang wanita yang telah bertunang tetapi berkawan dengan lelaki lain…” pertemuan yang betul-betul menikam diri dia… sepanjang perjalanan pulang, meraung, menjerit… ya Allah!! Kenapa aku diduga seperti ini ya Allah????

Dirahsiakan dari pengetahuan keluarga…  Hanya keluarga si tunang diberitahu… beratnya hati nya hanya Allah yang tahu…  dalam kesedihan yang teramat, Allah memberikan sedikit ketenangan.. membawa diri ke sebuah negara Islam yang diidamkan dari dulu.. Hadiah 10 hari dari Allah itu cukup bermakna.. ketenangan yang dicari tercapai… Pulang dengan hati yang gembira… ketika keluar makan bersama, si tunang nya nampak mesra.. bergelak ketawa.. seperti  tiada apa yang berlaku… peluang semakin cerah untuk memperbaiki perhubungan… getus hati si dia… setelah beberapa hari… tiada angin tiada ribut, si tunang berubah.. berubah seperti sediakala..di  marah.. di jerit..diperkata bukan-bukan… apabila di tanya si tunang tidak menjawab, yang tahu hanya diam sahaja.. apakah pengakhiran hubungan ini… “ya Allah.. aku diduga lagi…”

“ting..ting..” mesej berbunyi…. “salam.. sihat? Nak tanya, tunang dah ada gf baru ke?” hp ditangan si dia terlepas… badan menggigil.. mulut tergamam seribu bahasa… apakah yang dibaca ini? “nampak kat mana? Dengan siapa?”…. “dia baru keluar wayang dengan seorang perempuan.. ni dekat the curve ni…” rasa nak pitam… “ya Allah!! Aku masih tunang engkau!! Kenapa kau buat aku macam ni??!! Kenapa kau tak lepaskan aku sahaja??!!  Kenapa gantung tak bertali kau berikan pada aku!!” menangis tanpa henti.. menangis kerana dikhianati.. menangis kerana dipermainkan..  terus diambil wudu’ mendirikan solat sunat 2 rakaat.. minta Allah kuatkan hati nya.. ujiannya… dugaannya… sungguh menyakitkan..

Hatinya masih memberi peluang dengan harapan si tunang dapat membuka hati… walaupun dia tahu bahawa ada yang cuba mencucuk si tunang dengan memburukkan si dia tetapi dia menganggap ianya satu cabaran.. doa tidak lekang dari mulut nya..

hari demi hari.. bertukar bulan.. berapa lamakah perlu diabaikan seperti? Apabila di mesej, pasti tiada jawapanya… “bila u nak bagitau family u yang u nak putus??” pasti dia senyap… huh!! Ya Allah.. kenapa semua ini berlaku.. kenapa ianya lagi teruk dari dahulu… apakah dosa ku sehingga kau menghukum aku seperti ini…  Setiap malam si dia bersujud berdoa supaya tunjukkanlah jalan.. apakah yang perlu dilakukan.. dia teringat kata-kata emak nya, “bulan Rejab dah dekat, puasa la setiap hari, doa puas-puas.. Bulan Rejab antara bulan yang baik.. jangan miss solat sunat tengah malam..  Malam 27 Rejab tu doa tak de hijab.. terus sampai ke Allah…” dia sahut cabaran…

Tak dinafikan si dia pun banyak silap nya.. antara kesilapan nya, minta advise dari sahabat baik si tunangnya.. rupanya kawan makan kawan… tikam belakang.. kata-kata yang disampaikan telah dipusing…  apa lagi.. mengamuk la si tunang nya… apabila diminta untuk terangkan, ditolak bulat-bulat.. malah dia percaya apa yang kawan nya kata kan.. ya Allah… sekali lagi….

Banyak sangat berkorban.. apa yang tidak disukai oleh tunang nya diubahnya bagi memuaskan hati si tunang.. tetapi si tunang tak pernah hargai apa yang dilakukan.. malah diperkata bukan-bukan terhadap nya… jiwa terseksa.. sangat!!! Tak ada siapa dapat membantu kecuali diri nya sendiri.. apa yang harus dia lakukan???

Satu hari si dia menerima mesej dari si tunang setelah sekian lama... itupun dimesej dari FB kerana tidak mahu si dia tahu no. hp baru si tunang nya... kejam nya engkau!! “kalau u sayang mama sangat, u kahwin la dengan abang I yang single tu..” antara kandungan di dalam mesej nya... Subhanallah! Kenapa kejam sangat???

27 Rejab tiba…  si dia mengambil kesempatan.. bersujud berdoa kepada Allah.. semoga dia mendapat petunjuk dari Allah… “Alhamdulillah.. dapat pun setiap malam bangun… Malam yang ditunggu pun dapat..”  dalam solatnya, sentiasa meminta kekuatan dan diberikan petunjuk dari Allah apa yang perlu dilakukan…. 
Pagi hari yang cerah.. 27 Rejab… Selesai menunaikan solat Subuh.. hatinya kuat mengatakan untuk memulangkan cincin...  diminta pendapat keluarga dan sahabatnya…  time off di apply dari boss nya untuk ke rumah si tunang nya... jantung bergetar... kehadiran tanpa diundang... diberi salam.. Mama memeluk erat si dia.. sayang yang teramat pada bakal menantu nya.. si dia mulakan perbicaraan.. si dia tidak mampu menyekang airmata lagi... menangis tanpa henti.. hati terlalu sedih.. memulangkan cincin pertunangan sedangkan bukan kehendaknya untuk melakukan nya.. Mama jangan cakap la... airmata deras keluar... pertemuan itu berakhir dengan pelukan erat dan ciuman dari mama...

“kerana percaya kawan, kau memandang serong kepada ku.. kerana si dia kau sisihkan aku.. kerana facebook, kau membuang aku.. kerana takut nama kau tercalar, gantung tak bertali kau berikan kepada ku..kerana perasaan benci kau terhadapku, kau memburukkan aku.. kau meminang aku dengan cara mulia, kau lepaskan aku dengan cara menghina..”

Sebulan setengah selepas pertemuan nya dengan mama, si dia mendapat khabar berita yang si tunangnya telah bertunang dengan seseorang dari keluarga berada... Hancur hatinya apabila mendapat tahu.. "Kenapa awal sangat engkau bertunang? Hina ke sangat aku sehingga kau menyakiti hati aku  seperti ini sekali...."

Sehingga hari ini si dia masih buntu.. jalan mana harus diikuti.. siapakah yang bakal menjadi sebahagian hidupnya.. apakah akan berlaku kepada nya... apabila bersendirian, mulalah airmata berjurai..  Ya Allah.. kuatkanlah hati nya..... Jangan ditanya apa-apa kepada si dia tentang kehidupannya... pasti airmata yang diberikan.....



6 comments :

Unknown said...

Alangkah hebatnya sesorg itu mpyai sifat tawakkal kpd Allah..

~CinDerella~ said...

cda kagum dgn ketabahanmu sahabt..Allah akn krimkn kamu seorg yg trbaik utk mu syg..insy!!

HAJAR said...

luaran nampak kuat, hakikatnya tidak.. terukir senyuman di siang hari, menangis di malam hari...

MrPayid said...

Saya dh baca yg 1st chapter and now this chapter.. Maaf, mungkin saya org asing and tak layak bg nasihat sekupang dua.. Hajar kuatkan lah hati...in shaa allah, ada bahagia kelak..

Salam perkenalan..

Unknown said...

Menarik.

Untuk difikirkan:

Mungkinkah "si dia" pernah melakukan sesuatu seumpamanya sebelum ujian demi ujian berlaku terhadapnya?

Pasti ada hikmah.

s r

tetikuih said...

kepada hajar dan juga semua pembaca komen sini dan sy bukan seorg ustaz dan kalau salah tlg tegur sy yg hina ini: (sekadar kongsi apa yg sy pernah dengar ustaz cakap)

1. allah beri sesuatu kepada kita apa bila kita perlu. allah tidak akan memberi kepada kita apabila kita berkehendak.

2. allah akan makbulkan segala doa kita, allah sentiasa mendengar rintihan hambanya. segala doa2 yg kita pohon, ada masa dia bagi "cash" kat dunia, ada masanya dia akan beri masa kat akhirat. jadi semua doa2 itu makbul.

3. hajar janganlah ingat kat allah masa dalam kesusahan. ( saya lg teruk:)) Teruskanlah solat mlm hanya kerana allah. bukan kerana tunang.

4. Sebenarnya Allah dah ganti yg terbaik dgn beri jalan mudah Hajar ke "rumahNya" Tanah suci Mekah" mungkin ketika "masa" tu hajar perlu sgt2 utk dekat dgn allah. dah pon dpt. "Labbaik Allah humma labbaik". Pahamkan makna tu?

5. Kayu ukur hidup kita dgn allah mestilah diukur dgn bersyukur. bersyukur dengan apa yg "telah" Allah berikan. Jangan diukur dengan "belum" Allah belum berikan. Ingat, Allah hanya beri apabila kita perlu dan bukan kita berkehendak.

6. Cukup la sikit2 intro kaunseling. nnt charge mahai. dh la duit baki pon tinggai rm200. nnt langsung tak dak duit simpan sbb bayaq ke kaunselor. hihihi (lawak ja nooohh)

ps: sy suka baca blog http://www.tanahsuci.net byk hikmah rupanya berkenaan ke tanahsuci mekah ni dan terima kasih kepada webmaster yg menulisnya.