Sunday, November 25, 2012

I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong. I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve. I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome. I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help. I asked Allah for favors and Allah gave me opportunities. Maybe I received nothing I wanted but I received everything I needed.

Hari Ini.....

Today is my 1st day working after almost 2 weeks on medical leave.. bila terbayang-bayang apa yang berlaku, rasa tekanan darah dah tak menentu... ye la.. ketika itu antara hidup dan mati.. Lambat doctor bagi ubat penenang, stress makin teruk.. yang paling menakutkan blood pressure terlalu rendah... yup.. sangat rendah.. tak pernah mencapai tahap sebegitu... itu sebab hjr ckp antara hidup dan mati...

Dan pagi ni hjr dah kat office pun since 7.15 am lagi... Masuk office dengan langkah yang lemah longlai.. Seperti rasa diri nak dicampak ke neraka.. Berat kaki utk melangkah masuk... Saya gagahkan juga... dalam hati, ayat kursi tidak lekang dari bibir supaya diberi kekuatan... Bismillah dimulakan memasuki pintu Enterprise Sales Department..

Masih kosong... yup... masih kosong... tiada yang tiba lagi selain saya dan seorang lagi officemate.. saya pandang sekeliling.. ya Allah.. masih terbayang apa yang berlaku 2 minggu lepas sehingga membuatkan saya terlantar di hospital... dari satu sudut ke satu sudut mata saya bergerak.. ya Allah.. hilangkan lah ingatan ku terhadap apa yang berlaku 2 minggu lepas... 

Saya duduk dikerusi dan tempat yang menjadi tempat permanent ketika berada di office..Saya bersihkan meja yang berhabuk, basuh cawan lembu saya... susun barang saya yang berselerak... 

Ada ketika saya terkejut sendiri.. terkejut terbayangkan muka seseorang seperti mahu menerkam saya.. saya fobia.. saya terus angkat ganggang phone di meja saya dan mendail no hp mak.. Mak hanya mampu mengingatkan saya supaya perbanyakkan Ayatul Kursi.. Kuatkan semangat.. Airmata saya mengalir...

Saya takut jikalau saya dijerkah buat kali kedua.. ada kemungkinan bermalam di hospital saya pada malam ni kalau diperlakukan sebegitu sekali lagi.. Saya berdoa agar officemates saya dikaburkan pandangan di tempat saya... supaya mereka lihat tempat saya kosong.. tiada sesiapa...

Ya Allah.. kuatkanlah semangat hambaMu ini... Mungkin Celcom bukan dunia kerjaya saya... Mungkin ada tempat lain yang lebih baik dari yang ini... Saya harap saya mendapat pekerjaan baru dalam masa terdekat...

Wallahualam...

Tolong doakan saya.. dan Tolong bagitau saya jika ada kerja kosong...

Thursday, November 22, 2012

Bismillah...

Assalamualaikum..

Hye.. Siapa yang tahu ada kerja kosong executive/senior executive background business administration, please let me know.. Job hunting sekarang ni.. Please... I need ur help guys! 

Wednesday, November 21, 2012




Saya tidur lena di bantal yang empuk dan lena, tetapi saudara saya di Gaza tidur dalam keadaan ketakutan, bedilan bom tidak henti-henti...

Saya makan dihidang dengan makanan sedap dan mewah, tetapi saudara saya di Gaza bersyukur jika mendapat seteguk air dan secebis roti...

Saya hidup bermewah-mewahan dengan pakaian, handbag, kasut, barangan yang mahal, tetapi saudara di Gaza pakaian yang dipaka
i itu saja harta yang mereka ada, jauh sekali untuk mendapat barangan lain...

Saya di sini hidup senang lenang, tiada peperangan, tetapi saudara saya di Gaza sedang berjihad mempertahankan agama dan negara...

Saya mungkin tak mampu ke sana untuk membantu mereka tetapi saya mendoakan keselamatan mereka dari jauh... Semoga mereka kuat menghadapi segala cabaran.. 

Tuesday, November 20, 2012

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hari kedua di ward.. Ya Allah.. kuat sungguh dugaan saya... Tekanan darah rendah + demam + vomiting + migraine yang teruk.. Tadi tanya doctor, bila boleh discharge, doctor kata khamis.. ya Allah.. lama lagi.. 2 hari lagi.. memang buat saya tak senang duduk... Tolong doakan saya...

1st thing saya nak buat lepas keluar dari hospital tawakal, saya nak pi makan kat Restoran Haslam.. teringat nasi  berlauk sangat sedap.. huhuhu... saya nak berjalan turun bawah, nak beli makanan tapi drip tak henti-henti... ya Allah cepat lah drip ni stop.. sy lapar.... :'(

Tolong ya semua doakan saya cepat sembuh....

Sunday, November 18, 2012

Hari ni baru mendapat kekuatan untuk update blog.. Sejak hari Rabu lagi saya berduka.. Saya tak pergi kerja, saya menangis, saya meraung, saya menjerit... Saya yang tak pernah menjadi seperti ini sebelum ini.. Walaupun saya tahu saya di pihak yang benar tetapi di telinga saya masih terngiang-ngiang apa yang diperkatakan dan pandangan yang kejam... ya Allah.. saya terkedu seketika.. Saya tak mampu berbuat apa-apa dikala orang sedang "ditikam" bertubi-tubi.. Saya ke tempat saya terus mencapai ganggang telefon, menangis sepuas nya sambil mengadu kepada emak, akak dan kak num.. ya Allah, dimana kekuatan saya sebelum ini.. yang lantang bersuara apabila ditindas, yang sentiasa berani.. tetapi sekarang ini semua nya hilang.. hanya tangisan sahaja yang saya mampu...

Hingga sekarang ini fikiran saya masih lagi berat hati untuk ke ofis esok hari.. tak tahu la macam mana... ya Allah... saya perlukan kekuatan...

Tolong doakan saya ok.. pleasee.. saya merayu... boleh gila saya macam ni... saya tak nak kerja lagi dah!! pleaasssee!!! saya tak nak kerja!!!!!!!!!!!

Erkk!!


Friday, November 16, 2012

My Bestfriend's Wedding!!

Congratulations to Ain & Qayyum... 
Wishing you a marriage filled with love and joy...


Sunday, November 11, 2012

Tiba-tiba terbukak gambar di Mekah.. Entah la.. Banyak negara saya dah pergi.. tetapi apabila bukak gambar Mekah je, confirm airmata saya mengalir.. saya terlalu rindu kan Madinah dan Mekah... Rindukan suasana nya.. Kenapalah saya tidak dibesarkan di sana.. dekat dengan kaabah.. :'( 

Ya Allah.. Permudahkanlah urusan ku untuk ke Tanah Suci... Semoga pemergian kali ini lebih bermakna...


Saturday, November 10, 2012

You have the ability to endure all the trials in your life,
for Allah does not burden a soul above its capacity.

Don't lose hope and realize that Allah knows what you are going through.

The most powerful weapon you have at your disposal is DUA.
Use it and use it often.

Friday, November 9, 2012

Istanbul aku datang!

Hey!! Happy weekend guys... Hajar baru balik dari tgk movie "Istanbul aku datang!" with my sister's maid.. bawak dia tengok wayang... yeah!! Istanbul aku datang... menarik.. sangat sangat menarik... lagi menarik bila kite pernah dalam situasi itu dan cuma ada perbezaan sedikit.. errmm... banyak pengajaran sebenarnya dari cerita tu walaupun tak berapa berkenan dengan pakaian Lisa, but she looks gorgeous ok! patut lah Yusry melting tgk dia.. saya yang perempuan pun kalau boleh nak comel macam dia.. hehehe..

Ok.. back to my story... cerita yang mengisahkan seorang wanita yang menyintai boyfriend nya sehingga sanggup ke Istanbul.. dan si lelaki tak guna tu, pandai memberikan pelbagai alasan atas dasar dia nak sembunyikan perangai buruk dia... eeee.. yaakkk!!!! ok.. Hajar dapat rasakan situasi tu sebab ya! memang pernah rasa kan pun apa orang buat kat saya!!! tapi saya tak de la sampai ke uk kan.. hahaha... kalau saya sampai ke uk, ada possibility saya belasah ex saya tu.. kikikiki...

hey.. hajar tak nak ceritakan la jalan cerita macam mana... tapi moral of the story, kalau si lelaki pernah menduakan kita sedangkan kita amat menyintai dia, pada hajar, no 2nd chance.. seriously! walaupun dia melutut sekali pun... kalau lelaki yang jujur dan baik, dia tidak akan memandang perempuan lain dan bercinta dengan perempuan lain.. tiada alasan sunyi sepi, bosan, alone.. No!! hey.. perempuan boleh tunggu, kenapa kau yang lelaki yang lebih kuat tak boleh tunggu???!! betul tak hajar cakap??? come on ladies! lelaki macam ni useless!! kalau sebelum kahwin dia berani buat, nothing impossible lepas kahwin dia akan buat... even my ex sekali pun masa dengan Hajar, dia boleh mintak tolong kawan dia untuk kenal dengan someone masa di UK! dasar buaya right? hahaha..well... typical lelaki di overseas mungkin... kenapa hjr ckp mcm tu, sebab situation dlm cerita tu almost same with my story.. hahaha... 

Jika 2 lelaki datang dalam satu masa... seorang meminta peluang kedua, dan seorang lagi minta diberi peluang pertama.. jadi, berilah kepada lelaki yang meminta peluang pertama walaupun kita baru mengenali nya 2-3 minggu, dia akan lebih menghargainya jika dibandingkan lelaki yang meminta peluang kedua belum tentu akan menghargai kita walaupun kita telah mengenali nya melebihi 10 tahun kerana peluang pertama yang kita berikan telah dikhianati...dan ada kemungkinan peluang kedua yang diberikan juga akan dikhianati... 

Ok la.. time makan ubat dah sampai... hey... jangan lupa tengok cerita Istanbul aku datang... banyak pengajaran pada orang yang bercinta.. dari cerita tu kita boleh kenal pasangan kita tu sebenarnya jenis macam mana... antara dua sahaja.. ok atau tak ok??? he he he...

Byeee!!!

Thursday, November 8, 2012

Rahsia baru...

Assalamualaikum..

Hye! Morning everybody... Salam Jumaat... Hajar nak share something ni... Before this, hjr dah guna banyak sangat cream, pill, facial foam n memacam untuk muka ni.. kunun nya nak kasi gebu la, licin la.. semua krim I had tried before... cakap je.. Nutox, Olay, syurah, SKII, and macam-macam la.. dari yang paling murah sampai la paling mahal.. last skali hjr pakai skrg ni fair n lovely.. tapi sebenarnya tak membantu pun... susah hati keadaan kulit muka yang kusam + wrinkle + black head + tompok-tompok.. Hajar dengar la orang makan Beutskin.. Serius mahal! 60 biji RM240.. sehari 4 biji.. but nothing different.. Hajar makin teruk ada la.. hjr mungkin allergic dengan pill tu mungkin.. satu badan gatal-gatal.. memang teruk.. lastly hjr tak makan apa-apa pill kecantikan.. tapi hjr minum air kosong, sehari at least 2 liter.. Alhamdulillah... kulit hajar makin bersih... rasa menyesal selama ni beli pill mahal-mahal, rupanya ubatnya sekadar air masak.. kulit jadi lagi licin,. badan pun jadi sihat.. air kosong mengeluarkan toksin dari badan kita... memang berkesan!!  tapi kurangkan minuman bergula ya... 2 liter tu x masuk air manis... ingat tuh!! Ok la.. lagi 3 minit pukul 8.30.. hjr nak start buat kerja.. take care! bye!!!


Sunday, November 4, 2012

Reminder for myself and u too friends!

Ni sekadar nasihat yang seringkali saya nampak ketika mengambil wudu'.. 

Part tangan dan kaki.. Saya selalu lihat bahagian tangan, ramai wanita tidak mengenakan air hingga ke siku.. Lepas ni kena lebihkan sikit hingga atas siku supaya air dpt mengalir di semua bahagian...

Kaki pula.. Orang selalu julurkan je kat paip tanpa memikirkan bahagian belakang ( buku lali) kena atau tidak..  ini paling paling kerap berlaku... air hanya mengalir di bahagian depan, tetapi tidak sampai ke belakang..

Nasihat saya, selepas ini, ambik wudu' pastikan lebih kan bahagian ke atas siku, dan pusingkan kaki ke depan dan belakang.. pastikan semua bahagian terkesan supaya solat kita jadi sempurna...

Take care...

Nasihat kak Hajar tanpa henti...

Hye.. Sementara dipanggil giliran 17 di Kilnik Kita ni, sempat la hjr nak update blog sekejap.. Post hjr mmg banyak kepada perempuan kan.. Yup.. Sy mmg nk perjuangkan wanita..

Ni nasihat yang ringkas dari kak hajar...
Kalau kamu bersedia untuk berkahwin, dan si lelaki memberitahu yang emaknya tidak membenarkan dia berkahwin selagi umur tidak mencecah 30, nasihat kak hajar, just leave it! Yes!! LEAVE IT!!! Itu semua nya alasan semata... Itu bermakna emak si lelaki tu tidak menyukai anda..  Kalau dia kata nanti saya pujuk mak saya ke, masih boleh berubah ke, masih boleh diperbaiki.. Semua tak payah! Sooner or later, dia akan tinggalkan anda juga.. Percaya lah cakap kak hajar.. Mak dia berkenan dengan orang lain la maknanya.. Khjr ada experience dengan semua ni...

Bila anda berkahwin dgn dia, maknanya anda berkahwin dengan family dia.. Kalau family tak suka, macam mana nak bahagia.. 

Bukan kite tak bagus sehingga kene reject, tidak.. Tapi mungkin dimata emaknya kite bukan spt menantu yang diidamkan tetapi di mata ibu lain, kite lah perempuan yang sesuai dengan anak mereka.. 

Jangan risau.. Anda bukan tak cantik, bukan tak bergaya, tapi semua tu bukan untuk bf anda tetapi untuk suami anda..

Ingat satu perkara, Allah memutuskan satu hubungan itu adalah mungkin kita bukan untuk si lelaki itu... Mungkin hari ini kita bahagia, takut akan datang kia menderita.. 

To Hawa, usaha la mencari yang terbaik, yang disayangi keluarga si suami, yang boleh membawa anda ke syurga... :)

Turn khjr dah nak sampai.. Take care! Selamat bekerja esok!