Friday, October 19, 2012

Wanita...

Assalamualaikum..

Hye.. kaifa hal? Hari ni just nak bercerita sedikit bagaimana cara-cara nak approach perempuan.. hahaha.. ini experience saya ya… saya buat beberapa situation..

1)      Ada sesetengah lelaki ni, terlalu straight to the point. Saya tak bersetuju sangat cara ni.. Ada kisah.. baru start kerja, seminggu terima sms nak jadikan calon isteri.. agak-agak la kan perempuan tu shock ke tak?? Bukan setakat shock je, confirm dia lari terus.. Seriously! Saya tak bertegur langsung dengan lelaki tu.. perempuan akan jadi tidak comfortable terus.. saya pun kalau boleh akan menjauhkan diri sahaja… come on! One week! Apa u boleh baca tentang seorang wanita??  Please… jangan macam tu.. perempuan tak suka ok!

2)      Di FB.. pun sama.. terlalu jujur la konon nya.. ini satu mesej yang saya terima.. “Hai. Nama saya ****. Saya tengok awak macam single, saya nak kenal awak secara mendalam dan menjadikan teman hidup saya..” Allahuakbar… kenal dulu! Jangan terjah cakap nak jadikan teman hidup terus.. ini bukan cara yang baik… dibuatkan tunang orang ke ape ke.. tak aniaya nama nya..

3)      Minta no. hp dari kawan si perempuan tu.. dah tu buat-buat salah no hp.. haiisshh.. ini bukan zaman 90an nak buat camtu.. jika lelaki buat macam tu terhadap saya, memang saya tak kan layan.. buat-buat salah nombor hp?? Errmm.. please…  kalau perempuan tu dalam mood yang gembira, mungkin dia akan melayan, tapi kalau perempuan yang mood tak ok, anda menempah untuk dikata bukan-bukan.. tapi saya, baik mood tgh ok ke tak ok ke, saya tak suka cara sebegitu… minta maaf…

4)      Ada seorang lelaki ni, pada mulanya saya comfortable berkawan dengan dia, tapi lama kelamaan saya rasa dia seorang yang bukan sejiwa dengan saya.. dan apabila perasaan tidak suka dah mula dalam diri si perempuan, lelaki please act slowly, bukan nya melakukan sesuatu yang perempuan tu tak suka..  hantar bunga la, bagi surat yang panjang berjela.. (baik baca quran dari baca surat cinta 10 pages!), datang menghantar ke airport, dan lain-lain…  kalau perempuan dah rasa hambar dengan anda, tak perlu anda bersusah payah.. faham rentak wanita itu juga.. jika dia rasa anda adalah orang yang benar-benar menarik di mata dia, dia akan cari anda.. please! Saya sendiri rasakan lelaki itu sangat annoying..

5)      Last skali, jangan memulakan perkenalan dengan mengganggu perempuan tu. Maknanya mcm ni.. “hye cik Adik! Boleh kenal?” kalau perempuan tu melayan maknanya perempuan ni tak ok.. perempuan yang ok, dia tak melayan… seriously! Percaya cakap saya..

Cara yang betul untuk approach seorang wanita jikalau benar untuk dijadikan isteri bukan kekasih hati! Tiada istilah kekasih hati sehingga halal wanita itu kepada anda…

1)            berkenalan dahulu dengan cara yang baik.. bukan terus bertanya ada bf ke tak.. tak sesuai… seriously… kenal hati budi wanita itu dulu.. mungkin sesuai mesej dari FB… itu ok pada saya…  penyusunan ayat penting ya..

2)            Apabila respon yang baik, barulah member no hp kepadanya…  kalau dia member phone number, maknanya positif tapi itu belum tentu si perempuan menyukai anda ya.. mungkin perempuan ini juga masih dalam sesi mengenali hati budi anda..  J

3)            Dan bila layanan wanita itu seperti seorang yang caring, bertanya khabar…yes.. baru berterus terang yang anda menyukai nya dan ingin menjadikan pasangan hidup.. itu baru betul.. bukan main terjah tak tentu pasal… sakit kepala…

Tapi kalau ditanya saya nak seperti mana.. saya akan jawab… si lelaki yang saya tidak kenali identiti nya, memerhatikan tingkah laku saya, menganggap saya layak menjadi zaujah nya, dan apabila saya dapat tahu ,hati saya gembira dan saya rasa dia selayak nya, dia ingin bertemu orang tua saya, maka dialah bakal pelengkap hidup saya… tentang bercinta, biarlah percintaan yang halal saya perolehi.. cukuplah dengan dosa yang lepas saya lakukan.. tak perlu untuk menambah lagi dosa yang belum tentu terhapus.. biarlah lafaz akad nikah itu tanda permulaan kami bercinta dan tamat dengan kematian….  


Assalamualaikum..

2 comments :

abg gagah tau! said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zakwan Saad said...

Cmna cara2 nk knal aty budi pompuan. ? :) sorry :)