Tuesday, September 4, 2012

Ustaz yang digilai ramai....

Assalamualaikum..

Hye... Sementara meneman Aliki n Dedet buat homework sambil menyiapkan kerja office, rasa nak rehat 10 minit untuk update blog... 

Zaman belajar adalah zaman paling best kan.. ketika belajar di kolej Islam, kami (satu bilik, 7 orang) akan duduk bersama dan berbual.. Ada seorang kakak (roommate kami) ni, dia bukalah cerita ketika dia belajar di sebuah sekolah agama dan sedang menduduki STAM...

Ada seorang ustaz.. muda.. handsome, bergaya, baru pulang dari universiti di Mesir tak silap saya.. Menjadi kegilaan semua student-student perempuan di sekolah, tetapi ustaz ni jenis tak melayan.. Jadi pada satu hari, ketika mereka sedang mentelaah di asrama, seorang student perempuan terkena histeria... Ketika itu ustaz itu adalah warden asrama lelaki.. Jadi, mereka meminta bantuan Ustaz untuk membantu mereka.. Maka, bila ustaz naik asrama perempuan, masing-masing berebut nak tengok ustaz, bukan nak tengok apa yang terjadi pada kawan mereka.. Student perempuan yang sedang dirasuk itu dipegang oleh student-student perempuan yang lain... Entah macam mana, kain yang diguna oleh student yang dirasuk itu tersingkap dan ustaz itu terpandang...  Setelah beberapa seketika, student itu kembali pulih..

Setelah beberapa bulan selepas kejadian itu, ustaz itu memanggil student perempuan ini tadi.. Ustaz mengatakan yang dia ingin melamar student itu tadi.. Apabila ditanya kenapa, kerana ustaz telah nampak sebahagian auratnya ketika mengubati nya.. dan akhirnya student itu menerima lamaran ustaz... Dan ketika diberitahu kepada rakan-rakan nya, masing-masing terkejut dan mereka kata kenapa bukan mereka yang histeria... hahaha.. biasa lah budak perempuan... memang dah jodoh ustaz tu dengan dia kan.. tapi sikap ustaz ni patut dipuji.. Nampak sangat dia seorang jujur, yang baik dan bertanggungjawab...

Masa saya dengar pun, saya sendiri macam perempuan gatal.. "arghh! jeles nya!! jelesnya!!!" well... anak-anak muda.. dengar cerita mcm ni, memang la suka sangat kan... agak-agak la, ada tak eh lelaki macam ni lagi?? haiisshh! alangkah bagus nya dapat lelaki yang bertanggungjawab mcm ni..

ok adik-adik.. tak payah berangan-angan dah... bukan kamu ditempat student perempuan histeria tu.. silap ari bulan dah beranak pinak dah ustaz tu.. hahaha... Jom.. Isya' dah masuk.. kita solat dulu!
 

No comments :