Sunday, June 10, 2012

Dugaan... Terduga... Diduga....

Assalammualaikum...

Dah tdo ka? come on! night still young bebeh!!! Spain vs Italy kot tonite.... hajar of course Spain bebeh.... hahaha... Hajar demam hari ni.. banyak sangat berfikir sampai rasa otak ni dah hang... tu yang demam tu.. come on Hajar! kene kuat!! esok nak berhadapan dengan pelbagai lagi cabaran dan dugaan... yup... cerita pasal dugaan... mcm hjr cakap di FB tad, " Setiap manusia diduga dengan pelbagai cabaran.. tak ada yang terlepas.. Apabila kita diduga, bersyukurlah kerana Allah masih memandang kita.... Mungkin dugaan yang saya hadapi adalah sangat kecil jika nak dibandingkan dengan orang-orang lain.. Semoga kita menjadi seorang yang sabar menempuh dugaan...." including me.... :'(

Nasib setiap manusia tak sama.. macam Hajar.. Alhamdulillah.. Hajar dilahirkan dalam keluarga yang senang walaupun pernah merasai kesusahan satu ketika dulu... tapi kesusahan itu bukan menjadi kita manusia lemah, tapi menjadikan satu semangat untuk kita terus maju dan lebih maju... 

Kadang-kadang sesuatu itu membuatkan kita terfikir, "aku ni teruk sangat ke sampai Tuhan duga aku macam-macam??" jangan sampai fikir macam tu.. dulu hajar mcm tu jugak.. tp bila hjr mintak nasihat kawan-kawan... I change my mind, "ini satu dugaan yang Allah berikan supaya aku menjadi lebih kuat lagi! kalau Tuhan duga aku, maknanya Tuhan sayang aku dan kalau aku berjaya mengawal dan mengatasi sesuatu dugaan, pasti Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik dari sebelum ni..." yes!!! Alhamdulillah.. walaupun saya demam hari ini, saya rasa saya berjaya mengawal segala keadaan walaupun ia nya lambat... hahaha...

Cuba tengok gambar makcik kat bawah ni.... korang cam tak makcik ni?? sapa yang selalu pi jalan TAR mesti cam kan.... Makcik ni dari kak Num belajar kat UM dulu, sekarang kak Num dah anak 3, dekat situlah tempat dia mencari rezeki... Cuba kita bayangkan itu adalah mak kita.... Sepatutnya bukan sini tempat Makcik ni... tetapi di rumah... usia seperti ini sepatutnya berehat-rehat di rumah, bermain dengan cucu.... Tadi terdetik tanya Makcik ni, siapa yang buat kerepek semua ni? anak Makcik nak.... dalam hati saya, "ya Allah.. sepatutnya anak dia yang menjual bukan dia... ini bukan tempat dia lagi.." luluh hati saya.. sebenarnya, ini juga adalah dugaan.. dugaan Makcik ni...Dia masih menggunakan tulang 4 kerat untuk menyara kehidupan dan pada saya, kalau seorang anak yang betul-betul bertanggungjawab dan merasa kan emak dia telah melahirkan dan membesarkan dia, dia tidak akan membenarkan mak dia buat semua ni.. betul tak? kalau saya, saya tak nak.. saya nak mak saya duduk, rehat-rehat... macam mana mak jaga kami masa kecil, macam tu juga kami akan jaga mak masa mak tua... Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki yang mencurah-curah kepada makcik ni...

Ini saya nak share la satu cerita.. berkaitan makcik ni juga... Masa tu saya dan kak Sal atau kak Zai (salah sorang la.. saya lupa..) ke jalan TAR.. last year... kami singgah membeli kerepek... saya tanya makcik ni,, berapa satu? dia kata 4- RM10... saya agak tekejut! Makcik nak untung apa kalau jual 4 - RM10?? sebab kuantiti sangat banyak... so, saya beli 4 paket, dan kak Sal tak silap saya beli 4 paket jugak... datanglah seorang makcik yang tidak tua, dalam lingkungan awal 40an... agak kasar pertanyaan dia, "berapa sepaket?", "RM2.50"..."mahalnya!!" saya tergamam.. saya pandang makcik tu... dalam hati saya, "mabuk ke makcik ni kata mahal... nak murah macam mana lagi??"  dalam hati je la... so makcik tu cakap dia nak 3 paket je.. so, makcik penjual ni cakap, "RM7.50"..  yang makcik sihat segar bugar badan ni boleh cakap, "RM7 dah la!!!" seriously, bile dia cakap macam tu, saya dah nak menjerit kat muka makcik ni... RM0.50 pun nak berkira ke?? dengan kau badan sihat!! lagi nak murah!!! .. lembut je makcik ni jawab, "makcik jual ni bukan untung sangat pun nak.. harga barang dah naik... makcik untung berapa sen je...tapi tak pe la.. makcik niat sedekah.. RM 7 je la.." makcik yang jual tu tak emo, saya yang emo...  serius..saya rasa nak menangis bila makcik ni cakap mcm tu.. saya cakap dengan makcik ni, "Makcik, kerana RM0.50 discount yang Makcik kasi kat dia, satu hari nanti Allah kasi Makcik berkali-kali ganda rezeki..." dan saya dengan kak Sal memang tak sampai hati, kami beli lagi kerepek kat situ dengan niat membantu orang Islam dan letak kat office, makan ramai-ramai...

Kalau korang je jalan TAR selepas baca post saya ni... teringatkan muka makcik ni yang sangat cute bila dia senyum... saya harap, korang boleh bantu dia.. tak mahal pun.. sebungkus RM2.50 (haa!! ini lah word aku fikir dari tadi... hahaha.. macam pelik pakai word sepaket!! oh! my Bahasa Melayu!!!) kalau korang tak makan pun kerepek dia, beli atas niat nak sedekah ok.. pahala besar tolong orang ni... hari ni dia susah, entah esok lusa, makcik ni dah jutawan... kite susah, mana tahu dia yang tolong kan... tapi kan kerepek pedas dia,, perghh!! serius! supeerrrbb!! kalau ada orang kata hokkaido cake tu sedaaappp sangat.....hajar pun nak cakap, kerepek makcik ni seeedddaaappp gggiillleeerr!!! hihihi... nak menunjukkan betapa sedap nya.... seriously! hihihihi

Jadi hajar fikir mcm ni, kalau makcik yang tua ini tak pernah mengeluh dengan dugaan yang Allah kasi, kenapa hajar nak mengeluh dengan dugaan Allah beri pada Hajar??? so Siti Hajar binti Aladin!! selepas ini, setiap dugaan kawal nya dengan akal fikiran dan jangan terlalu ikut kata hati, takut nanti mati... ouucchh.. scary bunyi nya....

Ok la... 11.49 pm already!! haiiyyyaaa!!! get ready depan TV... Aliki dah jerit.. "Mama Shu cepat la!! team kite nak lawan dah..." sebenarnya dia ikut Mama Shu dia.. mana Mama Shu sokong, itu dia sokong... haha.. dia tak tahu Mama Shu dia lalang..... bye! nyte!


Ha... ini lah makcik tu.. dia betul kat kaki lima jalan TAR tu...


nampak tak dia senyum?? masa ni kak Num tengah bergurau dengan dia.. manis senyuman dia kan, sejuk hati saya tengok.. terus teringat kat Arwah Atok n Opah... alahai.. rindu nyaa...

2 comments :

Dayyini Sofiyya said...
This comment has been removed by the author.
razif said...

Salam.. Masa cuti raya haji yg lepas, sy pergi ke kl, dan semasa brjalan2 di jln tar ni lh, sy trserempak dgn mkcik tua ni yg sedang mnjual kerepek di celah2 kaki lima kota metropolitan ni.. Sayu hati melihat dia, tnpa brfikir pnjang terus sy membeli kerepek yg dijual smbil berniat utk sedekah sekali.. Selepas beberapa lama, fikiran sy masih tringatkn mkcik tu, mengenangkn nasib beliau di hari2 tua nya.. Lantas sy google dan trjumpa blog ni, dan ternyata, bkn sy seorg yg bersimpati dgn makcik tersebut.. Semoga Allah sentiasa melindungi beliau dr bahaya dan sentiasa mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau.. Amin ya rabbal alamin...