Saturday, May 12, 2012

Rainbow Butter Cake

Hyeeee!!!!!!!

Dengan ke"busy"an melanda, hajar tak sempat nak update blog... haiisshh.. ok... hari ni hajar nak share dengan korang buat Rainbow Butter Cake.. tetapi ada kesilapan pada cake hajar.. 1st trial kot.... practice make perfect duk kata orang putih....tapi serius bebeh.. mengikut hukum alam dah lulus dah kek ni... tetapi kesilapan menggunakan loyang, so, setiap layer jadi nipis... tak pe tak pe... hajar akan explain lebih detail lepas ni... btw, ada orang tanya, "hajar, loyang tu apa??" ohh man!! dimaafkan sebab dia lelaki... loyang tu bekas yang digunakan untuk membakar kek.. ehh.. jap.. loyang tu bahasa melayu ke jawa??? ok.. confuse!!

ok... kite mulakan dengan bahan-bahan yang digunakan.. sediakan pen dan kertas... (ceh! macam la kat tv... boleh copy paste je la Hajar!!!)

Bahan-bahan:

250 g buttercup
220 g tepung kek 
1 sudu teh baking powder
200 g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanilla
6 botol pewarna (berlainan warna.. purple, biru, hijau, kuning, oren, merah.. kalau nak 10 warna pun boleh.. suka hati korang la..)


Cara-cara nya:


1. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C
2.Pukul buttercup + gula kastor sehingga kembang
3. Masuk kan telur sebiji demi sebiji
4. Masukkan tepung kek + vanilla + baking powder + susu 
5. Bahagikan kepada 6 bahagian. Tuangkan pewarna pada setiap bahagian.
6. Bakar adunana selapis demi selapis selama 10-15 minit.. (tengok pada ketebalan kek.. kang bakar lama sangat rentung plak kek nya... )
7. Setelah kek masak, biarkan sejuk, baru hias dengan krim mentega yang akan diajar sebentar lagi....




Krim Mentega

Bahan-bahan:

150 g buttercup
350 g creamwell
180 g golden syrup
3 sudu makan gula aising (blend je gula pasir tuh... jadi ler gula ising)
2-3 sudu perahan lemon (optional.. nak letak boleh, x nak letak pun boleh)

Cara-caranya:

1. Pukul mentega dan creamwell sehingga kembang dan gebu.
2. Masuk kan golden syrup
3. Pukul hingga sebati dan siap digunakan

Setelah semua siap, mula kan untuk decoration... macam Hajar buat, Hajar selangkan dengan blueberry jem... (bukan yang guna untuk makan dengan roti ya...) ambik layer warna purple, sapukan blueberry jem, n then selangkan dengan warna biru, sapukan krim mentega, dan seterusnya.....

Setelah selesai semua nya, gunakan krim mentega untuk dijadikan topping... Siap untuk dihidang!!!! 

Kenapa kek saya menjadi keras???

Ok... let me explain.. Apabila kek terlalu nipis, kek akan mudah menjadi keras apabila terlebih bakar.. so berhati-hati ya.. saya cadangkan kepada anda, kalau buat 2 adunan pakai loyang kecik.. kek akan nampak tinggi tetapi lembut.. jangan buat macam saya... kek terlalu nipis, dan ada beberapa layer menjadi keras.... saya pakai loyang yang besar... itu sahaja kesilapan saya.. tetapi mengikut pengkritik tetap saya, kek dah rasa sangat ok, kesilapan hanya terlalu nipis hingga menjadi crunchy... hehehe... sorry bebeh! will do for 2nd trial next time....

ok.. chow! selamat membakar!!








No comments :