Gambar ni adalah paling yang banyak dapat "like" di FB.. jadi.. mari kawan-kawan kite kembali kepada asal, pakai tudung bawal... :)
Thursday, April 26, 2012
Saya Seorang Yang Memilih
Selepas post saya tentang “pilihan keluarga vs pilihan sendiri”, banyak mesej yang masuk inbox FB saya bertanya kan, “Hajar, salah ke saya jadi seorang yang memilih?”… “Apa pendapat Hajar kalau kita memilih??”… memang soalan demi soalan yang bertanyakan… wahh.. Hajar… macam doctor cinta pulak kau kan… hahahhaa… Pada mulanya saya ingin reply di inbox je, tetapi memandangkan ramai yang bertanyakan, saya akan cuba huraikan kenapa perlu memilih… oooppss… ada yang siap cakap, “Hajar.. boleh tak jangan memilih sangat??” wowww… itu lagi tak tahan…. Hahahaha…
HAJAR SEORANG YANG MEMILIH… seriously! I am choosy person.. Dats why orang susah tengok saya keluar dengan mana-mana lelaki… Kebanyakan lelaki yang saya kenal semua ada hidden agenda… Dan hanya dengan beberapa orang kenalan rapat saya sahaja yang saya yakin untuk keluar makan… yang lain, 10 kali saya fikir samada nak keluar atau tidak, tapi ending nya TIDAK….
Mesti ada yang cakap, “macam la kau cantik sangat Hajar nak memilih!!” ada jugak yang cakap macam tu.. tapi kita tolak tepi apa orang kata.. Kerana yang nak hidup selamanya bukannya mereka tetapi kita.. Kalau kita tak memilih, nak ke berlaku apa-apa dipertengahan??? Tak mau kan… Memilih dalam konteks saya bukanlah seorang lelaki yang perfect.. no! maknanya, ada agama, sedap mata memandang walaupun tak cukup handsome macam Aaron Aziz, yang financial stabil, dari family yang baik….
Tapi kita pun kene tengok diri kita juga, kalau nak memilih pun agak-agak la… jangan yang melampau… betul juga word “cermin diri”… kita ukur diri kita juga… kalau diri sendiri kerja malas, pengotor, jangan la mengharap nak yang rajin, pembersih, kaya…. Memang tak dapat la.. Biar kita memilih itu samada satu level dengan kita @ tinggi sikit dari kita… jangan lah menggunung sangat… itu memang saja nak kena kutuk dengan orang.. haha…
Saya seorang yang memilih.. Memang ramai kata jangan memilih sangat… Umur bukan makin muda… Saya tak peduli apa orang kata.. Bak kata akak saya, “biar menyesal tak kahwin, jangan menyesal kahwin…” Tapi ada kebaikan kita menjadi seorang yang memilih.. Jujur saya kata kalau seseorang itu bukan seperti saya, seorang yang happy go lucky, yang suka berjalan, yang ada masa untuk keluarga, saya tak akan pilih dia.. Pernah sekali ada orang yang minat saya, family saya pun suka dia, tapi saya tak boleh suka dia kerana dia seorang pendiam.. oh my God! Dalam hati saya, macam mana saya nak hidup dengan orang macam ni kalau asyik saya je bercakap, dia langsung tak bercakap… orang kata bagus nya contra, tapi pada saya bagus nya sifat sama, tak de la selalu bertekak.. lain orang lain pendapat kan…
So, kepada sesiapa yang bertanyakan kepada saya, ok ke memilih… saya jawab YA!! Hihihi.. kite geng! Hahaha…
Ok la.. Saya nak tidur.. tak sabar untuk menanti hari esok.. keluar daripada ward ni… weee!!!!!!!!! Bye…
Wednesday, April 25, 2012
Doakan Saya Cepat Discharge...
Hari ni hari ke-4 saya di ward sejak di tahan Sabtu malam Ahad... orang kata tak baik mengeluh.. sakit ni semua datang dari Allah.. ya Allah.. sungguh saya kata, apa yang saya hadapi pada hari Sabtu lepas memang menyakitkan... terlalu sakit... saya ingat saya dah tak lama masa tu... nafas saya memang tak kuat, ditambah sakit bengkak di chest kanan... setiap kali coughing je, saya memang nak menangis sebab tak mampu tahan sakit yang teramat.. Emak sendiri yang melihat dapat merasakan apa yang saya rasa... satu malam mak menemani saya di hospital memandangkan condition saya yang terlalu lemah ketika itu..
Dari hari ke hari saya tanya doctor bila saya boleh discharge.. saya memang dah tak boleh tahan duduk di ward...patutlah saya pernah dengar orang cakap ada patient bunuh diri duduk ward lama sangat... bila saya duduk sorang-sorang saya menangis sendiri.. kenapa saya yang rasa semua ni? kenapa bukan orang lain? :'(
Pagi tadi saya bertanya doctor lagi, bila agak-agak saya boleh keluar lagi? doctor kata hari Jumaat antibiotic baru habis.. ya Allah... hari ni baru Rabu.. maka ada hari khamis dan jumaat lagi.. hari rabu pun saya dah terasa lama masa berlalu... setiap minit saya memandang jam di dinding ward ni..
Apa yang bermain dalam kotak fikiran saya adalah saya nak lari dari ward... saya memang dah tak sanggup dah...saya rasa tertekan sangat... :'(
Monday, April 23, 2012
Fathimah Az-Zahra rha dan Gilingan Gandum
|
Sunday, April 22, 2012
RHYTHM OF SOUL
Hye...
Saya kebosanan di ward... Sementara menunggu mata terlelap, saya membebel lagi... Saya masih bergantung pada ubat sekarang.. ada machine yang control kasi salur pernafasan saya terbuka, selain ada ubat-ubatan yang dimasuk kan melalui drip...
Ok.. Sambung... Rhythm of Soul, concert zikir yang pertama di Malaysia dianjurkan oleh IluvIslam... tapi kekecewaan melanda...di tiket, concert sepatutnya bermula 8.30 mlm, ok la ada ampun paling lambat pukul 9 mlm.. tapi 9 mlm kami x masuk dewan lagi!!! 9.37 pm baru kami masuk dewan... kami punya la rushing dari masjid negara terus ke Pusat Islam... sebab concert start 8.30 mlm tu tadi... n then dah tahu lambat, bukak je la pintu kasi penonton duduk... ini tidak, dibiarkan kami berdiri di luar.. dengan panas nya... alasan yang tak logic diberikan.. katanya sound system rosak.. Oh my God! u all organize concert dzikir, perkara penting dalam concert, boleh ada masalah ke... sepatutnya petang dah sound check everything.... memang ramai yang marah.... Masa nak masuk dewan tu, ada lah seorang lelaki ni bagitau, boleh masuk dewan dengan syarat jangan bising... ya Allah! lagi sekali... dah lambat, say sorry pun tak... kami beli tiket bukan murah ok! rm89! kire mahal la tuh... dengan penat berdiri + penat membebel ok.. haha... dah la saya tak berapa sihat... dugaan betul rasa nya,,,
Selepas dibenarkan masuk, 2 orang pengacara ni boleh terlepas cakap yang mereka "bidan terjun"... ha??? anjurkan concert tapi macam mana pulak boleh jadi bidan terjun??? prepare ke tak sebenarnya ni??? ya Allah..
Setelah concert start around 10.10 pm, baru lah saya puas hati dengan concert yang dijalankan... start dari abg Munif sampai lah abg Muhaimin.. semua nya best... Opick tak boleh dinafikan... his songs superb!!! memang menyentuh jiwa... zikir-zikir yang dialunkan sangat merdu... so, kuranglah kemarahan saya...
Hopefully next time, please don't do the same mistake ok... please.. Saya membeli tiket atas dasar semangat saya untuk mendengar alunan zikir + menyokong program ini diadakan.. tetapi bila kesilapan sebegini berlaku, membuatkan saya jadi kecewa yang teramat...
Ini sebahagian gambar.... Saya akan masukkan video Opick nyanyi lagu Bila Waktu Telah Berakhir... my favourite song... :)
Thursday, April 19, 2012
Pilihan Keluarga vs Pilihan Sendiri
Pilihan u all??? errrm.. pilihan saya??? ok.. Jujur katakan mestilah pilihan sendiri kan... Siapa nak jodoh ditentukan oleh keluarga... hey! tapi jangan pandang serong pada pilihan keluarga pulak.. kadang-kadang pilihan keluarga ni lebih indah dari pilihan sendiri tau... ada banyak pro and cons pilihan keluarga dan pilihan sendiri.... Walaupun baru berumur 25 tahun 8 bulan, saya lebih banyak tahu cerita mengenai pilihan keluarga dan pilihan sendiri ni tau!!!! Saya share dengan u all cerita-cerita yang saya dengar sejak saya sekolah lagi...
1. Pilihan keluarga...
PRO : ada seorang kakak ni yang saya kenal satu ketika dulu.. Dia menceritakan kisah hidup dia... Dia bertemu si suami nya pada hari pernikahan... Dan ketika itu, dia dah bersiap sedia untuk lari daripada lelaki yang akan dikahwininya 18 tahun beza daripada nya.. dan ketika itu dia baru habis SPM...gila kan??? ceritanya lagi... beberapa hari sebelum menjelang hari pernikahannya, dia dikurung di dalam bilik.. ya Allah! macam tu sekali pilihan keluarga.... dan tiba pada hari pernikahannya, dia dipegang oleh makcik-makcik nya kerana dikhuatiri dia lari... ketika dia menceritakan pada saya, wah... pelbagai imiginasi di dalam fikiran saya.. macam mana la keadaan agaknya ya.... tp setelah berkahwin 13 tahun ketika itu, dia kata rupanya dia mendapat satu keluarga yang bahagia.. walaupun jarak umur satu kali ganda dengan husband nya, mereka tetap bahagia.... wowww! macam drama kan.... tapi masa dia menceritakan kepada saya, saya ketawa melekek kerana saya rasa macam lucu... ye la.. tak kene batang hidung sendiri.....
CONS: Ini satu kes dimana si lelaki ni telah berkahwin dengan pilihan keluarga... Memang pada mulanya dia setuju untuk berkahwin pilihan keluarga, tetapi setelah beberapa tahun berkahwin, si lelaki bertemu dengan pilihan hati nya... walaupun telah beristeri, dia peduli apa.. pada dia, dia mampu.... bila ditanya kenapa nak kahwin lagi, si lelaki boleh menjawab, "dulu pilihan keluarga, sekarang dah jumpa pilihan sendiri...." oh my God!! tolong la!!! Nasib baik 1st wife dia ni bijak... dia benarkan si suami kahwin lagi satu dengan syarat, "sebuah banglo! sebiji kereta mewah! sebuah kedai!".... kalau saya pun, saya akan buat perkara yang sama... hey! masa kahwin dulu, bukan si lelaki je jadi pilihan keluarga tau.. perempuan pun jadi pilihan keluarga... so 2-2 sacrifice masa depan dengan pasangan yang tak dikenali.. so unfair la kalau lelaki cakap dia dah berjumpa pilihan dihati... wahh.. mentang-mentang boleh kahwin 4, memang nak dibalun semua kuota.. perempuan tak boleh kahwin lebih 1, so adil la kalau dia demand macam-macam.. setuju???? u all kene setuju... hahahaha...
2. Pilihan Sendiri
PRO: Kebaikan nya rasa nya semua orang tahu kot.. Sebelum kahwin kenal hati budi, sejiwa ke tak... betul kan??? mesti la betul.. saya tak tahu... hahaha.. sebab semua saya tak menjadi.. keke.. ok.. balik pada cerita kita.. kalau pilihan sendiri ni, ye la.. macam korang-korang sekarang ni bercinta.. Bercinta lama atau sekejap tu, depends pada diri masing-masing.. macam cousin saya, 2 weeks je kenal, n then terus fikir untuk bertunang... tapi kan masa tu cousin saya mintak pendapat saya... "Hajar, cuba kau tengok mamat ni?? aku rasa dia kene dengan jiwa aku..." apa saya balas, "selidik elok-elok.. macam pelik je aku tengok..." hahaha.. itu di mata saya, di mata cousin saya berbeza sebab dia lebih kenal lelaki tu.. bahagia je saya tengok kan... dah uwek pun... 5 bulan...ada jugak yang bercinta macam nak rak, sampai 7 tahun.. putus, cinta dengan orang lain, couple balik pada yang asal, putus, couple balik.. (psst: sebenarnya saya tak suka word "couple" ni, macam pelik je bunyi nya.. ).. akhirnya kahwin juga... tu kebaikan pilihan sendiri, pusing sana pusing sini, engkau tetap dihati... tapi tak mau la lepas kahwin, korang expect macam korang zaman bercinta... ditatang bagai minyak yang penuh... tak de maknanya ok! semuanya berubah... ada siap, "engkau yang ku bagaikan bulan bintang, sekarang seperti neraka jahanam!" ada jugak... tapi kita tak mau yang tu... kita ambik yang baik-baik je... okies???
CONS: Ermm.. ini selalu berlaku selepas kahwin jugak... Zaman bercinta masing-masing tak tunjuk belang... semua nya manis belaka... bila dah bersama, masing-masing tak mau jadi sebelum bercinta.. Mungkin betul juga orang kata bercinta lepas kahwin ini lagi best... sebab perasaan tak berubah... cuba tengok sebelum kahwin, bercinta bagai nak gila.. keluar dating tak henti.. itu adalah saat yang manis & kebahagiaan yang sepatutnya berlaku selepas kahwin.. bukan sebelum kahwin... (ok.. saya pun sama jugak macam budak muda sekarang...) tapi cuba kita fikir balik... saat yang betul-betul menggembirakan pada orang yang bercinta sebelum kahwin, orang kata saat kemuncak adalah saat diijabkabulkan, dan selepas itu, graph mula merundum.. tapi kalau bercinta selepas kahwin, mula lah saat percintaan dan membahagiakan.. perkenalan... betul?? cinta selepas kahwin ni kebanyakan nya pilihan keluarga, jarang pilihan sendiri... ada mungkin tapi 1/100 la... even Farah Lee pun dengan Ally Iskandar pilihan keluarga, bercinta selepas kahwin juga.. See....
So, tak tahu la nak kata yang mana bagus.. Tapi fikirkan lah untuk jangkamasa panjang... Saya??? Saya sendiri tak buat pilihan lagi... hahaha....

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)