Saturday, March 31, 2012

Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Thursday, March 29, 2012

Hye..

Saya admitted at Pusrawi Jalan Tun Razak.. Tengahari tadi ke clinic time nak solat.. Batuk dah 3 minggu.. So doctor refer ke hospital sebab di bahagian tulang rusuk sakit sangat.. Tadi balik kerja, dah mula sesak nafas... And i called my friend to send me to hospital.. Sampai je hospital, terus ke emergency.. Doctor buat xray and check darah.. After that, doctor terus bagi oxigen sebab dah tercungap-cungap.. Result dr x-ray mengatakan paru-paru berkuman..

Kawan-kawan doakan saya sihat ya...

Wednesday, March 21, 2012

La Tahzan

Dah hampir 2 minggu balik dari Umrah.. tidak dinafikan saya terlalu rindu di Haramain... tetapi disebalik kerinduan terhadap Haramain, setiap malam saya bertemankan airmata... Adakah ini antara sebahagian doa yang saya minta di Kaabah? Saya masih menyayangi seseorang... Tetapi selepas balik dari Mekah, semuanya berubah... Saya ingat perhubungan yang kami bina 2 tahun lebih akan pulih tetapi lain jadi nya... Kesilapan yang tidak dapat diterima oleh nya itu adalah kerana facebook... Penjelasan saya tidak dapat diterima nya.. ya Allah.. besar sangat ke kesilapan yang saya lakukan sehingga saya dihukum macam ni sekali?

Setiap hari saya memikirkan hal ini... Tapi kesilapan yang saya lakukan tidak dapat dimaafkan... kenapa perkara sekecil itu menjadi isu kepada perpisahan perhubungan kami? Pada mulanya saya memang tak boleh menerima segalanya... Jujur saya katakan setiap dalam solat saya, pasti airmata saya mengalir... Saya tak boleh menahan walau sesaat pun.. Hanya Allah sahaja yang mendengar rintihan saya.. Saya perlukan kekuatan dariNya.. Manusia hanya mampu mendengar kita bercerita tapi tak mampu untuk mengubah apa-apa...

Ditambah dengan keadaan abah saya yang masih di hospital, saya agak tertekan beberapa hari ini.. Entah lah.. saya sendiri tak tahu kenapa dia berubah begitu drastic... Semangat yang diberikan daripada kawan-kawan saya buatkan saya tabah... "Saya dah tak ada hati dengan awak... Saya dah tawar hati dengan awak.. etc..." Ayat yang membuatkan airmata saya tak henti mengalir... ketika membaca ayat ini, tangan saya menggeletar.. betul ke apa saya baca ni? dalam fikiran saya hanya soalan-soalan ini yang bermain di dalam fikiran saya..."kenapa sebelum awak pergi jauh,awak tak cakap macam ni? kenapa selepas setahun lebih saya menunggu awak baru awak cakap macam ni? kenapa sekarang baru awak nak cakap macam ni?? kenapa awak tak cakap semua sebelum saya ke mekah?? kenapa bagi harapan pada saya sebelum saya ke mekah??".. Saya bermain dengan kenapa, kenapa dan kenapa... teruk sangat ke saya ni? tapi saya tidak mendapat satu jawapan pun.. seperti wanita yang rendah maruah diri... :'( tapi ini yang dinamakan kehidupan.. sekejap kita di atas, sekejap kita akan berada di bawah....

Allah swt berfirman, "pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku." (Hadith Qudsi)

Pada mulanya saya tidak boleh menerima hakikat dengan apa yang dilafazkan nya... meratap, merayu, menangis semua tudah tak berguna lagi... tapi bila saya tanya diri saya balik, "kat depan Kaabah aku berdoa untuk mendapat suami yang baik, yang menyayangi aku yang beriman..." Maka saya fikirkan, saya tidak minta untuk dijodohkan dengan nya tetapi saya minta suami yang terbaik untuk saya.. mungkin ini yang takdir Allah tentukan untuk saya.. Allah memberikan saya dugaan berpisah dengan orang yang saya sangat sayang, tapi mungkin selepas ini Allah hadiahkan seseorang yang akan menyayangi saya lebih dari saya menyayangi dia...

Rasulullah s.a.w bersabda : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit. (Bukhari & Muslim)

Saya dah putus harap... Saya nekad tidak akan berkahwin... tetapi sahabat-sahabat saya sentiasa mengatakan, ini hanya dugaan kecil... Ada lagi ramai yang derita dari saya... Sepanjang 2 hari, saya perbanyakkan membaca buku... antaranya La Tahzan kerana Cinta... akhirnya saya redha mungkin ini yang terbaik untuk saya...

Rasulullah mengatakan, "Nikah adalah sunahku (jalanku), maka barangsiapa cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku..." (Abu Ya'la)

Ketika saya menulis cerita ini, airmata saya masih tak henti mengalir.. saya masih terbayangkan ketika kami bersama sepanjang 2 tahun.. solat terawikh di Masjid KLCC.... Pergi membeli barang-barang umrah bersama... Keluar makan bersama... tapi semua ni hanya tinggal kenangan.. dan telah tiba waktunya untuk saya kuburkan segala kenangan saya bersamanya... Pernah saya berdoa supaya Allah hilangkan ingatan saya terhadap dia... saya tak nak kenal dia langsung walau sedikit pun.. Apa yang saya rasa cukup menyakitkan.... :'(

Semalam ketika makan malam dengan mak, akhirnya saya memberitahu.. Muka mak nampak kesedihan.. dalam hati mak pasti memikirkan, "teruk sangat ke anak aku ni? " itulah naluri seorang ibu... saya minta mak doakan supaya jodoh saya datang dalam masa terdekat... hati mak mungkin runsing sehingga ketika kami nak tidur, mak bagitau saya, "hajar terima je la sesiapa yang nak hajar.." saya jadi speechless... terlalu sedih... tak tergambar dalam hati saya....

Tetapi apa pun terima kasih kepada dia.. selama saya bersama dia, dia banyak mengajar saya menjadi seorang wanita dan menjadi pendengar setia... terima kasih.. semoga Allah temukan awak dengan seseorang yang awak ingin kan.....

Saya perlu rehat.. Esok saya kerja.. Doakan saya sihat dari batuk saya..

Dari Anas r.a, katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sebelum ia lebih mencintai Aku daripada mencintai ibu-bapanya, anaknya dan manusia umumnya." [Bukhari]

Monday, March 19, 2012

Tak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan.. Sedangkan Nabi Adam a.s sendiri pernah melakukan kesilapan apatah lagi manusia seperti kita yang khilaf.. Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk memperbaiki keadaan.. Ini kan sesama manusia... Bagilah peluang.. Mungkin hari ini kita betul, tapi esok lusa belum tentu kita ditempat yang sama...

Please pray for my Abah...


Abah has been admitted at Hospital Pantai because some complications kat nerve & lung.. Abah is a stroke victim... Please everybody.. Doakan abah sembuh.. InsyaAllah tomorrow evening after working, saya akan terus ke Melaka... Turn saya untuk jaga boyfriend kesayangan saya ni..

Sunday, March 18, 2012

"Ya Rabb, hilangkanlah perasaan sedih dalam hati ini, gantikanlah ia dengan kegembiraan.. Ya Rabb, buangkanlah kenangan bersamanya yang terpahat di hati ini selama-lamanya... Ya Rabb, jauhkanlah perasaan cinta dan sayang kepada nya di dalam hati ini.."

Friday, March 16, 2012

Pengalaman Di Madinah dan Mekah...

Assalammualaikum...

Hari ni saya ceritakan antara pengalaman-pengalaman yang berlaku di hadapan mata saya di Madinah dan di Mekah..

Mulakan di Madinah.. Madinah tak berapa banyak kalau di bandingkan di Mekah.. Tetapi di Madinah juga membuatkan saya lebih kuat... ketika di Rawdah... saya benar-benar diuji berada dalam keadaan yang berasak-asak...saya rasa anda tak akan rasa di Malaysia ni... (keadaan Rawdah ni bagi perempuan, bagi lelaki lebih proper...) kalau anda rasa pi PC fair dan buat anda nak pengsan, di Rawdah 100 kali buat anda akan pengsan.. Saya langsung tidak bergerak dan saya rasa kaki saya tak jejak pun pada ketika itu... lautan manusia ketika itu bertolak-tolak sehingga untuk mendapat oxigen pada tahap yang amat sukar...jika anda tidak tahan, maka anda akan prefer untuk keluar dr Rawdah.. sepupu saya fobia sehingga tidak mahu datang ke Rawdah lagi.. betapa gerun nya keadaan.. Mak tanya saya, nak pergi Rawdah lagi ke tak, saya hanya menggeleng kepala... keadaan yang tak boleh nak digambarkan, dan saya juga menjadi fobia...

Madinah tidak seperti Mekah.. Bangunan yang tinggi... boleh sesat kat sana.. Ada makcik dalam group kami, dia terlepas dari anak dia, hilang kat sana... beberapa jam selepas itu baru jumpa... Jalan pergi mesti kene ingat, kalau tak, tak tuju ke hotel.. Saya seperti biasa menjadi guide kepada mak, makcik-makcik dan sepupu-sepupu... Alhamdulillah.. Allah bagi saya ingatan yang kuat... tapi saya salute dengan abah... walaupun abah stroke, abah pi masjid sendiri, balik abah tuju ke hotel...

Di Madinah, untuk membawa masuk kamera dan hp camera sangat strict! so, saya ajar anda supaya meletakkan camera dan hp camera anda di stokin.. tidak seperti Mekah.. Mekah certain pintu je ada polis... Madinah boleh dikatakan semua pintu untuk wanita... tension sungguh!!

Sekarang kita cerita ke Mekah pula...

1st time saya sampai ke Mekah, saya terus ke Masjidil Haram... tiba-tiba orang berasak-asak kan sebelah saya... menggeletar lutut saya seketika... Jenazah diusung untuk di bawa masuk ke dalam Masjidil Haram... terdetik di hati saya, ya Allah.. betapa beruntungnya jenazah ini di sembahyangkan di Masjidil Haram... Setiap waktu, selepas selesai solat fardhu, pasti akan ada solat jenazah.. pada mulanya saya memang tak tahu cara-cara solat jenazah dan saya tidak melakukan nya... tetapi saya belajar dengan mak, Alhamdulillah saya dapat menunaikan solat jenazah... dan lagi menggembirakan dan membuat saya berebut untuk melakukan solat jenazah adalah melakukan solat jenazah mendapat 1 qirat (ganjaran pahala yang sangat banyak sama dengan Bukit Uhud). Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Thank you Allah!!

Di Mekah berbeza dengan di Madinah.. Ada satu perkara sehingga hari ini saya musykil, adakah Al-Quran ini diletakkan sama taraf dengan buku-buku lain?? kenapa saya cakap macam ni, anda jangan pelik bila anda ke sana, Quran diletakkan sama taraf dengan kaki.... Depan mata saya, berapa kali Al-Quran dilangkah, saya tegurkan beberapa kali kepada yang mengambil Al-Quran tetapi tidak diendahnya sehingga saya sendiri yang mengambil Quran tu... Bukan bangsa Arab, Turki, Pakistan sahaja macam tu, tetapi bangsa Melayu, Indonesia pun sama je... ada orang Melayu ni, di Mekah, tempat sujud kite lalu lalang orang bangsa lain.. Quran diletak kan di situ.. ada sekali cousin saya terpijak al-Quran... Betapa takutnya cousin saya ketika tu... Mereka tak sensitif perkara-perkara macam tu.. itu yang buat saya pelik teramat...

Seterusnya, hari saya berjalan-jalan di sekitar kawasan Mekah... Hati saya tersentuh melihat kanak-kanak kecik menjerit-jerit meminta sedekah... ketika itu saya menemani sepupu saya untuk membeli kurma... Yang membuat menyayat hati saya apabila melihat kanak-kanak ini seperti dihantar satu sindiket dimana kesemua mereka tidak mempunyai tangan... ada yang tangan kanan kudung, tangan kiri kudung, ada yang 2-2 kudung, ada yang dicacatkan kaki nya.. ya Allah... mengalir airmata saya seketika... apa salah anak-anak ini sehingga dihukum begini sekali??? Untuk pengetahuan anda semua, sangat susah untuk kami ada 1 riyal.. tetapi agak mengejutkan juga pada saya, masa kami ingin bersedekah, 1 riyal sangat banyak dalam purse saya dan sepupu saya.. Alhamdulillah.. tak ada seorang pun anak-anak kecil terlepas dari mendapat bantuan yang tidak seberapa dari kami... bukan seorang dua orang ya.. tapi dalam 20 orang dan mungkin lebih.... sangat ramai... :'( dekat sana kesusahan terhadap pelarian black people sangat ramai.. anak-anak kecil menjual makanan burung merpati.. selepas itu, akan ada tukang bersih menyapu dan buang ke dalam tong sampah... mereka akan kutip dan jual semula.. huh.. betapa susahnya mereka nak hidup... dalam hati saya terfikir, apa malang hidup mereka, mencari sesuap nasi di negara orang... kalau mereka kena tangkap, akan dihantar pulang ke negara.. kalau seperti di Africa, mereka nak kerja apa? negara mereka yang kering kontang, perang saudara... apa yang saya mampu bantu untuk mereka?? ya Allah.. harap-harap satu hari nanti saya dapat menjadi pejuang dan menghapuskan kemisikinan di dunia... :'( ni ada cerita.. malam terakhir kami di Mekah.. ada seorang budak Arab sangat comel.. dia menjual tisu.. pada ketika itu, memang saya memerlukan tisu.. tapi saya tak ada duet kecik, saya pinjam duet kak Long 5 riyal untuk bagi pada budak tu dengan niat bersedekah... Budak arab tu panggil kawan dia sebab terlalu gembira dapat 5 riyal.. datang lagi seorang anak arab.. tapi ketika itu kami ada 2 riyal je.. yang lain 50 riyal... 50 riyal tu la nak dibawa balik untuk bekal ke airport... budak tu tak nak 2 riyal sehingga saya terpaksa cakap samada dia nak atau tidak.. dia ambil juga tapi dia merajuk dengan saya.. sedihnya hati saya.... hai anak.. kalaulah saya boleh bawak balik dan jaga kamu di Malaysia, sudah tentu saya akan lakukan.....

Cerita seterusnya mengenai seorang budak ni... haiishh.. Aisyah.. Aisyah... saya ada masalah.. masalah tak boleh tengok darah.. confirm saya nak pitam.. entah macam mana.. saya berada di tingkat 9... budak-budak kecik ni main lari-lari kat tangga... Aisyah boleh tersadung kat tangga... dan apa jadi kat dia??? ketika itu saya nak turun lift... saya nampak je dia, saya menjerit suruh dia naik atas.. dagu Aisyah koyak.. ya Allah.. darah mengalir tanpa henti.. saya kuatkan semangat untuk tekap dagu Aisyah dari darah mengalir...kekuatan datang secara tiba-tiba... dalam hati saya banyak beristighfar supaya saya tak pengsan ketika itu... Aisyah budak kuat... Syukur ya Allah.. saya minta Fattah (pembantu kami di Mekah) cari klinik.. Aisyah kena 3 jahitan... selepas itu mak dia menceritakan kepada saya, sehari sebelum Aisyah jatuh, masa sa'ei Aisyah request kat mak dia nak naik wheelchair sebab sa'ei jalan jauh... Allah makbulkan doa Aisyah, esok lepas dia terima jahitan, dia dapat naik wheelchair untuk sa'ei... hihihi.. Aisyah Aisyah... itu sebab ada budak panggil saya kakak pertolongan.. sebab saya membantu Aisyah di sana.. hihihi...

Di Mekah saya menjadi seorang yang sangat tegas.. Baik dengan orang tua mahupun orang muda... saya tak tahu lah kategori tegas ataupun kurang ajar...ada sekali ni saya baru lepas demam.. baru selesai solat Isya', orang-orang Turki ni suka tolak menolak... dengan badan yang ketika itu tidak sihat ditambah sakit orang tolak menolak dari belakang, saya pusing dan menjerit ke orang Turki tu, "you go first!!!" Lepas tu baru rasa tersedar.. ya Allah.. apa aku dah buat ni... itu sekali... seterusnya, saya pergi membelikan abah ice cream... memandangkan abah ni strokee, so orang letak pape kat abah pun, abah senyum je sebab mungkin kudrat abah tak mampu untuk melawan... so, saya pusing ternampak seorang Arab ni tengah sapu entah perfume ke minyak ape ntah, saya boleh jerit pada Arab tu, "La'!! La'!! La'!!" Arab tu nampak cuak, mintak maaf dan terus pergi.. tetapi orang disekeliling saya agak tergamam melihat saya macam tu... sekali lagi... ya Allah.. apa aku dah buat ni... dan sekali lagi ketika membeli-belah, apabila Bangladesh cakap "Malaysia Bakhil!!!" saya datang ke muka Bangladesh, saya cakap dengan tegas, "don't say like that!! Malaysia La' Bakhil!!!" main hentam je bahasa arab... Bangladesh tu nampak cuak dan cari saya mintak maaf... ya Allah.. saya tak tahu kenapa dengan saya... saya rasa saya terlalu berani di negara orang... Astaghfirullah...

Di Mekah saya tak henti-henti berdoa... tapi saya menyesal kerana ada satu doa yang saya lupa baca...saya mendoakan rakyat di Palestin, Syria, dan semua negara Islam aman damai, selamat dari anasir luar tapi saya lupa untuk berdoa bagilah saya peluang untuk menghulurkan bantuan ke sana.. ya Allah.. saya teringin untuk ke sana membantu anak-anak kecil di sana.. untuk membantu wang ringgit mungkin tidak banyak mana, tetapi kalau membantu dari tenaga, ilmu, sepenuhnya saya rela membantu....(saya dah tak takut darah!!!!) itu yang saya tidak dapat berdoa... :'( Alhamdulillah, semua doa sahabat-sahabat saya, saya telah bacakan di tempat mustajab... Antara doa saya sendiri yang termakbul adalah untuk mendapat bonus.. hihihi.. Alhamdulillah.. saya berdoa dekat sana, ya Allah dapatkanlah bonus.... Syukur yang teramat.. ketika saya bermiqat di Hudaibiyah, saya sempat check email dari Boss.. Boss bagitau ada bonus dan berganda dari tahun sebelum nya.. ya Allah!! Alhamdulillah... Thank you Allah!! saya rasa nak menjerit ketika itu... itu antara satu doa yang termakbul... dan ada juga berita dari seseorang minta saya berdoa untuk dia dapatkan kerja.. maka sepanjang di sana, hanya dia seorang dalam fikiran saya...saya pasti tak melupakan dia... kemana sahaja nama dia pasti disebut... mendapat kerja yang menggembirakan hatinya, yang memberi gaji lumayan, yang memudahkan segala urusannya dan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat.. ketika saya disana, dia mesej saya dia dah dapat interview, Alhamdulillah.. lega hati saya..saya berdoa di hadapan kaabah supaya dia mendapat job tu... dan hari ni dia bagitau dia dah dapat kerja tu... Alhamdulillah.. Thank you Allah... doa saya hanya sebahagian kecil saja.. Usaha dan doa dia yang lebih membuatkan dia dapat job tu.. He deserve!! Tahniah! lepas ni awak dengan dunia awak, saya dengan dunia saya.. mungkin kita tak kan bersama... mungkin ada silap Hajar yang awak tak boleh maafkan.. semoga awak bertemu dengan orang yang awak cintai... mungkin Hajar tak cukup baik untuk awak jikalau nak dibandingkan diri awak yang sangat baik terhadap Hajar.. Apa pun hajat Hajar tercapai untuk mendoakan kejayaan awak di Mekah.. walaupun pernah satu ketika dulu Hajar cakap Hajar tak nak doakan awak kat sana, tapi Hajar tak sekejam tu... Tak kan Hajar nak tengok orang yang pernah membahagiakan Hajar jatuh... Hajar tak sekejam tu.. hajar doakan yang terbaik untuk awak di sana.. Mulut hajar tak henti mendoakan awak.. Hajar risau kalau awak tak dapat kerja... Tapi hari ini, awak bagitau awak dah dapat kerja, Hajar rasa bersyukur sangat walaupun Hajar tahu semakin lama semakin jauh jarak kita... Mungkin Hajar tak layak untuk menjadi pasangan hidup awak, awak lebih layak untuk mendapat 1000 kali lebih baik dari Hajar... Awak jaga diri baik-baik...


Sekian sahaja pengalaman saya di Madinah dan Mekah.. InsyaAllah semoga menjadi tetamu Allah lagi ke sana... Jujur saya katakan, setiap kali tengok gambar Kaabah, secara automatic airmata saya terus mengalir.... terlalu rindu dan terlalu sedih berjauhan dengan Baitullah... :'(

Take care semua.. doakan saya sihat seperti sediakala... :)

Thursday, March 15, 2012

Monday, March 12, 2012

::MAKKAH AL-MUKARAMAH::

Pada 2 Mac selepas kami selepas membuat ziarah Wida' kepada Rasulullah, kami menuju ke Mekah yang mengambil masa 5 jam perjalanan... Kami bermiqad di Bir Ali.. Sepanjangan perjalanan kami kena jaga pantang larang dalam ihram.. memang dugaan... ye la.. kalau rambut gatal, nak garu takut rambut putus.. kene dam... Kami sempat berhenti di tepi jalan melihat baboon di kawasan tanah gersang..ada yang bagi makanan pada haiwan-haiwan tu... terfikir di benak fikiran saya, macam mana baboon ni boleh hidup ya... dengan tanah yang tak ada pokok... air pun tak ada.. kering kontang kami tengok... tapi binatang tu boleh survive... kuasa Allah.. memang hebat! kami teruskan perjalanan ke Mekah.. dan kami check-in di hotel Knooz Ajiyad.. Ajiyad adalah nama tempat yang berdekatan Masjidil Haram dimana Rasulullah membela kambing di situ... dan berhadapan hotel kami ada satu bukit, bukit yang pertama sekali Allah cipta di dunia...

Selepas check-in, kami bersiap sedia untuk membuat umrah yang pertama... kaki mula menggigil untuk menjejak kan kaki ke dalam Masjidil Haram... saya masih tak nampak kaabah.. saya masuk dari pintu King Aziz Gate 1... dan naik ke tingkat 2 untuk solat Asar memandangkan masjid dah penuh... selesai solat Asar, kami terus menuju ke Kaabah... geletar lutut saya... dan tergamam saya melihat keindahan Kaabah.. menangis saya seketika masa tu.. ya Allah.. macam tak percaya.. dalam berjuta umat Islam di dunia, saya antara hambaNya yang dipilih untuk melihat Kaabah... saya tak henti-henti berdoa supaya segala doa saya dimakbulkan... saya memulakan tawaf umrah... ketika itu Mekah masih sejuk... 7 keliling terasa sekejap... ketika itu hanya mampu pandang hajar Aswad, Hijir Ismail, Makam Ibrahim... keadaan ketika tawaf? kene banyak bersabar... kene langgar dengan Turki, mahupun Pakistan mahupun Arab itu perkara biasa.. mereka akan menolak-nolak dari belakang... memang perasaan marah yang memuncak tetapi banyakkan istighfar... saya ni ada sikit darah panas baran.. tapi saya cuba bersabar semampu yang boleh... mereka bukan menolak dengan cara yang perlahan tetapi kadang-kadang boleh buat anda hampir jatuh... ada sekali tu, saya betul-betul teruji, ada seorang pakcik dari Indonesia tolak saya terlalu kuat, akhirnya saya menjerit dengan pakcik tu... "Pakcik! nak beribadat buat betul-betul, jangan tolak-tolak!!" entah kenapa saya boleh terlepas cakap... Tawaf paling banyak dugaan... Ni ada satu pengajaran, seorang makcik dalam group kami yang dalam ihram sedang tawaf, datanglah beberapa Indonesia bertanyakan nak cium Hajar Aswad tak.. Bayar 200 riyal... Makcik tu boleh terlupa yang dia dalam Ihram dan dia masih dalam tawaf pusingan yang ke-6... dia boleh cium Hajar Aswad... kat situ kene dam seekor kambing sebab Hajar Aswad ada wangi-wangian and then tawaf pusingan ke-6 dia tak ganti, maka umrah dia x tak compelete, dam lagi disitu, dia bertahlul ingatkan umrah dah complete tapi tak complete, dam lagi, dan last sekali dia tukar pakaian, (ye la.. dia ingat umrah dia dah selesai) dam lagi di situ.... boleh nampak kan.. kesilapan yang sikit, boleh effect umrah kita... ketika dalam tawaf, kita tak boleh sentuh, Hajar Aswad, Makam Ibrahim, Kelambu Kaabah... kita sentuh, maka tak sah tawaf kita dan perlu membuat lagi sekali....

Selesai 7 pusingan, kami terus ke Safa- Marwah... kalau dulu mengikut cerita mak, Safa- Marwah ni kecik je, sekarang dah dibesarkan... Safa-Marwah kejauhan nya dalam 3.5 km (untuk 7 pusingan).. memang jauh... ada sekali lutut saya cramped.. tapi saya slow-slow bergerak... di Safa - Marwah tak ada kes tolak menolak.. tetapi kalau anda melalui jalan yang kecik, perkataan "Thoriq!! Thoriq!!" sentiasa kedengaran.. Orang yang menyusung kerusi roda, pastikan akan jerit word tu.. (Thoriq bermakna ke tepi kot...?? haha)

Selesai di round ke-7, bertahalul di Marwah.. maka dengan itu, tamatlah umrah kami.. Alhamdulillah.. saya dapat buat 4 kali umrah dan merasa semua tempat miqat... 1. Bir Ali, 2. Jaaranah, 3. Tana'im, 4. Hudaibiyah... Alhamdulillah.. Thank you Allah...

Selesai solat subuh dalam pukul 6 pagi, kami mulakan untuk membeli belah... kami ke area hilton.. di situ berangan-angan nak bersarapan di luar... saya pi satu kedai ni... 1 donut, corn in cup dan fresh mango = 18 riyal!!! woww!! sungguh mahal! tapi beli je la sebab lapar... seterus nya kami nak ke tempat shopping Siti Nurhaliza... mengikut kata mak la... Bila cari-cari dah roboh dah dan dah buat new building.. ohhh!! sungguh kechiwa... kami dapat juga pergi ke Babbu umrah.. Babbu Umrah ni yang saya tahu, kepada sape yang uzur, tak boleh buat tawaf wida', maka lambaian wida' di babbu Umrah....

Pada 4 Mac, kami ke Jabal Thur... Jabal Thur tempat Rasulullah bersembunyi daripada Banu Quraisy..seterusnya ke Jabal Nur, tapi melihat dari dalam bas sahaja, tempat pertama Rasulullah menerima wahyu daripada Allah s.w.t dan kami ke Jabal Rahmah dimana tempat Adam dan Hawa bertemu selepas dicampak kan ke dunia...Kami dibawa ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.. dan kemudian bermiqat di Masjid Jaaranah...

Keesokan hari nya, kami buat umrah sendiri.. bayar 10 riyal seorang... bermiqat di Tana'im...

Alhamdulillah...

Pada 6 Mac, kami ke ladang unta ya... ya.. ke ladang unta.. bergambar bersama unta... oh tidak!! saya berani pegang unta!! orang kata susu unta bagus.. saya pun cuba la... oh... oh... memang bau unta.. tak tertelan.. tetapi saya kuatkan semangat.. dapat la 2 teguk.. blurrpp.. Alhamdulillah.. memang tak sanggup!!!! tapi demi khasiat yang ada pada susu itu, minum aje la.. original tau dari pada perahan unta terus kami minum... blluurrppp... kami ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat... Di masjid Hudaibiyah ada satu perigi di mana Rasulullah menggunakan perigi untuk minum.. pada satu hari, ada orang cuba meracun Rasulullah... dia meletakkan racun di dalam perigi.. Allah menghantar malaikat untuk menyampaikan kepada Rasulullah bahawa perigi itu telah diracun.. Kelebihan yang Allah beri kepada Nabi-nabi adalah air liur Mereka adalah penawar.. Rasulullah meludah di dalam perigi dan segala racun yang terdapat dalam perigi itu kembali elok.... hebat kan?? seterusnya kami terus ke Muzium Kaabah.. di situ banyak sejarah tentang Mekah.. kami tidak mendapat kelulusan untuk ke satu lagi muzium... muzium di mana semua barangan yang asal diletakkan di situ...

Pada 7 Maca pihak tour mengadakan tahlil perdana di Jabal Nur.. malangnya saya tak dapat join kerana saya demam teruk... tapi Alhamdulillah... saya dikenali ramai orang di dalam group saya... Mohammad, kami punya pegawai di Mekah dengan baik hatinya membungkuskan kuih mekah yang sangat sedap.. 1 kg = rm70... dia pass pada mak suruh saya makan.. siap dibungkuskan juga nasi arab untuk saya.. terima kasih Mohammad! saya sangat menghargai!!

Kami dapat ke kawasan di mana Rasulullah di lahirkan... tetapi tempat Rasulullah tidak menarik perhatian Jemaah yang hadir.. Kami dibawa oleh mak.. kalau tak kami pun tak tahu..

Kami tak ketinggalan untuk makan nasi Arab.. memang mahal!! kat sana, gambar kat order grilled chicken dengan nasi, tulis 13 riyal.. n then pak arab kata kalau nak nasi kene tambah 7 riyal... ha???? gambar tu??? ohhh.. tipah tertipu... so, kami beli jugak la.. tak kan nak makan roti n grilled chicken je.. balik singgah punya di kedai juice... seriously! sapa pi mekah tapi tak minum mango juice dekat shopping complex hilton sangat merugikan!!! superrrbb!! pure!!! 6 riyal.... saya antara pembeli setia.... samosa pulak... 2 keping = 1 riyal.. memang sangat sedap!!! kene jugak try yang tu! dan ice cream.. perghh!!! balik dari masjid, kami pasti lalu kedai ice cream... ice cream sana tak macam Malaysia.. memang sedap! satu cup 3 riyal.. lepas balik solat kami pasti beli.. itu sebab kami demam.. banyak sangat makan ice cream... ini semua cerita pasal makanan kan... cheese?? kat kedai runcit banyak tp saya ni bukan jenis suka cheese, so saya tak pandang pun cheese-cheese kat situ...

Untuk bershopping, kami ke kawasan menghala ke hotel saya.. tempat shopping di Mekah memang dah tak ada... saya ada beli sehelai jubah, same design n same material, harga saya beli 90 riyal.. dekat hilton 1500++ riyal!!!! dekat hilton tu kawasan orang arab kaya.. kite memang tak mampu la... kalau dari King Aziz Gate 1, ke kanan ke Bin Dawood.. so, pi ke kiri, jalan sampai atas.. nanti banyak la jumpa kedai jubah... jubah butterfly tawar sampai 90 riyal.. tp ada satu kedai saya dapat 80 riyal je.. hik hik hik... nak beli gelang + rantai + pape souvenirs semua dekat tmpt yang saya cakap.. Masa bershopping, saya nasihatkan buat anda wahai wanita, berhati-hati dengan lelaki Arab... mereka sangat gatal!!! kalau mereka cuba-cuba untuk menyentuh anda, cepat-cepat anda menjerit depan muka dia HARAM!!! HARAM!! baru mereka takut.. kebanyakan kedai Bangladesh yang meniaga.. Bangladesh ni kadang-kadang rasa tak sedar diri jugak.. boleh pulak nak jerit-jerit kat kami.. ada sekali kita tawar, dia boleh cakap "Malaysia Bakhil!!" masa tu saya dah tak fikir 2 kali, saya jerit la kat muka dia... Dia cuak.. Dia datang kat saya mintak maaf, tapi saya buat tak tahu... jangan bagi muka kat diaorang.. diaorang memang akan berlagak yang teramat! kalau dalam kedai ada Pak Arab, orang Malaysia dia buat tak tahu.. macam kat Madinah jugak...

Peminta sedekah kat sana terlalu ramai.. Jadi siap sedia lah menyediakan duet 1 riyal.. memang sangat banyak... jangan sekali terdetik cakap tak ada duet.. takut Allah makbulkan kata-kata, betul-betul tak ada duet... kami ke satu kawasan... ya Allah.. betul-betul menyayat hati saya.. mengalir airmata saya sebab terlalu sedih... terlalu ramai anak-anak black people yang dipotong tangan untuk dijadikan peminta sedekah...menjerit-jerit minta sedekah... Alhamdulillah.. hjt saya terlepas untuk membantu mereka walaupun tak banyak... tetapi apabila polis datang ke kawasan tu, mereka berciciran berlari.. dan apa yang saya nampak depan mata saya sendiri, duet mereka itu diambil oleh orang yang sihat anggota... saya rasa nak kasi tampar je orang-orang tu...

Di Masjidil Haram saya kerap dapat pelukan wanita Turki dan Arab.. hahaha.. ada seorang wanita tua dari Turki, dia kata dia sakit kaki.. dia bagi sign la kan.. saya pun tak faham bahasa diaorang pun... saya pun urutkan kaki dia... kesian la tgk dia.. dah tua.. tapi dalam hati saya sempat lagi saya cakap, "mak aii.. ini kaki ke kayu..." Astaghfirullah... cepat-cepat saya istighfar.... selepas tu Turki tu peluk saya, cium saya... hahaha... siap usap-usap kepala saya... bukan sekali saya dipeluk, di cium dengan Turki.. ada 2-3 kali.. kepala kene usap memang banyak kali... hahaha.. rasa macam baby....Alhamdulillah.. mereka mendoakan saya juga...

Alhamdulillah.. saya dapat berdoa di semua tempat mustajab.. cume saya tak dapat nak kucup Hajar Aswad.. takut saya.. takut perkara sunat jadi haram sebab berhimpit-himpit dengan lelaki kan...

Di sana, jangan lepaskan peluang minum air zamzam sebanyak yang mungkin ya.... sangat segar!!! saya minum sebanyak-sebanyaknya...

Buat yang mengirim doa, Alhamdulillah saya telah bacakan semua nya.... Semoga semua doa dimakbulkan Allah..

Pesanan saya, tak perlu belajar bahasa Arab ke sana, diaorang semua tahu cakap melayu, saya cakap arab, diaorang balas bahasa melayu deyhh...

Words yang kerap digunakan:

La' : tidak

Na'am / Aiwa : ya

Thoriq : jalan

Khalas : cukup

syukran : terima kasih

afwan : sama-sama

Oklah.. esok saya dah mulakan kerja... saya perlu rehat... Take care semua...

Buat yang nak tengok gambar Madinah dan Mekah, click di sini...

Sunday, March 11, 2012

::Madinah Al-Munawarah::

Alhamdulillah...saya selamat sampai di Malaysia jam 2 petang 10 Mac... Gembira kerana selamat sampai di Malaysia, tetapi terlalu sedih meninggalkan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram... Kita mulakan cerita dari Madinah dahulu..

Kami check in di Hayatt Hotel (berhadapan Concorde Madinah) selepas zohor.. Masjid Nabawi dan Hayatt Hotel lebih kurang 200 meter... suhu di Madinah ketika itu sangat sejuk...memang tak tahan pada mulanya.. nak ambik wudu' pun, tepuk-tepuk air di muka... keterujaan bermula apabila saya menjejakkan kaki di hadapan pintu besar Masjid Nabawi.. tergamam seketika melihat keindahan Masjid Nabawi.. di dalam hati terdetik, ya Allah betapa hebat nya ciptaan Allah.. mengalir airmata seketika... terlalu sayu di hati berada di Masjid Rasulullah... Menjejakkan kaki di bumi Anbia' sangat menyentuh perasaan... Kami terus ke pintu Umar Al-Khattab di mana pintu itu hanya untuk An-Nisa' (wanita)... Di setiap pintu masuk bagi An-Nisa' akan ada polis yang menjaga akan memeriksa beg yang dibawa masuk.. Di Madinah, camera dan hp camera sangat strict... tapi saya dapat jugak menyelusup masuk camera dan hp camera saya daripada ditangkap oleh polis.. saya letak kan di stokin.. Alhamdulillah terselamat... Kasut yang kami guna pada awalnya diletakkan di dalam rak... pada mulanya tak hilang tetapi pada waktu Isya' memang tak ada rezeki kami, kasut kami dicuri... (nasihat saya, sila bawak kantong kasut untuk dibawa masuk sekali ke dalam masjid nabawi...)

Madinah sangat penuh dengan umat manusia.. jika lambat ke masjid, pasti tak ada tempat... Subuh di Madinah dalam pukul 5 lebih.. Jadi pukul 3 pagi kami dah berada di masjid.. Saya terpaksa berebut dengan orang Turki, Pakistan, Arab, India, Indonesia... Maka kami orang Asia badan comey comey kalau nak compare dengan Arab n Turki.. Jangan pelik jika anda ke sana, ruang sebesar tapak kaki pun, bangsa lain akan menyelit.. orang Melayu tak ada macam tu.. seriously! ada sekali pada waktu Subuh ,tak ada ruang antara saya dan orang Turki.. datang seorang Pakistan ni, (kawasan masih lapang ketika itu...) dia nak menyelit kat saya.. saya hampir bergaduh dengan dia, banyak-banyak tempat, dah kenapa nak selit jugak dekat tempat saya.. dia geram dia pi cekik nya saya.. ya Allah.. saya hanya mampu beristighfar je... hati terlalu geram... datang seorang lagi Arab, nak selit antara saya dengan Pakistan tu, Pakistan tu buat tak tahu je, and the best part, boleh plak Pakistan tu kembangkan kaki dia.. haha..akhirnya Arab tu berjaya juga menyelit.. dan saya?? tersepit di situ... Itu semuanya ujian Allah... Mungkin Allah nampak kan ruang di antara saya tu, untuk menguji kesabaran saya mungkin.. (sebab saya ada sifat tak sabar kadang kala..)

Keesokkan paginya, saya dengan mak dan lain-lain berhajat untuk ke Rawdah.. Sampai je pintu 15, agak tergamam seketika... ya Allah.. ramai nya umat nak masuk Rawdah... Masuk je, polis arab terus menjerit, "Ibuk!! menuju kanan Buk.... " rupanya ada bahagian yang tulis "Bahasa Melayu".. yang pelik "Bahasa Melayu, tetapi majoriti Indonesia... errkkk... adakah Bahasa Indonesia dikenali Bahasa Melayu juga???? *confuse*... Setelah pintu untuk ke Rawdah dibuka, hanya Tuhan yang tahu, jika anda tengok kat TV cerita bagaimana perang bermula di mana berjuta manusia memulakan peperangan, begitulah keadaan di Rawdah.. Umat manusia berlari dan menggegarkan Masjid Nabawi... Jauh lagi nak masuk ke Rawdah.. ditapis 3 bahagian.. tadi baru bahagian pertama.... seterusnya baru dilepaskan orang "bahasa Melayu" ni... kami ke bahagian 2.. di sini, di suruh duduk lagi.. tetapi memang dah jadi sifat kita kan, duduk depan skali... so, bila kami bangun untuk ke depan, mesti polis arab akan menjerit... "Ibuk!!! dudukk!! dudukk!!! MasyaAllah... duduk!!!" saya je boleh buat gaya polis arab tu bercakap... kami rasa nak gelak pun ada ketika itu... sebab telo dia sangat comel... di sini, kami memang tak henti-henti buat solat hajat, berzikir, berdoa supaya dapat sampai di Rawdah... Turn kami untuk ke Bahagian 3... bersesak-sesak sebab semua berlari.... tapi ada kesilapan polis arab di situ, turn kami sampai ke Rawdah belum lagi, dah dilepaskan orang Syria ke Bahagian 3... orang Syria bukan macam orang Asia ya.. orang Syria besar-besar.. Masa tu saya hanya mengucap.. badan saya ditekan kuat yang teramat di situ... hampir pitam sebab kekurangan oxigen jugak.. tapi saya selalu ingat pesanan mak, kalau nak dipermudahkan segala urusan, baca Rabbi Shrahli... mulut saya tak henti-henti... ada orang Indonesia depan saya semua dah paut saya, ingat saya dah pengsan.. memang keadaan yang sangat teruk... tapi rezeki saya, saya dapat ke tiang Rawdah walaupun keadaan ketika itu sangat menakutkan... masa solat sunat di Rawdah, kepala saya di pijak, disepak... ya Allah.. tak dapat nak bayangkan ketika itu.... kalau nak tahu, kawasan Rawdah itu kecik je... saya ingat besar, rupa nya sangat kecik kalau nak dibandingkan dengan manusia yang ramai... keadaan tu ada 2 sahaja kemungkinan... yang pertama, samada berjaya ke tiang Rawdah @ terus ke exit... Saya, Mak n Kak Long dapat berdoa dan solat di kawasan Rawdah.. dan kemudian berdoa di kawasan karpet hijau... ada yang mengatakan kawasan berkarpet hijau juga adalah kawasan Rawdah... Wallahualam... selesai berdoa dan solat, kami terus meluru keluar sebab tak tahan melihat keadaan di situ... Makam Rasulullah betul-betul bersebelahan Rawdah.. tetapi kami tak dapat ke Makam Rasulullah, Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar... itu yang ada sedikit kekesalan... sebab terlalu ramai dan tenaga dah habis kerana berasakan di Rawdah... Kami terus menuju ke hotel... sempat jugak singgah di kedai pak Arab.. (sebab teringin makan nasi Arab)... agak terkejut sebab harga nya 20 riyal! mak aiii!! dimanakah nasi arab yang dikatakan 5 riyal??? errmm.. itu 7 tahun yang lepas....

Pada waktu petang, pihak travel membawa melawat kawasan dalaman di Masjid Nabawi.. Kami menuju ke Perkuburan Baqi' dimana disitulah Sahabat-sahabat Rasulullah di makamkan.. dan juga isteri kesayangan Rasulullah.. Saidatina Aisyah.. Kami diberi tazkirah petang diantara perkuburan Baqi' dan Makam Rasulullah... di Masjid Nabawi juga disediakan satu makam yang dikosongkan.. diberitahu oleh ustaz, makam itu adalah untuk Nabi Isa yang masih hidup dan diangkat ke langit.. Saya tak melepaskan peluang untuk melihat sendiri seorang hamba Allah yang cuba meruntuhkan masjid Nabawi tetapi disambar petir di kubah Masjid Nabawi dan mayat nya tidak boleh dibawa ke bawah dan akhirnya dikebumikan disitu... memang jelas saya nampak... dibawah kubah itu adalah Makam Rasulullah... Berbalik kepada Perkuburan Baqi'... Perkuburan Baqi' hanya dibuka kepada lelaki sahaja... untuk wanita tidak dibenarkan.. beruntungnya jika dapat dikebumikan disitu.. terdapat lebih 70 000 Sahabat Nabi yang dimakam kan di situ...

Kami melawat ke kawasan luar Madinah pulak.. Kami ke Masjid Quba' utk solat sunat.. Pahala solat di masjid Quba' sama dengan 1 umrah... kami lalu di Masjid Kiblatin (Masjid 2 kiblat) dan Jabal Uhud.. Di Jabal Uhud ada perkuburan sahabat Rasulullah antaranya Sayydina Hamzah dan beberapa orang lagi yang syahid.... dan ke Medan Perang Khandak.. Kami juga dibawa ke Bukit Magnet.. Bukit Magnet ni hanya berada di 2 negara sahaja.. Jepun dan Madinah... kereta boleh bergerak dengan free gear dengan kelajuan sehingga 140 km/j... masa nak naik tu perlukan tekanan minyak yang kuat sebab tarikan magnet yang kuat, tetapi bila turun, memang laju.. jangan salah faham ya.. bukit magnet ni tak tinggi mana pun dan jalan nya rata...pada saya tak de bukit pun... hahaha.. dan ada satu bukit ada tulisan Allah dalam bahasa jawi... kecewa nya pada gambar yang saya tangkap, tidak kelihatan jelas tulisan Allah... tapi sangat menakjubkan... meilhat kebesaran Allah... dan dikawasan tanah kering ada terdapat satu wadi (lembah) dimana air di lembah itu sentiasa dipenuhi air walaupun tempat tu sangat susah untuk hujan.. setahun sekali baru hujan tak silap saya... hebatkan ciptaan Allah... Kami ke Ladang kurma... Mutawatif kami kata boleh petik buah kurma.. tp sampai ladang, terdetik dalam hati saya, macam mana nak petik kurma sendiri kalau pokok kurma punya la tinggi.. biar benar!! kat sini saya shopping kurma banyak... emak??? jangan cerita la... lebih 20 kg mak beli kurma...

Untuk bershopping jubah baik untuk lelaki mahupun perempuan, beli lah dekat Madinah.. Madinah sedikit mahal tetapi kualiti lebih baik dari Mekah... saya menyesal beli 3 helai jubah saya di Madinah... sebab bila sampai Mekah, Mekah tak ada banyak pilihan untuk membeli jubah... Latest trend adalah Jubah Butterfly tapi ada mengatakan jubah Umbrella.. walahualam... itu menjadi kegilaan membeli.. sebab tak nampak seperti jubah...tetapi nampak seperti dress yang kembang dan cantik... tapi dari segi design di tangan, Mekah tak dinafikan banyak yang berwarna warni.. di Madinah banyak design warna hitam.. InsyaAllah lepas ni kurangkan pakai jeans la pi kerja...harga sehelai dalam 90 riyal... tapi kalau barang-barang lain better beli kat Mekah.. macam gelang yang budak-budak suka tu....

Esok pagi selepas subuh kami buat ziarah Wida' buat Rasulullah... ya Allah sedih nya ketika ini bila nak meninggalkan Madinah....

Perkara yang perlu anda tahu di Madinah :
- KFC sangat mahal... dan di sana tiada tempat makan.. beli dan bungkus.. tak ada sistem makan kat warung ya...
- Jangan pergi kedai bila kedai tu dipenuhi orang.. confirm diaorang tak kan layan lagi-lagi bila dalam tu ada Turki, orang Malaysia tak akan di layan...
- Setiap Khamis malam Jumaat, akan ramai bersedekah.. pada malam itu lah anda akan dapat banyak makanan percuma antara nya kurma, roti arab dan macam-macam lagi...
- Orang Pakistan sangat ramai dah macam perkampungan Pakistan di Masjid Nabawi... dan jangan lah terkejut kalau diaorg rude dengan anda.. sebab saya memang banyak kali kene dengan orang Pakistan...

Ok lah.. sambung esok untuk Makkah Al-Mukarramah.... :)

Gambar boleh lihat di sini... Si Ha