Saturday, May 14, 2011

Jauhkan diri ku dari segala musibah...

Assalammualaikum..

Hi everybody! hari ni saya nak share satu cerita.. memandangkan sekarang ini dikejutkan dengan cerita Acid Splasher, saya merayu sangat kepada semua untuk lebih berhati-hati.. Dalam keadaan macam ni, polis pun masih lagi melakukan penyiasatan, jadi kita tak tahu siapakah "acid splasher" ni... Jadi setiap kali untuk ke mana-mana cuba amalkan Ayatul Kursi 3 kali.. InsyaAllah kita akan dilindungi Allah.. kita hanya mampu berserah dan berdoa kepada Allah... Ini ada satu cerita untuk menunjukkan kebesaran Allah...

Kes ini berlaku di UK.. seorang pelajar perempuan yang baru saja pulang dari kelas, dia melalui jalan yang sunyi.. Ada seorang lelaki hanya memandang dia je, tetapi lelaki tu langsung tidak mengganggu dia.. Setelah dia berada di rumah, tidak lama kemudian, dikejutkan dengan kes rogol di jalan sunyi tu tadi.. dan polis meminta sesiapa yang berjalan di kawasan itu untuk memberi keterangan kepada polis. Perempuan ni dengan berani nya, pergi la membuat laporan polis.. dia terkejut sangat apabila mendapati lelaki yang ditangkap itu adalah orang lelaki yang sama dia lihat di jalan itu. Perempuan ni pun bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau merogol wanita ini sedangkan aku berjalan seorang diri sebelum wanita ini?" lelaki tu pun menjawab, "kau bukan berseorangan tetapi di kiri dan kanan kau dikawal oleh lelaki.." Perempuan tu terkejut dan baru dia sedar yang mulut nya tidak henti-henti membaca Ayatul Kursi...

Hebatkan kuasa Allah.. tidak salah kalau kita menjadi seperti dia juga... Setiap kali kemana-mana, kita cuba amalkan Ayatul Kursi.. InsyaAllah dilindungi Allah... :)

Ok lah.. Ini sekadar berkongsi.. Jumpa di entry seterus nya...

No comments :