Tuesday, May 31, 2011

Kisah Segelas Susu

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indahmusim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”

-Dr Howard Kelly-

Moral of the story, berbuatlah baik kepada orang, nescaya apabila kita mendapat masalah, pasti akan ada yang membantu kita...

Master Ohh Master : Selesai Menghantar Borang

Alhamdulillah last week berjaya hantar borang permohonan ke UUM... Harap-harap semuanya sampai dengan baik...

"Kawan-kawan, doakan saya dapat sambung master ya.... Risau sangat... Peringkat pertama dah selesai... Sekarang sedang menunggu peringkat kedua.. Keputusan kemasukan ke UUM... Harap-harap dapatlah... Ameen... "

Solat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “YaAllah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah


Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Harta Sepencarian..

Harta sepencarian bermakna harta yang dibeli selepas berkahwin tidak kira samada si suami yang mengeluarkan duit sendiri, mahupun isteri. Contohnya si suami membeli rumah selepas kahwin dan menggunakan sepenuhnya duit si suami, rumah itu tetap diklasifikasikan sebagai harta sepencarian kerana si isteri melaburkan dari segi tenaga untuk menjaga rumah itu. Jadi banyak perkara akan berlaku jika sesuatu tidak diigini berlaku antaranya cerai. Sebelum u all baca lebih panjang tentang harta sepencarian, ini nasihat saya, saya cadangkan u all belilah rumah @ kereta sebelum berkahwin.. Ini kerana jika you all beli selepas berkahwin, jika berlaku perceraian, maka harta itu akan dibahagikan dua walaupun u all seorang yang mengeluarkan duit.. Harap-harap jauhkan lah dari penceraian.. Nauzubillah.... ok lah.. teruskan membaca tentang harta sepencarian....

Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tuntutan biasanya ditimbulkan oleh isteri atau bekas isteri apabila membabitkan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkahwinan sama ada secara tak langsung misalnya urusan menguruskan rumah tangga. Sumbangan secara langsung misalnya isteri mengeluarkan modal terutama dalam bentuk kewangan untuk mendapatkan harta dalam tempoh perkahwinan. Begitu juga jika satu pihak itu meninggal dunia, pasangan akan meminta harta itu dibahagikan dulu sebagai harta sepencarian sebelum diisytihar sebagai harta pusaka.

Kitab At-Turuq al-Hukmiyah karya Ibnu Qayyim al-Juziyyah mengatakan, dalam tuntutan suami isteri membabitkan harta sepencarian, tuntutan hendaklah berdasarkan keterangan pihak yang membuktikan tuntutan itu.

Pemilikan ke atas sesuatu harta bukan berdasarkan kepada nama atas harta itu semata-mata kerana nama tertera belum membuktikan dia pemilik sebenar. Kenyataan itu dibuat dengan maksud adalah satu kezaliman jika hak milik sesuatu harta hanya diambil kira berdasarkan nama atas harta itu semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin menyumbang cuma namanya tidak dinyatakan ke atas harta berkenaan.

Rasional keharusan pembahagian harta sepencarian menunjukkan pengiktirafan syarak terhadap hak, habuan dan pemilikan pihak berusaha mendapatkan harta itu sepanjang perkahwinan. Hukum harta sepencarian tidak dinyata secara jelas. Cuma pembahagian itu dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak.

Prosedur pembahagian harta sepencarian juga tidak dinyatakan secara tepat dalam hukum syarak. Merujuk kepada amalan biasa penghakiman di mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian ke atas seorang isteri ditentukan setakat harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan.

Ini termasuk sumbangan isteri menguruskan rumah tangga, menjaga anak, melayan suami, menyebabkan suami merasa kehidupan yang tenang dan dapat menumpukan kerjaya sehingga suami dapat memperoleh harta dalam tempoh perkahwinan mereka. Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isteri.

Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 2003 menetapkan: Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu.

Kemudian seksyen 122 (2) menjelaskan, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian mengenai:

1.Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset itu,

2. Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka,

3. Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada.

Tertakluk kepada seksyen 122 (2), mahkamah hendaklah membuat pertimbangan sama banyak. Namun, mahkamah juga boleh memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara kedua pihak sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 122 (3).

Untuk menjalankan perintah di bawah Seksyen 122(3) mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 122 (4):

1.Takat sumbangan yang dibuat oleh pihak yang tidak memperoleh aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga,

2.Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada.

Tertakluk kepada pertimbangan seksyen 122 (4), mahkamah dengan kuasa yang ada boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Perbezaan harta sepencarian dan faraid adalah faraid pembahagian harta pusaka yang ditetapkan syarak kepada para ahli waris. Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala' (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan.

Hukum pusaka disyariatkan dalam Islam. Ia telah disahkan serta dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah serta ijma' ulama.

Saturday, May 28, 2011

He's a great brother!

Abang saya.. He's a great brother... u know why?? masa kami kecil, kami bukanlah orang senang.... semua orang mudah dapat apa yang mereka minta dulu, tapi tak macam keluarga kami.. bila orang dapat, kami hanya tengok saja.. Abang saya ni jenis tak membazir.. setiap hari dia akan menabung duit bekal nya... masa tu kami duduk di Melaka.. ketika itu umur saya dalam 6-7 tahun... kawan-kawan saya semua ada basikal, kecuali saya kerana mak abah tak mampu belikan... Abang saya pecahkan tabungnya demi nak membelikan saya basikal.. sedangkan ketika itu dia nak membeli barang yang diidamkan.. tetapi dia kesian dekat saya, dia belikan saya basikal, dia ketepikan apa yang dia nak.. Masa beli basikal, mak tanya dia, nak beli tayar mati ke tayar hidup.. tayar hidup yang bagus.. so, dia kata beli tayar hidup, dia nak yang terbaik untuk saya... itu sebab saya kata dia abang yang terbaik.. saya memang tak terbalas jasa dia... tapi pernah terdetik dalam hati saya, bila saya dah kaya nanti, saya akan belikan anak-anak dia pulak basikal yang best... tanda terima kasih saya kepada dia... Thanks a lot Abang! You're a great Brother in the world!

Sunday, May 22, 2011

Doa yang sempurna...

Jika kita ingin meminta sesuatu @ berdoa, doa kita biarlah lengkap.. Bagitau secara specific apa yang kita nak di dalam hidup.. Doa kita adalah antara kita dan Allah sahaja... Allah mendengar doa kita... Kakak saya pernah share dengan saya, dia kata setiap lepas solat dia akan berdoa dan bagitau apa yang dia nak dalam hidup dia.. Alhamdulillah, Allah makbulkan... Bila bercerita tentang berdoa ni, saya ada la cerita saya sendiri....

Saya pernah berdoa untuk tengok bilik bedah.. Tapi saya tak specific kan.. dalam doa saya, saya cakap saya nak masuk bilik bedah... ya.. Allah tunaikan doa saya, tapi saya sebagai pesakit yang akan dibedah.. saya pun terfikir, "ooo.. aku ni berdoa tak lengkap.. sepatutnya aku berdoa, Ya Allah.. bagilah aku peluang masuk bilik bedah untuk melihat keadaan bilik bedah tetapi bukan sebagai pesakit, sebagai seorang pelawat.. " itu adalah doa yang lengkap....

Dan ada satu perkara lagi, kadang-kadang saya ni gila jugak.. ada ke patut berdoa yang bukan-bukan.... saya selalu tengok orang pi bar @ pub @ kelab malam... saya pernah bagitau cousin saya, saya teringin sangat masuk pub bukan untuk berhibur tetapi nak tengok keadaan nya untuk 5 minit saja.. datang nya pelik pada diri saya, kenapa la tmpt maksiat ni yang dikejarkan anak-anak muda... cousin saya agak terkejut.. gila apakah yang saya sedang lakukan.. dengan bertudung... Impian saya dimakbulkan.. ada seorang rakan saya mengajak saya untuk ke satu tempat makan, dia kata ada majlis makan-makan.. saya pun join la dia... saya agak terkejut, apabila tempat yang saya pergi tu adalah bar.. tergantung arak-arak.. music yang kuat sehinggakan tidak menghormati azan langsung... saya tanya dia, ada majlis apa.. tetapi dia rahsiakan daripada saya, tapi saya dapat tangkap itu adalah majlis MLM... agak kecewa sedikit di hati saya, majlis MLM, di buat di bar dan paling menyedihkan semua nya ada orang Islam.. Masa tu makanan dia saya tak sentuh langsung.. kat mulut saya tak henti beristighfar.. ya Allah selamatkanlah perjalanan pulang ku ke rumah.. saya takut jikalau apa-apa terjadi kat saya daam perjalanan pulang,,, itulah kali pertama dan terakhir.. dan selepas tu saya mintak saya dijauhkan dari segala nya..... berikanlah yang terbaik untuk diri saya.....

Tuesday, May 17, 2011

Manfaat Sedekah

KEMATIAN BOLEH DIUNDUR
(Yusuf Mansur)

Kematian memang di tangan Allah. Maka ada satu hal yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang bboleh ditunda, iaitu kemahuan bersedekah.

SUATU hari, Izrail mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”

“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi.”

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” Habis berkata seperti itu, Izrail pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu esok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.

Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap boleh melangsungkan pernikahannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrail, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi? Izrail menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan Allah. justeru itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad shalla `alaih bahwa sedekah itu boleh memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahwa ada sesuatu yang bisa menunda kematian, itu adalah…sedekah.

Maka, tengoklah kanan-kiri Anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda melihat kesusahan, maka sesungguhnya Andalah yang patut pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu digelar Allah untuk memperpanjang umur Anda. Tinggal apakah Anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.

Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memperpanjang umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memperpanjang umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar ampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian yang datang.

“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan” (An-Nisaa: 78)

Top 10 Poisonous Food We Love to Eat

Everyday we chow down on food produced from plants that carry deadly poisons. Most of the time we don’t need to be concerned with this as the mass production of fruit and vegetables ensures that we are usually safe, but from time to time people accidentally kill themselves by unwittingly eating the wrong part of a plant. In order to ensure that this never happens to you, I have put together a list of the most commonly seen poisons that we come in to contact with in our kitchens.

10. Cassava (Yuca)

Though not too widely used in the United States , cassava is a woody shrub that is generally found in the Caribbean and South America . When using cassava, it can either be made to be sweet or bitter. The taste, as well as the smell, all depends on the amount of cyanogenic glucosides, which are in fact, extremely poisonous. Most who prepare it like it to be bitter, as it keeps away insects and even animals. If cassava is prepared incorrectly, it can be deadly. Cassava poisoning, due to high levels of cyanide, is known as Konzo. Cassava poisoning leads to irreversible paralysis.

Interesting fact: Cassava roots are ground into a flour-like substance which is then used to make tapioca. Cassava leaves contain cyanide but if pounded into a paste with flour and left in the shade for 5 hours, the cyanide is broken down.



9. Pufferfish

Pufferfish stand to be the second most poisonous vertebrate in the world. Though you won’t find pufferfish in the U.S. , many in Korea as well as Japan find some parts of the fish to be delicacies. However, certain organs of the fish, such as the liver, as extremely toxic, and can be deadly. The poison in the fish, known as tetrodotoxin, can cause numbness, high blood pressure, and muscle paralysis, which is what leads to death as the diaphragm muscles become paralyzed, disabling breathing. Known as fugu when eaten as a meal, many in Asian countries refuse to not eat the fish.

Interesting fact: Pufferfish has been made illegal to be eaten by the Emperor of Japan .


8. Mushrooms

There are about 5000 types of mushrooms known in the U.S. and about 100 of them are said to be toxic, while less than a dozen are deadly. In any case, mushrooms can cause gastrointestinal discomfort. Since mushrooms are fungi and the fact that there are so many species, it can be hard to know which are poisonous. As rule of thumb, it is usually said that any mushroom found in the wild are more than likely poisonous. One of the deadliest types of mushroom toxins is Alpha-amanitin, which causes extreme liver damage. Toadstools, as they are called, are the poisonous mushrooms.

Interesting fact: There are 38,000 known kinds of mushrooms; about 5% of these are toxic.


7. Cashews

Though really seeds and not nuts, cashews grow inside of a shell-like structure that grows on a fruit. When buying “raw cashews” in the store, take note that these nuts have actually been steamed and are not entirely raw. This is because raw cashews contain urushiol, which is the same chemical that you’d find in poison ivy. It can cause the body to have a very similar reaction to one experienced from poison oak or ivy. If a high level of urushiol is ingested, it can be deadly. Cashew poisoning is rare, but those who handle them in order to manufacture them to get the shell off sometimes experience the side-effects.

Interesting fact: Cashews come from a fruit, which in South American countries, is eaten, and the seeds (cashews) are then thrown away.


6. Chilies

You’ve probably eaten a chili or two in your life. No matter if it was an extremely hot one, or one that was pretty mild, every chili you have ever consumed has contained a chemical called capsaicin. In chilies, capsaicin is what makes them spicy and “hot.” Of course one chili won’t hurt, but if you eat enough of them, capsaicin can kill you. The chemical is so strong that it is used as a paint stripper, and it is even used in pepper spray used by police forces. In hotter chilies, such as habaneros, capsaicin can be felt on the skin if you cut the chili, as it will produce a burning sensation.

Interesting fact: Chilies are extremely high in Vitamin C. One green chili pod is said to contain about 6 times as much Vitamin C.


5. Potatoes

We’ve all heard something or another about potatoes. Whether it is the potato famine, some Irish story, or some other historical event centered on potatoes, one thing you may not have heard of is that potatoes are toxic. The stem and leaves of the plant are toxic, and even the potato itself is toxic. If you’ve ever looked at a potato, you may have realized that some turn a greenish color. This is due to levels of glycoalkaloid poison. In the past, there have been deaths due to potato poisoning. It is rare, but most happen due to someone drinking potato leaf tea, or eating green potatoes. Death doesn’t come suddenly. It usually results in weakness and then a coma. Don’t worry about having the occasional green potato chip, but do discard any potatoes that have green eyes, sprouts, or greenish skins, rather than prepare and serve them, especially to children.

Interesting fact: Potatoes make great food for astronaut! In fact in 1995 potato plants were taken into orbit on the Columbia and actually grown.


4. Almonds

Almonds, most always said to be nuts, are actually seeds and are extremely popular in kitchens around the world. Much like cashews, almonds are extremely poisonous if not introduced to some sort of heat source. It is generally the bitter almonds that need to be treated to get rid of the poison. The seeds are full of cyanide, and in many countries are illegal to sell without having been processed in order to get rid of the poison within the seed.

Interesting fact: Almonds are said to be one of the earliest cultivated foods, being mentioned in the Bible’s Old Testament.

3. Cherries

Cherries are definitely one of the most versatile fruits. You can eat them raw, cook them, bake them, and get them tart or sweet. Cherries can even be used in certain types of liquor. Despite their overall red goodness, cherries are toxic. If you’ve ever eaten a cherry and without thought chewed on the pip or left it in your mouth, you more than likely introduced hydrogen cyanide into your body. If a cherry pip is chewed, crushed, or somehow damaged, it automatically produces hydrogen cyanide. Symptoms of mild poisoning include headache, dizziness, confusion, anxiety, and vomiting. Larger doses can lead to difficulty breathing, increased blood pressure and heart rate, and kidney failure. Reactions can include coma, convulsions, and death from respiratory arrest.

Interesting fact: Cherries contain extremely high amounts of Melatonin which is good for helping and keeping the body regulated.


2. Apples

Apples are definitely a popular fruit no matter where you go. Like others on the list, and many other types of fruits, apples contain cyanide, but not in high levels. The fruit itself does not contain the chemical, but you will find cyanide in the apple’s seeds. Eating all of the seeds in one apple won’t kill you, but it’s definitely not recommended. Of course, if enough apple seeds are eaten, this means chewed and swallowed, it can result in complications.

Interesting fact: Apples float because at least 25% of their mass is nothing but air.

1. Tomato

Despite the extreme popularity of tomatoes and many countries, it is true that they are poisonous. Though the fruit itself doesn’t contain poison, the stem as well as the leaves contain a chemical known as glycoalkaloid. Higher levels are said to be found in wild tomatoes, but those grown domestically still contain glycoalkaloid. This chemical is known to cause upset stomachs and nervousness. The leaves and stem can be used in cooking for flavor, but must be removed before eating. This chemical is so powerful that it is actually used as a way to control pests.

Interesting fact: In 1893, in the U.S. Supreme Court case Nix v. Hedden, it was argued whether or not a tomato was a vegetable or a fruit, which dealt with taxes being paid on vegetbles and not fruits. In the end, the court ruled that a tomato is a vegetable when referring to the Tariff Act, but is botanically a fruit.

The Most Fearless Cleaners