Saturday, August 20, 2011

Siapa kita di mata orang lain..

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?“

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dengan kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga.”

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi pada mata@pandangan Ilahi.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal, kerana sesungguhnya diri kita sebenarnya amat berharga.

Kita semua di sisi Allah adalah sama saja. Yang membezakan kita ialah KETAQWAAN kepadaNya. Siapa yang lebih bertaqwa, maka dia lah yang lebih baik.

Thank You Everybody!!

Thank you everybody yang buat suprise sempena umur yang ke 2+... hihihi.. Thank you kepada Mak n Abah for everything.. taking care of me.. I luv u so much Mak n Abah!! Thanks to Kak Num for the present.. Really like it!!! Thank you friends for the presents!!! Flowers + fruits, baju, buku, cakes... Thank you so much... wahhh.. mentang-mentang Hajar cakap Hajar suka makan indulgence, semua orang belikan Hajar indulgence.. Boleh muntah darah makan cake...Next year boleh tak request black forest pulak??? And yang paling istimewa adalah ucapan dari u all semua!! Thanks for the doa... ya Allah.. hanya Allah saja mampu membalas segala-galanya.. terasa seperti artis tau on 17th august tuh... semua msg, call, wall post.. dr pagi seronok je me"reply" msg-msg.. walaupun saya tahu ada di antara u all yang sangat busy, tp mereka x lupa untuk wish.. seriously, I am very happy...

Memandangkan this year dah berumur 25, so this is the best time for me to find my life partner.. ya Allah.. permudahkan lah urusanku.. Semoga pada umur 25 ni saya dapat menunaikan umrah.. InsyaAllah.. semoga tiada halangan untuk menunaikan umrah bulan 2 ni... tak sabar sangat di hati ini nak tengok Baitullah.. rindu yang teramat untuk ke sana..

Thank you so much once again!

Saturday, August 13, 2011

Spain Architecture

Nikmat Syurga

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." JawabNabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas

1. Pohon Syurga

Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya)) Riwayat Muslim

2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga

(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.

Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat Muslim

3. Pasar Jumaat

Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat Muslim

4. Sungai Syurga

(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.

5. Bidadari Syurga

(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.

6. Makanan dan Minuman Syurga

(Al-Waaqiah: 20 & 21) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

# AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGATAKAN BAHAWA PENGHUNI SYURGA AKAN DAPAT MELIHAT ALLAH. Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya!

(Al-Qiyaamah: 22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.

“SABDA RASULULLAH S.A.W :(SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU” Riwayat Muslim

Lama nya tak ber belog!

Wahhh!! Bila tengok-tengok kalendar baru tersedar lama tak update belog.. sejak cik Siti Hara ( I like this name actually! thank u Dai! ) sakit disebabkan operation "gila" dilakukan oleh sebuah klinik pakar gigi di Damansara... tetiba pulak rasa nak bercerita apa yang terjadi..... My wisdom tooth tumbuh n tak cukup space.. al-maklum ler.. mulut kecik sangat... so, tak cukup le kesemua gigi nak keluar.. memandangkan gigi nya dah terkeluar dr space (sbb tak cukup space tuh tadi, nak keluar jugak, tapi senget) so bergesel la dengan pipi... agak sakit la jugak kan.. Saya pun ke sebuah klinik ni... dengan harapan doctor ni cabut la gigi tuh...

Sesampai di klinik tuh....

Mak aaiii!! ni beranak ke apa ni???!! setakat cabut sebatang wisdom tooth sampai RM800!!! tapi jumpa jugak la doctor.. sebab dalam otak fikir "alaa.. kenanga bayar separuh nanti.. tak de hal la.. kang pi govt lagi teruk dikerjakan.. " mintak maaf hospital govt! Setelah berjumpa dengan dentist ni, dengan confident.. boleh cabut ni.. xde hal.. without asking any question... dia tak tanya Cik Hara ada allergic apa-apa ka... no!!! langsung tak menanya.. dia terus la mengambil perkakas-perkakas nya.. rasa nya macam kat bengkel pulak.. nampak mcm hammer ada... screw driver ada.. spanar ada.... Doctor ni pun memulakan la sesi pembiusan... setelah kebas, dia pun memulakan mengambil ala-ala screw driver.. dia ketuk-ketuk gigi saya macam nak gila!! sekejap ke kiri sekejap ke kanan.. dah rasa lama sikit dia ketuk, dia ambik plak macam spanar tuh, dia duk pi tarik je wisdom tooth.. tersepit pulak bibir ku.. aiseyhh! luka sia-sia... dia kata tak boleh, dia sambung lagi duk mengetuk gunakan screw driver.. memang pelik la! tak pernah dibuat orang macam tuh... setelah setengah jam di kerja kan mulut cik Hara ni, dia suruh pi x-ray.. apa ni doctor! dah half way baru nak x-ray.. dr awal tak nak x-ray! masuk lagi treatment room, dia sambung lagi mencabut.. and after one hour, dengan rasa tak bersalah dia cakap tak boleh cabut.. next week datang cabut dengan doctor lain... ha???!!! doctor ni gila ke apa???!! kau dah buat mulut aku macam mulut lembu, kau boleh tak habis kan kerja.. dengan muka blur, keluar kene juga charge RM100... dah ler tak cabut.. boleh charge lagi tuh!

Sesampai nya di ofis..(Opis dengan clinic ni satu floor)

Dengan rasa ketidakpuashatian terhadap doctor itu tadi, duk la bercerita dengan officemates.. semua macam tergamam ok! dan apabila nak makan ubat.......

Tiba-tiba...

"kak Ikin.. sejuk sangat la.. kaki sakit sangat ni!!!" air mata macam nak berjurai je....
"kita nak baring!! kita nak baring!! " korang tahu la kan bila hajar sakit.. mesti akan macam orang gila sikit....

Makin lama makin teramat sakit.. dan makin lama dari muka hingga la ke kaki, dah biru... menjerit-jerit kesakitan...

dan masa itu jugalah ramai suruh ingat Allah... ya la.. mengikut cerita mereka yang dalam keadaan tuh, Cik Hara seperti tak panjang umur keadaan nya... mereka ingat saya kene sawan...

Wah.. Panic ar satu kenanga..." Budak kecoh" tetibe sakit depan mata.. dengan pantas dan segera, staff lelaki berlari memanggil doctor dari clinic segara dan clinic gigi tuh.. tapi doctor clinic gigi tuh tak nak datang, dia kata sakit sikit je.. dats why la makcik Eton nak buat police report.. doctor take for granted! Datanglah Dr. Suvin dr clinic segara... terus bagi steroid... "ni kene warded ni.. bahaya sangat ni... " mulut cik Hara boleh lagi menjerit kan... "sesape call ambulans, memang kene dengan Hajar!! Hajar nak pi Kuching esok!!" dalam otak ni fikir holiday lagi di saat-saat macam nak mati ni tadi.... hajar hajar....

Tapi yang saya tak boleh lupa, Abg Mat suh kak Sal ajar saya mengucap... dan saya jugak tak boleh lupa Lily Teoh menampal macam-macam sticker kat badan saya... (kepercayaan orang Cina).. memang bomoh Cina betul la Lily Teoh...

masa tuh non-stop muntah... bila di check-check, rupanya saya ni allergic kepada "UBAT BIUS" tapi ada doctor kata sebab saya terkejut doctor tuh buat separuh jalan je....tapi saya memang tahu saya ada allergic ubat bius tapi xde lah seteruk kali ni....

Boss suruh rest di bilik Kenwealth n petang tuh saya kuatkan semangat untuk drive balik ke rumah.. barang tak packing lagi... masa tuh saya memang teramat sakit... kalau saya warded, confirm semua tak pi sarawak.. saya bawak saudara mara ke sana... jadi saya kene kuat.. ya Allah, sepanjang malam saya berdoa supaya Allah bagi saya kekuatan untuk pergi Sarawak.. Walaupun keadaan masa tuh agak teruk dan saya demam di Sarawak, impian saya tercapai jugak..

Selepas pulang dari Sarawak, saya pergi kerja keesokan hari nya walaupun saya demam... selepas beberapa hari, saya buat operation wisdom tooth di hospital kerajaan sebab saya ada masalah allergic bius.. because sangat rare orang yang allergic pada ubat bius ni.. so, kalau buat di government, at least, oxigen n bilik bedah gigi tuh sebab emergency ward... Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...

Dan apa terjadi pada clinic tuh.. hahahhahhaa!!! saya gertak ar dia nak saman!! gila ka dah buat orang macam nak mati, n then lepas tangan je... Manager clinic tuh call merayu mintak maaf dan tarik balik niat untuk menyaman clinic diaorang... sebab diaorg tahu diaorg salah... kesalahan mereka adalah :
1. tidak melakukan x-ray sebelum pembedahan
2. tidak menanya langsung kepada patient ada masalah ubat-ubatan atau tidak
3. yang buat tuh bukan pakar wisdom tooth tapi pakar pada perkara lain.. seperti bleaching, scaling dan lain-lain..

So, itulah sebab nya saya dah lama tak update belog saya kerana saya sakit... :(

Tuesday, July 19, 2011

Kepala Saya Sakit Sangat...

Ya Allah.. saya tak tahu kenapa dengan saya.. Lately ni kepala saya sakit yang teramat.. saya tak mampu buat kerja seperti biasa.. Macam nak pitam pun ya... Doakan saya sembuh seperti sediakala ya...

Monday, July 11, 2011

Doakan Ayah...

Saya mohon doa dari semua... Pakcik saya yang saya panggil Ayah telah dimasuk kan ke hospital.. Mengikut cerita mak, Ayah start sakit dada petang semalam.. Malam tadi keadaan semakin teruk.. So, pagi tadi mak melawat ayah.. Rumah ayah sebelah rumah saya di Johor.. Mak kata keadaan ayah dah macam orang nazak.. So, mak paksa Abg Boy (anak ayah) hantar ke hospital.. On the way ke hospital, ayah dah tak boleh bernafas terus.. Terus ke klinik untuk dapatkan oxigen dan terus ke hospital menggunakan ambulans.. Sampai je di hospital, ayah terus dimasukkan ke emergency ward.. Mengikut berita yang telah dapat dari Abg Pudin, jantung dan paru-paru ayah dipenuhi air, manakala usus ayah membengkak... Lidah dan badan kering... Puncanya adalah kencing manis... Sama-sama doakan ayah sembuh ya.. Masih menunggu berita dari mereka yang sedang berkumpul di hospital..

"Ya Allah.. Selamatkan lah Ayah.. Sesungguh Ayah telah banyak berkorban untuk kami ketika kami kecil.. Ayah menjaga kami ketika Emak dan Abah kami mencari rezeki.. Ayah menjaga kami dengan baik.. Selamatkan lah Ayah Ya Allah.. " :(

Hasil Lukisan Untuk Malam Ini! Hajar Happy Sangat!

Sunday, July 10, 2011

Review "Tolong! Awak Aku Pontianak!"

Hari Khamis lepas, saya pi tengok wayang.. dengan cousins saya.. Ain n Nina.. Entah buang tebiat kenapa, kami nak tengok cerita "Tolong! Awek aku Pontianak!!" I thought the movie ni memang seram, sangkaan saya silap.. cerita ni LAWAK SANGAT!! start dari mula sampai la akhir, rasa nak pecah perut duk gelak.. Hantu nya agak menakutkan tapi kalau dah cerita kelakar, hantu seram pun jadi tak seram... Tapi mungkin sebab kurang advertise cerita ni, so ramai tak tengok.. Tapi cerita ni memang best! Saya kasi 10 stars! Kalau tak percaya pi la tengok!!!

Hidup Aaron Slam Bach! wahahaha!

Seoul Garden!

Hi! Kali ni entry pasal tempat makan pulak.. Ok.. Seoul Garden... U all tahu i boleh duduk makan kat sini, start 5-9 pm untuk makan.. I stop waktu maghrib untuk solat je... (psst: kang ada orang fikir I x solat pulak..) So far, steak n steamboat super duper best! Last I pergi Last April.. Farewell Syed.. Masa tu I makan macam tak ingat dunia... Ok, let me tell u apa yang best sangat kat Seoul Garden ni ok...

1- Kita ambik buffet.. Harga pun murah tau! Harga seperti dibawah.. (Psst: rugi kalau bawak orang tak suka makan ya.. membazir!) Bawak Hajar untung sebab Hajar memang sangat suka makan!

2- Makanan yang disediakan pun super duper best.. Kita pilih daging, sotong, udang, lala buluh(I x tahu nama scientific nya..) n then kite main bakar-bakar la.. itu yang best.. Makan bersama sos yang sedappp!! sesiapa yang suka kimchi, sudah tentu disediakan.. Nama pun SEOUL cik Hajar... makanan utama orang Korea kan Kimchi... pande.. pande.. (means pandai-pandai .. tu bahasa jawa..)

3- dessert nya pun best best sangat.. ada ABC.. masa I pi tu ada kek.. alamak I.. favourite I tuh...

4- kepada mereka yang memang tak boleh tanpa nasi, don't worry.. kat situ ada disediakan mee goreng, nasi goreng, n memcm lagi untuk makan bersama dengan daging yang telah dipanggang @ mahu pun telah direndam di dalam steamboat tuh.. hahaha...

So, I dengan ini mencadangkan untuk you all pergi makan ke Seoul Garden yang best sangaaattt ni.. I pun nak pi jugak.. tp kene tunggu orang bawak la.. I makan sorang tak syok.. Mesti ada geng.. Itu lagi menjadi nak makan!

Ok lah.. C u in new entry!

Have a nice day friends!

Tweet!! Tweet!!

Hye Everybody! Sekarang Hajar dah pandai main twitter... yeayy! Finally.. Otak kembali geliga jugak setelah setahun belajar macam mana nak guna twitter ni.. hihihi...

Hey! Jom! Share with me ur story @ twitter!!! let's together tweet each other! I follow!! (Abang SY, saya pinjam trademark ya... wahahha!)

Wednesday, July 6, 2011

Cinta yang diredhai...

Cinta itu indah jika ALLAH menjadi matlamat utama.. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita..

Ya ikhwan,daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,jika kau hilangkan agama pada dirimu,hilanglah cintaku padamu.. Ya RABBI,kurniakan daku seseorang yang ku perlu,bukan yang ku mahu.. Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU,agar bertambah kekuatan cintaku kepadaMU..

Jagalah cintaku ini agar tidak melebihi daripada cintaMU..

Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU,agar ku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu sahaja..

Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMU,Ya ILAHI.. Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU.. Jagalah keni'matan mencintai kekasihMU,agar tidak melebihi keni'matan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..

Jagalah rinduku padaAnya agar tidak ku merindukan syurgaMU..

Ku mendambakan cinta suci yang terjaga,cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya,hubungan ini kan terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan YANG MAHA KUASA..

Ya ALLAH,Ya Rahman..Ya Rohiim..andainya dia adalah jodohku yang ditetapkan olehMU kepadaku,Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah cinta keranaMU,dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah cinta keranaMU jua..berikanlah kami kekuatan,kesabaran & keimanan yang teguh agar pasrah dalam menghadapi ujianMU.. ALLAHUMMA AMIIN......

Tuesday, July 5, 2011

Sunday, July 3, 2011

Sejarah Bola Sepak

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik

Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:

§ pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.

§ pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.

§ penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

Cara permainan

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan,extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

Kejohanan antarabangsa

Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadiumbola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik

Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:

§ pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.

§ pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.

§ penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

Cara permainan

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan,extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

Kejohanan antarabangsa

Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.

Friday, July 1, 2011

Jom sama-sama buat amal!!

Kali ni hajar nak ajak u all buat something....

Mesti setiap minggu ada pasar malam kan kat kawasan rumah.... Haaa!! Jangan tipu cakap tak de ehh... So, apa kata kali ni sebelum pergi, sediakan RM1 dalam 10 keping... Dan setiap kali u all nampak orang minta sedekah, ambik sekeping note tuh letak dalam bekas dia.. Boleh kan?? RM1 dapat ape kan sekarang... Kalau kita semua bagi dia RM1, lepas duit makan dia... Kita kene bersyukur kita bukan ditempat dia.. dan diaorang pun tak nak jadi macam diri dia sendiri... Satu lagi, kalau orang nak bersedekah ni kan, kalau dia cacat je baru nak bersedekah, tapi kalau orang yang nampak sihat semua, u all mesti fikir, ni mesti malas bekerja.. next time jangan berfikir macam tuh... Kita tak tahu masalah dia.. Mungkin dia ada masalah lain... Friends, always positive thinking ok! Tak salah kan kita bagi dia... Allah telah menjanjikan kepada mereka pahala yang berganda dengan bersedekah.. Best nyee.. U all tak nak ke???? Boleh kaaann...

Lepas ni setiap kali nak pi pasar malam, ingat muka saya, mesti akan ingat note saya ni.... hihihi...

Hati saya tersentuh melihatnya....

Hari ni hari Jumaat.. kebiasaan nya lepas balik kerja terus ke pasar malam... untuk mencari makan malam dan membeli beberapa bahan basah untuk dimasak sepanjang minggu.. Kali ini saya tertumpu kepada seorang lelaki cacat... Hati saya terdetik, lelaki ni cacat ke atau gila? Sebab saya lihat dia berkaki ayam dan sangat comot.. Jadi setelah lama saya tenung, (masa tu kak Liza (housemate) sedang membeli barang-barang dia, tu sempat tenung..) saya melihat kesan jahitan di kepala, dan beberapa bahagian yang nampak seperti seorang yang mengalami kemalangan teruk.. Pada ketika itu lelaki itu tengah duduk, so saya expect dia cacat mental bukan physical... Jadi saya teruskan perjalanan, ke bahagian lain dan.. apa yang saya lihat menyayat hati saya.. Dia bukan berjalan normal seperti kita.. dan juga bukan seperti orang cacat lain yang jalan nya terdengkut-dengkut... tetapi cara jalan nya seperti kangaroo.. saya tak menyamakan dia macam kangaroo.. cuma cara nya sahaja.. melompat-lompat dan selepas itu berhenti... semua orang memandang pelik pada nya... saya percaya dia sangat penat... dan ketika itu baru saya tahu kenapa dia tidak memakai selipar.. kalau dia pakai selipar, sudah tentu selipar nya akan tercampak jauh.. Saya berjalan di depan dia, tiba-tiba dia bersuara... "saya sangat penat kak... " mengalir airmata saya melihat keadaan nya...sempat juga saya membalas kata-kata dia, "perlahan-lahan ya.. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan perjalanan awak.." ketika itu juga saya minum sambil berjalan.. sempat lagi dia mengingatkan saya, "kak, minum kene duduk.." saya hanya mampu memberi senyuman seikhlas hati saya dan mengangguk tanda faham... dan kak Liza membalas kata-katanya sambil tersenyum, "kakak ni dah haus sangat balik kerja.. " dan lelaki itu membalas senyuman manis kepada kami... Satu perkara yang saya cukup bangga pada lelaki ini, dia langsung tidak minta simpati dan bantuan orang lain.. dia berusaha sendiri walaupun kita sendiri tahu betapa sukarnya dia berjalan.. dan saya percaya dia ke pasar malam adalah untuk membelikan makanan keluarga nya.. kerana kuantiti yang dibawa nya sangat banyak.... Saya cukup bangga dengan dia!

"Ya Allah.. Jikalau Engkau mendengar doaku, Kau permudahkan urusannya Ya Allah.. Berikanlah kekuatan pada diri dia melalui liku-liku kehidupan ya Allah.. dan jangan sesekali dia diganggu anasir-anasir ya Allah.. Ameen.."