Thursday, August 27, 2009

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita

ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan

mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari

esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,

jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,

dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi

khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut

menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat


Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah

LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati

dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Sunday, July 19, 2009

Sedar atau tidak???

Setiap kali pergi mana-mana wedding sekarang ni, door gift nye mesti kipas.. tapi samada kita sedar atau tidak, pada kipas itu ada lambang Salib.. saya perasan ramai kawan-kawan UiTM saya guna nya tanpa perasan lambang tu.. Cube you all perhatikan betul-betul gambar ni..




Lepas ni kita kene lebih berhati-hati...

Thanx to Kak Ward kasi pinjam hp untuk tangkap gmbr...

-Hajar

Sunday, July 5, 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Pramugari koma di Mekkah

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila iaitu peristiwa yang berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.

sebaik sahaja wanita itu mencecahkan kakinya bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.


Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu yang koma itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." itu dah terlambat!.


Saya ambil dari satu blog ni untuk saya share di sini...


Monday, June 15, 2009

Guangzhou- Shenzhen

Alhamdulillah.. akhirnya berkesempatan juga nak bukak blog... percutian kali ni sangat best + bagus.. Thanx a lot to IslamiChina for the best services.. InsyaAllah next time kami ambik lagi dengan anda semua... ketika di airport sebelum terbang, kami ada masalah di mana seorang daripada makcik kami tak dapat pergi kerana masalah-masalah tertentu.. sangat sedih.. =(.. it's ok, next time boleh join kami... Alhamdulillah kali ni saya berpeluang untuk menunaikan solat hormat waktu di dalam kapal terbang pada waktu subuh.. selama ni belajar je tapi x buat secara practical nya tapi kali ni dapat juga lakukan..

Setiba nya di airport Guangzhou, tak sangka la pulak "angkasawan-angkasawan" yang baru tiba d di bumi nak buat pemeriksaan influenza H1N1.. haiyaa.. satu jam berpanas dalam kapal terbang.. ada pulak seorang Chinese ni demam... sebaik kami semua tak dikuarantin.. kalau tak sia-sia je percutian di hospital Guangzhou...

Keadaan Guangzhou agak panas + kering, itu menyebabkan tekak kami sakit.. uhuk uhukk... tp itu tak menghalang kami untuk menghabiskan duit "berguni-guni" untuk bershopping... activity pertama kami, tak lain tak bukan.. MAKAN... makanan yang dihidangkan superb! 1st class! delicious! marvelous!antaranya ehh.. kambing.. bebek.. apakah itu bebek?? cari sendiri...12 jenis lauk sekali makan.. wah.. puas hati betul.. dari segi makanan, memang tip top! tak rugi ambik islamichina.. wah.. jadi promoter sekali..

tempat kami pergi pun semua besssttt.. paling best di window of the world.. tmpt nye cantik n best bergambar especially kepada mereka yang "gila kamera"... siapakah itu?? wakakkaa... kepada sesiapa yang ke splendid china, rugi kalau tak tengok show kat sana.. memang superrrrbb!! tak kan ada di malaysia... tapi berlainan pendapat dengan mak n mak uda.. mak n mak uda kata " show gendeng!".. mak n mak uda cuma suka show berkuda.. wah.. sakan tengok.. kalau boleh nak join skali.. hihihihi... bagi kami orang "muda" semua show sangat bagus... dan satu kerugian bile pergi ke splendid china tapi tak tengok show.. worth it la duduk dalam splendid china 6 hours.. hihihi...

kami juga merasai naik CRH Train dari guangzhou ke shenzhen..kire hebat la abah.. walaupun stroke tak menjadi masalah untuk berlari sampai ke train.. hahahaha.. Ah Kwang kelam kabut.. nak berlepas 15 minit lagi tapi kecoh macam 1 minit lagi.. tak pasal-pasal knapsack saya "makan" muka cikyah.. hahaha.. i'm so sorry cikYah.. tak sengaja.. hahahha.. cik Yah kata seumur hidup inilah kali pertama dia naik train tapi tak sangka nak naik 1st class punye, sengsara nye hanya Tuhan yang tahu.. kelajuan CRH Train tu 200km/h.. Cik Zaini menghayati habis pemandangan luar ketika di dalam train.. sebarang pertanyaan mengenai perjalan dari guangzhou ke shenzhen boleh kemukakan kepada cik Zaini.. jangan pada saya ya, saya cume duk gelak ketawa dengan Ain yang...hahaha...

Sambung cerita pulak, masa bershopping.. ini betul-betul hebat.. sesi tawar menawar.. calculator adalah sahabat saya.. adeeiihh.. mak n mak uda cuma bagi arahan, saya menjalankan tanggungjawab untuk mendapatkan harga yang diminta.. kalau Chinese sana geram dengan saya, mahu tak balik msia dikerjakan Chinese sana.. melampau-lampau suh saya menawar.. huhuhu.. tapi betul, kalau u all nak beli barang, tawar sehingga 75%... diaorg akan kasi.. tips nye, letak harga berapa nak, and then jangan baik hati untuk menaik kan harga.. diaorg akan suh naik kan sikit.. kalau betul-betul tak dapat naik kan 10 yuan sahaja.. diaorg akan letak balik barang tu kat tempat asal kalau memang barang tu bukan nilai yang kite mintak.. satu lagi, setiap duit sila letak tanda @ nama di duit.. dan bagitau diaorg bile buat pembayaran, tunjuk kan simbol untuk mengelak kan mereka menukar duit kepada duit palsu...penipuan berlaku pada 100 yuan... my cousin terkena kat sana..so u all yang nak beli sila berhati-hati... bila kite dah buat pembayaran menggunakan 100 yuan, n then perasan ada duit kecil, jangan sesekali mintak semula duit tu.. sebab mereka boleh menukar dalam sekelip mata... beli barangan leather pastikan bukan dari kulit "influenza" ya... ada 3 titik.. bahaya tu.. kat sana, semua dia kata cow leather... jangan sesekali menawar kalau tak nak beli.. mahu dikejarnya.. huhuhu.. memang bahaya... saya juga adalah antara mangsa-mangsa penipuan di China... huwaaahh!! habis rugi banyak.. rugi-rugi pun beli barang tak habis-habis... saya juga menjadi "money changer" di sana.. kunun nye penyelamat la.. kalau tak ada orang merana tak dapat handbag kulit.. huhuhuhu... saya rasa kalau sesiapa yang nak ke sana, tukar duit kepada USD di Msia, sesampai di China tukar kepada yuan.. itu lebih kaya.. jika dibandingkan tukar MYR ke Yuan.. tak sebanyak USD... percutian kami penuh dengan shopping.. itu pun tak cukup-cukup masa.. kalau kasi Netty 10 jam belum tentu dia habis shopping untuk akak-akak n abang-abang dia.. tak padan kecik, tp boleh sakit jiwa tengok dia beli barang.. kesian kepada kak Long... hahahaha... kami lari tak nak berjalan dengan kak Long.. kalau shopping dengan kak Long, rasa nya tak merasa la bawak 2 beg barangan shopping... hahahha... sorry kak Long.. Ni saya listkan tempat-tempat shopping menarik..

Dongmen Street - pakaian, kasut-kasut, crocs n so on..
Beijing Road - Handbag, purse, wallet.. (tempat paling best la bagi saya!!)
Luohu Mall - handphone, handbag, langsir, baju-baju.. (tempat yang menyedihkan.. habis dress koyak dekat escalator.. oh NO!!!)
Xieu Xian Xieu Lu- (tak tahu ejaan nye la) kat sini, semua ada... handbag, jam, souvenir, baju, handphone, ipod nano, semua jenis mp ada.. dari cucu ke datuk semua ada... (mp3,mp4,mp5)
Tee Mall- saya tak suggest u all ke sini sebab macam dekat KLCC... huhuhu..

Kami pulang ke Guangzhou hari ke-5.. masa tu duit tinggal setengah guni..hahahha.. ada jugak "makhluk Allah" yang baik hati ni duk mengipas saya untuk membeli satu barang ni..dia yang nak beli tapi dia paksa saya skali...haiyaa.. saya pun agak terpengaruh dengan nya sehingga saya menghabiskan duit membeli barang itu.. tapi saya puas hati... hahahhaha..dan paling best bile membuatkan pakcik saya berasa berang kerana tidak dapat memiliki barang itu.. hahahaha.. sangat menyedihkan kepada dia, dan sangat menggembirakan kepada saya.. mintak maaf kepada pakcik n kakak sepupu saya kerana tidak dapat membeli nya ya.. jangan marah ya...

Hari terakhir kami sempat ke Xiue Xian Xiue Lu bagi melepaskan hajat mereka yang masih tak ketemu barang diingini... hihihihi.. dah seronok sangat memilih sehingga kan siap tulis nama tu, ialangkah sedih nye apabile credit card tak boleh digunakan.. hahahhahaha... rupenye hajat tak kesampaian jugak ya.. huhuhuu... jangan risau.. kami nak ke beijing, nanti kami lepaskan hajat anda semua ya...hihihihi...

kami tiba di airport pukul 3 ptg.. kami terbang pukul 8.30 malam.. memang sangat lama di airport.. terpaksa berkampung di baiyun airport... kapal terbang pulak delay 2 jam akibat si influenza tu.. tak pasal-pasal flight kami pukul 10. 35.. Alhamdulillah.. kami selamat sampai di LCCT pukul 2.10 pagi.. terima kasih jugak kepada airasia kerana penerbangan balik kapal terbang kosong.. so dapat lah saya beradu dengan enak skali... hahahha...

InsyaAllah kami akan ke tempat lain pulak tahun depan....Amin... Salam..



Tuesday, June 2, 2009

Monday, June 1, 2009

THE "ISLAMIC" ECONOMIC SYSTEM : COMMON CONFUSIONS

Along the lines that what is called interest in modern economics is synonymous to what is called riba in the Qur'an. And that the Islamic system of economics is an interest-free system that avoids riba in financial dealings on all levels, and thus guarantees prosperity and growth because it avoids sin and injustice, and so on.

The very fact of "comprehensive" picture of "the Islamic theory of economy" reveals, with all due respect, a common confusion between what is divine and what is human, between what should be according to the scripture and what should be left to our human free thinking, and between what is constant and what is variable in the Islamic way of life.

Although Islam is a comprehensive way of life, it is NOT meant to define and precisely prescribe each and every detail of this life. Thus, Islam has rulings and guidelines that are concerned with politics, courts, family, health, the economy, and so on.

However, talking about "Islamic" politics, for example, does not mean that Islam has a cut-and-dry (let alone "divine") detailed system of governance (such as a monarchy with a consultation council, a democratic republic in a multi-party style, a federal government with a constitution, a simple direct democracy, or any other specific system of governance). Nor does "Islamic politics" mean that you must or must not have a constitution, you must or must not have a supreme court, or you must wage war or call for peace with certain countries or groups.
The Islamic system of politics is a system of values, and the exact details are simply left to us humans to decide. Examples of these Islamic political values, as mentioned in the Qur'an, are justice, consultation, and unity.

Consultation (Arabic shura) could take a public and direct form (as the Prophet [peace be upon him] did in various occasions), or could take a form in which only a specific group of people are consulted (as the Prophet also did on various occasions).

This specific group could be chosen according to a leader's personal choice in a certain environment, according to elections in a parliamentary system or a council-based system, or even according to the tribal structure in a certain society.

None of the above ways is morally wrong and all of the above ways are valid as long as the values of justice, unity, consultation, etc., are observed and aimed at. Any system, from the above list or otherwise, that violates these values is not an Islamic system, whether you call it democracy, caliphate, kingdom, or sultanate.

Similarly, Islam is a way of life that is concerned with health. The values that form the "Islamic" guidance in this area, according to the Qur'an and Sunnah, are cleanliness, seeking medication, moderation in consumption, high morale, and so on.

However, it is not part of the Islamic teaching to prescribe a certain technical method of cleaning one's home or environment, for example.

Likewise, it is not part of the mission of Muhammad to teach us certain medication or medical procedures (even though it was indeed part of his mission to teach us certain related prayers, or ruqiyah, and to teach us how moral behavior is good for health, etc.).

I find the hadith of pollinating the palm trees to be of specific significance in this regard.
Talha narrates: I was walking with the Prophet when he passed by some people at the tops of their palm trees. He asked: "What are they doing?" They answered: "Pollinating the male into the female." He replied: "I do not think that this will be of benefit."When they were told about what the Prophet said, they stopped what they were doing. Later, when the trees shed down their fruits prematurely, the Prophet was told about that. He said: "If it is good for them they should do it. I was just speculating. So pardon me. But if I tell you something about God, then take it because I would never lie about God." Another narrator said that the Prophet added, "You know your worldly affairs better than I." (Muslim)

This hadith shows a matter that the Prophet is instructing us to deal with according to human experience rather than revelation. Thus, human empirical experience is meant to be the final judging factor for these kinds of tools and means.

Similarly, Islam is a way of life that is concerned with the economy (in its micro- and macro-levels, as we say in today's language). However, Islam is not meant to devise specific systems for economy in the sense of a certain system for fiscal policies, risk, banking, and so on.
I am not an expert in economics, even though I do have a general knowledge of the subject. I know, however, that there are many economic theories and proposed systems. The best theory, which you could also call "Islamic," is the theory that achieves the most in terms of Islamic economic values and principles.

For example, according to the Qur'an and Sunnah, the value of justice is a principle and basic value. To achieve justice, a group of other values have to be guaranteed. For example, the Qur'an mentions that God requires that *{the wealthy amongst you do not dominate wealth}* as mentioned in Surat Al-Hashr (59:6).

Now, the question of how we can design a certain system of the distribution of wealth in a certain economy is a matter of human legislation rather than divinely revealed legislation.
Thus, enforcing certain taxes that aim to diminish the gap between the rich and the poor, giving the needy certain subsidies or benefits, passing laws against monopoly, and so on, are all valid means to achieve these goals. None of them, however, could claim divine origin because they could all be changeable and subject to evolution, enhancement, and development.

The prohibition of usury (Arabic riba) is also an Islamic value that is clearly mentioned in the Qur'an. Usury is clear: someone borrows money from an individual or a bank and returns the money in addition to a fixed percentage or amount after a certain period of time.

However, 'interest rate' as we know it in today's modern economies cannot be accurately equated with usury or riba. Sometimes interest is related to borrowing and sometimes related to mere investment. This investment is sometimes done in lawful goods (land, gold, etc) and sometimes done in prohibited goods (liquor, etc).

Interest rates may be fixed or unfixed, but in the case of riba, it is supposed to be fixed. Yet, an interest that you get on your credit is not defined only based on the profit that this credit brings, but it is rather tied to a large number of economic and even political factors.

Thus, I think that the area of Islam and economy is an area that requires a lot of research that addresses current economic theories and realities, rather than addressing the economic theories and realities of past eras!

Having said that, I would also point to a growing number of literature in the area of Islam and economy, in which various writers and researchers present their own views of how an economic system could meet the moral requirements of Islam.

All these writings are useful and much needed. However, none of them should claim the status of "the" Islamic theory of economy. Nevertheless, each of these attempts is "an" Islamic theory of economy that could change — in fact should change — with the change of time and the development of human life on earth.

Thursday, May 21, 2009

Wednesday, May 20, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيم
"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan

Friday, May 15, 2009

Membetulkan Niat Menuntut Ilmu

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :

“Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn ‘Umar, al-Hakim daripada Jabir bin ‘Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)

Tujuan menuntut ilmu agama adalah untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Juga untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. demikian tugasan dan tanggungjawab taalib al-‘Ilm dan ulama’ (ahl al-‘Ilm). Menuntut ilmu adalah ibadah dan ianya membawa insane muslim ke syurga.

Namun ada di kalangan manusia golongan yang ingin bermegah-megah dengan ilmu agamanya, bukan untuk kebenaran tetapi sekadar untuk menaikan diri dan kedudukannya sahaja. Dalam hadith ini disebut tiga niat buruk yang menyebabkan penuntut ilmu agama dihumban ke dalam neraka.

Pertama : Liyujaariya bihi al-‘Ulama’ – iaitu untuk bersaing dengan ulama. Kata al-Imam Ibn Athir (wafat 606H) : “maksudnya ialah untuk dia bersama ulama di dalam perbahasan dan perdebatan bagi menzahirkan ilmunya kepada orang ramai dengan tujuan riya’ dan sum’ah (inginkan kemasyhuran). (Ibn al-Athir, al-Nihayah fi gharib al-Hadith wa al-Athar, 1/256, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.)

Turut berbincang dan berbahas dalam majlis ulama atau dengan para ulama bukanlah satu kesalahan. Apatah lagi jika seseorang itu bernar-benar berkemampuan. Islam menggalakkan kebangkitan ilmu dan generasi intektual yang baru.

Islam mengalu-alukan ijtihad yang baik dan memenuhi tuntutan. Namun yang salah ialah pada niatnya yang ingin menjadikan ilmu sebagai jambatan kesombongan dan ketakburan. Ilmu yang sepatutnya membawa dirinya kepada syukur dan insaf dijadikan sebagai punca sikap bangga diri dan menunjuk-nunjuk.

Kesan niat yang sangat buruk sangat bahaya; orang yang seperti ini hanya mementingkan dirinya sahaja bukan kebenaran fakta. Dia hanya ingin menegakkan hujahnya untuk menaikkan namanya bukan untuk kebenaran yang Allah redhai. Jika dia melihat kebenaran di pihak lain dia akan menolak dan mencari dalih yang baru demi menjaga kemasyhuran namanya. Maka tempat orang seperti ini di dalam neraka.

Kata al-Imam al-Tibi (wafat 743H) : “Maksud hadith ini ialah dia tidak menuntut ilmu kerana Allah, sebaliknya untuk dia berkata kepada para ulama : “aku ini berilmu seperti kamu”, kemudiannya dia takabur dan meninggikan diri pada orang ramai. Ini semuanya (sifat) yang tercela dan azab siksa akan dikenakan kepadanya.” (Al-Tibi, Syarh al-Tibi ‘ala al-Miskah al-Masabih, 1/420, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.)

Kedua : Liyumaariya bihi as-Sufahaa’ – untuk bertengkar dengan orang jahil. Kata Imam al-Munawi (meninggal 1031H) : “Maksudnya ialah untuk dia berhujjah dan bertengkar dengan mereka secara sombong dan membanggakan diri.” (Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/176, cetakan al-Maktabah al-Tijariyah al-kubra, Mesir)

Niat buruk kedua dalam menuntut ilmu agama ialah menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertengkar dengan orang yang jahil kerana ingin menunjukkan kehebatannya. Sedangkan antara tujuan ilmu ialah untuk menyelamatkan orang jahil agar menemui kebenaran. Ini kerana akal golongan yang jahil sangat terhad dan memerlukan bimbingan. Namun ada golongan yang menuntut ilmu untuk bertengkar dengan golongan jahil ini dan menunjukkan kehebatannya kepada mereka. Orang jahil yang terhad ilmu dan akalnya pasti menyangka dia hebat. Mungkin hal ini tidak dapat dilakukan di hadapan ulama maka dia mencari ruang di kalangan orang jahil.

Sebenarnya berbahas, atau berhujjah, atau berdebat itu sendiri bukanlah perkara yang terlarang dalam syariat, tetapi ianya mestilah dengan cara yang baik dan membawa kesan yang positif. Bukan untuk kesombongan dan ketakburan tetapi untuk membimbing manusia kembali kepada hidayah. Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud : “Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan ) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya tuhan mu Dia lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui siapa yang mendapat hidayah petunjuk.”

Kata al-Tibi : “Maksud : berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik ialah dengan cara yang terbaik dalam perdebatan, iaitu dengan lunak dan berlemah lembut tanpa bersikap kasar dan keras. Ini kerana golongan yang jahil itu kurang pertimbangannya.” (Al-Tibi, op.cit. 1/420.)

Ketiga : Yasrifa bihi wujuuha an-Naasi ilaihi – agar dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya. Ini niat buruk yang ketiga iaitu menuntut ilmu agar mendapat habuan, harta dan pangkat. Dia menjadikan pengetahuan agama untuk mencari popularity atau mendapat kedudukan dan jawatan. Menjadikan orang ramai tertarik kepadanya. Orang yang seperti ini sebenarnya bersedia untuk menjual agamanya untuk habuan dunia yang dia buru.

Kesalahannya bukan kerana dia mendapat habuan dunia atau kemasyhuran tetapi niatnya yang memburu dunia dengan mempergunakan agama itu adalah suatu kesalahan.

Jika menjelmanya tiga niat buruk ini dalam jiwa pemegang amanah ilmu maka ilmu tidak lagi menjadi cahaya yang menerangi kegelapan, sebaliknya ilmu akan dijadikan jualan untuk mendapatkan habuan. Oleh itu Nabi s.a.w. menjanjikan tiga niat buruk ini dengan neraka. Dalam hadith yang lain baginda menyebut : maksudnya :

“Daripada Abu Hurairah ; Sabda RasululLah s.a.w. : “ Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Solihin – lihat Ibn ‘Allan, Dalil al-Falihin, 4/191 cetakan Dar al-Fikr, Beirut)

Pengajaran Semasa

  1. Semua para penuntut ilmu syarak pada zaman ini disemua peringkat hendaklah membersihkan niat asal mereka dalam menuntut ilmu. Jika golongan ilmuan Islam dapat dipulihkan niat mereka agar bersih dan mencari redha Allah s.w.t. pastinya Islam akan terbela dan setiap yang mempermain-mainkannya akan terjawab.
  1. Kemunculan individu dan NGO tertentu yang cuba menjadikan nas-nas agama sebagai sendaan adalah terbit daripada salah satu dari tiga niat di atas. Mereka ini bukan sahaja tidak mencukupi ilmu pengetahuan agamanya sebaliknya mereka gagal membersihkan niat mereka dalam menuntut ilmu syarak atau ketika membaca bahan agama.
  1. Kelahiran tokoh agama ‘segera’ yang mengajar agama di surau, masjid dan sebagainya tanpa mendalami ilmu-ilmu Islam dan disiplin setiap ilmu adalah berpunca dari niat ingin menzahirkan diri sekalipun mereka tidak layak. Sebahagian mereka sememangnya mempunyai sedikit pengajian agama. Namun niat ingin segera muncul di khalayak ramai menjadikan mereka tergesa-gesa menjadi guru orang ramai sebelum mereka menguasai ilmu. Maka lahir fatwa-fatwa yang menyanggahi kitab Allah dan sunnah RasululLah s.a.w.
  1. Orientalis telah memperdayakan umat Islam dalam persoalan niat menuntut ilmu ini. Maka kita dapati pada hari ini ramai yang memiliki sijil agama sehingga ke peringkat kedoktoran falsafah dari dunia barat dengan ‘berguru’ kepada Yahudi dan Kristian. Sikap tidak mementingkan ilmu dan ingin segera memeliki sijil segera dan memperolehi habuan dunia menjadikan sebahagian mereka mengambil jalan pintas dengan berguru kepada musuh-musuh agama dalam bidang agama. Kebanyakan mereka pulang ke dunia Umat Islam dengan membawa pemikiran yang beracun. Secara sedar atau tidak mereka ini hari demi hari hanya menambahkan keraguan jiwa mereka terhadap agama, demikian juga mereka sebarkan kepada umat Islam.

Sebab itu seorang tabi’ besar Muhammad bin Sirin (wafat 110H) menyebut : maksudnya : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan as-Sunnah) adalah Deen (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.” (riwayat Muslim pada muqaddimah sahihnya)

Bayangkan bagaimana dipelajari aqidah Islamiyyah daripada guru yang kafir yang tidak percayakan Islam, bagaimana dipelajari tafsir daripada guru yang tidak percayakan al-Quran, bagaimana dipelajari hadith daripada guru yang tidak beriman dengan Muhammad sebagai Rasul, bagaimana dipelajari fekah daripada guru yang tidak pernah mengamalkan hukum hakam syarak. Namun hanya kepada Allah kita mengadu betapa ramai anak-anak umat Islam yang mendapat kelulusan agama dengan panduan mereka yang tidak beriman kepada Islam. mereka pulang dengan membawa gelaran-gelaran ilmu, namun sebenarnya sebahagian mereka hanya membawa racun kepada umat Islam.

Cahaya muka Nabi Muhammad….

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : “Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s. a. w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, ” Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: ” Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Jawab Rasulullah : “Orang yang bakhil.”

Aku bertanya lagi : “Siapakah orang yang bakhil itu?”

Jawab baginda : “Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.”

BERDOA

Berkata Al-Barra’ r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda: “Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad.”

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na’im di dalam kitab ‘Al-Hilyah’ bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s. a. w. dengan membawa seekor kijang
yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s. a. w. : “Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari.”

Bersabda Rasulullah s. a. w. ” Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?” Jawab kijang itu: “Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya.”

Lalu Nabi s. a. w. pun bersabda kepada orang itu : “Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya.”

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula.
Maka turunlah malaikat Jibril a. s. dan berkata : “Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: ” Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan
anak- anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau.” Alhamdulillah.. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Rasulullah SAW.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu

(surah Al-Baqarah ayat : 208)


ALLAH TETAP TERIMA TAUBAT WALAUPUN… MEMBUNUH 100 ORANG

Pada zaman Nabi, kemudian beralih kepada zaman sahabat, kadang-kadang kita membaca berbagai cerita dan kisah manusia pada zaman itu.

Kisah-kisah ataupun peristiwa yang berlaku itu kadang-kadang aneh dan menggerunkan kita zaman ini membaca dan mendengar.

Sebenarnya, pada hakikatnya cerita-cerita ataupun peristiwa itu merupakan satu pengajaran ataupun iktibar kepada manusia di akhir zaman ini.

Contoh mengenai satu hadis Nabi s.a.w. yang menerangkan seorang yang sudah membunuh seramai 99 orang. Kemudian dia ingin bertaubat, dan akhirnya dia membunuh lagi hingga menjadikan seramai 100 orang.

Kisah ini sering diceritakan para ulama' dan tokoh pendakwah kita dalam mana-mana kuliah atau pun forum.

Hakikatnya, kisah ini memang menakjubkan, tetapi ia memberi pengajaran yang paling berguna utk kita di zaman mutakhir ini.

Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Cerita ini disampaikan kepada kami oleh Muhammad Ibnul Mutsanna dan Muhammad bin Bassyar (susunan kata Ibnul Mutsanna)

Kedua-duanya menerima hadis ini dari Mu'az bin Hisyam. Hisyam pula menerimanya dari Qatadah, dari Abu Bakar As-Siddiq dari Abi Said Al-Khudry, berkata Ia:

"Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Di antara orang yang hidup sebelum kamu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang manusia."

"Lalu dia mencari seorang yang paling alim untuk bertanya. Maka orang tunjukkan kepadanya seorang pendita. Orang itu lalu mendatangi pendita itu lalu bertanya, bahawa dia telah membunuh 99 orang manusia, apakah masih boleh dia bertaubat kepada Tuhan?

"Pendita itu menjawab: "Tidak…" Maka pendita itu pun dibunuhnya sehingga genap 100 orang manusia. Lalu dia mencari lagi orang yang paling alimdi permukaan bumi ini."

"Dia kemudian ditunjukkan orang kepada seorang yang paling alim, dan banyak serta luas pengetahuannya. Lalu dia sudah membunuh 100 orang manusia, masih dapatkah dia bertaubat kepada Tuhan?

"Orang alim itu menjawab: "Dapat dan tidak ada satu halangan baginya untuk bertaubat. Tetapi orang alim itu menasihatkannya untuk berpindah ke negeri tertentu, kerana di negeri itu ramai manusia yang baik-baik yang selalu beribadat menyembah Allah. Beribadatlah bersama-sama mereka.

"Dan orang itu diberitahu jangan kembali lagi ke kampungmu kerana kampungmu itu kampung yang busuk (ramai orang jahat).

"Orang itu pun berangkatlah meninggalkan kampung halamannnya ke negeri yang ditunjukkan itu.

"Di tengah-tengah perjalanan itu tiba-tiba orang itu meninggal dunia. Lalu bertengkarlah mengenai orang itu oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat 'Azab."

"Berkata Malaikat Rahmat: "Orang ini matinya dalam keadaan bertaubat sedang menghadapkan seluruh jiwanya kepada Tuhan."

"Dan berkata Malaikat 'Azab: "Orang ini tidak ada kebaikan sedikit pun. Tiba-tiba turun satu Malaikat lain berbentuk manusia biasa."

Malaikat Rahmat dan Malaikat 'Azab mengangkat Malaikat ini manmade hakim antara mereka.

Malaikat ini memerintahkan untuk mengukur jarak antara tempat kematian itu dengan tempat yang dituju dan tempat asalnya. Ketempat mana yang dia lebih dekat, maka itulah yang menentukan apakah orang ini termasuk sebahagian Malaikat Rahmat dan Malaikat 'Azab.

"Setelah diukur, ternyata ia lebih dekat ke tempat yang dituju. Maka orang itu dibawalah oleh Malaikat Rahmat (masuk syurga tertentu)."

Qatadah Hassan menerangkan bahawa orang itu ketika meninggal dunia naik dadanya (merasa sesak di dalam dadanya).

Di dalam hadis ini diterangkan bahawa ketika kedua Malaikat itu sedang mengukur jarak, Allah lalu memerintahkan kepada bumi yang berada di antara tempat itu dengan tempat yang dituju supaya menjadi lebih dekat.

Begitulah kisahnya yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabatnya, di mana kisah ini menjadi teladan kepada kita semua, iaitu kepada umatnya.

Hadis ini memberitahu kita bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. Sebanyak manapun dosa yang kita lakukan, maka Allah akan menerimanya.

Maksudnya, kita janganlah berputus asa dalam menghadapi cubaan ini. Pintu taubat terbuka, walaupun orang itu sudah membunuh seramai 100 orang, tetapi hatinya tetap yakin mahu bertaubatkerana tidak mahu mengerjakan lagi perbuatan buruk itu.

Masyitah direbus kerana cintanya

Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu.

Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah "Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam.

Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.

Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.

Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain. Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.

Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya, Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".

Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.

Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga.

Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "Itulah Makam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia.

Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam. Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya ?