Friday, June 8, 2012

CINTA SEORANG WANITA (FULL ENTRY)

Part 1
Dia seorang yang ceria, senyum sentiasa.. Tapi dalam hati dia tak siapa yang tahu betapa kuatnya hati nya ini.. Di sekolah, dia tidak dipandang oleh senior mahupun rakan sekelas.. dia hanya dipandang budak hingusan.. tetapi dia ramai kawan kerana boleh dikatakan setiap tahun pasti dia akan mewakili sekolah untuk ke peringkat daerah dan selalu menerima hadiah ketika di perhimpunan..

Bermulalah kehidupannya di universiti.. hati nya bertekad yang dia tidak akan bercinta dengan mana-mana pelajar seuniversiti dengan nya ketika itu.. dia hanya menumpukan pelajaran nya dan keluar bersama rakan-rakan nya.. Dalam fikiran nya, percintaan adalah untuk perkahwinan.. Bukan untuk bersuka ria.. Di dalam hati nya, ingin menjadi isteri baik kepada suami dan ibu yang penyayang kepada anak-anaknya..

Cinta pertamanya bermula apabila dia berkenalan dengan seorang pelajar yang berada di Korea.. Si cinta pertama nya pulang ke Malaysia dan bertemu nya untuk kali pertama.. Ketika itu mereka masih berkawan, dan mungkin tiada perasaan antara mereka.. Apabila pulang ke Korea semula, mereka masih berkawan sehinggalah si cinta pertama meluahkan hasrat hatinya.. mereka seperti pasangan yang cukup bahagia.. setiap malam pasti si cinta pertama akan mendengar suara si kekasih hati nya ini…bagaikan pungguk rindukan bulan.. itu lah perumpaan yang sesuai untuk mereka.. Hari demi hari, perhubungan mereka semakin berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari, si cinta pertama ini akan berhadapan dengan peperiksaan akhir semester.. ketika peperiksaan, dia memberi kata-kata semangat kepada si cinta pertamanya.. walaupun si cinta pertama nya tidak membalas mesej nya, dia tahu yang cinta pertama nya sedang berperang di dalam dewan peperiksaan. Setelah tamat nya peperiksaan, si cinta pertama menunjukkan sikap hambar kepada nya.. setelah beberapa hari, si cinta pertama nya ingin memutuskan perhubungan yang telah terjalin.. Apabila ditanya kepada cinta pertamanya, cinta pertamanya tidak memberikan jawapan dan tiada alasan… ketika itu betapa hancur nya hati dia.. tetapi dia tidak berputus asa, dia berusaha untuk memulihkan keadaan namun si cinta pertama nya seperti tiada perasaan.. Akhirnya dia pasrah dan cuba berjauhan dengan si cinta pertama nya… Walaupun telah putus, mereka masih berkawan .. Tetapi si cinta pertamanya pernah berkata setelah dia telah bercinta dengan orang lain, “jika satu hari nanti awak putus dengan nya, saya akan ambil awak sebagai isteri saya..hanya awak seorang sahaja yang memahami saya.. walaupun telah setahun kita putus, tetapi saya masih menganggap awak masih lagi kekasih hati saya” Tetapi hati dia dah mati untuk cinta pertama nya…

Seterunya, tentang cinta kedua nya…Setelah hampir 2 tahun putus, dia tidak keluar dengan lelaki, tidak bercinta, dan tidak kenal dengan lelaki lain, akhir nya seorang lagi cuba berjaya menawan hatinya.. Kali ni, cinta kedua nya jauh di Rusia.. seorang pelajar medik.. Mereka tidak pernah berjumpa, tetapi sering berutus surat sehinggakan menimbulkan rasa cinta dan sayang terhadap cinta keduanya.. Apabila cinta keduanya tamatkan pengajian di Rusia, hati nya terlalu gembira kerana cinta nya akan pulang ke Malaysia.. cinta kedua nya telah berjanji akan hidup bersamanya.. 2 tahun sebagai jaminan yang diberi oleh cinta keduanya.. cinta keduanya mengharap apabila tamat sahaja menjadi doktor pelatih, dia akan mendirikan rumahtangga bersama kekasih hati nya.. Tetapi lain pula terjadi.. Si cinta kedua nya mengalami tekanan perasaan akibat terlalu tertekan bekerja… Si cinta kedua nya langsung tidak mesej mahupun menelefon si kekasih hati nya.. hari demi hari.. Dia menunggu dan mencari dengan penuh harapan yang si cinta keduanya akan mesej dia dan bertemu nya.. tetapi semua nya hampa.. setelah 4 bulan si cinta kedua nya menghilangkan diri, si cinta kedua nya akhirnya menghantar mesej.. “Kita putus. Abang minta maaf”.. Alangkah hancur nya hati nya ketika itu. Dia tidak putus semangat.. Sering memberi kata-kata semangat dan mengharap si cinta kedua nya akan pulang kepada nya suatu hari nanti.. Dia juga bernazar apabila si cinta kedua nya ini sembuh, dia akan memasak dan mengagihkan kepada rakan-rakan nya tanda kesyukuran.. Tetapi kisah kali ini lagi menyayat hati.. Dalam tempoh 4 bulan ditinggalkan, dia cukup merana.. keluarga nya kerap menanya nya.. Tetapi dia tidak dapat memberi jawapan.. sehinggalah satu hari, dia rasa tertekan kerap ditanya dan akhirnya dia memberitahu emaknya yang si cinta kedua nya mengalami tekanan perasaan.. hati seorang ibu, emak nya menangis tak henti-henti.. setiap kali solat, pasti air mata emak nya mengalir, apatah lagi dia..emak nya tidak menyangka yang cinta kedua anak nya ini akan mengalami tekanan perasaan…

Beberapa bulan kemudian, dia mendapat tahu yang cinta keduanya telah bercinta dengan seorang anak orang yang berpangkat.. Sekali lagi hatinya hancur.. Bagaikan gelap dunia nya apabila mendapat tahu.. Adakah cinta kedua nya menjadikan alasan mengalami tekanan perasaan itu untuk putus?? Wallahualam.. Itu antara cinta keduanya dengan Allah… Apabila mendapat tahu si cinta keduanya sembuh, janji kepada Allah, tetap ditunaikan olehnya walaupun hati nya perit.. dia membayar nazar yang telah dia niatkan ketika si cinta kedua nya sakit.. betapa kuatnya perempuan ini… Si cinta keduanya mencari dia semula.. Memohon maaf atas apa yang telah dia lakukan.. Mudah sungguh minta maaf.. Dah mainkan perasaan orang, boleh pula meminta maaf dengan mudah.. Perkara yang lepas jangan dikenang katanya.. Wahai perempuan….

Cinta yang diharapkan cinta terakhir nya… Cinta ketiga nya.. Berkenalan, berjumpa dan akhir nya tertambat setelah 1 tahun dia putus dengan cinta keduanya.. Cinta ketiganya ini paling manis kata nya.. Tak tahu lah apa yang manis… Dia terlalu gembira.. kalau sebelum ini cinta nya di luar negara, tetapi kali ini cinta nya di dalam negara.. dia meniti hari-hari yang menggembirakan bersama cinta ketiganya… setelah masing-masing tamatkan pengajian, dia mula mengorak langkah ke dunia pekerjaan, manakala si cinta ketiga nya pula melanjutkan pelajaran di Eropah.. dia fikirkan cinta ketiganya akan bersama nya sehingga bila-bila, rupanya tidak.. mereka terpaksa berjauhan selama setahun.. dia rasa semua dalam hidupnya telah dapat dan mungkin ini adalah masa sesuai untuk dia mendirikan mahligainya dengan cinta ketiga nya.. Apabila ditanya, si cinta ketiga nya pasti mengatakan yang dia tidak boleh berkahwin awal kerana halangan dari keluarga nya yang inginkan dia berkahwin ketika umur 30 tahun.. sedangkan mereka sebaya dan berumur 26 tahun.. sudah tentu dia tidak mahu untuk berkahwin umur 30 tahun.. 30 tahun pada seorang perempuan telah berumur.. dia sentiasa berfikir adakah cinta ketiga nya ini gagal juga?? Dia kuatkan semangat.. si cinta ketiganya memberi alasan yang dia tidak bekerja lagi dan keluarga nya tetap tidak membenarkan nya dia untuk berkahwin awal.. dia memberi tempoh tempoh setahun selepas bekerja kepada cinta ketiganya, tetapi cinta ketiganya tetap menolak dan mengatakan setahun tidak boleh lagi untuk menyara keluarga.. cinta yang dibina 2 tahun hancur berkecai.. hubungan mereka ini umpama retak menanti belah.. tetapi mungkin kali ini hati dia hancur.. Apabila sunyi, dia yang akan dicari oleh cinta ketiga nya, dan apabila si cinta ketiga memikirkan tentang kahwin, dia akan menjauhkan diri dari dia… Terduga betul dia..

Tetapi dia tidak pernah rasa sedih yang teramat malah dia bersyukur yang Allah masih menyayangi nya.. Dia percaya kepada kata-kata, “kita akan berjumpa degan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul..”…Setiap kali solat, doanya pasti, “Ya Allah.. Kau uji aku dengan pelbagai ujian dan mengapa sehingga sekarang aku masih tidak mampu bertemu dengan pasangan ku.. Ya Allah, tetapi aku masih bersyukur kepadaMU kerana Kau memberi aku kekuatan untuk mengharungi liku-liku kehidupan ku.. Ya Allah, kau temukanlah aku dengan seseorang yang boleh memimpin ku ke jalan Mu dan menjadikan diri ku seorang hamba yang taat kepada perintah Mu…” doa ini yang akan disebut ketika solatnya.. Dia mengharapkan kekuatan daripada Allah… Dia teringat kata-kata mak dia yang diungkapkan oleh kakaknya, “kalau tidak jumpa jodoh di dunia, pasti Allah sediakan yang terbaik di akhirat…”

Itulah kesudahan ceritanya.. Si dia masih lagi menanti siapakah yang bakal memenuhi ruang dihati nya dengan bersyarat cinta lelaki itu kepada Allah adalah lebih daripada cintanya lelaki itu kepada dia……

Part 2

Hari berganti hari… Bulan berganti bulan… tetapi dia masih lagi tidak berjumpa siapakan lelaki yang benar-benar akan bertakhta di hati nya… Kadang-kadang terfikir dibenak nya, “teruk sangat ke aku ni sehingga kan sangat sukar untuk mendapat teman yang benar-benar aku suka??” itu yang sering bermain di fikiran nya.. tetapi ditanam nya di hati kecil nya bahawa Allah tidak akan menguji seorang umatNya jika umatNya itu tidak kuat.. maknanya dia masih kuat lagi menempuh segala nya…

Kerap ditanya oleh orang sekeliling, “bila nak kahwin ni???”.. jawapan kepada soalan itu hanyalah satu senyuman.. di dalam hati nya berkata, “ya Allah.. bukan aku tak nak kahwin, tapi aku masih tak jumpa siapa yang benar-benar yang boleh mengisi ruang kekosongan dalam hati ini..”
Hati nya bertambah tertekan apabila sepupu yang lebih muda daripada nya akan mengikat tali pertunangan sedangkan dia?? Dah berumur 26 masih lagi tak ada sesiapa… ada dikalangan sepupu-sepupu nya mengatakan dia terlalu memilih.. mana kan tidak, yang nak dia bukan calang-calang orang.. doctor la.. engineer la.. architect la.. terlalu ramai.. apa lagi yang masih ditunggu?? Bila ditanya, tak kan tak terbuka hati lagi?? Pasti jawapan nya, fobia.. fobia dengan percintaan yang lampau.. cukuplah apa yang dilakukan yang lepas.. Dia dah berasa sangat berdosa terhadap bakal suami kerana menyintai lelaki sebelum itu.. kata nya, selepas dia sah bergelar isteri kepada yang layak, dia akan memohon ampun dan maaf kerana menduakan si suami nya sebelum berkahwin… itu sebab dia memberi alasan kukuh supaya lepas ini tidak perlu bercinta dan terus berkahwin.. itu lagi berkat katanya…

Bila ditanya, ada tak yang cuba melamar? Sudah tentu.. dan masih ada yang menunggu nya sehingga sekarang.. Cuma hati nya tak terbuka lagi… setiap malam dia melakukan istikharah supaya dia nampak siapakah suami nya, tetapi sehingga sekarang masih tak Nampak lagi siapa kah orang nya.. mungkin tidak cukup khusyuk di solat nya bagi dia.. dia akan berusaha sehingga dia nampak dan yakin bahawa lelaki yang ditunjuk oleh Allah itu adalah lelaki yang sesuai untuk nya.

Si dia ini ada satu sifat.. sifat yang suka sangat berangan.. tetapi apa yang diangan-angankan memang menarik.. dia mengangankan berjumpa seseorang dengan cara yang mulia di Tanah Suci.. jika lelaki itu benar-benar menyukai dan ingin memperisterikan nya, terus berjumpa dengan ibu bapa nya… sama seperti di dalam novel kan? Mungkin benar semua wanita memang menyukai sesuatu yang indah dan romantik.. patutlah si dia masih tidak berjumpa dengan sesiapa untuk bertakhta di hati nya.. mungkin lelaki yang menunggu nya salah teknik untuk mendapatkan nya…

Bila ditanya rakan-rakan nya, adakah cinta ketiga nya masih dihati? Jawapan nya adalah ya.. Cuma masalah yang dihadapi antara mereka berdua menjadi halangan yang mereka tidak dapat bersama. Mereka masih memasang niat untuk hidup bersama tetapi apabila memikirkan tentang keluarga, terus dilupakan hajat untuk hidup bersama.. masing-masing berkorban untuk masa depan. Membuat hala tuju masing-masing... Mungkin tak ada jodoh antara mereka..mungkin ada yang terbaik untuk masing-masing... hendak ditunggu, mungkin tidaklah.. jadi biarlah sejarah cinta ketiga nya dipahat dalam hati dan menjadi pengajaran kepada anak-anak mereka betapa derita nya percintaan jika mendapat tentangan keluarga.

Begitulah kisah untuk part II si dia ini.. Semoga dia bertemu dengan orang-orang yang benar menerima seadanya dan menyayangi sepenuhnya Jsepertimana Zikir menerima Dhia, Hariz menyayangi Izzah….  

Part 3

Apabila berakhir nya cinta ke-3,si dia cuba untuk berkawan dengan ramai kawan.. Hampir setahun dia tidak keluar dengan lelaki, dia fikir hingga bila dia nak menyeksa diri sendiri dengan menunggu sesuatu yang tidak pasti… Maka perkenalan demi perkenalan, membuatkan si dia mula berkawan semula dengan kaum Adam.. “Wall post” nya terhadap seorang lelaki yang baru dikenali telah membuatkan si cinta ke-3 nya berasa marah, kecewa… Baru ditinggalkan, dah mencari yang lain.. itulah perempuan…mudah jatuh cinta bila lihat lelaki handsome sikit… Luluh hati dia mendengar kata-kata itu.. tak terdetik hatinya untuk jatuh cinta dengan memana lelaki selepas kecewa berkali… selama setahun dia menunggu cinta ke-3 nya, itu yang dibalas nya… si dia setia dengan cinta ke-3 nya.. yang menunggu penuh sabar kepulangan cinta ke-3 nya ke Malaysia, tetapi berakhir dengan kesedihan… Si dia hanya berkata yang dia akan bertunang dengan sesiapa yang benar-benar mencintai nya dan boleh menerima nya seada nya selepas pulang mengerjakan ibadah… Si cinta ke-3 nya berkata, kalau itu yang diminta, si cinta ke-3 nya akan mencari kerja dan mengikat tali pertunangan selepas si dia pulang mengerjakan ibadah.. Si cinta ke-3 rela melihat si dia menjadi anak dara tua dari berkahwin dengan orang lain.. adakah itu sayang @ kekejaman??? Kesian nya si dia…

Si dia telah bersetuju dengan si cinta ke-3 nya…ingin mengikat tali pertunangan dan bernikah pada tahun berikut nya… Alhamdulillah… syukur yang teramat ketika itu.. tidak dapat bayangkan betapa gembira nya hati dan perasaan nya…. Si dia telah memberitahu kepada emak abah dan ahli keluarga yang lain yang dia akan bertunang pada tahun hadapan.. semua sangat gembira dengan perkhabaran itu.. Si dia mula mencari barang-barang yang untuk majlis pertunangan nya… mungkin terlalu gembira kan..

Hari berganti hari… si cinta ke-3 nya telah memberitahu hajatnya kepada ibu nya tentang hal ini.. Alangkah sedih nya apabila ibu cinta ke-3 nya mengatakan yang dia tidak layak lagi untuk berkahwin kerana umur muda…naluri ibu lebih mengetahui.. apabila si cinta ke-3 nya menyampaikan kepada si dia, rasa nak tercabut jantung nya.. “Ya Allah… betapa kuatnya ujian Kau ini ya Allah…” hati memang terlalu sedih, tapi apakan daya.. perkahwinan yang bahagia adalah perkahwinan yang direstui… si dia perlu restu kedua ibu bapa nya dan juga bakal mertua nya…dia tabah..
Selepas si dia memujuk si cinta ke-3 nya, si cinta ke-3 boleh mengatakan yang dia tidak pernah berjanji dan memberi harapan untuk bertunang dengan si dia… mengalir air mata si dia ketika itu.. Siapa tak sedih…tetapi dia tetap redha.. ini semua ketentuan Allah.. sekarang baru dia tahu betapa sakit nya apabila seseorang itu membatalkan perkahwinan saat saat akhir…

Hari-hari si dia sedikit pun tidak nampak yang dia mempunyai masalah.. dia bergelak ketawa seperti rakan-rakan yang lain..wajah nya buat setiap orang lain tersenyum, sedangkan dihatinya meraung seperti kematian suami… reaksi nya yang ceria, tidak membuatkan orang lain gusar @ risau… kerana apabila dia murung, pasti kawan-kawan nya akan risau.. jadi dia tak mahu rakan-rakan nya lihat dia dalam keadaan sedih…

Seorang rakan baik ketika dibangku sekolah membalas komen dia di facebook… “asyik kumpul anak orang je, bila nak ada anak sendiri…” si dia hanya mampu membalas ayat yang tenang sahaja.. tak sanggup untuk menyatakan apa yang terpendam dalam hati…

Mereka berborak di chat messenger facebook.. Si dia menceritakan perkara yang berlaku… Alhamdulillah.. sahabat baiknya memberi kata-kata semangat kepada nya.. mungkin kerana dia fobia.. memang dimulut dia menerima lelaki yang benar-benar menyintai dia tetapi dalam hati.. bagaimana nak semat di dalam hati nya… tetapi sahabatnya mengatakan tidak semesti nya berkahwin dengan lelaki yang kita tak kenal, kita tak kan bahagia…sahabatnya sendiri berkahwin atas rancangan orang tua nya… si dia membalas, “aku takut aku tak boleh jadi isteri yang taat, macam mana aku nak kahwin dengan orang yang aku tak kenali, sedangkan aku tak kenal hati budi dia, macam mana kalau aku tak boleh jalan kan tanggungjawab aku sebagai seorg isteri, merelakan diri aku disentuh oleh lelaki yang baru kenal walaupun ia nya halal Bid..aku takut”… itu yang dibalas.. sahabatnya yang tidak berputus asa memujuk si dia supaya terbuka hati untuk orang lain…

Apabila dia memikirkan kata-kata sahabatnya.. memang benar apa sahabat dia berkata… “tak semestinya berkahwin dengan orang yang tak dikenali, kita tak bahagia… yang kenal itu bahagia…” kata-kata sahabatnya menyunting semangat kepada nya supaya menjadi wanita yang kuat setanding namanya….

Part 4

Hari demi hari… Si dia meneruskan kehidupan nya dengan bekerja tanpa menghiraukan sesiapa… apa yang menggembirakan nya adalah apabila bersama keluarga nya dan juga buku-bukunya.. bermain dengan anak-anak buah nya yang masih kecil.. hari- hari nya yang sentiasa mengukir senyuman dan ceria tetapi hati nya masih lagi merana kehilangan cinta ketiga nya… apakah dosa dia sehingga dihukum sebegini sekali?? Apabila telah membenci cinta ketiganya, si cinta ketiganya datang kembali menagih cinta darinya, setelah itu ditinggalkan nya semula.. tetapi bagi dia itu hanyalah dugaan yang sangat kecil kalau dibandingkan dengan orang lain yang masih hidup tak sempurna..nampak diraut muka nya yang dia seorang yang kuat.. tetapi siapa tahu disebalik malam yang menjelma, pasti airmata nya mengalir sebelum tidur..cinta yang dirindui hilang begitu sahaja.. menunggu cinta ketiganya setahun lebih adalah menyeksakan sejak si cinta ketiga nya menjejakkan kaki di Europe..tapi malangnya, dia tidak bakal berjumpa lagi dengan cinta ketiganya.. walaupun pahit untuk ditelan, tetapi dikuatkan nya juga… mungkin ada yang terbaik untuk nya..

Rakan baiknya kerap bertanya, “minggu ni keluar dengan sesiapa tak??” tetapi jawapan yang dah kerap diberikan kepada rakan baiknya.. “tak.. duduk rumah, baca buku, tidur…” rakan baik nya kerap mengeluh dengan sikap si dia.. yang kurang bercampur lelaki.. ditanya nya lagi, “kenapa kawan lelaki kat FB kurang?”, “aku dah remove dulu atas permintaan dia..” lagi marah si rakan baik nya… “boleh tak lepas ni kalau orang ajak keluar, kau keluar?”, tapi hanya symbol smiley yang dihantar di ym rakan baik nya itu.. rakan baiknya yang cukup prihatin terhadap diri nya juga risau keadaan sahabatnya sekarang ini… bila ditanya ada tak orang yang diminati, jawapan yang diberikan ringkas “ada, tapi lelaki tu tak nak aku pun.. aku tak cukup cun la.. hihi.. “ itu saja yang direply nya.. “check mesej kat FB, ada sorang mamat ni tanya kan pasal kau..aku jawab je la…kenal la dulu… mana tahu terbuka hati…”

A.F : salam...ngah bz ke?sebenarnyea kan..cam ade nak cakap something pon kt awk..tp kalo awk free dan xganggu la..
N.A.N : wsalam.sorry sy makan tadi
A.F : yea...nie bukan pon bout keje yea...harapnyea awk xkesah la...
N.A.N : boleh
A.F. : lebey pada cam bout relationship sebenarnyea...harap xganggu dan buat awk marah
ke apelah...boleh?
N.A.N : xdelah..okey jerk
A.F : sebenarnyea...sy minat ngan kawan awk..
N.A.N : owhhh..
A.F :minat, suke, dan kalo leyh cam nak jadikan lebih dari kawan.
N.A.N :hehe.. then...
A.F. : xreti sangat nak tapis2..straight aje..tp maybe jugak care sy nk approach die cam
mendesak ke ape...dan sy ase buatkan die cam xsuke...
N.A.N : owhhh...mendesak mcm mana??
A.F. : sy try nak mintk number phone die..try nk jumpe....then cam kalo leyh nak kenal ngan family die, kawan die...
N.A.N : owhh...ic...might be u terlalu push dia..kalau i pn xsuka lelaki push i.. rasa
rimas..y dont u kawan dulu ngn dia..just kawan biasa.. everything will change time by
time.. if dia rasa comfort
A.F :tu la pasal pon...tp sebenarnyea ase cam xselamat...coz die pon cam nak cepat...actually ade jgk cam terpikir nak send die gie umrah nnti...tp xtau pon flight die
kol bape and hari ape...
N.A.N : hehe..owhhh dia bgtaw u ke..dia nak g umrah??
A.F : and sy cam risau sebenarnyea kot kalo cam sy btol akan gie ke nigeria nanti..rasenyea dalam masa terdekat nie..maybe bulan 6 kot..and kalo leyh cam teringin nak bertunang dulu ngan die before pegi...ade, time ngah elok lagi la ngan die..kalo leyh cadangnyea cam btol2 nak nikah bout bulan 10 la kot...tu just plan aje dulu la...dia gtau die nak gie umrah bulan 2, bape haribulan xtau la pon...
N.A.N : owhhh..aah...dia mintak i antakan
A.F : ic..
N.A.N : i kalau free that day...i akan turun…if x..might be dia balik nanti amik dia
A.F : huhu…i leyh jgk..
N.A.N : She is not easy u nak kenal dia
A.F : hehehe
N.A.N : but dia seorang kawan yg baik sgt..i senang kawan ngn dia
A.F : yea..frankly i ase die leyh jadi wife yg baik pon!
N.A.N : mcm nie lah..i xleh nak paksa dia to fall in luv with u..coz i pn xtaw apa character lelaki yg dia nk buat suami kan.. i bukan xpernah try to kenal ngn sape2 kawan2 I tp susah sikit..dia bukan senang nk didekati n i paham... if i kt tempat dia pn..i choosy.. kita nak kawen bukan sehari dua kan..i try to talk with her 1st…get her feedback 1st.. u cuba solat isthikarah...solat hajat.. buat solat2 sunat.. insyaAllah.. if u really want her...mintak dilembutkan hati dia..
A.F : dah..memang sume tu pon..and sebenarnyea.... bile die ade cakap nak gie umrah dan berharap ade orang kt sane yang cam approach..i kalo leyh nak gie saing ngan die.. bulan 2...dengar aje die hint cam tu terus kumpul duit...
N.A.N : Amin
A. F : dan almost cukup dah pon... tp, my parents cakap nak gie 1 family... so cam kitorang cadang somewhere bulan 4…actually, nie xtau la pon btol2 ke pasal slalu sangat ingat die.. 2 kali pnah mimpikan dia tau...skali after wat istikharah...xnampak pon muke, tp nampak glance seorang gal nie tudung biru hijau...pakai jubah hitam...kali ke 2 time kt cameroon, sy cam propose die...bisik kt telinga die..terus die nangis....dan nampak cam happy sangat tp tu mimpi...kalo btol kan best..awak, dia tu garang tk? kronik aje kan?
N.A.N : kronik??garang tu xd lah..dia ladies dh skrg…hehe
A.F : sy la yg kroniknyea
N.A.N : ikot dia dulu lg garang taw..kitorang panggil dia mak singa..hehe
A.F : hahaha..comel
N.A.N : tp now dia lembut... hehe

Hanya senyuman kecil saja terukir di bibir nya… Apa yang dibalas terhadap kawan nya, “ aku tak boleh terima dia… tanpa sebab…dia tak ada dalam hati aku walau sedikit pun..” itu saja yang dijawab nya… kalau nak cakap mimpi, ini bukan yang pertama kali didengar oleh lelaki… terlalu ramai… ada yang nampak si dia di Mekah.. ada yang mimpi nya selepas melakukan solat istikharah.. macam-macam..

Berbalik kepada emaknya pula, wajah si tua itu kelihatan sedih mengenangkan nasib anak bongsunya… emak nya bertanyakan jadi tak bertunang dengan cinta ketiga? Hatinya luluh untuk menjawab… “Tak Mak…tak de jodoh.. barang-barang simpan je la kot..” terdiam emaknya seketika dibuat anak bongsunya.. disekatnya airmata dari mengalir…
Kerisauan bukan dari emak nya sahaja tetapi pada kakak-kakak nya… “tak keluar ke??”.. “tak…”.. “sampai bile tak nak keluar??”.. “sampai jumpa orang yang benar-benar tak mengecewakan seperti sebelum ini…”

Cintanya terlalu kuat buat cinta ketiganya... tetapi cinta Allah tidak diketepikan.. Cinta Allah tetap pertama terpahat dihatinya.. Hanya pada Allah dia berserah, berdoa, mengadu, menangis, gembira, segala-gala nya... dari setahun ke setahun ditangguh perkahwinan nya.. adakah cinta ketiganya milik nya atau tidak, hanya Allah yang tahu... yang pasti dia telah berusaha tetapi cinta ketiganya masih tidak yakin terhadap diri sendiri.. Betapa perit nya rasa dihati.. Kalau dia tahu ini yang akan terjadi, sudah pasti dia tidak akan bercinta dengan cinta ketiganya... kerana padanya, cinta adalah untuk hidup bersama.. bukan untuk suka-suka.. sentiasa didalam hatinya, "Ya Allah.. kuatkan hatiku.. tabahkanlah aku akan kehilangan cinta ketiga ku ya Allah.. Mungkin ada yang terbaik untuk ku... " setiap kali terdetik didalam hatinya, pasti gugur air mata nya...

Sekarang ni dia menghitung hari untuk ke Baitullah.. perkara yang diidam-idamkan sejak dulu lagi untuk bertemu jodoh di Tanah Haram.. semoga Allah temukan dia dengan cinta sejatinya di sana… Ameen...

Part 5

Si dia masih lagi berduka.. Mengenangkan cinta ketiganya.... Sebelum mengerjakan umrah, dia dihadiahkan dengan kepulangan cinta ketiganya... Betapa gembira nya dia... Bertemu dengan orang yang disayangi setelah setahun lebih menanti... Mereka tak melepaskan peluang untuk bertemu, berkongsi cerita walaupun pada hakikatnya mereka tahu hubungan mereka telah tamat... Pada dia, masih ada jalan untuk memperbaiki segala-galanya... Dilakukan yang terbaik untuk cinta ketiganya supaya segala-galanya kembali jernih...  Walaupun setelah si cinta ketiganya pulang semula ke Eropah, mereka tetap berhubung seperti orang yang dilamun cinta... bermesej setiap masa, ber"viber" bersama, berkongsi gambar.. hanya gelak tawa yang didengari ketika itu... tiada lagi tangisan untuk seketika.. Alhamdulillah.. itu yang terdetik di hati si dia... perhubungan nampak baik... Bersyukur teramat kepadaMu Ya Allah... adakah ini yang terbaik untuk dia?

Si dia akan bertolak ke Jeddah pada malamnya.. Mereka tidak melepaskan peluang untuk ber"ym" sebelum si dia terbang jauh dan itu adalah kali terakhir mereka ber"ym"... Tidak dengan "ym", si cinta ketiganya sentiasa menghantar mesej melalui whatsapp menunjukkan betapa sedihnya kerana mereka akan berjauhan untuk seketika.. Si dia sempat menelefon si cinta ketiganya sebelum "boarding"... hanya gelak tawa yang didengari... Si cinta ketiga tidak lupa mengingatkan si dia supaya berdoa untuk bersama.. Si cinta ketiga siap berpesan untuk jubah... Wahh.. berbunga hati si dia apabila si cinta ketiga minta belikan jubah... Semangat yang teramat untuk dicarikan....

Setiba di Abu Dhabi, si dia tidak melupakan cinta ketiganya sehinggalah si dia tiba di Madinah.. Si cinta ketiganya jugak tidak melupakan nya.. Mereka merasakan kegembiraan di saat itu... Perjalanan umrah si dia berjalan dengan lancar... Mulutnya tidak lekang mendoakan si cinta ketiganya... Setibanya di Mekah, ketika dalam perjalanan melihat Kaabah buat pertama kali nya, si dia menerima mesej dari si cinta ketiganya mengatakan si cinta ketiganya  mendapat interview.. Si cinta ketiganya meminta si dia mendoakan supaya si cinta ketiganya mendapat kerja itu.. Ya Allah... ini adalah berita paling gembira yang didengari si dia... dalam hatinya terdetik, "Ya Allah.. adakah doaku di Raudah termakbul?" tak sabarnya rasa di hati untuk tiba di Masjidil Haram berdoa supaya si cinta ketiganya mendapat pekerjaan itu... Umrah yang pertama disempurnakan dengan baik.. Alhamdulillah... Si dia tidak melepaskan peluang untuk berdoa di Multazam, Hijr Ismail, belakang Makam Ibrahim kerana si dia teringat pesan ramai orang bahawa itu adalah tempat paling mustajab untuk berdoa... Alhamdulillah.. dihatinya jubah untuk orang tersayang telah jumpa dan doa pun telah pun berdoa... Di dalam hatinya semoga segala nya berjalan lancar...

Sepulangnya si dia ke Malaysia, orang yang pertama yang di mesej sudah tentu cinta ketiganya.... ye la... tiada siapa di dalam hati kecuali cinta ketiganya ini... Pada mulanya si cinta ketiganya seperti biasa... Tetapi hari demi hari, si cinta ketiganya mula berubah.... berubah secara drastic... Bila ditanya kenapa berubah, dia teringatkan apa yang telah si dia lakukan.. si dia terkejut... difkirkan segalanya telah kembali pulih.... si dia telah berusaha berubah untuk yang terbaik.. si cinta ketiganya telah pun mendapat pekerjaan yang diidamkan... tetapi si cinta ketiganya cuba menjauhkan diri darinya.. apa salah si dia sebenarnya??? Bila ditanya, pasti tak lekang nama kawan si dia... Si cinta ketiga terlalu cemburu akan kawan si dia sedang telah berbuih si dia menjelaskan segala-galanya, si cinta ketiga masih tidak boleh menerima... Si dia tetap berusaha tetapi si cinta ketiganya tetap berkeras hati..... Tetapi si dia tetap mengatakan si cinta ketiganya orang yang baik dan mungkin si dia tidak cukup baik pada nya.. Si dia berusaha hari demi hari tetapi si cinta ketiga langsung tidak memandangnya... teruk sangat ke si dia ni sehingga dibuang begitu sahaja??? Disangka dulu alasan untuk putus kerana keluarga, tetapi sekarang lain pula jadinya... 

Sejak si dia pulang dari Mekah, memang ramai mendekati si dia tetapi pada si dia, hanya cinta ketiga sahaja yang mampu bertakhta di dalam hatinya.... walaupun ramai yang cuba, si dia tetap tidak memandang.... akhirnya si dia berusaha untuk menjelaskan segalanya melalui email... tetapi apa yang dia dapat lebih mengejutkan nya... si cinta ketiganya telah jatuh hati pada perempuan lain.... "Saya dah tak ada hati dengan awak... Saya dah tawar hati dengan awak.. dan saya rasa saya minat pada someone else.." terkedu seketika… terlalu sedih... seperti terkena percikan asid.. ya Allah... kenapa macam tu sekali? apa salah si dia sehingga si cinta ketiganya ada perempuan lain? sedangkan si dia sabar menanti si cinta ketiganya... pada nya si cinta kedua nya dahulu sudah terlalu kejam, rupanya kali ini lebih kejam dari segalanya....

Di dalam doanya, si dia meminta hilangkan lah ingatan nya terhadap si cinta ketiganya supaya dia dapat meneruskan liku-liku kehidupan... walaupun telah ramai menasihati nya, tetapi umpama menyiram air di daun keladi.. tidak pernah didengari si dia... 
Kepada si cinta ketiganya, teruk sangat ke si dia ini sehingga mudah melupakannya dan mencari pengganti lain?

Part 6

Si dia memulakan kehidupan yang baru…Apa yang telah berlaku, telah dilupakan nya.. Tiada lagi bermain di fikiran.. Mungkin ini adalah terbaik baginya… Doa yang diminta di depan Kaabah secara tidak sedar telah dimakbulkan walaupun ia pahit.. Mungkin si cinta ketiga nya bukanlah terbaik untuk nya.. dan pada saat ini, pasti si cinta ketiga nya telah bahagia bersama orang baru.. dan dia? Seorang wanita yang cekal dan tabah, dia tidak merasakan itu satu kehilangan yang besar.. sentiasa dipegangnya kata-kata “jangan pandang belakang”.. agak kelakar bunyinya tetapi membawa 1001 makna tersirat…

Jikalau dulu sangat susah untuk melihat si dia keluar, tetapi sekarang tidak… “life must go on!!” itu yang dipegang.. apabila ditanya kepada dia, “Ingat si cinta ketiga lagi ke?” dengan yakin menjawab, “dia dah lama saya buang dalam hati dan saya tak ada perasaan lagi dengan dia…” itu petanda si dia benar-benar telah melupakan cinta ketiga.. Alhamdulillah…

Kalau dulu masa lebih banyak digunakan untuk bersendirian, tetapi sekarang tidak.. Si dia mula bergaul dan berjumpa orang-orang baru.. berkenalan.. berborak… berkongsi cerita.. beriadah bersama… itu lagi menggembirakan pada nya…  Dia lebih banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan… ohh! Ini sepatutnya berlaku 4 tahun dulu lagi… tapi mungkin ada hikmah disebalik semua ini…

Si dia mula berkenalan sorang demi sorang..teman-teman rapat cube kenalkannya dengan teman-teman nya yang lain.. Mungkin dalam ramai-ramai ini, ada yang membuat si dia tertarik… .yang pasti si dia bahagia gembira dengan kehidupannya sekarang… Dan si dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi wanita yang dipandang tinggi.. Semoga si dia bertemu dengan si pemilik tulang rusuknya yang menyayangi, menghargai nya sepenuh hati.. 

Sekian.. 


7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Life Must Go On... Segala yg berlaku ada hikmahnya dan semestinya kita sentiasa mengharapkan yg lebih baik dimasa2 hadapan...

    Sy doakan Hajar bertemu dengan Cinta Sebenar yg dicari... Insha Allah...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. dugaan itu bukan beerti hukuman kepada kita tetapi sebagai bimbingan/istiqomah untuk menyedarkan kita bahawa dunia ini bukan selamanya kita cari.... carilah hikmah yang tersembunyi disebaliknya

    ReplyDelete
  6. Pertama kita tidak tahu dgn siapa kita akan kahwin,dan pada usia berapa.Pesanan drp makcik saya,kita hanya mampu merancang.Sekiranya Allah tetapkan kita berkahwin pada usia 30thn.Maka kita akan ttp berkahwin pada masa itu.Sy pnh merasa seperti anda,dikecewakan berkali2.Hanya suami dlm hidup saya,adalah family arrangement dan sejak belum kahwin,doa saya,mahukan suami yang membahagiakan hati saya.Bukan harta,kekayaan yang sy mahu. Alhamdulilah Allah makbulkan.Place your heart to Him,He will never disappointed you.

    ReplyDelete
  7. Teringat pada kata-kata ini, 'Apabila ramai yang cuba 'menjauhkan' diri dari kita bukan bermakna kita keseorangan, tetapi Allah memberi peluang masa dan waktu hanya untuk kita dengan Allah sahaja'

    Saya doakan adik berjumpa dengan pemilik tulang rusuk kiri adik. InsyaAllah.

    ReplyDelete