Assalamualaikum… Hye hye hye… Sementara menunggu dekat
airport ni, flight pukul 4.30 kot… (ok! Tak sure pukul berapa… sebab badan dah
kepenatan..) sempat la nak berblog… back
to my story… cerita tentang last week.. penuh inbox menanyakan, “hajar, kenapa
mintak no phone Jaim tengah malam buta??? Hajar.. bla bla bla…” bertalu-talu
soalan yang perlu saya nak menjawab…
Ok! Nak diceritakan sikap orang Melayu kita… saya tak peduli
la kali ni.. sebab saya terlalu marah… bila saya post kat status, “Siapa ada no
phone Jabatan Agama Islam Melaka.. please… urgent!!”, banyak comment yang saya
terima… dan saya amat berterima kasih kepada yang membantu saya, banyak pihak
membantu dan memberikan idea melalui mesej di FB saya… dan terima kasih jugak
kepada yang tak membantu kerana anda memberi saya idea untuk menulis blog
tentang sikap orang Melayu kita….
Kenapa saya minta no phone??? Ok… saya dah google… saya dah
telefon no phone yang diberikan malangnya perkhidmatan itu sehingga pukul 5.oo
petang sahaja.. itu saya bertanyakan no hp lain mana tahu ada satu tersangkut…
ada yang memberi no hp ustaz penguatkuasa, dan ada juga komen-komen bodoh
sangat saya rasa kan.. seperti “nak kahwin ke?” , apa gila nya nak kahwin pukul
12 malam… mungkin orang cakap macam ni dia pernah buat kot.. kahwin kat Siam
agaknya… termasuklah pakcik dekat tempat saya bercuti tu… boleh tak Tanya, “awak
nak kahwin ke?”, nasib tak kena bodoh dengan saya… serius! Saya cukup marah..
istighfar je… Allahu Akbar…. Ada pulak kata, “google la.. tak payah nak mention kat sini..” ini jenis
manusia yang tak membantu, dan mementingkan diri sendiri… kalau perkara yang
ingin saya sampaikan selepas ini berlaku di depan mata dia, mungkin dia manusia
yang akan mengabaikan, yang memejamkan mata, yang tidak kisah apa yang berlaku,
yang pasti bukan dia, yang tidak takut
dosa bersubahat, yang tidak sayangkan agamanya dan tidak sayangkan umat Islam…
dan jikalau perempuan itu adik anda, anda mungkin tak kisah pun kan….
Saya menceritakan ini menjadi pengajaran kepada yang membaca…
hormat orang sekeliling… jangan ingat ada orang sekeliling tak nampak perbuatan
kita… Saya join percutian keluarga di
Melaka.. saya sampai lewat, dalam pukul 9 lebih malam… ketika itu sepupu pergi
berjalan, yang tinggal hanya anak-anak buah yang sedang bermain di tepi pantai…
dan dalam pukul 10 malam, sepupu-sepupu dan makcik balik dari berjalan dan terus masuk tidur, kecuali
chalet mak saya, chalet cik Yah, dan anak-anak buah saya… datanglah 2 biji
motor.. (ok! Saya memang ada sifat sangat mudah suspicious dengan orang..) saya
melihat 2 pasangan ini sedang leka bercumbu-cumbuan melakukan perkara tidak
senonoh di salah sebuah beranda chalet, sedangkan ketika itu saya, sepupu-sepupu saya (yang anak-anak dara ni..) dan anak-anak
buah saya sedang asyik bermain pasir… jarak antara chalet saya dan chalet itu
dalam 20 langkah.. memang dekat… saya bertanyakan pada mak, mak kata mungkin
dah kahwin.. tapi bila saya minta mak melihat, mak pun dah rasa lain macam, dan
makcik saya juga serta anak-anak buah saya... maaf saya katakan, anda nak buat maksiat, jangan memilih tempat public
untuk melakukan perkara tidak senonoh..
anak-anak buah saya ramai lelaki dan sedang meningkat dewasa.. Ada la perasaan malu!! ketika itu kerisauan melanda… saya memberitahu emak untuk melaporkan perkara
ini, niat saya untuk memastikan yang mereka benar-benar dah kahwin….. itu
saja..
Mengikut cerita sepupu saya, mereka berada di situ sejak
pagi bersama pasangan ini, di siang hari, perempuan satu bilik lelaki satu
bilik.. di malam hari, ianya berubah… lelaki perempuan satu bilik, lelaki
perempuan satu bilik… mungkin mereka perasan saya memandang mereka dengan
pandangan tajam, terus mereka masuk ke bilik… mak memang risau kerana kalau
kita tidak membuat laporan, ini bermakna kita sama bersubahat.. jadi, apabila no phone gagal dapat, ada salah
seorang sahabat FB mencadangkan untuk mencari imam kampong… pukul 12.30 malam,
celah mana nak carik pak imam… hati saya tak keruan melihat aksi yang tidak
senonoh itu di hadapan anak-anak buah serta sepupu saya… saya minta semua anak
buah saya dan sepupu saya balik ke chalet…Benar.. kalau kita niat untuk
menjauhi maksiat, pasti Allah lorongkan… saya ternampak sebuah kedai makan
masih terbuka, dan tanpa berfikir 2 kali saya terus ke warung tu bertanyakan
siapa imam di sini… ada beberapa pakcik menggelakkan saya, kata nya saya nak
nikah! Memang rasa nak sy bagi penumbuk sahaja ketika itu… tapi saya hanya
mendiamkan diri sahaja… dan saya
menceritakan kepada beberapa orang kampong tentang apa yang telah saya lihat,
dan saya meminta pertolongan orang kampong…
Jam menjejak pukul 1 pagi.. errrm.. dalam hati mungkin orang
kampug macam tak kisah je.. at least saya dah melakukan something…. Tapi saya menunggu sehingga jam 2 pagi di
mana saya nak tidur, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki, anggaran dalam 20
orang menyerbu chalet berkenaan… satu bilik mempunyai kad kahwin… Alhamdulillah…
tetapi sebuah bilik lagi, apabila diketuk banyak kali, mereka langsung tak
bukak… dan akhirnya tiada jalan lain,
pintu belakang telah dikepung, maka di buka nya juga.. hasil pemeriksaan mereka
tidak berkahwin.. Allahu akbar…
Bila melihat keadaan begitu, hati jadi sedih.. anak melayu
yang sangat mudah maruahnya diberikan kepada lelaki… errrmm.. saya bukanlah
wanita baik, tapi bila saya nampak mcm tu, saya rasa macam nak heret je
perempuan tu… arghhh!! Memang geram!!!! Mak pula tak henti mendoakan supaya mereka
berkahwin pada malam itu jugak..
Nasihat saya pada semua, please… jangan la lakukan perkara
tidak baik.. jauhi maksiat… sembunyi mana sekalipun kita melakukan maksiat,
pasti satu hari akan terungkai… kalau pernah berlaku pada satu ketika dahulu,
masih tidak terlambat untuk taubat… Allah Maha Pengampun… Tutup buku lama, buka
buku baru.. jangan kekalkan buku lama yang sedia ada penuh dengan maksiat…
Ok la… masa untuk check-in… take care everyone! See u in
next entry!!
Luv u guysss!!!
1 comment :
Cerita yang Cik Hajar ceritakan ni dah lama berlaku. Malah, ianya semakin parah dan membesar ibarat kanser dalam masyarakat Melayu. Sejak bermula era perindustrian negara kita lagi, sewaktu anak-anak muda lelaki dan perempuan berpusu-pusu berhijrah ke bandar untuk bekerja kilang.
Waktu itu, perlahan-lahan institusi masyarakat Melayu yang menjaga tatasusila akhlak setiap anggota masyarakat mula runtuh. Ia membawa kepada fenomena pembuangan bayi 'secara besar-besaran' bermula pada awal dekad 90'an.
Kini, setelah hampir 20 tahun berlalu, keadaan dilihat tidak banyak berubah. Pergaulan bebas remaja sukar disekat sama sahaja seperti awal 90'an dulu. Malah, kemungkinan untuk menjadi lebih buruk itu lebih hampir menjadi kenyataan.
Apatah lagi, kebanyakan pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga mengikut syarak sengaja disusahkan, baik dari institusi mahupun oleh adat masyarakat Melayu itu sendiri yang banyaknya sudah bercampur gaul dengan budaya materialistik anjuran ideologi kapitalis.
Post a Comment