Monday, April 8, 2013

Post saya yang terakhir sebelum saya pergi jauh....

Selepas solat maghrib, my nephews semua tanya...

Addin : kenapa Mama Shu solat maghrib ada banyak kali solat? bukan 3 rakaat je ke?
Mama Shu : solat maghrib 3 rakaat, solat sunat sebanyak mana pun boleh...
Izzmat : solat maghrib wajib kan.. solat sunat ni pun kena buat ke?
Mama Shu : Solat fardhu 5 waktu wajib buat.. tak boleh tak buat.. solat sunat ni kalau ada masa buat la... tak ada masa, tak buat... ni dah solat maghrib belum masing-masing?
Addin : Addin tak tahu solat lagi....
Mama Shu : Abg Chik dengan Izzmat ni dah solat ke belum? Kalau kita tak solat, Allah terus campak kita masuk api neraka... Allah tak tanya dah kenapa tak solat.. Sebab dekat akhirat mulut kita dah tak bercakap, tapi tangan, kaki dan anggota lain yang bercakap..
Addin : tapi macam mana Addin tak tahu solat..
Mama Shu : belajar la.. mana boleh tak belajar.. kalau tak belajar, sampai bila-bila tak tahu..
Izzmat : neraka tu panas sangat ke? *muka yang serius*
Mama Shu : sangat panas.. belum sampai pun, badan kite dah terbakar.. Setahun Addin, Abg Chik n Izzmat rasa lama tak??
Abg Chik : lama sangat Mak Su...
Mama Shu : dekat akhirat 1 hari di neraka, sama dengan 1000 tahun di dunia.. lama sangat kan... maka kalau buat sekali dosa, beribu-ribu tahun di neraka, buat ape kan.. baik masuk syurga.... syurga cantik sangat! macam-macam ada... lagi cantik dari di dunia..
Abg Chik : ada perempuan cantik tak Mak Su?
Mama Shu : bidadari kat syurga lagi cantik dari perempuan dekat bumi ni.. kat syurga je ada perempuan cantik.. kat akhirat semua nya ada syaitan.. (dalam hati, ceh! gatal bebudak ni..)
Addin : Macam tu Addin ikut Izzmat la solat... Addin nak masuk syurga, tak nak kena seksa kat api neraka..
Izzmat : Abg Chik, jom solat berjemaah.. Abg chik jadi imam...
Mama Shu: wahh.. semua nak masuk syurga.. Alhamdulillah...

Mendidik kanak-kanak dari kecil, InsyaAllah sampai ke besar mereka akan ingat.. Tetapi mendidik orang dah dewasa, hati semakin keras, hanya doa yang mampu diberikan untuk dilembutkan dan dibukakan hati nya.... :)

Assalamualaikum...

No comments :