Bismillah..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. Hari ni saya mendapat berita gembira.. Saya telah mendapat offer untuk bekerja di Celcom.. Tapi ada beberapa perkara menjadi pengajaran dalam hidup saya... Pada mula nya, saya ingin pulang ke KL pada Ahad malam Isnin.. Tetapi emak menghalang memandangkan saya akan tiba di KL malam... dan sepupu saya pun baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan.. Jadi saya turut kata emak untuk pulang keesokan pagi nya.. Selepas subuh, saya terus pecut ke KL.. Umat manusia di KL juga telah memulakan rutin harian mereka, jadi pagi itu jem yang agak teruk.. dan akhirnya saya tiba di Celcom Jalan Semarak 10 lebih... dalam hati rasa sedikit marah dengan emak sebab menghalang saya pulang pada hari Ahad... Jadi kerana merajuk, saya tidak menelefon emak, sehinggalah esok mak call saya.. dan saya menceritakan lah yang saya lambat ke interview dan sudah pasti interviewer tak nak ambik saya, 1st impression terhadap saya dah cacat.. Mak kata kalau ada rezeki InsyaAllah dapat lah tu dan mungkin dalam telefon tu mak agak sedikit rasa terkilan pada diri sendiri sebab menghalang saya pulang pada hari Ahad.. Pada pukul 10 lebih pagi tadi, saya menerima yang mengatakan saya dapat kerja tu.. ya Allah! rasa bersalah terbuku di hati... dengan sepantas kilat, orang pertama yang perlu saya telefon adalah emak.... 1st sentence.. "Mak.. Hajar mintak maaf.." yup.. sebab dah rasa bersalah kerana rasa marah pada emak.. dan memberi tahu yang saya dapat pekerjaan tu.. Nada emak terus berubah gembira.. Saya berfikir seketika, emak ni tahu yang terbaik untuk anaknya... Jikalau saya bertegas untuk pulang juga malam tu, mungkin perkara buruk berlaku... Wallahualam.. Jadi ambik la pengajaran dari cerita saya ni ok... menyesal tak sudah dalam diri! :'(
Cerita seterusnya yang duk saya berfikir je... Apabila saya melihat wanita bekerjaya.. dalam hati saya, kalau lah saya mendapat suami yang mampu menanggung saya dari bekerja, alangkah indahnya hidup dibawah payung syurga... Please! jangan negative thinking dulu ok! Kenapa saya nak jadi surirumah?? yang pertama, apabila saya bergelar seorang isteri, maka dosa kita ditanggung si suami.. Jika ditempat kerja, kaum Adam yang tidak berhak untuk memandang kita, si suami menanggung dosa.. Pergaulan antara lelaki perempuan di tempat kerja, mungkin kita jaga perbatasan, tetapi pihak satu lagi belum tentu... Pemakaian kita pasti ke office mesti cantik, bergaya.. tetapi yang berhak hanya si suami.. huh! susah juga sebenarnya tugas suami ni... tetapi bila si isteri sentiasa di rumah, segala-galanya adalah untuk suami, bukan lelaki lain... tetapi memandangkan kos kehidupan semakin hari semakin meningkat, kita tidak ada pilihan lain bagi meringankan beban si suami.. dan wanita sebagai seorang isteri, dimana anda berada, si suami sentiasa bersama anda walaupun secara fizikal nya tidak...Jagalah martabat anda sebagai seorang wanita dan juga isteri.. Jadi, biarlah masuk syurga tu dua-dua sekali.. jangan si isteri tinggalkan suami di belakang... Semoga saya dapat menjadi isteri yang sentiasa menjaga nama suami saya nanti.... :)
oo.. berbalik kepada isu suami isteri... hari ni saya mendapat soalan lagi.. "bila nak kahwin??" hahhaa.. ikut jawapan jahat saya, saya nak tanya balik, "bila plak nak mati?" hihihi.. tak baik Hajar... So, saya bagitau di sini, saya telah berusaha sedaya mungkin tetapi Allah masih tak temukan juga.. Ada jodoh saya, ada la.. tak ada, tak ada la.. ada yang mengatakan.. "ala.. engkau memilih.. tahun depan 27... pejam mata 30.. dah tak laku masa tu" saya kahwin bukan untuk sebulan dua, jika hati tidak berkenan, macam mana nak hidup selamanya.. tak mencari Mr. Perfect tetapi mencari seorang yang cukup menjadi pelengkap...yang menjaga solat paling penting, kalau solat susah nak jaga, tak payah mimpi jaga anak dara orang kan.. berbalik kepada takdir Allah.. jikalau sampai jodoh saya,, Allah jentik je hati saya untuk terbuka kepada seseorang tu, saya pasti akan kahwin.. yang saya lakukan sekarang berdoa untuk Allah bukakan hati saya.. :) jangan la risau ya.. tak ada jodoh di dunia, kat akhirat pasti ada... jadi, kawan-kawan dan sepupu pun doakan sekali ya... hihihi... nak jadi isteri mithali ni.. nak bau syurga tau!
Saya bukanlah bagus sangat pun.. tapi orang kata sharing is caring kan... so saya nak share la kat korang.. Selepas saya tender, hati saya gundah gulana.. macam mana saya nak dapat kerja, macam mana saya nak bayar kereta, dan bermacam-macam lagi... Jadi setiap amalam yang diberikan oleh sahabat-sahabat saya, saya akan amalkan... Alhamdulillah.. mungkin doa dan pertolongan kawan-kawan la saya dapat job ni, cume doa untuk jodoh je tak sampai lagi.. hihihi.. Ini antara amalan-amalan yang saya lakukan yang diberikan oleh kawan-kawan...
1. Sedekahkan Al-Fatihah buat Rasulullah, sahabat-sahabat Rasulullah, Para Tabi'in, Ibu bapa, Muslimin dan Muslimat yang masih hidup @ telah meninggal dunia... setiap selepas solat...
2. Alhamdulillah, bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.. Mak pesan bangun tengah malam buat solat sunat.. Cuba buat setiap hari selama seminggu ni, dan 10 malam terakhir Ramadhan perbanyakan ibadah... Dan juga pada malam Aidilfitri, kerana malam itu sesiapa yang menerangi malam raya dengan ibadah, maka Allah akan terangkan kubur nya nanti... Sekarang dah bukan bulan Ramadhan, buat jugak solat-solat yang mana dapat.. mungkin antara maghrib dan isya'...
3. Perasan tak doa pembuka 12 pintu yang saya ada post kan sebelum ni.. itu akak ipar saya kasi.. Dia kata Ustaz Fadzilah Kamsah kata jadikan amalan.. bangun tidur dan sebelum tidur.. lagi banyak lagi bagus.. ayat nya mudah untuk dibaca.. jadi saya amalkan selepas solat juga...
4. Paling penting sekali, jaga solat.. Buat perkara sunat, tetapi wajib tak buat tak guna juga kan... Solat jaga, amalan lain pasti diterima InsyaAllah..
Ok la... malam semakin gelap.. mata semakin kuyu.. Katil semakin memanggil-manggil... Good nyte.. Assalamualaikum.. :)
psst: sapa buat open house, jangan la lupa ajak hjr... tak de sape ajak hjr pi open house lagi ni!! huhuhu.. (senget kan!)