Hye guys... Selamat tengahari... Hopefully explaination hajar semalam memuaskan hati beberapa pihak... tadi tengah breakfast, hajar teringat abang hjr.. yes... I miss him so much... lama dah kami tak jumpa dan bergaduh.... :'(
Masa kecik-kecik, abang hjr ni gangster... kalau ada budak bergaduh/bertumbuk kat sekolah, orang yang kene belasah yang jumpa principal kan... tp dia ni lain... ada sekali ni, dia belasah budak, dia jumpa pengetua, dia boleh buat pengakuan berani mati.. "Cikgu, saya pukul budak..." tergamam pengetua.. tak pernah dibuat orang pi ngaku... tak pasal-pasal abah kene datang sekolah.. abah pun tak terjawab dah bila dengar macam tu... abang hajar sangat nakal zaman sekolah...
Setiap hari Isnin, di perhimpunan pasti akan ada seorang student yang bersyair atau pantun atau sajak.... tapi setiap minggu mesti muka dia yang naik atas stage untuk berpantun.. tak ada orang lain... korang jangan tak tahu, setiap hari ahad, dia akan paksa kak num buat pantun untuk dia.... gila betul.. dan satu pantun yang sampai sekarang hajar ingat berdasarkan mak cerita kan, "anak Cina main kotak, anak India main cincin, anak Cina kepala botak, anak India kepala licin.." serius! kalau pantun ni dibaca sekarang, confirm kene hentam.... and then seorang cikgu bangga dengan pantun dia tu.. cikgu mintak dia buat satu lagi pantun, dia boleh cakap... "saya seminggu sekali je boleh pantun, kalau cikgu nak pantun lagi, cikgu boleh suruh abang saya pantun pulak" sambil tunjuk kat abang Ijib (my 1st brother) kat perhimpunan... abg Ijib rasa nak telan dia masa tu... dia jumpa je abg ait, "jaga kau.. aku pukul kau balik rumah..." hahaha.. sangat la nakal kau... mak kerap ulang cerita-cerita lama bila kami berkumpul adik beradik... macam nak pecah perut kami gelak.... yang paling jahat, sudah tentu hajar.. (memang saya kutuk habis-habis!!!) walaupun beratus kali mak cerita, kami tak jemu mendengar... ruang tamu rumah la jadi tmpt kami adik beradik berkumpul, bergelak, berkongsi cerita... tapi skrg masing-masing dah jauh, susah nak berkumpul....
Kalau abang hajar baca blog ni, confirm dia gelak tengok adik dia yang gila ni berani bukak cerita dia kan... hahaha.... saya rindukan adik beradik saya sekarang ni.. rindukan untuk berkumpul beramai-ramai.. teringatkan satu masa, mak marah kami semua.. (dah besar dah masa tu..) masing-masing ada bilik masing-masing, tapi akhirnya sorang demi sorang lari masuk bilik hajar.. kami berkumpul adik beradik dalam bilik hajar, mak pulak tengah marah kat luar... akhirnya kami 5 beradik tidur dalam satu bilik sama-sama lepas berborak n bergelak, mak pulak tak boleh nak kata apa...dan saya rindu kan juga akak-akak saya peluk saya walaupun dah besar... ada anak dia tanya, "kenapa mak peluk mak su??" "ni adik mak, biarlah mak peluk macam baby..." hihihi... sweet kan...
To my brothers and sisters, I luv u so much guys!!!
To my brothers and sisters, I luv u so much guys!!!
No comments :
Post a Comment