Hujung minggu yang sering dirindui.. Berehat dirumah sementara menunggu Isnin yang bakal menjelma.. itulah rutin seorang insan bernama Siti Hajar.. saya menghabiskan masa saya dengan memasak, membuat kuih, membuat kek, mewarna, melayan kanak-kanak, dan keluar bersama akak saya.. Nak dikatakan keluar bersama rakan, sangat jarang sekali... Tanggungjawab kawan-kawan bersama keluarga yang mereka bina, mengehadkan masa untuk kami keluar bersama...
Kalau di facebook, ada status "single", "in a relationship", "engaged", "married", kawan-kawan setiap minggu pasti seorang demi seorang akan menukar status mereka, dan saya, masih lagi mengekalkan status "single".. Mungkin saya lebih selesa memegang status itu, mungkin sebab perkara lepas membuat saya masih lagi fobia untuk berpasangan tetapi saya tak tahu la kalau in future, hati saya terbuka kepada seseorang kan.. hihihi.. harap-harapnya terbuka la... tetapi tak kisah pun sekarang ni....
Bila ditanya oleh rakan-rakan saya, "Hajar, tak kan tak de yang cuba masuk line? kau seorang happy go lucky, dengan semua orang boleh masuk.." saya hanya memberikan senyuman, dan di dalam hati saya hanya berkata, "masih tak bertemu apa yang dicari..." kalau saya mengungkapkan kata-kata itu dari mulut saya kepada mereka, confirm mereka akan mengatakan, "memilih! umur dah makin tua..." jadi senyuman lebih baik... Saya pernah terbaca satu status di facebook, dan status ini membuatkan saya tidak tergopoh-gopoh untuk mencari pasangan... "Orang sibuk memikirkan untuk kahwin awal, tetapi tidak pernah memikirkan mati awal"... Status ini yang menjadikan saya seorang yang cool bab jodoh... hihihihi.... kepada yang single, boleh pakai status ni, confirm korang akan cooooollll macam saya....
Soal tentang jodoh ni, ini bukan perkara yang main-main.. memilih pasangan hidup untuk dijadikan imam, ayah, pasangan hidup yang sentiasa bersama dalam susah dan senang.. Jujur saya katakan, ramai yang cuba untuk mengambil hati saya, tetapi saya tak tahu kenapa hati saya cukup payah untuk terbuka.. mungkin ada 1 dalam 10 yang membuatkan hati saya terbuka, tetapi apabila saya meminati dia, pasti saya akan menanyakan balik pada diri saya, "layak kah aku untuk dia? dia seorang yang sangat baik... aku pulak... memang sah-sah tak baik..." timbul perasaan rendah diri pada diri saya, menyebabkan saya akan mengundur diri... itulah saya.... tetapi kalau lelaki yang saya minati itu meluahkan perasaan terhadap saya, sudah tentu, saya rasa terlalu gembira yang teramat... mungkin dia lah pemilik tulang rusuk yang hilang.... (jangan kau menari macam gila sudah la Hajar!! hahaha.. buat sujud syukur! itu yang terbaik!!) tetapi itu sangat sukar untuk berlaku.... orang yang saya minati, mesti tak minat saya... hahaha.. hidup 26 tahun dah kot! dah faham corak kehidupan saya... kekeke..
Sebenarnya siapa yang saya cari ni??? Bila saya fikir semula, saya mencari seseorang yang menyintai saya kerana Allah... hidup bersama saya kerana Allah.. cinta terhadap Allah lebih tinggi daripada cinta nya terhadap saya... Mungkin payah untuk mencari tetapi saya pasti Allah menyediakan saya seorang lelaki yang seperti saya idamkan dan yang terbaik untuk saya!
Ok la.. post ni sebenarnya sekadar mengisi masa terluang sementara mencari mood untuk menyambung warna... :)
psst: InsyaAllah selepas selesai sahaja saya painting saya tuh, saya akan letakkan di salah sebuah rumah anak-anak yatim.. betapa dalam nya cinta sayang saya pada painting saya, macam tu juga dalamnya cinta sayang saya terhadap anak-anak yatim....
ok! C U in next post bebeh!!! selamat berhujung minggu!
No comments :
Post a Comment