Thursday, December 29, 2011

Tahun Baru 2012!!!!

Hari ni 30/12/11.. wahh.. tarikh yang semakin hampir dengan 2011.. sedihnya untuk meninggalkan 2012… banyak kenangan yang tak dapat dilupakan… dan sudah pasti semua orang akan merindui 2011… sekarang kita concentrate kepada 2012.. apa azam tahun baru 2012???

AZAM TAHUN 2012:

Saya nak tukar penampilan saya.. melabuhkan sikit tudung… kurangkan pakai baju sarung nangka.. saya akan cuba!!! Yeahh!! Saya nak jadi muslimah sejati.. nak luangkan masa untuk ke masjid, buat kerja-kerja amal.. sekurang-kurangnya sedikit sebanyak, adalah bekalan untuk saya mati nanti.. InsyaAllah…

Saya nak cari kerja baru!! Ya!! Saya memang nak carik kerja baru… saya dah hanpir 2 tahun dengan Kenanga.. Dah tiba masa saya jump ke company lain.. InsyaAllah… akan dilakukan selepas balik umrah.. tak pun lepas bonus.. hahaha!!! (sebenarnya saya nak buat business sendiri…)

Lepas ni tak mau lagi cakap kuat-kuat dah.. kalau dulu macam tertelan microphone bila bercakap.. isk isk isk.. ehh.. sebenarnya ni keturunan tau cakap kuat… cousin sebelah mak dan sebelah abah memang cakap kuat.. kadang-kadang orang ingat kita marah, sebenarnya tak.. memang bangsa cakap mcm tertelan mic.. so, jangan la ambik hati kalau sebelum ni yang bercakap dengan hajar mcm nak cari gaduh ya..

Yang last ni kerap orang bertanya.. siapa yang tak nak hidup berpasangan tak?? InsyaAllah.. saya cuba untuk menamatkan zaman bujang saya.. tapi kita merancang Allah menentukan, saya berusaha dan berdoa, yang lain saya serahkan kepada Allah… dengan siapa dan bila?? Jujur saya katakan, saya memang tak ada calon lagi.. mungkin saya tak kan bercinta lagi… saya penat.. mana tahu putera raja datang melamar ke… hihihihi.. mana-mana lelaki benar-benar buat saya jatuh hati pada nya, dan terus menerima dia ke.. hahahha… novel lebeyyy!!

Semoga tahun baru ini bagi kita keberkatan dari Allah dan sentiasa mendapat hidayah dariNya….

InsyaAllah…

Selamat Tahun Baru!!!!

2 comments :

pitiskaya said...

tahniah. moga menjadi muslimah yang beriman.

H A J A R said...

InsyaAllah... I try my best..