Thursday, December 29, 2011

Cinta Seorang Wanita Part III

CINTA SEORANG WANITA PART III

Apabila berakhir nya cinta ke-3,si dia cuba untuk berkawan dengan ramai kawan.. Hampir setahun dia tidak keluar dengan lelaki, dia fikir hingga bila dia nak menyeksa diri sendiri dengan menunggu sesuatu yang tidak pasti… Maka perkenalan demi perkenalan, membuatkan si dia mula berkawan semula dengan kaum Adam.. “Wall post” nya terhadap seorang lelaki yang baru dikenali telah membuatkan si cinta ke-3 nya berasa marah, kecewa… Baru ditinggalkan, dah mencari yang lain.. itulah perempuan…mudah jatuh cinta bila lihat lelaki handsome sikit… Luluh hati dia mendengar kata-kata itu.. tak terdetik hatinya untuk jatuh cinta dengan memana lelaki selepas kecewa berkali… selama setahun dia menunggu cinta ke-3 nya, itu yang dibalas nya… si dia setia dengan cinta ke-3 nya.. yang menunggu penuh sabar kepulangan cinta ke-3 nya ke Malaysia, tetapi berakhir dengan kesedihan… Si dia hanya berkata yang dia akan bertunang dengan sesiapa yang benar-benar mencintai nya dan boleh menerima nya seada nya selepas pulang mengerjakan ibadah… Si cinta ke-3 nya berkata, kalau itu yang diminta, si cinta ke-3 nya akan mencari kerja dan mengikat tali pertunangan selepas si dia pulang mengerjakan ibadah.. Si cinta ke-3 rela melihat si dia menjadi anak dara tua dari berkahwin dengan orang lain.. adakah itu sayang @ kekejaman??? Kesian nya si dia…

Si dia telah bersetuju dengan si cinta ke-3 nya…ingin mengikat tali pertunangan dan bernikah pada tahun berikut nya… Alhamdulillah… syukur yang teramat ketika itu.. tidak dapat bayangkan betapa gembira nya hati dan perasaan nya…. Si dia telah memberitahu kepada emak abah dan ahli keluarga yang lain yang dia akan bertunang pada tahun hadapan.. semua sangat gembira dengan perkhabaran itu.. Si dia mula mencari barang-barang yang untuk majlis pertunangan nya… mungkin terlalu gembira kan..

Hari berganti hari… si cinta ke-3 nya telah memberitahu hajatnya kepada ibu nya tentang hal ini.. Alangkah sedih nya apabila ibu cinta ke-3 nya mengatakan yang dia tidak layak lagi untuk berkahwin kerana umur muda…naluri ibu lebih mengetahui.. apabila si cinta ke-3 nya menyampaikan kepada si dia, rasa nak tercabut jantung nya.. “Ya Allah… betapa kuatnya ujian Kau ini ya Allah…” hati memang terlalu sedih, tapi apakan daya.. perkahwinan yang bahagia adalah perkahwinan yang direstui… si dia perlu restu kedua ibu bapa nya dan juga bakal mertua nya…dia tabah..

Selepas si dia memujuk si cinta ke-3 nya, si cinta ke-3 boleh mengatakan yang dia tidak pernah berjanji dan memberi harapan untuk bertunang dengan si dia… mengalir air mata si dia ketika itu.. Siapa tak sedih…tetapi dia tetap redha.. ini semua ketentuan Allah.. sekarang baru dia tahu betapa sakit nya apabila seseorang itu membatalkan perkahwinan saat saat akhir…

Hari-hari si dia sedikit pun tidak nampak yang dia mempunyai masalah.. dia bergelak ketawa seperti rakan-rakan yang lain..wajah nya buat setiap orang lain tersenyum, sedangkan dihatinya meraung seperti kematian suami… reaksi nya yang ceria, tidak membuatkan orang lain gusar @ risau… kerana apabila dia murung, pasti kawan-kawan nya akan risau.. jadi dia tak mahu rakan-rakan nya lihat dia dalam keadaan sedih…

Seorang rakan baik ketika dibangku sekolah membalas komen dia di facebook… “asyik kumpul anak orang je, bila nak ada anak sendiri…” si dia hanya mampu membalas ayat yang tenang sahaja.. tak sanggup untuk menyatakan apa yang terpendam dalam hati…

Mereka berborak di chat messenger facebook.. Si dia menceritakan perkara yang berlaku… Alhamdulillah.. sahabat baiknya memberi kata-kata semangat kepada nya.. mungkin kerana dia fobia.. memang dimulut dia menerima lelaki yang benar-benar menyintai dia tetapi dalam hati.. bagaimana nak semat di dalam hati nya… tetapi sahabatnya mengatakan tidak semesti nya berkahwin dengan lelaki yang kita tak kenal, kita tak kan bahagia…sahabatnya sendiri berkahwin atas rancangan orang tua nya… si dia membalas, “aku takut aku tak boleh jadi isteri yang taat, macam mana aku nak kahwin dengan orang yang aku tak kenali, sedangkan aku tak kenal hati budi dia, macam mana kalau aku tak boleh jalan kan tanggungjawab aku sebagai seorg isteri, merelakan diri aku disentuh oleh lelaki yang baru kenal walaupun ia nya halal Bid..aku takut”… itu yang dibalas.. sahabatnya yang tidak berputus asa memujuk si dia supaya terbuka hati untuk orang lain…

Apabila dia memikirkan kata-kata sahabatnya.. memang benar apa sahabat dia berkata… “tak semestinya berkahwin dengan orang yang tak dikenali, kita tak bahagia… yang kenal it bahagia…” kata-kata sahabatnya menyunting semangat kepada nya supaya menjadi wanita yang kuat setanding namanya….

Tahun Baru 2012!!!!

Hari ni 30/12/11.. wahh.. tarikh yang semakin hampir dengan 2011.. sedihnya untuk meninggalkan 2012… banyak kenangan yang tak dapat dilupakan… dan sudah pasti semua orang akan merindui 2011… sekarang kita concentrate kepada 2012.. apa azam tahun baru 2012???

AZAM TAHUN 2012:

Saya nak tukar penampilan saya.. melabuhkan sikit tudung… kurangkan pakai baju sarung nangka.. saya akan cuba!!! Yeahh!! Saya nak jadi muslimah sejati.. nak luangkan masa untuk ke masjid, buat kerja-kerja amal.. sekurang-kurangnya sedikit sebanyak, adalah bekalan untuk saya mati nanti.. InsyaAllah…

Saya nak cari kerja baru!! Ya!! Saya memang nak carik kerja baru… saya dah hanpir 2 tahun dengan Kenanga.. Dah tiba masa saya jump ke company lain.. InsyaAllah… akan dilakukan selepas balik umrah.. tak pun lepas bonus.. hahaha!!! (sebenarnya saya nak buat business sendiri…)

Lepas ni tak mau lagi cakap kuat-kuat dah.. kalau dulu macam tertelan microphone bila bercakap.. isk isk isk.. ehh.. sebenarnya ni keturunan tau cakap kuat… cousin sebelah mak dan sebelah abah memang cakap kuat.. kadang-kadang orang ingat kita marah, sebenarnya tak.. memang bangsa cakap mcm tertelan mic.. so, jangan la ambik hati kalau sebelum ni yang bercakap dengan hajar mcm nak cari gaduh ya..

Yang last ni kerap orang bertanya.. siapa yang tak nak hidup berpasangan tak?? InsyaAllah.. saya cuba untuk menamatkan zaman bujang saya.. tapi kita merancang Allah menentukan, saya berusaha dan berdoa, yang lain saya serahkan kepada Allah… dengan siapa dan bila?? Jujur saya katakan, saya memang tak ada calon lagi.. mungkin saya tak kan bercinta lagi… saya penat.. mana tahu putera raja datang melamar ke… hihihihi.. mana-mana lelaki benar-benar buat saya jatuh hati pada nya, dan terus menerima dia ke.. hahahha… novel lebeyyy!!

Semoga tahun baru ini bagi kita keberkatan dari Allah dan sentiasa mendapat hidayah dariNya….

InsyaAllah…

Selamat Tahun Baru!!!!

Wednesday, December 28, 2011

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

1Malaysia TV!!!

Sebelum memulakan perbicaraan.. Entry kali ini untuk pengguna iphone.. hihihihi...(sebab saya pengguna iphone.. so tak tahu la bendalah lain.. ) Terfikirlah dalam fikiran macam mana kalau ada cerita best, tapi tak ada TV nak tengok... Fikir punya fikir.. al-maklum la.. ini semua penangan Tentang DHia la... sebelum tidur, seperti biasa, carik application yang best-best!! yesss... last nite I've found it! lepas ni confirm daku tak terlepas tengok Tentang Dhia.... dan hari ini.. ya hari ini.... hajar keluar dari curve jam 6.30 petang!! Ooohhmmaann!! tak sempat nak tengok tentang dhia pukul 7 ni! tambah dengan jam la pulak time ni.. dan dan...tiba-tiba teringatkan new application yang di install malam tadi.. yes! yes! yes! boleh tengok tentang dhia.. tak fikir panjang, mencari hp di dalam beg.. He He He... teruslah channel TV3! yeahh! dapat tengok 9 minit yang pertama.. (sebaik aku tak terbabas la tadi...)mata ke iphone, tangan kat stereng!! jangan cuba ya! memang berani mati.. ada jugak masuk paper front page.. "MATI KERANA TENTANG DHIA" ok ok.. saya ajar ya...

Mula-mula pergi ke App Store... (psst: lawa x background?? kekeke.. perasan kau Hajar!)


Type 1Malaysia TV.. nampak tuh?? nampak?? nampak???
Click la Install.... jangan tak click pulak..


Tttaaadddddaaa!!!! yeaahhh!! dah ada kat Iphone Hajar... 1 Malaysia!! 1 Malaysia!! 1 Malaysia!! (melaung ala-ala Dato' Sri Najib ya... )


Nak tengok TV?? di kereta?? di tandas??? di mana-mana sahaja!!! Janji ada wifi @ internet kat phone tu ya.. kalau tak ada, jangan le kome bermimpi nak nengok... sampai kiamat tak dapat..
Click aje channel mana yang hangpa rasa nak click... tapi Hajar.. Hajar sudah tentu TV3 sebab nak tengok Abg Zikir!!!! haha..
oooppsss.. 10 malam!! ada date dengan Amir Khan!!!! 3 Idiots!! jom click TV 3!!!! dah start!!!

byee....

Monday, December 26, 2011


Lagu ini ditujukan dari seseorang kepada wanita di dalam entry saya bertajuk "cinta seorang wanita"

"Saya doakan semoga gadis itu bertemu jodoh dengan lelaki soleh yang menyayangi dia dan mampu membimbing dia... "

Thursday, December 22, 2011

There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if one day she could see the world, she would marry her boyfriend.

One day, someone donated a pair of eyes to her and she could see everything, including her boyfriend.

Her boyfriend asked her, "Now that you can see the world, will you marry me?"

The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too and refused to marry him.

Her boyfriend walked away in tears, and wrote a letter to her saying...

"Just take care of my eyes dear. I'll always love you forever…”

This is how human brain changes when the status changed.

Only few remember what life was before, and who's always been there even in the most painful situations.

LIFE IS A GIFT

Today before you think of saying an unkind word
- Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food
- Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife
- Think of someone who's crying out to God for a companion.

Today before you complain about life
- Think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children
- Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about who cleans up your dirty house
- Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive
- Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job
- Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another
- Remember that nobody is perfect are without faults.

And when depressing thoughts seem to get you down
- Put a smile on your face and be thankful you're alive and still around.

Life is a gift,
Live it,
Enjoy it,
Celebrate it,
And fulfill it.

I got this chart from nuffnang for this week... Oh my God.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... I am so happy.. :) unexpected!! InsyaAllah I will keep updating my blog with informative articles, lovely stories, jokes, videos and etc... And I need ur support guys!! (hohoho.. I am not an artist ya... just a cute blogger.. hahaha.. just joking.. )

Thank once again...

Enjoy reading!

Let's help him.. Please!!!!!

Wednesday, December 21, 2011

Cinta Seorang Wanita Part II

Hari berganti hari… Bulan berganti bulan… tetapi dia masih lagi tidak berjumpa siapakan lelaki yang benar-benar akan bertakhta di hati nya… Kadang-kadang terfikir dibenak nya, “teruk sangat ke aku ni sehingga kan sangat sukar untuk mendapat teman yang benar-benar aku suka??” itu yang sering bermain di fikiran nya.. tetapi ditanam nya di hati kecil nya bahawa Allah tidak akan menguji seorang umatNya jika umatNya itu tidak kuat.. maknanya dia masih kuat lagi menempuh segala nya…

Kerap ditanya oleh orang sekeliling, “bila nak kahwin ni???”.. jawapan kepada soalan itu hanyalah satu senyuman.. di dalam hati nya berkata, “ya Allah.. bukan aku tak nak kahwin, tapi aku masih tak jumpa siapa yang benar-benar yang boleh mengisi ruang kekosongan dalam hati ini..”

Hati nya bertambah tertekan apabila sepupu yang lebih muda daripada nya akan mengikat tali pertunangan sedangkan dia?? Dah berumur 26 masih lagi tak ada sesiapa… ada dikalangan sepupu-sepupu nya mengatakan dia terlalu memilih.. mana kan tidak, yang nak dia bukan calang-calang orang.. doctor la.. engineer la.. architect la.. terlalu ramai.. apa lagi yang masih ditunggu?? Bila ditanya, tak kan tak terbuka hati lagi?? Pasti jawapan nya, fobia.. fobia dengan percintaan yang lampau.. cukuplah apa yang dilakukan yang lepas.. Dia dah berasa sangat berdosa terhadap bakal suami kerana menyintai lelaki sebelum itu.. kata nya, selepas dia sah bergelar isteri kepada yang layak, dia akan memohon ampun dan maaf kerana menduakan si suami nya sebelum berkahwin… itu sebab dia memberi alasan kukuh supaya lepas ini tidak perlu bercinta dan terus berkahwin.. itu lagi berkat katanya….

Bila ditanya, ada tak yang cuba melamar? Sudah tentu.. dan masih ada yang menunggu nya sehingga sekarang.. Cuma hati nya tak terbuka lagi… setiap malam dia melakukan istikharah supaya dia nampak siapakah suami nya, tetapi sehingga sekarang masih tak Nampak lagi siapa kah orang nya.. mungkin tidak cukup khusyuk di solat nya bagi dia.. dia akan berusaha sehingga dia nampak dan yakin bahawa lelaki yang ditunjuk oleh Allah itu adalah lelaki yang sesuai untuk nya..

Si dia ini ada satu sifat.. sifat yang suka sangat berangan.. tetapi apa yang diangan-angankan memang menarik.. dia mengangankan berjumpa seseorang dengan cara yang mulia di Tanah Suci.. jika lelaki itu benar-benar menyukai dan ingin memperisterikan nya, terus berjumpa dengan ibu bapa nya… sama seperti di dalam novel kan? Mungkin benar semua wanita memang menyukai sesuatu yang indah dan romantik.. patutlah si dia masih tidak berjumpa dengan sesiapa untuk bertakhta di hati nya.. mungkin lelaki yang menunggu nya salah teknik untuk mendapatkan nya…

Bila ditanya rakan-rakan nya, adakah cinta ketiga nya masih dihati? Jawapan nya adalah ya.. Cuma masalah yang dihadapi antara mereka berdua menjadi halangan yang mereka tidak dapat bersama. Mereka masih memasang niat untuk hidup bersama tetapi apabila memikirkan tentang keluarga, terus dilupakan hajat untuk hidup bersama.. masing-masing berkorban untuk masa depan. Membuat hala tuju masing-masing... Mungkin tak ada jodoh antara mereka..mungkin ada yang terbaik untuk masing-masing... hendak ditunggu, mungkin tidaklah.. jadi biarlah sejarah cinta ketiga nya dipahat dalam hati dan menjadi pengajaran kepada anak-anak mereka betapa derita nya percintaan jika mendapat tentangan keluarga.

Begitulah kisah untuk part II si dia ini.. Semoga dia bertemu dengan orang-orang yang benar menerima seadanya dan menyayangi sepenuhnya sepertimana Zikir menerima Dhia, Hariz menyayangi Izzah…. 

Sunday, December 18, 2011

Friday, December 16, 2011

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

  1. Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
  2. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
  3. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
  4. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
  5. Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
  6. Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
  7. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
  8. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

25 Wonderful Places

According to most of the travelers, Taj Mahal, is one of the great wonders of the world. This is a hybrid of many artistic styles. The river side behind Taj Mahal provides a wonderful environment. You can enjoy greatly along with your family.