Dia seorang yang ceria, senyum sentiasa.. Tapi dalam hati dia tak siapa yang tahu betapa kuatnya hati nya ini.. Di sekolah, dia tidak dipandang oleh senior mahupun rakan sekelas.. dia hanya dipandang budak hingusan.. tetapi dia ramai kawan kerana boleh dikatakan setiap tahun pasti dia akan mewakili sekolah untuk ke peringkat daerah dan selalu menerima hadiah ketika di perhimpunan..
Bermulalah kehidupannya di universiti.. hati nya bertekad yang dia tidak akan bercinta dengan mana-mana pelajar seuniversiti dengan nya ketika itu.. dia hanya menumpukan pelajaran nya dan keluar bersama rakan-rakan nya.. Dalam fikiran nya, percintaan adalah untuk perkahwinan.. Bukan untuk bersuka ria.. Di dalam hati nya, ingin menjadi isteri baik kepada suami dan ibu yang penyayang kepada anak-anaknya..
Cinta pertamanya bermula apabila dia berkenalan dengan seorang pelajar yang berada di Korea.. Si cinta pertama nya pulang ke Malaysia dan bertemu nya untuk kali pertama.. Ketika itu mereka masih berkawan, dan mungkin tiada perasaan antara mereka.. Apabila pulang ke Korea semula, mereka masih berkawan sehinggalah si cinta pertama meluahkan hasrat hatinya.. mereka seperti pasangan yang cukup bahagia.. setiap malam pasti si cinta pertama akan mendengar suara si kekasih hati nya ini…bagaikan pungguk rindukan bulan.. itu lah perumpaan yang sesuai untuk mereka.. Hari demi hari, perhubungan mereka semakin berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari, si cinta pertama ini akan berhadapan dengan peperiksaan akhir semester.. ketika peperiksaan, dia memberi kata-kata semangat kepada si cinta pertamanya.. walaupun si cinta pertama nya tidak membalas mesej nya, dia tahu yang cinta pertama nya sedang berperang di dalam dewan peperiksaan. Setelah tamat nya peperiksaan, si cinta pertama menunjukkan sikap hambar kepada nya.. setelah beberapa hari, si cinta pertama nya ingin memutuskan perhubungan yang telah terjalin.. Apabila ditanya kepada cinta pertamanya, cinta pertamanya tidak memberikan jawapan dan tiada alasan… ketika itu betapa hancur nya hati dia.. tetapi dia tidak berputus asa, dia berusaha untuk memulihkan keadaan namun si cinta pertama nya seperti tiada perasaan.. Akhirnya dia pasrah dan cuba berjauhan dengan si cinta pertama nya… Walaupun telah putus, mereka masih berkawan .. Tetapi si cinta pertamanya pernah berkata setelah dia telah bercinta dengan orang lain, “jika satu hari nanti awak putus dengan nya, saya akan ambil awak sebagai isteri saya..hanya awak seorang sahaja yang memahami saya.. walaupun telah setahun kita putus, tetapi saya masih menganggap awak masih lagi kekasih hati saya” Tetapi hati dia dah mati untuk cinta pertama nya…
Seterunya, tentang cinta kedua nya…Setelah hampir 2 tahun putus, dia tidak keluar dengan lelaki, tidak bercinta, dan tidak kenal dengan lelaki lain, akhir nya seorang lagi cuba berjaya menawan hatinya.. Kali ni, cinta kedua nya jauh di Rusia.. seorang pelajar medik.. Mereka tidak pernah berjumpa, tetapi sering berutus surat sehinggakan menimbulkan rasa cinta dan sayang terhadap cinta keduanya.. Apabila cinta keduanya tamatkan pengajian di Rusia, hati nya terlalu gembira kerana cinta nya akan pulang ke Malaysia.. cinta kedua nya telah berjanji akan hidup bersamanya.. 2 tahun sebagai jaminan yang diberi oleh cinta keduanya.. cinta keduanya mengharap apabila tamat sahaja menjadi doktor pelatih, dia akan mendirikan rumahtangga bersama kekasih hati nya.. Tetapi lain pula terjadi.. Si cinta kedua nya mengalami tekanan perasaan akibat terlalu tertekan bekerja… Si cinta kedua nya langsung tidak mesej mahupun menelefon si kekasih hati nya.. hari demi hari.. Dia menunggu dan mencari dengan penuh harapan yang si cinta keduanya akan mesej dia dan bertemu nya.. tetapi semua nya hampa.. setelah 4 bulan si cinta kedua nya menghilangkan diri, si cinta kedua nya akhirnya menghantar mesej.. “Kita putus. Abang minta maaf”.. Alangkah hancur nya hati nya ketika itu. Dia tidak putus semangat.. Sering memberi kata-kata semangat dan mengharap si cinta kedua nya akan pulang kepada nya suatu hari nanti.. Dia juga bernazar apabila si cinta kedua nya ini sembuh, dia akan memasak dan mengagihkan kepada rakan-rakan nya tanda kesyukuran.. Tetapi kisah kali ini lagi menyayat hati.. Dalam tempoh 4 bulan ditinggalkan, dia cukup merana.. keluarga nya kerap menanya nya.. Tetapi dia tidak dapat memberi jawapan.. sehinggalah satu hari, dia rasa tertekan kerap ditanya dan akhirnya dia memberitahu emaknya yang si cinta kedua nya mengalami tekanan perasaan.. hati seorang ibu, emak nya menangis tak henti-henti.. setiap kali solat, pasti air mata emak nya mengalir, apatah lagi dia..emak nya tidak menyangka yang cinta kedua anak nya ini akan mengalami tekanan perasaan… Beberapa bulan kemudian, dia mendapat tahu yang cinta keduanya telah bercinta dengan seorang anak orang yang berpangkat.. Sekali lagi hatinya hancur.. Bagaikan gelap dunia nya apabila mendapat tahu.. Adakah cinta kedua nya menjadikan alasan mengalami tekanan perasaan itu untuk putus?? Wallahualam.. Itu antara cinta keduanya dengan Allah… Apabila mendapat tahu si cinta keduanya sembuh, janji kepada Allah, tetap ditunaikan olehnya walaupun hati nya perit.. dia membayar nazar yang telah dia niatkan ketika si cinta kedua nya sakit.. betapa kuatnya perempuan ini… Si cinta keduanya mencari dia semula.. Memohon maaf atas apa yang telah dia lakukan.. Mudah sungguh minta maaf.. Dah mainkan perasaan orang, boleh pula meminta maaf dengan mudah.. Perkara yang lepas jangan dikenang katanya.. Wahai perempuan….
Cinta yang diharapkan cinta terakhir nya… Cinta ketiga nya.. Berkenalan, berjumpa dan akhir nya tertambat setelah 1 tahun dia putus dengan cinta keduanya.. Cinta ketiganya ini paling manis kata nya.. Tak tahu lah apa yang manis… Dia terlalu gembira.. kalau sebelum ini cinta nya di luar negara, tetapi kali ini cinta nya di dalam negara.. dia meniti hari-hari yang menggembirakan bersama cinta ketiganya… setelah masing-masing tamatkan pengajian, dia mula mengorak langkah ke dunia pekerjaan, manakala si cinta ketiga nya pula melanjutkan pelajaran di Eropah.. dia fikirkan cinta ketiganya akan bersama nya sehingga bila-bila, rupanya tidak.. mereka terpaksa berjauhan selama setahun.. dia rasa semua dalam hidupnya telah dapat dan mungkin ini adalah masa sesuai untuk dia mendirikan mahligainya dengan cinta ketiga nya.. Apabila ditanya, si cinta ketiga nya pasti mengatakan yang dia tidak boleh berkahwin awal kerana halangan dari keluarga nya yang inginkan dia berkahwin ketika umur 30 tahun.. sedangkan mereka sebaya dan berumur 26 tahun.. sudah tentu dia tidak mahu untuk berkahwin umur 30 tahun.. 30 tahun pada seorang perempuan telah berumur.. dia sentiasa berfikir adakah cinta ketiga nya ini gagal juga?? Dia kuatkan semangat.. si cinta ketiganya memberi alasan yang dia tidak bekerja lagi dan keluarga nya tetap tidak membenarkan nya dia untuk berkahwin awal.. dia memberi tempoh tempoh setahun selepas bekerja kepada cinta ketiganya, tetapi cinta ketiganya tetap menolak dan mengatakan setahun tidak boleh lagi untuk menyara keluarga.. cinta yang dibina 2 tahun hancur berkecai.. hubungan mereka ini retak tetapi akan kembali baik semula.. tetapi mungkin kali ini hati dia hancur.. Apabila sunyi, dia yang akan dicari oleh cinta ketiga nya, dan apabila si cinta ketiga memikirkan tentang kahwin, dia akan menjauhkan diri dari dia… Terduga betul dia..
Tetapi dia tidak pernah rasa sedih yang teramat malah dia bersyukur yang Allah masih menyayangi nya.. Dia percaya kepada kata-kata, “kita akan berjumpa degan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul..”…Setiap kali solat, doanya pasti, “Ya Allah.. Kau uji aku dengan pelbagai ujian dan mengapa sehingga sekarang aku masih tidak mampu bertemu dengan pasangan ku.. Ya Allah, tetapi aku masih bersyukur kepadaMU kerana Kau memberi aku kekuatan untuk mengharungi liku-liku kehidupan ku.. Ya Allah, kau temukanlah aku dengan seseorang yang boleh memimpin ku ke jalan Mu dan menjadikan diri ku seorang hamba yang taat kepada perintah Mu…” doa ini yang akan disebut ketika solatnya.. Dia mengharapkan kekuatan daripada Allah… Dia teringat kata-kata mak dia yang diungkapkan oleh kakaknya, “kalau tidak jumpa jodoh di dunia, pasti Allah sediakan yang terbaik di akhirat…”
Itulah kesudahan ceritanya.. Si dia masih lagi menanti siapakah yang bakal memenuhi ruang dihati nya dengan bersyarat cinta lelaki itu kepada Allah adalah lebih daripada cintanya lelaki itu kepada dia……
1 comment :
Insyallah...pasti cinta yang terbaik akan dtg untuk sidia...
Post a Comment