Wednesday, November 9, 2011

Cinta dan Penyelesaian nya.....

Hari ni rasa teringin sangat nak update blog..psst: dah lama sangat tak update ya.. hik hik hik… dan hari ni hajar tertarik dengan topic cinta…bukan apa, ada seorang rakan yang berada di UK minta pendapat pagi ni.. bile fikir-fikir, sejak setahun ni memang ramai rakan-rakan mintak advice tentang masalah percintaan mereka.. (macam Dr . Love pulak hajar ni…) so saya rasa sesuai la saya share cerita mereka dan apa advice saya kepada mereka… saya bukanlah master dalam bab cintan cintun.. saya juga bukan Ustazah Norbahiyah ya… hik hik hik.. tapi 25 tahun, dunia mengajar saya banyak perkara.. dan perkara-perkara ni saya akan aplikasi kepada diri saya dan juga kawan-kawan saya… kalau u all rasa x ok, jangan malu jangan segan, boleh post di comment ya….

Ini beberapa situasi yang saya lihat di hadapan mata sendiri :

Situasi 1: Bercinta bagai nak gila, tetapi mendapat halangan keluarga.. Antara nya family tak berkenan sebab mengikut negeri la… sebab jauh la.. sebab masih muda la.. sebab adik beradik atas tak kahwin lagi la… tapi yang pasal negeri tu tak boleh tahan.. Saya sendiri pernah terkena.. kata nya orang Johor ni sosial.. itu memang saya tak faham.. saya orang Johor, tetapi mak abah saya didik saya tidak boleh keluar berjimba.. balik sebelum malam, jangan keluar dengan orang yang tak kenal sesuka hati la.. dan mak abah saya cukup titik beratkan ilmu agama..itu nama nya social ke??? Ooohhh duniaaaa!!!!!

Penyelesaian : Dalam hal ini, perkara paling penting adalah pasangan ini duduk semeja, berbincang.. Apakah yang terbaik.. Saya faham anda terlalu mencintai bf/gf anda segila-gilanya dan anda mengharapkan yang kesudahan nya adalah kepada kebahagiaan.. tapi pernah tak terfikir bahawa apabila si lelaki menikahi si perempuan dengan ini bermakna si lelaki menikahi keluarga si perempuan dan sebalik nya… Jadi jika tidak mendapat restu keluarga, Nauzubillah.. kite takut hubungan kita pun menjadi goyah… TETAPI si lelaki yang akan menjadi ketua keluarga, adalah yang terbaik dia berjumpa dengan keluarga, berbincang sebaik-baiknya, terangkan kebaikan berkahwin dan keburukan tidak berkahwin.. InsyaAllah.. ada jalan penyelesaian nya…hati mak abah kita ni lembut, tetapi bagaimana cara kita nak tackle mereka tu kene pandai..jikalau kesudahan hubungan ini adalah berpisah, redhakan perpisahan itu.. percaya bahawa Allah telah sediakan yang terbaik untuk anda!

Situasi 2: Apabila si perempuan mahupun si lelaki diajak berkahwin, tetapi terlalu banyak alasan diberikan untuk mengelakkan perkahwinan sedangkan bercinta telah bertahun.. isk isk isk…

Penyelesaian : Dalam kes ni, kita fikir balik secara mendalam.. Jikalau seseorang itu benar-benar takut pada Allah, dia akan mengkahwini wanita yang disayangi.. kerana lebih lama sesuatu perhubungan yang tidak halal ini, semakin banyak maksiat yang akan berlaku… tetapi kalau sering memberi alasan, maknanya lelaki tu masih tidak bersedia dan masih lagi mencari-cari siapa teman yang sesuai buatnya.. Mak saya sendiri pun ada cakap, lelaki ni kalau dia benar-benar nak kita, dia akan usaha tanda dia hormati kita, tetapi kalau dia take for granted… “alaaah.. perempuan ni mesti tunggu aku punya…” maka maknanya apabila kahwin kelak, potensi anda ditinggalkan adalah tinggi!!! Jadi, jadilah wanita yang mempunyai harga diri yang tinggi… “kalau kau tak nak aku! Ramai lagi nak la!!” ya… Seperti ini yang kita mahu ya kawan-kawan…

Situasi 3: Apabila antara salah seorang curang terhadap pasangan nya…kire ada spare part la ni ya…

Penyelesaian : Ini berlaku dihadapan mata saya sendiri.. Si perempuan memang cun.. dalam satu masa dia bercinta dengan 2 orang lelaki… yang pertama, dia kata dia xde la suka lelaki ni pun tapi sebab kerjaya nya nampak cerah dan boleh dijadikan suami, di “bekep” nya (bekep tu maknanye simpan ya.. bahasa ibunda.. kekeke) dan yang kedua, lelaki ni dari segi pelajaran nya pun kurang TETAPI… tetapi si lelaki ni mudah menginvest kepada perempuan ni, itu yang perempuan ni suka… saya rasa la kawan saya ni manis mulut…“saya berjanji, bersumpah setia akan bersama awak susah dan senang..” ayat tak boleh pakai ok! Jangan la percaya baik lelaki mahupun perempuan selagi dia x mengahwini anda… semua tu ayat durjana sebenar nya…jadi, jikalau anda dapat tahu yang bf/gf anda pasang spare part, tak perlu think twice, just say goodbye la kat dia… kalau sebelum berumahtangga dah berani melakukan sebegini, tak mustahil jika anda kahwin, rumah tangga anda ada masalah, maka akan wujud pihak ketiga.. konon nya tempat melepaskan perasaan yang terbuku la.. yang terpendam la.. yang kurang kasih sayang la..

Situasi 4: Cinta bertepuk sebelah tangan.. alahai.. sedih la pulak…

Penyelesaian: JIKALAU ANDA MENYUKAI SESEORANG, maka berikan perhatian kepada nya, sentiasa menanya khabar, ambil berat tentang dia, dan apabila dia memberikan respon positive, it’s a good sign la.. teruskan berkawan.. sometimes cuba bagi hint kat dia.. kalau dia jenis tak faham jugak, kene gune psychology la.. antara nya tanyakan soalan-soalan spt apa pendapat dia ttg kita… dr situ baru boleh memulakan conversation yang bagus dan cuba untuk memberitahu yang anda suka pada nya.. tetapi jika dia memberikan respon negative, jujur saya katakan, ada lah bagus anda lupakan dia terus.. kerana lelaki ni bile anda menyukai dia, n dia x menyukai anda, uiiissshhh!! Bakalnya jika anda terserempak dengan dia dan rakan-rakan, nama anda pasti buruk! Kadang-kadang manusia ni fikir diri dia hot.. itu yang payah… sebenarnya suam je… hk hik hik hik… jangan kita tergila-gilakan sangat… sebab nanti makan diri.. cool je dude!!

JIKALAU ANDA TAHU ADA ORANG MENYUKAI ANDA, maka jika anda suka pada sikap dia, cara dia dan perwatakan nya, maknanya hati anda terpaut pada dia..haiishh macam Dr. Fadzilah Kamsah pulak hajar ni… teruskan dengan cara yang baik.. InsyaAllah akan berakhir dengan yang baik …tetapi jikalau anda tidak menyukai nya, berterus terang la kepada nya dengan cara lembut.. jangan sehingga hati nya kecewa… bahaya! Takut dia buat bukan-bukan pada anda.. manusia ni bukan boleh main-main… “CINTA DITOLAK,DUKUN BERTINDAK”… tetapi jikalau dia masih berdegil juga, abaikan dia, mesej jangan reply, call jangan diangkat.. lama-lama dia sendiri akan letih.. atau pun… cakap yang anda akan mendirikan rumahtangga dengan pasangan anda sendiri… kalau tak nak pakai yang tuh, cakap pulak, family ada pilihan sendiri… ok????

Situasi 5: Jika anda give up dalam percintaan…

Penyelesaian : Ini bukan masa nya untuk anda memilih lagi… “ang tu bukan makin muda… makin tua… “ uiisshh.. sakit telinga kan..itu yang anda akan kedengaran apabila umur anda makin meningkat, tapi masih tiada calon… manusia tiada yang perfect… so, jika anda berjumpa dengan seseorang, anda menilai nya…criteria nya cukup dan cuma sikit cacat cela, buatlah istigharah..mintak pada Allah adakah dia yang terbaik untuk anda.. Jadi apabila anda nampak, rasa yakin bahawa dia yang terbaik, jangan fikir panjang untuk membenarkan nya berjumpa dengan keluarga anda.. InsyaAllah, perhubungan yang membahagiakan adalah perhubungan setelah diijabkabulkan…


Ada seseorang berkata dengan saya, “Hajar, u should think to have ur own family..”
Hihihihi… saya di situasi 5 dan juga situasi 4, penyelesaian yg pertama….. haha.. But I am still waiting someone to say like this to me, “ Hajar, will you marry me?? Hahahhaa!! Gatal la kau Hajar!! *wink* *wink*..


Ok la.. enjoy! Selamat berweekend!! Oooppss.. 1 day to go… aiseymen..

2 comments :

besi said...

hajar...pandai ko mengolah situasi dan masalah cinta ya...master la ni.....

satu je,,...element penting jangan percaya sangat dengan asmara dengan asmara..(lagu seroja)

HAJAR said...

tu la.. org lain bercinta, saya duk bagi nasihat.. ini la jadi nya... kekekekke....