Saturday, August 13, 2011

Lama nya tak ber belog!

Wahhh!! Bila tengok-tengok kalendar baru tersedar lama tak update belog.. sejak cik Siti Hara ( I like this name actually! thank u Dai! ) sakit disebabkan operation "gila" dilakukan oleh sebuah klinik pakar gigi di Damansara... tetiba pulak rasa nak bercerita apa yang terjadi..... My wisdom tooth tumbuh n tak cukup space.. al-maklum ler.. mulut kecik sangat... so, tak cukup le kesemua gigi nak keluar.. memandangkan gigi nya dah terkeluar dr space (sbb tak cukup space tuh tadi, nak keluar jugak, tapi senget) so bergesel la dengan pipi... agak sakit la jugak kan.. Saya pun ke sebuah klinik ni... dengan harapan doctor ni cabut la gigi tuh...

Sesampai di klinik tuh....

Mak aaiii!! ni beranak ke apa ni???!! setakat cabut sebatang wisdom tooth sampai RM800!!! tapi jumpa jugak la doctor.. sebab dalam otak fikir "alaa.. kenanga bayar separuh nanti.. tak de hal la.. kang pi govt lagi teruk dikerjakan.. " mintak maaf hospital govt! Setelah berjumpa dengan dentist ni, dengan confident.. boleh cabut ni.. xde hal.. without asking any question... dia tak tanya Cik Hara ada allergic apa-apa ka... no!!! langsung tak menanya.. dia terus la mengambil perkakas-perkakas nya.. rasa nya macam kat bengkel pulak.. nampak mcm hammer ada... screw driver ada.. spanar ada.... Doctor ni pun memulakan la sesi pembiusan... setelah kebas, dia pun memulakan mengambil ala-ala screw driver.. dia ketuk-ketuk gigi saya macam nak gila!! sekejap ke kiri sekejap ke kanan.. dah rasa lama sikit dia ketuk, dia ambik plak macam spanar tuh, dia duk pi tarik je wisdom tooth.. tersepit pulak bibir ku.. aiseyhh! luka sia-sia... dia kata tak boleh, dia sambung lagi duk mengetuk gunakan screw driver.. memang pelik la! tak pernah dibuat orang macam tuh... setelah setengah jam di kerja kan mulut cik Hara ni, dia suruh pi x-ray.. apa ni doctor! dah half way baru nak x-ray.. dr awal tak nak x-ray! masuk lagi treatment room, dia sambung lagi mencabut.. and after one hour, dengan rasa tak bersalah dia cakap tak boleh cabut.. next week datang cabut dengan doctor lain... ha???!!! doctor ni gila ke apa???!! kau dah buat mulut aku macam mulut lembu, kau boleh tak habis kan kerja.. dengan muka blur, keluar kene juga charge RM100... dah ler tak cabut.. boleh charge lagi tuh!

Sesampai nya di ofis..(Opis dengan clinic ni satu floor)

Dengan rasa ketidakpuashatian terhadap doctor itu tadi, duk la bercerita dengan officemates.. semua macam tergamam ok! dan apabila nak makan ubat.......

Tiba-tiba...

"kak Ikin.. sejuk sangat la.. kaki sakit sangat ni!!!" air mata macam nak berjurai je....
"kita nak baring!! kita nak baring!! " korang tahu la kan bila hajar sakit.. mesti akan macam orang gila sikit....

Makin lama makin teramat sakit.. dan makin lama dari muka hingga la ke kaki, dah biru... menjerit-jerit kesakitan...

dan masa itu jugalah ramai suruh ingat Allah... ya la.. mengikut cerita mereka yang dalam keadaan tuh, Cik Hara seperti tak panjang umur keadaan nya... mereka ingat saya kene sawan...

Wah.. Panic ar satu kenanga..." Budak kecoh" tetibe sakit depan mata.. dengan pantas dan segera, staff lelaki berlari memanggil doctor dari clinic segara dan clinic gigi tuh.. tapi doctor clinic gigi tuh tak nak datang, dia kata sakit sikit je.. dats why la makcik Eton nak buat police report.. doctor take for granted! Datanglah Dr. Suvin dr clinic segara... terus bagi steroid... "ni kene warded ni.. bahaya sangat ni... " mulut cik Hara boleh lagi menjerit kan... "sesape call ambulans, memang kene dengan Hajar!! Hajar nak pi Kuching esok!!" dalam otak ni fikir holiday lagi di saat-saat macam nak mati ni tadi.... hajar hajar....

Tapi yang saya tak boleh lupa, Abg Mat suh kak Sal ajar saya mengucap... dan saya jugak tak boleh lupa Lily Teoh menampal macam-macam sticker kat badan saya... (kepercayaan orang Cina).. memang bomoh Cina betul la Lily Teoh...

masa tuh non-stop muntah... bila di check-check, rupanya saya ni allergic kepada "UBAT BIUS" tapi ada doctor kata sebab saya terkejut doctor tuh buat separuh jalan je....tapi saya memang tahu saya ada allergic ubat bius tapi xde lah seteruk kali ni....

Boss suruh rest di bilik Kenwealth n petang tuh saya kuatkan semangat untuk drive balik ke rumah.. barang tak packing lagi... masa tuh saya memang teramat sakit... kalau saya warded, confirm semua tak pi sarawak.. saya bawak saudara mara ke sana... jadi saya kene kuat.. ya Allah, sepanjang malam saya berdoa supaya Allah bagi saya kekuatan untuk pergi Sarawak.. Walaupun keadaan masa tuh agak teruk dan saya demam di Sarawak, impian saya tercapai jugak..

Selepas pulang dari Sarawak, saya pergi kerja keesokan hari nya walaupun saya demam... selepas beberapa hari, saya buat operation wisdom tooth di hospital kerajaan sebab saya ada masalah allergic bius.. because sangat rare orang yang allergic pada ubat bius ni.. so, kalau buat di government, at least, oxigen n bilik bedah gigi tuh sebab emergency ward... Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...

Dan apa terjadi pada clinic tuh.. hahahhahhaa!!! saya gertak ar dia nak saman!! gila ka dah buat orang macam nak mati, n then lepas tangan je... Manager clinic tuh call merayu mintak maaf dan tarik balik niat untuk menyaman clinic diaorang... sebab diaorg tahu diaorg salah... kesalahan mereka adalah :
1. tidak melakukan x-ray sebelum pembedahan
2. tidak menanya langsung kepada patient ada masalah ubat-ubatan atau tidak
3. yang buat tuh bukan pakar wisdom tooth tapi pakar pada perkara lain.. seperti bleaching, scaling dan lain-lain..

So, itulah sebab nya saya dah lama tak update belog saya kerana saya sakit... :(



2 comments :

abdul mohsin said...

lol. seriously klakar. enjoy it.

blackmaniex said...

semangat tul nk ke sarawak tue.. cik hara oii.. len kali, kesihatan tu must be no1 ok!!!