Monday, June 20, 2011

Solehah

Sebelum ke Hanoi, saya dapat panggilan daripada penerbit untuk casting program Solehah.. Sampai saja di LCCT, saya dapat banyak mesej panggilan dari TV Al-Hijrah lagi untuk datang ke casting program itu... Sepantas kilat, saya terus ke TV Al-Hijrah untuk casting...

Dan kepada mereka yang berminat, jangan risau, masih boleh rebut peluang menjadi peserta Solehah... minggu ini ujibakat Solehah akan berada di Kedah... Sesiapa yang berminat boleh la datang ya....


Calon yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut;

· Wanita Islam berumur 20-30 tahun

· Mempunyai pengetahuan Islam yang baik

· Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan

· Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera

· Mempunyai daya tahan fizikal dan mental

Masa dan tempat seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 25 dan 26 Jun 2011
Tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Muadazam Shah
Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Alor Setar, Kedah

Masa : 10 pagi – 6 petang


* Sila bawa bersama latar belakang keluarga, akademik, pendidikan, pekerjaan serta sekeping gambar bersaiz 4R.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-22601677 sambungan 206/245/247 atau solehah@tvalhijrah.com

No comments :