Thursday, June 30, 2011
Chocolate Indulgence! I miss you so much!
Wednesday, June 29, 2011
Rabiatul Adawiyah
Perindu Kecintaan Allah
Rabiah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabiah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.
Rabiah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.
Setiap malam begitulah keadaan Rabiah. Apabila fajar menyinsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.
Seperkara menarik tentang diri Rabiah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.
Rabiah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.
Rabiah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?
Kecintaan Rabiah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.
Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi
***************
Semoga dengan membaca article ini, menambahkan lagi semangat kita untuk melihat agama Islam itu tertegak dalam diri kita sendiri, sebelum ia tertegak di tanah kita. Pesanan ini adalah utk saya, yang jiwanya sering kali dikusuti oleh syaitan durjana.
Semoga Allah memberkati mereka2 yang bercinta kerana Islam dan Allah.
Monday, June 27, 2011
Ten Places You Can't Enter
The world is full of secret and exclusive places that we either don’t know about, or simply couldn’t visit if we wanted to. This list takes a look at ten of the most significant places around the world that are closed to the general public or are virtually impossible for the general public to visit.
10. Mezhgorye
Mezhgorye is a closed town in
This has been mentioned on a previous list – the archives are not secret despite their names. You can view any document you wish. But you cannot enter the archive. You must submit your request for a document and it will be supplied to you. Despite the foolishness of the recent junk from Ron Howard and Dan Brown (Angels and Demons) the documents are all available and there are no copies of suppressed scientific theories or great works that were banned. The only documents you can’t access are those which are not yet 75 years old (in order to protect diplomatic and governmental information). Indexes are available for people who want to see if a document exists in the archives. The Vatican Secret Archives have been estimated to contain 52 miles (84 km) of shelving, and there are 35,000 volumes in the selective catalog alone.
8. Club 33
Contrary to popular belief,
7.
Metro-2 in Moscow, Russia is a purported secret underground metro system which parallels the public Moscow Metro. The system was built supposedly during (or from) the time of Stalin and codenamed D-6 by the KGB. Russian journalists have reported that the existence of Metro-2 is neither confirmed nor denied by the Federal Security Service of the Russian Federation (FSB) or the Moscow Metro administration. The length of Metro-2 is rumored to exceed even that of the “civil” (i.e. public) Metro. (It is said to have 4 lines and lie 50 to 200 m deep. It is said to connect the Kremlin with the FSB headquarters, the government airport at Vnukovo-2, and an underground town at Ramenki, in addition to other locations of national importance. Needless to say, the fact that no one confirms its existence makes it pretty difficult to visit.
6. White’s Gentlemen’s Club
White’s is the most exclusive English gentlemen’s club. It was founded in 1693 by Italian Francesco Bianco (Francis White) to sell the newly discovered hot chocolate but eventually became a typical (but extremely private) gentlemen’s club. The club is famous for its “betting book” in which members make bizarre gambles. The most famous of which is a 3,000 pound bet on which of two raindrops would slide down the window first. So why is this club on the list? Women are excluded completely from membership, so that is half our audience out. Secondly, men who want to join this exclusive club can only do so if invited by a sitting member who has the support of two other members. Unless you are a member of royalty, or are extremely powerful in politics or the arts, you are unlikely to ever see the exclusive White’s invitation.
5. Area 51
The one place most readers are likely to expect to see. Area 51 is a nickname for a military base that is located in the southern portion of
4. Room 39
Room 39 or Bureau 39 is arguably one of the most secretive organizations in
3. Ise Grand Shrine
The Ise Grand Shrine in
2.
This is a place that is not only closed to the public, but it is a place that the public hope to never have to enter! In most “end of the world” films we see these days, there is always a highly classified area where US government officials and a chosen few get to go in the hopes that they can escape the impending doom. The
1. RAF Menwith Hill
The 10 Best Underwaters Shot of 2011
Isra' Mikraj..
http://anakjerung.blogspot.com/2010/07/peristiwa-isra-mikraj.html
http://anakjerung.blogspot.com/2010/07/buraq-kenderaan-nabi-saw.html
Enjoy Reading!
Ma'a Salamah...
Sunday, June 26, 2011
Adakah saya seorang penyabar?
Kenapa saya cakap saya seorang yang penyabar? Masa saya kecil dahulu, saya suka ikut Abah pi fishing... memang best!! satu-satunya anak perempuan yang ikut Abah pi mancing... Walaupun saya tak pernah dapat ikan, tapi tetap tunggu walau 2 jam sekalipun... Orang kata sapa yang hobby nya fishing seorang yang penyabar.. kalau jenis tak sabar, ada ke nak tunggu 2 jam kat panas semata-mata nak rasa kepuasn tarik rod bile dpt ikan??? tapi saya tak putus asa ehhhhh... walaupun 1st time saya pergi tak dapat ikan, saya tetap ikut Abah saya sehingga satu hari.... yeaayyy!! berjaya jugak akhirnye.. see!!! penyabar tak???
yang seterusnya.. Hobi saya suka mewarna tapi memang dah dilahirkan tak creative tuh tadi, jadi saya hanya suka menolong orang-orang yang perlukan bantuan mewarna.. Antaranya.. hihihi.. budak-budak art n design di uitm.. saya sama-sama dengan mereka tidur pukul 4 pagi semata-mata nak mewarna..Hajar.. Hajar... assignment kau tak siap, duk sibuk tolong assignment orang... so, kewujudan "paint art..now everyone can paint" ceess.. cilok trademark AirAsia pulak... saya boleh lepas kan kebosanan saya.. hey! u all rasa la kan, kalau seorang yang tak penyabar, nak ke dia duk bersengkang mata tidur pukul 3 pagi selama 3 hari berturut-turut semata-mata nak siapkan lukisan ni? bukan nya assignment pun kan.... hahahha..
Cerita Abah...
Friday, June 24, 2011
Hobi Baru saya!
Memandangkan saya sentiasa rasa kebosanan di rumah apabila saya balik kerja dan juga hujung minggu, jadi saya fikir adalah lebih baik saya buat sesuatu yang saya minat....
Taaaarrrraaaa!!!!!
Paint art!!! Saya minat mewarna tapi tak pandai melukis, tetapi dengan kewujudan paint art ni boleh lah mengisi masa lapang.. Murah je!! 25cm x 25 cm ni cuma rm40.. Complete set!! Siap colour nya sekali.. Tinggal ikut je.. Kalau hasil warna ni cantik, saya akan berikan kepada orang yang saya rasa istimewa tapi kalau tak cantik, saya letak je la dekat bilik saya, sebelum tidur tengok dulu.. Mcm mr. Bean dlm satu movie tuh!!
Enjoy!
Hanoi Ohh Hanoi
Alhamdulillah… Selamat sampai di LCCT tepat jam 1.12 tengahari.. Dari LCCT, terus rushing ke TV Al-Hijrah untuk casting rancangan Solehah.. huhuhu.. saya jadi zomba hari ni… ok lah.. saya mulakan di Hanoi…
First Day
Kami 8 orang dari Malaysia.. yang terdiri dari Ain, Mak, Mak Uda, Mak Long, Cik Yah, Kak Yun, kak Aini dan saya… kami tiba di Hanoi jam 9.40 pagi waktu Hanoi.. Waktu Malaysia 10.40 pagi.. Sesampai nya kami di Hanoi, tour guide kami, Dai telah tunggu.. masa tu dah senang hati.. Dai terus bawa kami ke mini bus… Perjalanan dari airport ke city mengambil masa 45 minit..Suhu di Hanoi ketika itu 32 celcius… Panas kering sebab sana summer… Setiba nya kami di city, Dai membawa kami di Lake.. tapi kalau bawak orang-orang tua ni (bukan saya ya.. makcik n mak saya.. haha), mana la larat untuk berjalan kaki di panas terik kelilingi Lake.. kami batal kan activity dan seterus nya Dai tanya lagi, mahu berbeca tgk Old Quarter tak? Huiishhh!! Kat Malaysia yang banyak beca pun malas, apatah lagi di negara orang.. memandang kan suhu yang terlalu panas terik, kami pun tak mahu la.. (macam la Malaysia tuh tak panas terik yek… ) dalam otak saya, (geliga ok!).. apa kata kita pergi bershopping di old quarter dan dong xuan market?? Masing-masing bersetuju la.. al-maklum la duet seguni nak dilaburkan… ooopppss!! Lupa lupa… kami lunch dulu di sebuah restaurant muslim.. Nisa Restaurant.. dan yang paling membanggakan kami, owner tu orang Panchor.. nama nya Ben Taat…yeaayy!! Orang kampong ku membangun di Vietnam… Alhamdulillah… blurrpp.. kenyang.. ye la kan… jauh perjalanan, perut dah kelaparan..Uncle Ben juga ada meniaga tshirt original nike dan adidas.. sangat cantik! Boleh beli! SUGGESTED!!) Kami juga bertemu orang Malaysia di sana.. Mr. Akbal.. pengarah tourism Malaysia.. (psst: kalau apa-apa terjadi kt kami, dia la yang menjadi mangsa untuk membantu kami.. huhu.. )Seterus nya kami mulakan perjalanan ke Old Quarter.. kami masih tak jumpa kain cotton lagi masa ni.. masa ni dah terfikir, adakah aku tertipu dengan kata-kata pelancong yang telah melancong ke Hanoi? Murah apa nya! Mahal la!!! Tapi kan saya ada tergilakan satu kain cotton.. warna putih, bunga nya timbul dan colourful.. tapi terlalu mahal.. haiisshh.. kenapa kau mahal sangat la kain.. saya membatalkan niat untuk membeli… mungkin kat tempat lain ada… saya ternampak kedai ALDO.. makk!! ALDO!! Nak beli sunglasses!!! Tapi tak termasuk jugak kerana masa sangat mencemburui saya.. hoho.. kami teruskan perjalanan ke Dong Xuan Market! Waaahhh!! Ini lah dunia kain cotton di Hanoi.. masa tu semua benda saya nak beli!! Eehhh!! Nak yang tuh!! Kaler timbul-timbul!! Yang tu puuunn!! Yang ala-ala old fashion!!! Macam tu la gelagat nya bila jumpa benda yang dicarik.. masa tu kami shopping macam nak gila… saya dapat membeli dalam 7 helai pada hari tuh… huuuu… gumbira di hati…. Selepas shopping lebih kurang 2 jam setengah, kami terus ke Water Puppet Show.. haha! Ini paling kelakar.. kami tak tidur dari pukul 2 pagi ketika itu, masuk la tengok Puppet show, Puppet tak start bermain muzik, makcik-makcik sekalian lena di buai mimpi sehingga la puppet tu habis buat show.. dan disini juga la iphone ain hilang, sebab dia tertidur, hp di tangan, hp jatuh.. macam orang gila ok lepas tu! Habis je show, kami terus ke nisa restaurant lagi sekali lagi… makan!! Makan!! Makan!! Laparrr… n then kami check in di Zen Hotel untuk beristirehat.. esok perjalanan ke Ha long bay pulak…..
Second Day
Pukul 7 pagi kami dah bertolak ke Ha Long Bay… Untuk ke sana, kami mengambil masa 3.5 jam.. Jauh nyaaa… sebenarnya perjalanan cuma mengambil masa 1 jam je nak ke sana tapi kalau dah bawak bus 50km/j, memang la 3.5 jam… adddeeeihhh!! Selepas 1 jam perjalanan, kami berhenti di satu tempat membeli belah.. di situ lah saya membeli sutera tie untuk boss.. not bad! Harga worth la… kat situ ada jual sulam hasil jahitan tangan.. sangat cantik.. mereka di lahirkan seorang yang seni.. kami sambung perjalanan ke Ha Long Bay… kami sempat membeli laici.. sangat la sedap… besar-besar dude! Kami terus je port untuk naik cruise… satu cruise tu family kami saja.. kami akan lunch di dalam cruise… kami puas bergambar.. sepatutnya 4 jam je, tp orang-orang tua dah tak larat, jadi 2 jam la.. ok jugak.. boleh sambung shopping kat open market.. kami shopping 45 minutes kat situ.. di sini kami dapat membeli souvenir… n then check in di Golden Hotel… mengambil 1 jam rehat.. penat wowww!! Duk atas cruise yang kayu semua nye.. pukul 6 ptg, kami keluar untuk dinner di satu restaurant besar.. makan seafood.. prawn soup sangat sedap ya!!!! Dan selepas kenyang dinner, kami balik semula hotel untuk rehat dan esok kembali ke Hanoi…
Third Day
Kami bertolak pagi ke Hanoi sebab nak mengejarkan dong xuan market yang menyeru-nyeru nama kami!! Sesampai nya kami ke Hanoi, kami terus ke Old Quarter untuk kali terakhir shopping souvenir… masa tu baru lah jumpa kedai souvenir yang murah-murah… Saya beli beg corak kait cume rm18 ye you!! Jangan mare… n then beli fridge magnet + beg telekung + etc… di sini banyak beli souvenir la…. Dan kami teruskan perjalanan ke Dong Xuan Market.. untuk kali terakhir dan untuk habiskan duet, saya membeli kain habis-habisan.. sakan naaa.. beli sutera Vietnam… selepas itu kami ke Ho Chi Minh mausoleum.. katanya dalam mausoleum tuh, ada mayat president vietnam yang pertama.. dah diawet.. dia mati tahun 1973… mayat nya dalam kotak gelas kaca.. tapi masa kami pergi, tempatnya tutup…. Seterusnya, kami check in di hotel yang sama.. Zen Hotel.. Pukul 6 petang, kami ke Nisa restaurant semula… dinner terakhir di Hanoi… before tuh!!! Saya beli bunga rose!! 1 dolar 6 kuntum! Ya Allah… suka nyaaa… ehem.. ehem.. nanti birthday, hantarlah bunga pada saya…. Huhuhu.. (muka tak malu kan.. kih kih kih..) kami pun balik ke hotel semula selepas dinner…
Fourth Day
Kami bertolak pagi ke airport.. takut panjang kene Q… masa ni rasa gembira nak balik Malaysia.. (tapi selepas dating, rasa nak balik ke Hanoi balik.. wakakka! )… Bye Hanoi…. Kami sampai di LCCT 30 minit lebih awal spt yang dijangkakan…..
Nantikan cerita percutian seterusnyaaa……..