Saturday, June 5, 2010

Chocolate Chip Cookies

1 cawan mentega
1 sudu teh vanila
1 cawan gula halus

Pukul hingga gebu...

kemudian masuk kan.... (pukul perlahan sahaja!)

1/2 cawan mampat brown sugar
1 biji telur (kuning sahaja ya!... boleh letak putih skali tapi adunan last2 confirm kembang seloyang)

Dalam bekas yang lain, sediakan.....

1/3 cawan koko
2 sudu besar susu segar ( saya guna HL)
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 soda penaik
1 cawan cip coklat (kalau nak lebih pun boleh...saya letak 2 cawan, so jangan pelik kalau cookies anda hitam disebabkan coklat chip ya..)

*kalau rajin, ayak tepung gandum, koko dan serbuk penaik...

Langkah seterusnya, campurkan kedua-dua adunan...

bila dah sekata, bentuk kan bulat ke bujur ke ape ke (guna sarung tangan ya.. guna sudu kecil pun boleh) letak atas dulang... jangan besar, kang kembang.. buat comei-comei je...

bakar pada suhu 175C /350F

dalam 10-20 minit dah siap!!!

tunggu sejuk.. n then susun dalam balang!!!

Sedia untuk dijamu....
Selamat mencuba ya!!

Comment yang saya terima:
En. ZH kata cookies saya no. 1.. memang sedaaapp.. hehehhe.. suka suka..
Anak-anak saudara saya kata, cookies Mak Su macam mak, tp lagi sedap sebab banyak chocolate chip...
Kawan-kawan saya kata saya memang pandai buat cookies... boleh tempah....

Dengan comment di atas, maka dengan ini saya menyarankan anda semua untuk mencuba membuat cookies ni.. huhuhu

2 comments :

Unknown said...

memang sedap..dh cuba recipi ni..khau gilerr..

Unknown said...

Try refrigerating the cookie dough in the fridge overnight before baking. It helps the dough from spreading thin while baking so it makes it more chewy and less crispy...