Thursday, April 23, 2009
AIRMATA RASULULLAH...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang..
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu..'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 comments :
Salam Hajar,
Sejarah Hidup Muhammad is an excellent book(very thick)karya Dr Muhammad Husain Haykal ditulis sekitar 1938.
Karya beliau dipuji oleh pelbagai pihak dan dapat dikatakan sebagai buku terpenting dalam era sekarang. Melalui biografi ini,
memberikan gambaran dan wajah sebenar baginda Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi sungguhpun kita tidak berpeluang menatap Baginda dengan mengambil semua sumber termasuk sumber orientalis dan Islam.
For those yang nak download, this is an Indonesian translation link
http://media.isnet.org/islam/Haekal/Muhammad/index.html
My first comment there does not reflect well/ do justice to karya Dr Haykal. Dalam beliau mengkaji sumber-sumber yang ada, menggunakan kaedah saintifik iaitu dimulai dengan mengadakan observasi dan
eksperimen, mengadakan perbandingan yang sistematik, kemudian baru dengan diterimapakai. Beliau menapis sumber-sumber yang bersifat mistik walaupun ianya dikarang oleh ahli sejarah Islam. Ini kerana beliau beranggapan mukjizat agung Nabi adalah Al-Quran al karim.
Bermula dengan memperkenalkan sejarah Hijaz, sejarah Mekah kemudian menyentuh sejarah kehidupan Nabi SAW dari kecil sehingga besar. Semuanya tidak sekadar menceritakan sejarah, tetapi juga dengan olahan hasil/ kesannya kepada umat Islam secara keseluruhannya.
Di petik dari kata pengantarnya, Dr. Haekal menyebutkan:
"Sungguhpun begitu saya tidak beranggapan, bahwa saya sudah sampai ke tujuan terakhir dalam menyelidiki sejarah hidup Muhammad. Bahkan barangkali akan lebih tepat bila saya katakan, bahwa saya baru dalam taraf permulaan mengadakan
penyelidikan dengan kaedah saintifik yang baru dalam bahasa Arab ini."
Again, I'm highly recommanding the book for every one. Susah nak letak once dah start baca
Post a Comment