SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangankanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari rautwajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitanyang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedangkesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlakupadanya :-"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalahanak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi danmimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitanini."Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu ituwahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadistersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikanair kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api nerakaitu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringansekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahansebak."Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul kejudan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliaumengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untukmenghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas akubertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegiturupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seoranghamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yangtaat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amatbakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul kejudan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepadafakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka danmenunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau beradadi syurga dan sedang menjamu penghuni syurga denganmakanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yangdermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepadaayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggungazab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibusedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu danmenurut perintah agama.Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dansemua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah darimemberi walau setitik air kepada isterinya kerana ituadalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukanketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima olehibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapaktangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat airtersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telahmenyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapaktanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datangberjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadisitu bercerita sambil airmatanya tidak henti-hentimengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapaktangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoamemohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpigadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agarmenjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kauberikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanyaterampun. INSYALLAH"
No comments :
Post a Comment