Monday, December 15, 2008

AL-FATIHAH BUAT SHARIDA DAUD






Pada 13 Disember 2008 tepat pukul 8.40 pagi, saya kehilangan seorang kawan baik yang cukup memahami dan sentiasa bersama ketika susah dan senang. Kehilangan dia amat dirasai. She is a good friend.. =( Tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Banyak kenangan bersama.. Pergi genting bersama sehingga menjawab paper arab 30 minutes sebab nak kejar bas.. Pergi Tanjung Bidara mandi bersama-sama.. Tak terhurai kenangan bersama dia.. terlalu banyak... 7 serumpun kehilangan seorang ahli tapi bukan bermakna ia akan jadi 6 serumpun.. Ia akan kekal 7 serumpun.. Kami sayang sangat Sha..

Friday, December 12, 2008

Wonders of Allah in Camels
















Camels are animals that were created to survive the hottest climates on earth. Camels are commonly used for transportation in the desert. Deserts are vast areas of sand and the temperatures in these areas can rise as high as 500 C (1220 F).

You might have experienced temperatures around 300 C (860 F). Even at such a temperature, you immediately become tired and thirsty when you are out and playing.
Camels can still go for kilometres at temperatures of 500 C (1220 F). They can stay without water for days. This is because Allah has also created their bodies very differently from ours. Camels store the water they drink inside them for long periods and they quench their thirst with the water they carry within them.

Feeding is also a problem in the desert, since the desert is dry land and there is almost no vegetation. There are only cactuses and other thorny plants. The camel's mouth and lips are so tough that when it bites, it can even pierce a hole in the sole of a shoe. This is why it can easily feed on thorns and keep hunger away.

As well as that, the hair that covers the skin of the camel protects it from the intolerable heat. Allah has made the camel's feet wide because they always walk on desert sand. Due to their width, the camel's feet don't sink in the sand. In addition, Allah has made the skin under the camel's feet very thick. In this way, the soles of their feet never burn.

There are very frequent sandstorms in the desert. Did you ever witness a strong wind when you were at the beach? You would not have been able to open your eyes because you had to try to prevent all the sand from getting in them. If that wind were to become a bit stronger, you wouldn't have been able to see ahead. However, camels have two layers of eyelashes. These lashes weave into each other just like a trap and they protect the camel's eyes during sandstorms.

Allah has created every living thing with the features that are most suitable for their habitat. There are no penguins in the desert, for instance. Since the penguin's features are not suitable for desert conditions, the penguin would die quickly in the desert. Similarly, camels could not survive near the poles. Allah has created everything where they should be. Allah is the strongest and He has endless knowledge. Allah creates everything without any shortcomings. Allah informs us of the camel's creation in the Qur'an as:
"Have they not looked at the camel-how it was created?" (Surat al Gashiya:17)

Public toilet in Switzerland.. Will you use it?




PERIHAL API NERAKA

Dikisahkan bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepada Malaikat Jibrail tentang api neraka, kata Rasullullah S.A.W : "Wahai Jibrail !, beritahu kepadaku tentang api neraka." Maka Jibrail pun berkata : "Ya, Muhammad, kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dahsyat." Kemudian Jibrail berkata lagi " Wahai Muhammad, kalau malaikat yang sembilan belas itu turun ke bumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat mengerunkan, dan kalau satu pegelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akan menembus ke dalam tujuh petala bumi."

Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Malaikan maka Rasulullah S.A.W pun berkata : "Hasbi ya Jibrail (Cukup hai Jibrail), lalu Rasulullah S.A.W menangis dan Jibrail pun turut serta menangis. Apabila Rasulullah melihat Jibrail menangis maka Rasulullah pun bertanya kepada Jibrail, "Wahai Jibrail, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisi Allah S.W.T?"

Maka Jibrail menjawab :"Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamanan ku, walaupun kedudukan ku sangat dekat dengan Allah S.W.T, tetapi aku takut kalau Allah S.W.T. hendak mengubahkan aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Marut dan Iblis yang terkutuk itu.".

Walaupun kedudukan Malaikat Jibrail sangat dekat dengan Allah ia tetap menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Tetapi malangnya manusia masih lagi tidak takut kepada Allah biarpun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah melalui cerita-cerita dari Al-Quran dan Hadis.

Oleh itu, takut lah kita kepada Allah kerana azab Allah amat pedih. Sesal di dunia pendapatan, sesal di akhirat tiada gunanya."

ALLAH MENJADIKAN SESUATU..TAPI KITA MENJADIKAN......

Sebagai manusia kita merasa bertuah kerana dijadikan Allah sebagai khalifah di antara makhluk-makhluk di muka bumi ini. Dan Allah tidak menjadikan makhluk-makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan melainkan untuk dimanfaatkan kepada manusia. Malangnya, kita sebagai manusia bukan saja tidak bersyukur malah tergamak menyelewengkan kebaikan yang dianugerahkan itu menjadi sesuatu yang tidak diredhaiNya...
1) Allah menjadikan Iblis itu... Sebagai musuh yang wajib kita jauhi dan perangi. Tapi kita
menjadikan iblis itu... Sebagai kawan karib dan mengikuti perangainya.
2) Allah menjadikan buah anggur itu... Bagi kita manusia menikmati kelazatan dan
khasiatnya. Tapi kita menjadikan anggur itu... Minuman haram yang memabukkan lagi
merosakkan.
3) Allah menjadikan ayam itu... Sebagai haiwan ternakan untuk kita menikmati telur dan
dagingnya."

Apa itu "IMAN"??

Iman itu:-
- Tasdiq (yaqin) pada hati bahawa ALLAH itu tuhan, Muhammad itu rasul dan percaya kepada segala ajarannya
- Iqrar (ucap dengan lidah / lisan)
- Amal dengan anggota
Ada sesetengah pendapat mengatakan hanya pada hati dan anggota sahaja (tidak termasuk iqrar dengan mulut). Dalam Quran ada dinyatakan “orang2 yang menyembunyikan imannya”
Aali-Imran [29] Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Sabda Nabi- Iman itu kosong (telanjang). Pakaian IMAN adalah TAQWA (taat, patuh). taat dan patuh kepada ALLAH boleh binasakan SYAITAN.

Kecantikan IMAN itu MALU. ISLAM sesuai dengan orang yang bermaruah tinggi, malu. Semakin malu, semakin tebal iman. Rasulullah lebih malu daripada anak gadis.

Thursday, December 4, 2008

Jasa di dunia dan anugerah di akhirat...

1. Meninggalkan sembahyang
- Ular Saqar sedang menunggu


2. Melewat-lewatkan sembahyang
- Neraka WAIL sedang menganga


3. Meringan-ringankan syariat
- Mendapat pandangan murka Al-Jabbar


4. Mengumpat peribadi orang
- Gunting neraka sedang diasah


5. Menyebarkan gossip atau fitnah
- Duri- duri menanti anda di taman neraka


6. Tidak menjaga pergaulan
- Libasan api neraka dijanjikan


7. Tidak berakhlak dengan manusia
- Kemurkaan Allah bersama mu..


8. Menyakiti hati orang dengan lisan
- Masuklah mana-mana pintu neraka


9.Meringankan amanah
- Angkatlah seberkas kayu dari neraka


10.Bersangka buruk
- Amalan baik diambil orang

Semerbak iman Masyita


Bercakap pasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun.

Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"

"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."

Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.

Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.

Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.

Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.

Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!

WANITA CIPTAAN ISTIMEWA

· Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

· Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

· Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

· Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain di atasi setelah dia masuk ke liang kubur.

· Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

· Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

· Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

· Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

· Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.

· Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

· Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

· Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

· Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

· Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

· Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

· Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

· Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

· Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

· Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

· Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

· Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

· Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

· Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

· Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

· Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

· Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

· Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

· Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

· Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

· Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

· Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Dulu dan Sekarang..

Mentos…
Dulu pernah sekali makan mentos lima paket sampai demam…
Sekarang, tengok orang makan mentos pun kepala dah berpusing…

Ferrero Rocher…
Dulu inilah coklat kegemaran… macam makan nasi
Sekarang.. pandang je mampu… kene boikot…

Naik bas..
Dulu kalau nak pi memana, bus la teman sehidup semati..
Cube sekarang suh naik bas kalau tak muncung sedepa nak suruh jemput…

Lesen kereta
Dulu, awal-awal dapat lesen kereta, mak suh orang lain pegi kedai tapi dengan baik hati offer diri nak pi kedai sebab nak bawak kete..
Sekarang, cube suh pi kedai kalau tak sejam selepas diberitahu baru lah nak pi.. teruk betul…

Sushi
Dulu tengok sushi ni makanan pelik.. mana tak nya, tak masak.. sapa boleh makan..
Sekarang, mengalah kan orang Jepun pulak makannye..

Futsal
Dulu, awal-awal wakil Uitm panggil training muka pertama terpacak dekat court futsal..
Sekarang, orang ajak main futsal, suh diaorg main dulu, nanti menyusul tapi tak muncul-muncul sampai habis main futsal

Fishing
Dulu kecik-kecik ikut abah pi fishing.. wah.. tunjuk hebat.. budak perempuan pun boleh memancing la..
Sekarang, memang tak sayang kulit kalau ikut pi fishing… hish hish.. pompuan…

Bedak
Dulu tak kenal compact powder.. pakai bedak murah-murah je.. kalau tepung boleh jadikan bedak, memang dipakai jugak agaknya..
Sekarang, kalau tak compact powder jenama Maybeline, Loreal, and ape-ape lagi la, memang tak sah.. itu lah perempuan…

Berat badan..
Dulu ringan je.. lambung pun boleh..
Sekarang, kalau ada orang nak lambung memang kira bagus la.. Itu pun kalau orang tuh betul-betul larat…