Alhamdulillah, atas sumbangan orang ramai, Team saya yang
terdiri daripada Azzam, Fahmie, Kak Zulia & Mell berjaya menjayakan misi
membersih serta menggantikan kelengkapan rumah keluarga Palestin yang pernah
saya ceritakan.
SIAPAKAH MEREKA
Saya dipertemukan dengan keluarga ini daripada Musa Nuwayri,
nama yang tidak calang lagi dalam dunia misi kemanusiaan. Mengikut cerita
asalnya mereka telah berada di Malaysia sejak 4 tahun yang lalu. Mereka datang
dari Gaza, Palestin. Pasangan suami isteri ini adalah orang senang ketika
berada di Palestin. Encik Isa adalah kontraktor dan isterinya pula mempunyai
saloon. Mereka mempunyai 4 orang anak yang terdiri daripada Inaz, Mus’ab, Ahmad
dan Fattah. Mereka pindah ke Malaysia
kerana keadaan di Gaza semakin kritikal dan rumah mereka hancur di bedil
Israel.
Setibanya di Malaysia, mereka menetap di Gombak selama 2
tahun. Keadaan mereka mula sukar apabila encik Isa tidak mendapat pekerjaan.
Mereka adalah pemegang kad UNCHR. Pemegang kad UNCHR boleh menetap di Malaysia
tetapi tidak boleh bekerja. (Jangan tanya saya macam mana mereka nak hidup
kalau boleh menetap tapi tak boleh bekerja..) Jadi beliau terpaksa bekerja
secara haram bagi menanggung keluarga mereka. Setelah itu,mereka berpindah ke
Ampang dimana anak-anak mereka mendapat pendidikan percuma yang ditaja oleh
seorang jutawan di salah sebuah sekolah swasta. Jutawan ini menanggung yuran
persekolahan dan juga semua keperluan pendidikan. (ini seperti yang
diberitahu).
Pada 2016, peristiwa hitam menghantui keluarga Encik Isa
yang saya tidak dapat ceritakan disini tetapi trauma hingga ke hari ini.
Tertekan dengan apa yang berlaku, si isteri meninggalkan suaminya serta empat
orang anak-anaknya. Daripada situ,keluarga ini seperti hilang arah. Rumah tidak
terurus, makan minum tidak terjaga, hidup terlalu sukar.
Setelah ditinggalkan isteri, Inaz anak perempuan sulung yang
mengambil tugasan menguruskan adik beradiknya. Encik Isa pula kerja tak
menentu. Semua kerja dilakukan demi sesuap nasi. Adakala mereka tidak makan
sehingga 10 hari jika encik Isa bekerja jauh. Duit yang ada didahulukan untuk
sewa rumah. Makan nasi berlaukkan kuah itu perkara biasa. Tidak makan
berhari-hari juga biasa.
Encik Isa seorang yang tidak memilih pekerjaan. Semua kerja
dilakukan demi menyara keluarga, cuma kesukaran pada beliau untuk mendapatkan
kerja memandangkan beliau hanya pemegang kad UNCHR.
Saya bertanyakan Inaz, jika tiada lauk makan dengan apa?
Inaz menjawab, saya membeli kuah kari 50 sen di bawah flat. Mus’ab memberitahu
saya jika dia lapar, dia akan tidur sahaja. Allah!
Pakaian mereka adalah pemberian daripada UNCHR. Pakaian yang
tidak sesuai dipakai lagi. Dapat juga barang-barang seperti fridge zaman Jepun,
motherboard PC rosak, tilam belutuk, meja office patah kaki, sofa tak cukup
sifat. Allah.. Sungguh daif..
Jika melihat keadaan rumah mereka, mesti ada yang mengatakan
ini sebenarnya attitude, bukannya daif. Tetapi saya tolak apa yang mereka
sampaikan. Tiba-tiba Inaz mesej saya,
“Aunty, ini rumah kami di Palestin. Cantik...”
Betul.. memang cantik! kemas dan teratur. Tidak percaya jika
rumah mereka sekarang ini adalah disebabkan attitude.
PERTEMUAN PERTAMA
Pertemuan pertama kami di rumah mereka di Ampang. Saya cuba
mengumpulkan dana untuk membeli makanan untuk keluarga ini serta membantu apa
yang perlu dan membawa mereka keluar untuk menjamu selera di luar. Pertama kali
saya menjejakkan kaki ke rumah mereka, mulut saya mati seribu bahasa. Terkejut
melihat keadaan rumah mereka. Tetapi selepas mereka menceritakan perkara
sebenar, saya pasti ia adalah disebabkan trauma yang melampau. Ketika kami
datang ziarah, Encik Isa dalam keadaan tidak sihat dimana beliau jatuh dari
tangga yang tinggi ketika mengecat. Terkejut saya melihat bill elektrik
sebulannya. Rupanya disebabkan oleh peti sejuk zaman jepun yang memakan
elektrik. Jadi saya memberi baki duit
sumbangan orang ramai untuk membayar bill elektrik dan juga sewa rumah yang
tertunggak.
PERTEMUAN SETERUSNYA...
Pertemuan kali kedua, saya pergi bersama Mak untuk melihat
kedaifan keluarga ini. Mak juga terkedu. Sepanjang di dalam kereta, Mak senyap
sahaja rupanya ada perkara yang Mak ingin sampaikan.
“Kita kena tolong keluarga ni Hajar.. Cari dana untuk bantu
ganti semua peralatan dalam rumah dia.. Diaorang hidup dalam keadaan yang
sangat tak sihat.. Tak boleh biarkan macam ni.. Mak pun akan bagi duit untuk
dibantu keluarga ini..”
Selepas mendapat semangat dari Mak, saya terus plan apa yang
perlu saya lakukan. Anggaran awal adalah RM4,000. Alhamdulillah berjaya
mengumpulkan dana tersebut untuk keluarga ini daripada rakan-rakan yang turut
membantu..
HARI PENGEMASAN...
Rancangan awal ingin membuat 2
minggu berturut-turut.. Risau jika tidak
sempat untuk menyiap semua nya. Maka, hari pertama pengemasan, pada mulanya
kami hanya ingin membersihkan dapur, tetapi apabila kami duduk berbincang
semula di rumah Encik Isa, kami fikirkan untuk clearkan semua pada hari yang
sama.
Kak Zulia mengambil tugasan untuk
mencari lori mengangkat barang untuk dibuang. Fahmie dan Azzam pula bahagian mengangkat,
mengecat dan membasuh rumah (part ni saya dah bagitau cukup sekadar mop sahaja,
tapi diaorang nak cuci), Saya, Kak Zulia & Mell mengambil tugasan untuk
membersihkan dapur, membunuh lipas, memasang tikar dan mencari barang keperluan
untuk dibeli..
Kami terus sahaja mencari
barang-barang yang diperlukan seperti, peti sejuk, almari baju, meja belajar,
katil, tilam, bantal, cadar, tikar getah. Dalam tempoh 2 jam semuanya selesai.
Barang-barang juga dihantar pada hari berkenaan juga.
Kerana duit yang tidak mencukupi
pada hari itu, jadi kami tidak dapat untuk membelikan TV dan juga barangan dapur.
Total keseluruhan hampir mencecah RM4,500. Alhamdulillah, masing-masing sudi
mengeluarkan duit untuk menampung jumlah yang kurang.
Kami tidak dapat menyelesaikan
keseluruhan kerana masing-masing dah kepenatan dan ingin mengejar maghrib di
rumah.
Tetapi Alhamdulillah Allah
permudahkan segala urusan kami..
Inaz berbisik di telinga saya,
“Aunty.. Saya boleh ajak
kawan-kawan saya datang ke rumah..”
Allah! Luluh hati bila Inaz
berkata begitu.
Inaz antara yang Nampak ketara
trauma dan depression nya. Langsung tidak senyum sehingga kami menyiapkan
biliknya, baru Nampak senyuman di raut wajah Inaz..
PERBUALAN AZZAM DAN ENCIK ISA..
Menurut Encik Isa, anak nya Ahmad
menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati di Malaysia. Mengikut kata doctor
di hospital, hanya pakar di Jerman sahaja boleh mengubati Ahmad ini. Kos untuk
perubatan Ahmad mencecah RM300,000. Apabila sakit menyerang, Ahmad tidak mampu
bergerak dan berjalan sehingga dua tiga hari.. Sekarang ini Ahmad hanya bertahan
sahaja..
Allah.. Memang dugaan keluarga
mereka ini kuat..
Ahmad ini seorang yang cukup
bergaya. Saya ingat lagi, kali pertama saya membawa mereka keluar, Ahmad lah
yang paling bergaya. Rambut disisip tepi, pakaian nya kemas walaupun nampak lusuh..
PERTEMUAN BARU-BARU INI...
Alhamdulillah 2 minggu lepas,
kami sempat ke rumah Encik Isa. Rumah mereka sangat kemas. Dapur yang kami tak
dapat bersihkan cukup kemas. Saya melihat jari encik Isa berbalut. Rupanya, dua
jarinya terhiris pisau, jadi beliau hanya membalut sahaja luka sedangkan jika
lihat pada kecederaan yang dialami, lukanya perlu dijahit. Saya meminta beliau
untuk ke klinik supaya tidak terkena sebarang jangkitan..
JIRAN MEREKA...
Jiran mereka adalah keluarga
Melayu. Ketika kami mengemas, jirannya datang ke rumah kami. Dia fikir encik
Isa akan berpindah. Saya perkenalkan diri dan tujuan kami. Mengikut kata-kata
jiran nya, kadang-kadang Inaz akan menghantar makanan kepada mereka, (makan
rakyat Palestin).. Dalam hati saya, walaupun mereka susah, mereka tidak lupa
untuk bersedekah.. Mungkin itu sebab Allah menghantar kami untuk membantu
mereka atas dasar mereka sendiri pun memang baik... Anak-anaknya cukup
menghormati kami...
TARGET SETERUSNYA...
Alhamdulillah, baru-baru ini kami
mendapat dana untuk membelikan TVdan baki nya kami ingin membeli barangan dapur
menjelang puasa serta membayar bill-bill dan sewa rumah..
Kami masih mengumpulkan dana untuk
puasa dan raya bagi keluarga ini dan pada masa yang sama masih mencarikan
pekerjaan untuk Encik Isa..
Jika anda ingin membantu keluarga
ini, amatlah dialu-alukan.. InsyaAllah semua sumbangannya akan saya sampaikan
terus kepada keluarga ini...
Terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua penyumbang-penyumbang yang membantu keluarga ini..
Itu sahaja cerita saya buat masa
ini..
-Siti Hajar Aladin-
Rumah yang telah dibersihkan..
Rumah sebelum dibersihkan
1 comment :
salam..sy nak tnya sikit pasal umrah diy kalau tak keberatan ..bole tak ya?
Post a Comment