Wednesday, June 30, 2010

::SURABAYA::

Hari -1
Alhamdulillah.. Akhirnya berkesempatan untuk menceritakan tentang Surabaya... Kami seramai 10 orang berhajat untuk menghantar Mak Yah (kak Num's maid) pulang ke rumahnya di Banyuwangi, Jawa Tengah. Kami hantar sampai airport sahaja, selepas itu kami berpisah. Mak Yah bersama anak-anak nya dan kami bersama tourist guide kami, Pak Udin dan driver nya Pak Haji. Masa tu ada drama la sebab berpisah dengan Mak Yah. Mak Yah pulak menangis macam nak banjir Surabaya tu.. Habis tudung aku kene air mata dia. Selepas habis drama tersebut, kami meneruskan perjalanan.Kami lunch di sebuah restoran yang agak mewah di sana. Wahh!! ada ayam penyet!!! feberet ku!!! tanpa memandang kiri dan kanan, ayam dihadapan mata terus dicapai.. Al-maklum perjalanan 2jam setengah membuatkan perut nya lapar banget... Kami meneruskan perjalanan ke kedai leather handbag.. Wahhh!!! kat sini betul-betul sakan!! Shopping!! Shopping!!! Daku tanpa memikir 2 kali, capai sana! capai sini!! dalam hati menjerit-jerit, heaven!! heaven!! masa ni la kaki nak melecet.. aiseeyhh.. tak pe... tak pe.. crocs murah di sini... capai la satu crocs disney.. ye.. memang... memang sangat comel.. harganya cume rm24.15... wah! sangat murah! terus membayar.. duet masih berkepuk-kepuk lagi ni.. di kedai tu saja, kami mengambil masa dekat 1 jam setengah.. perjanjian setengah jam.. Janji Melayu... hahahha.... kat bawah ni antara satu handbag yang murah... kedai tu jual barangan leather, tp dia ciplak brand-brand seperti D&G, Guess, LV dan etc.. Tapi memang kulit lembu asli.. ni contoh satu handbag...


Handbag atas ni cume Rm10

Yang ni saya tak sure sebab sepupu punye.. hohoho

Setelah selesai semua nye, kami ke sebuah butik yang memang menjual pakaian yang cantik sesangat.. tapi harga pun cantik.. dalam otak aku cuma fikir, nanti kat pasar turi n Jambatan Merah lagi murah.. itu aje la.. tak tahu ghupe 2 shopping complex tu macam mana...

Perjalanan kami untuk hari pertama berakhir di situ.. Kami terus ke hotel Grand Kalimas yang terletak di perkampungan Arab.. Majoriti orang Arab yang bercakap Indonesia.. Macam pelik je aku tengok diaorang cakap macam tu... Tapi saya tak suggest kepada anda semua untuk duduk hotel ini memandang kan service, room and facilities are very poor.. memang menyedihkan.. wahhh.. rasa heaven banget ini.. dapat melentok kan badan di katil yang empuk.. (buat buat empuk.. tak de la empuk sangat... )

Hari ke-2

Kami bangun pagi-pagi.. uaargghhh!! sungguh liat sangat.. penat tak habis lagi la.. jangan la ketuk-ketuk pintu!! tapi apabila suara emak yang kedengaran.. dengan seperti belangkas, terus bangun dan mencapai tuala.. aiseyhh.. baru pukul 6.. (waktu indonesia).. kami bersiap-siap turun sarapan.. sarapan nasi air..alamak.. tak boleh telan aku tengok makanan nya.. mencuba la jugak tp memang kalau dah tekak melayu ni, telan makanan lain memang tak lepas.. daku pun makan la roti berintikan marjerin + gula.. sedap jugakkk... nyum... nyum... Destinasi pertama kami pada hari ini ialah Makam Sunan Ampel.. Sunan Ampel ni seorang Ulama' di Indonesia dan beliau merupakan Ketua pada Wali Songo..R. Ahmad Rahmatullah...Korang tahu tak Wali Songo tu apa?? Kalau tak tahu, pi google sendiri, malas nak explain... Di kawasan makam tu banyak kedai-kedai menjual jubah-jubah yang sangat cantik... boleh mabuk tengok pelbagai jubah.. tapi kene hati-hati sikit sebab terlalu ramai peminta sedekah.. yang saya pelik nya, semua yang minta sedekah badan sihat, tegap tapi kenapa masih minta sedekah.. dia pegang tangan kita nak minta duit.. memang sangat menakutkan..


Ni depan makam..


Jalan yang dipenuhi dengan peminta sedekah dan juga kedai-kedai jubah yang lawa-lawa banget!

Perjalanan diteruskan ke Jambatan Merah... OMG!!!! memang suppperrrbb!! masa tu macam orang mabuk nak bershopping.. semua baju nak di grab je... hohoho... di Jambatan Merah banyak jual lace, blause dan baju kebaya sulam.. memang sangat-sangat murah... tapi di Pasar Turi lagi sangat sangat murah... di bawah ni sebahagian barang-barang yang sempat kami shopping....

Telekung ni harga nya dalam rm40

Baju ni mahal sikit sebab kain sejuk.. ni dalam RM45

Ni dalam RM40... Katanya kain Korea.. ntah betul ntah tak..

Ni tak ingat... huhuhu

Baju yang paling saya suka ni harga nya dalam RM55.. Ni siap seluar.. penuh dengan labuci yang lawa....

Seterusnya kami ke Muzium Kapal Selam... Kiteorang masuk kapal Selam.. korang pernah masuk??? Ya Allah... tempatnya kecik sangat.. Macam mana la tentera laut tu boleh hidup kat dalam tu pun aku tak tahu la.. masuk dalam tu pun dah terasa sesak nafas, apatah lagi diaorang duduk 7 hari kat dalam tuh.. memang hebat la mereka ini...

Ni kat luar kapal selam.. kat dalam tak boleh nak ambik gambar sebab panas sangat.. Tak sabar nak keluar...

Seterusnya kami ke sebuah restoran untuk makan malam... lauk-lauk yang dihidangkan cukup membuatkan nafsu makan kami membuak-buak.. al-maklum, tenaga habis berjalan.. ni time makan pulak la,...

Ini sikit je, ada lagi tak sampai.. sotong 3 rasa, ayam penyet dengan ape ntah lagi...

Hari ke-3

Hari ke-3 kiteorang ke zoo.. tapi saya tak mencadangkan ke zoo sebab tak sesuai sebagai tempat pelancongan.. Jadi saya cadangkan u all ke Safari.. Mengikut kata Pak Udin, safari sangat bagus dan best dari Bandung..

Ni la zoo yang emboh opo-opo....

Seterusnya kami pergi semula ke Jambatan Merah dan Pasar Turi untuk menyambung bershopping... waahhh... memang sakan la kat sana.. hahahhaa...


lace ni 4 meter RM50... Kat Malaysia dapat ke? U all boleh mabuk tengok lace lawa-lawa.. Ni bukan baju nikah @ sanding saya.. Simpan buat koleksi..

Sangat lawa lace ni...

Dress ni harga nya dalam RM 50

Dress ni nampak je macam baju tido, tapi lawa.. harga nya RM40

Ni RM18

Ni pun RM 18

Ni RM 22

Hari ke-4

Kami tak ke mana-mana selain duduk di hotel sahaja hingga tengahari... selepas lunch kami terus ke airport untuk pulang ke tanah air...


Kalau kat sana, tawar banyak-banyak... tapi sebenar nya dia letak harga tu pun dah murah sangat..

Saya memang suggest kepada mereka yang nak kahwin, pi la Indonesia.. tapi saya cadangkan ke Tanah Abang, Jakarta.. Sana lagi banyak... Kain kat sana sangat murah.. kalau satu meter lace kat Malaysia RM 300, kat Indonesia cuma RM70 semeter..

Dress yang macam nak nikah cukup lawa!!! tak payah tempah-tempah, beli je kat sana...

Itu je.. daaa...


Goodbye Surabaya!!!

Next destination Acheh.. Kita tengok kesan tsunami dan Acheh yang baru... ;)







Saturday, June 5, 2010

Chocolate Chip Cookies

1 cawan mentega
1 sudu teh vanila
1 cawan gula halus

Pukul hingga gebu...

kemudian masuk kan.... (pukul perlahan sahaja!)

1/2 cawan mampat brown sugar
1 biji telur (kuning sahaja ya!... boleh letak putih skali tapi adunan last2 confirm kembang seloyang)

Dalam bekas yang lain, sediakan.....

1/3 cawan koko
2 sudu besar susu segar ( saya guna HL)
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 soda penaik
1 cawan cip coklat (kalau nak lebih pun boleh...saya letak 2 cawan, so jangan pelik kalau cookies anda hitam disebabkan coklat chip ya..)

*kalau rajin, ayak tepung gandum, koko dan serbuk penaik...

Langkah seterusnya, campurkan kedua-dua adunan...

bila dah sekata, bentuk kan bulat ke bujur ke ape ke (guna sarung tangan ya.. guna sudu kecil pun boleh) letak atas dulang... jangan besar, kang kembang.. buat comei-comei je...

bakar pada suhu 175C /350F

dalam 10-20 minit dah siap!!!

tunggu sejuk.. n then susun dalam balang!!!

Sedia untuk dijamu....
Selamat mencuba ya!!

Comment yang saya terima:
En. ZH kata cookies saya no. 1.. memang sedaaapp.. hehehhe.. suka suka..
Anak-anak saudara saya kata, cookies Mak Su macam mak, tp lagi sedap sebab banyak chocolate chip...
Kawan-kawan saya kata saya memang pandai buat cookies... boleh tempah....

Dengan comment di atas, maka dengan ini saya menyarankan anda semua untuk mencuba membuat cookies ni.. huhuhu

Friday, June 4, 2010

Orange Juice: A Nutritional Powerhouse!


Phytonutrients are receiving increased attention because of their powerful and wide-ranging health effects on the body. Scientists believe these plant-derived components may promote health by protecting our cells. Orange juice naturally contains more than 60 phytonutrients. Many of them are known as flavonoids. Research has shown that flavonoids are natural antioxidants and may help support a healthy cardiovascular system and immune system.

Did you know?
- 50 million Americans have high blood pressure
- Of those people with high blood pressure, one-third do not know that they have it.
- The amount of potassium in one 8 ounce glass of orange juice can help reduce the risk of high blood pressure and stroke by 6 percent.

Orange juice is the most nutrient-packed fruit juice -- a nutrition powerhouse in a glass! One eight-ounce serving provides 110 calories and contains all the vitamin C you need in a day. It's also a good source of potassium, folate and thiamin. And there's more -- vitamin B6, niacin, riboflavin and magnesium. Plus, not from- concentrate orange juice is sodium-free while from-concentrate orange juice is very low in sodium with only 15 milligrams per serving.

FOCUS ON HEART HEALTH
Reduce your risk of cardiovascular disease by:
- Reducing high blood cholesterol.
- Lowering high blood pressure
- Aiming for a healthy weight
- Being physically active every day
- If you have diabetes, keeping blood sugar under control

Orange juice has been shown to improve the following cardiovascular disease risk factors:

Healthy Cholesterol
A recent study has produced promising results for improving HDL-cholesterol (good cholesterol). Men and women with high blood cholesterol levels drank 1, 2, and 3 cups of not-from-concentrate orange juice daily for a total of 12 weeks. At the end of the 12-week period, there was a 21 percent increase in HDL cholesterol with no changes to LDL (bad) cholesterol. The ratio of good/bad cholesterol improved by 16 percent, although there was a moderate increase in triglycerides.

Healthy Blood Pressure
High blood pressure is often called a "silent killer" because it can develop without any warning signs. A healthy eating plan including potassium-rich foods may help. Increasing your intake by adding just one serving of a good source of potassium from fruit, 100 percent fruit juice or vegetables has been shown to decrease the risk of high blood pressure and stroke.

The evidence is so strong that the U.S. Food and Drug Administration> allows this health claim to appear on foods that are good sources of potassium:
- Diets containing foods that are good sources of potassium and low in sodium may reduce the risk of high blood pressure and stroke.

Potassium is found in a wide range of foods, especially fruits, many vegetables, and some dairy products. Examples include potatoes, bananas, citrus fruit and juices, tomatoes, and milk. The recommended daily intake for potassium is 3,500 milligrams. This is also the Daily Value used on food labels in the Nutrition Facts panel. Surprisingly, over 80 percent of Americans do not consume the recommended amount of potassium each day.

What is Homocysteine?
Folate, as well as other B vitamins, are required for breaking down homocysteine to less harmful substances. Homocysteine is an amino acid that is associated with cardiovascular risk. Studies in healthy individuals have demonstrated that low blood levels of folate can lead to elevated blood levels of homocysteine. In one study, healthy volunteers drank 20 ounces of not-from-concentrate orange juice along with their normal diet over a 60-day period. Drinking orange juice significantly increased blood folate levels 45 percent. Blood homocysteine levels decreased significantly by 11 percent.

DASH for Great Health!
The DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension) diet includes eight to 10 servings of fruits, 100 percent fruit juices and vegetables as well as two servings of low fat dairy products each day. Studies in healthy people who followed the DASH diet found that a diet high in fruits and vegetables can significantly reduce blood pressure in as little as two weeks.

Boost your intake of nutrient-rich fruits and vegetables
As a daily guideline, the Food Guide Pyramid recommends three to five servings of vegetables and two to four servings of fruit, along with a variety of foods.
Here are some easy ways to enjoy more fruits and vegetables:
- Pile lots of vegetables -- and even fruits -- on your favorite sandwiches. Try sliced peppers, cucumbers, tomatoes, apple or pineapple with lettuce and sprouts.
- Drink 100% juice as a snack beverage.
- Take a fruit to lunch. Add a piece of fresh fruit or small snack-size container of fruit to your lunch bag or briefcase.
- Whip up a smoothie made with fresh fruit, fruit juice and frozen yogurt.
- Toss vegetable toppings on your pizza -- broccoli, zucchini, spinach, red and green sweet peppers, mushrooms.

My Hero

You were always there to listen,
When my heart began to break
You never left me standing alone,
You were the best friend God could make

Slowly I fell in love with you,
I can’t explain the reason why
Maybe it was your enigmatic soul,
That gave me wings to fly

Maybe it was your loving smile,
Your warm and gentle embrace
Maybe it was your soothing eyes,
That lit up the darkest place

Maybe it was because you saved me,
Reminded me of how love feels
I don’t know for sure the reason,
Only the way you made my heart heal

I look up to you, I love you so,
There may be times that we fight,
But you will always be my hero


Thanks a lot Zul Hafiz....

Ketika Cinta Bertasbih


Nice lyrics....

Kisah Nabi Hud a.s

Selesailah kisah kaum Nabi Nuh dalam sejarah. Majoriti di antara mereka yang mendustakan ajarannya telah dihancurkan oleh taufan. Sedangkan minoriti antara mereka dapat kembali memakmurkan bumi sebagai wujud dari sunatullah dan janji-Nya: Sedangkan janji Allah SWT kepada Nabi Nuh adalah:

"Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang takwa." (QS. al-Qashash: 83)

Dan janji Allah SWT juga kepada Nabi Nuh adalah:

"Difirmankan: 'Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang beriman) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada pula umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam hehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami. " (QS. Hud: 48)

Berputarlah roda kehidupan dan datanglah janji Allah SWT. Setelah datangnya taufan, tiada yang tersisa dari manusia di muka bumi kecuali orang-orang yang beriman. Tiada satu hati yang kafir pun berada di muka bumi dan syaitan mulai mengeluhkan pengangguran.

Berlalulah tahun demi tahun, lalu matilah para orang tua dan anak-anak, dan datanglah anak dari anak-anak. Manusia lupa akan wasiat Nabi Nuh dan mereka kembali menyembah berhala. Manusia menyimpang dari penyembahan yang semata-mata untuk Allah SWT. Akhirnya, tipuan kuno berulang kembali. Para cucu kaum Nabi Nuh berkata: "Kita tidak ingin melupakan kakek kita yang Allah SWT selamatkan mereka dari taufan."

Oleh kerana itu, mereka membuat patung-patung orang-orang yang selamat itu yang dapat mengingatkan mereka dengannya. Dan pengagungan ini semakin berkembang generasi demi generasi, namun akhimya penghormatan itu berubah menjadi penghambaan. Patung- patung itu berubah - dengan bisikan syaitan - menjadi tuhan selain Allah SWT. Dan bumi kembali mengeluhkan kegelapan. Lalu Allah SWT rnengutus junjungan kita Nabi Hud di tengah-tengah kaumnya.

Al-Qur'an menyingkap ceritanya setelah diutusnya Nabi Hud untuk membawa agama kepada manusia. Nabi Hud berasal dari kabilah yang bernama 'Ad. Kabilah ini tinggal di suatu tempat yang bernama al-Ahqaf. la adalah padang pasir yang dipenuhi dengan gunung-gunung pasir dan tampak dari puncaknya lautan. Adapun tempat tinggal mereka berupa tenda-tenda besar dan mempunyai tiang-tiang yang kuat dan tinggi. Kaum 'Ad terkenal dengan kekuatan fisik di saat itu, dan mereka juga memiliki tubuh yang amat tinggi dan tegak sampai-sampai mereka mengatakan seperti yang dikutip oleh Al-Qur'an:

"Mereka berkata: 'Siapakah yang lebih kuat daripada kami.'" (QS. Fushilat: 15)

Tiada seorang pun di masa itu yang dapat menandingi kekuatan mereka. Meskipun mereka memiliki kebesaran tubuh, namun mereka memiliki akal yang gelap. Mereka menyembah berhala dan membelanya bahkan mereka siap berperang atas namanya. Mereka malah menuduh nabi mereka dan mengejeknya. Selama mereka menganggap bahawa kekuatan adalah hal yang patut dibanggakan, maka seharusnya mereka melihat bahawa Allah SWT yang menciptakan mereka lebih kuat dari mereka. Sayangnya, mereka tidak melihat selain kecongkakan mereka. Nabi Hud berkata kepada mereka:

"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada tuhan lain bagi kalian selain-Nya. " (QS. Hud: 50)

Itu adalah perkataan yang sama yang diucapkan oleh seluruh nabi dan rasul. Perkataan tersebut tidak pernah berubah, tidak pernah berkurang, dan tidak pernah dicabut kembali. Kaumnya bertanya kepadanya: "Apakah engkau ingin menjadi pemimpin bagi kami melalui dakwahmu ini? Imbalan apa yang engkau inginkan?" Nabi Hud memberitahu mereka bahawa ia hanya mengharapkan imbuhan dari Allah SWT. Ia tidak menginginkan sesuatu pun dari mereka selain agar mereka menerangi akal mereka dengan cahaya kebenaran. Ia mengingatkan mereka tentang nikmat Allah SWT terhadap mereka. Bagaimana Dia menjadikan mereka sebagai khalifah setelah Nabi Nuh, bagaimana Dia memberi mereka kekuatan fisik, bagaimana Dia menempatkan mereka di bumi yang penuh dengan kebaikan, bagaimana Dia mengirim hujan lalu menghidupkan bumi dengannya.

Kaum Hud membuat kerosakan dan mengira bahawa mereka orang-orang yang terkuat di muka bumi, sehingga mereka menampakkan kesombongan dan semakin menentang kebenaran. Mereka berkata kepada Nabi Hud: "Bagaimana engkau menuduh tuhan-tuhan kami yang kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya?" Nabi Hud menjawab: "Sungguh orang tua kalian telah berbuat kesalahan." Kaum Nabi Hud berkata: "Apakah engkau akan mengatakan wahai Hud bahawa setelah kami mad dan menjadi tanah yang beterbangan di udara, kita akan kembali hidup?" Nabi Hud menjawab: "Kalian akan kembali pada hari kiamat dan Allah SWT akan bertanya kepada masing-masing dari kalian tentang apa yang kalian lakukan."

Setelah mendengar jawaban itu, meledaklah tertawa dari mereka. Alangkah anehnya pengakuan Hud, demikianlah orang-orang kafir berbisik di antara mereka. Manusia akan mati dan ketika mati jasadnya akan rusak dan ketika jasadnya rusak ia akan menjadi tanah kemudian akan dibawa oleh udara dan tanah itu akan beterbangan, lalu bagaimana semua ini akan kembali ke asalnya. "Kemudian apa pengertian adanya hari kiamat? Mengapa orang-orang yang mati akan bangkit dari kematiannya?" Hud menerima pertanyaan-pertanyaan ini dengan kesabaran yang mulia. Kemudian ia mulai menerangkan pada kaumnya keadaan hari kiamat. Ia menjelaskan kepada mereka bahawa kepercayaan manusia kepada hari akhir adalah satu hal yang penting yang berhubungan dengan keadilan Allah SWT, sebagaimana ia juga sesuatu yang penting yang juga berhubungan dengan kehidupan manusia.

Nabi Hud menerangkan kepada mereka sebagaimana apa yang diterangkan oleh semua nabi berkenaan dengan hari kiamat. Sesungguhnya hikmah sang Pencipta tidak menjadi sempurna dengan sekadar memulai penciptaan kemudian berakhirnya kehidupan para makhluk di muka bumi ini, lalu setelah itu tidak ada hal yang lain. Ini adalah masa tenggang yang pertama dari ujian. Dan ujian tidak selesai dengan hanya menyerahkan lembar jawaban. Harus juga disertai dengan koreksi terhadap lembar jawaban itu, memberi nilai, dan menjelaskan siapa yang berhasil dan siapa yang gagal.

Manusia selama hidup di dunia tidak hanya mempunyai satu tindakan; ada yang berbuat kelaliman, ada yang membunuh, dan ada yang melampaui batas. Seringkali kita melihat orang-orang lalim pergi dengan bebas tanpa menjalani hukuman. Cukup banyak orang-orang yang jahat namun mereka mendapatkan fasilitas yang mewah dan mendapatkan penghormatan serta kekuasaan. Ke mana orang-orang yang teraniaya akan mengadu dan kepada siapa orang-orang yang menderita akan mengeluh?

Logika keadilan menuntut adanya hari kiamat. Sesungguhnya kebaikan tidak selalu menang dalam kehidupan, bahkan terkadang pasukan kejahatan berhasil membunuh dan memperdaya para pejuang kebenaran. Lalu, apakah kejahatan ini berlalu begitu saja tanpa mendapatkan balasan? Sungguh suatu kelaliman besar terhampar seandainya kita menganggap bahawa hari kiamat tidak pernah terjadi. Allah SWT telah mengharamkan kelaliman atas diri-Nya sendiri, dan Dia pun mengharamkannya terjadi di antara hamba-hamba-Nya., maka adanya hari kiamat, hari perhitungan, hari pembalasan adalah sebagai bukti kesempurnaan dari keadilan Allah SWT. Sebab hari kiamat adalah hari di mana semua persoalan akan disingkap kembali di depan sang Pencipta dan akan di tinjau kembali, dan Allah SWT akan memutuskan hukum-Nya di dalam-nya. Inilah kepentingan pertama tentang hari kiamat yang berhubungan langsung dengan keadilan Allah SWT.

Ada kepentingan lain berkenaan dengan hari kiamat, yang berhubungan dengan perilaku manusia sendiri. bahawa keyakinan dengan adanya hari akhir, mempercayai hari kebangkitan, perhitungan amal, penerimaan pahala dan siksa, dan kemudian masuk surga atau neraka adalah perkara- perkara yang langsung berkenaan dengan perilaku manusia, di mana konsentrasi manusia dan had mereka akan tertuju dengan alam lain setelah alam ini. Oleh kerana itu, mereka tidak akan terbelenggu oleh kenikmatan dunia, kerakusan kepadanya, dan egoisme untuk menguasinya. Mereka tidak perlu gelisah saat mereka tidak berhasil melihat balasan usaha mereka dalam umur mereka yang pendek dan terbatas. Dengan demikian, manusia semakin meninggi dari tanah yang menjadi asal penciptaannya ke roh yang ditiupkan oleh Tuhannya.

Barangkali persimpangan jalan antara tunduk terhadap imajinasi dunia, nilai-nilainya, dan pertimbangan-pertimbangannya dan ketergantungan dengan nilai-nilai Allah SWT yang tinggi dapat terwujud dengan adanya keimanan terhadap hari kiamat. Nabi Hud telah membicarakan semua ini dan mereka telah mendengarkannya namun mereka mendustakannya. Allah SWT menceritakan sikap kaum itu terhadap hari kiamat:

"Dan berkatalah pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya dan yang mendustakan pertemuan dengan hari kiamat (kelak) dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia: 'Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia, makan dari apa yang kamu, makan, dan meminum dari apa yang kamu minum. Dan sesungguhnya jika kamu sekalian menaati manusia yang seperti kamu, niscaya bila demikian itu, kamu benar-benar menjadi orang- orang yang merugi. Apakah ia menjanjikan kepada kamu sekalian, bahawa bila kamu telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang belulang, kamu sesungguhnya akan dikeluarkan (dari kuburmu)?, jauh, jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan kepadamu itu, kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan hidup dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi. " (QS. al- Mu`minun: 33-37)

Demikianlah kaum Nabi Hud mendustakan nabinya. Mereka berkata kepadanya: "Tidak mungkin, tidak mungkin." Mereka keheranan ketika mendengar bahawa Allah SWT akan membangkitkan orang-orang yang ada dalam kuburan. Mereka bingung ketika dibe-ritahu bahawa Allah SWT akan mengembalikan penciptaan manusia setelah ia berubah menjadi tanah, meskipun Dia telah menciptakannya sebelumnya juga dari tanah. Seharusnya para pendusta hari kebangkitan itu merasa bahawa mengembalikan penciptaan manusia dari tanah dan tulang lebih mudah dari penciptaannya pertama kali. Bukankah Allah SWT telah menciptakan semua makhluk, maka kesulitan apa yang ditemui-Nya dalam mengembalikannya. Kesulitan itu disesuaikan dengan tolok ukur manusia yang tersembunyi dalam ciptaan., maka tolok ukur manusia tersebut tidak dapat diterapkan kepada Allah SWT. kerana Dia tidak mengenal kesulitan atau kemudahan. Ketika Dia ingin membuat sesuatu, maka Dia hanya sekadar mengeluarkan perintah:

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah."Lalu jadilah ia." (QS. al-Baqarah: 117)

Kita juga memperhatikan firman-Nya:

"Dan berkatalah pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya." (QS. al-Mu^minun: 33)

Al-Mala' ialah para pembesar (ar-Ruasa'). Mereka dinamakan al-Mala' kerana mereka suka berbicara dan mereka mempunyai kepentingan dalam kesinambungan situasi yang tidak sehat. Kita akan menyaksikan mereka dalam setiap kisah para nabi. Kita akan melihat para pembesar kaum, orang-orang kaya di antara mereka, dan orang-orang elit di antara mereka yang menentang para nabi. Allah SWT menggambarkan mereka dalam firman-Nya:

"Dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia. " (QS. al-Mukminun: 33)

kerana pengaruh kekayaan dan kemewahan hidup, lahirlah keinginan untuk meneruskan kepentingan-kepentingan khusus, dan dari pengaruh kekayaan dan kekuasaan, muncullah sikap sombong. Para pembesar itu menoleh kepada kaumnya sambil bertanya-tanya: "Tidakkah nabi ini manusia biasa seperti kita, ia memakan dari apa yang kita, makan, dan meminum dari apa yang kita minum? Bahkan barangkali kerana kemiskinannya, ia sedikit, makan dari apa yang kita, makan dan ia minum, menggunakan gelas-gelas yang kotor sementara kita minum dari gelas-gelas yang terbuat dari emas dan perak., maka bagaimana ia mengaku berada dalam kebenaran dan kita dalam kebatilan? Ini adalah manusia biasa, maka bagaimana kita menaati manusia biasa seperti kita? Kemudian, mengapa Allah SWT memilih manusia di antara kita untuk mendapatkan wahyu-Nya?"

Para pembesar kaum Nabi Hud berkata: "Bukankah hal yang aneh ketika Allah SWT memilih manusia biasa di antara kita untuk menerima wahyu dari-Nya?" Nabi Hud balik bertanya: "Apa keanehan dalam hal itu? Sesungguhnya Allah SWT mencintai kalian dan oleh kerananya Dia mengutus aku kepada kalian untuk mengingatkan kalian. Sesungguhnya perahu Nuh dan kisah Nuh tidak jauh dari ingatan kalian. Janganlah kalian melupakan apa yang telah terjadi. Orang-orang yang menentang Allah SWT telah dihancurkan dan begitu juga orang-orang yang akan mengingkari-Nya pun akan dihancurkan, sekuat apa pun mereka." Para pembesar kaum berkata: "Siapakah yang dapat menghancurkan kami wahai Hud?" Nabi Hud menjawab: "Allah SWT."

Orang-orang kafir dari kaum Nabi Hud berkata: "Tuhan-tuhan kami akan menyelamatkan kami." Nabi Hud memberitahu mereka, bahawa tuhan- tuhan yang mereka sembah ini dengan maksud untuk mendekatkan mereka kepada Allah SWT pada hakikatnya justru menjauhkan mereka dari-Nya. Ia menjelaskan kepada mereka bahawa hanya Allah SWT yang dapat menyelamatkan manusia, sedangkan kekuatan lain di bumi tidak dapat mendatangkan mudarat dan manfaat.

Pertarungan antara Nabi Hud dan kaumnya semakin seru. Dan setiap kali pertarungan berlanjut dan hari berlalu, kaum Nabi Hud meningkatkan kesombongan, pembangkangan, dan pendustaan kepada nabi mereka. Mereka mulai menuduh Nabi Hud sebagai seorang idiot dan gila. Pada suatu hari mereka berkata kepadanya: "Sekarang kami memahami rahasia kegilaanmu. Sesungguhnya engkau menghina tuhan kami dan tuhan kami telah marah kepadamu, dan kerana kemarahannya engkau menjadi gila." Allah SWT menceritakan apa yang mereka katakan dalam firman-Nya:

"Kaum 'Ad berkata: 'Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu. " (QS. Hud: 53-54)

Sampai pada batas inilah penyimpangan itu telah terjadi pada diri mereka, sampai pada batas bahawa mereka menganggap, bahawa Nabi Hud telah mengigau kerana salah satu tuhan mereka telah murka kepadanya sehingga ia terkena sesuatu penyakit gila. Nabi Hud tidak membiarkan anggapan mereka bahawa ia gila dan mengigau, naniun ia tidak bersikap emosi tetapi ia menunjukkan sikap tegas ketika mereka mengatakan: "Dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan- sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. "

Setelah tantangan ini tiada lain bagi Nabi Hud kecuali memberikan tantangan yang sama. Nabi Hud hanya pasrah kepada Allah SWT. Nabi Hud hanya memberikan peringatan dan ancaman terhadap orang-orang yang mendustakan dakwahnya. Nabi Hud berkata:

"Sesungguhnya aku jadikan Allah sebagai saksiku dan saksikanlah olehmu bahawa Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan dari selain-Nya. Sebab itu, jalankanlah tipu dayamu semuanya terhadapku dan janganlah karnu memberi tangguh kepadaku. Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudarat kepada-Nya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. " (QS. Hud: 54-57)

Manusia akan merasa keheranan terhadap perlawanan kepada kebenaran ini. Seorang lelaki menghadapi kaum yang kasar dan keras kepala serta bodoh. Mereka menganggap bahawa berhala-berhala dari batu dapat memberikan gangguan. Manusia sendiri rnampu menentang para tiran dan melumpuhkan keyakinan mereka, serta berlepas diri dari mereka dan dari tuhan mereka. Bahkan ia siap menentang mereka dan menghadapi segala bentuk, makar mereka. Ia pun siap berperang dengan mereka dan bertawakal kepada Allah SWT. Allah-lah yang Maha Kuat dan Maha Benar. Dia-lah yang menguasai setiap makhluk di muka bumi, baik berupa binatang, manusia, maupun makhluk lain. Tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah SWT.

Dengan keimanan kepada Allah SWT dan dengan kepercayaan pada janji- Nya serta merasa tenang dengan pertolongan-Nya, Nabi Hud menyeru orang-orang kaflr dari kaumnya. Nabi Hud melakukan yang demikian itu meskipun ia sendirian dan merasakan kelemahan kerana ia mendapatkan keamanan yang hakiki dari Allah SWT. Dalam pembicaraannya, Nabi Hud menjelaskan kepada kaumnya bahawa ia melaksanakan amanat dan menyampaikan agama. Jika mereka mengingkari dakwahnya, niscaya Allah SWT akan mengganti mereka dengan kaum selain mereka. Yang demikian ini berarti bahawa mereka sedang menunggu azab. Demikianlah Nabi Hud menjelaskan kepada mereka, bahawa ia berlepas diri dari mereka dan dari tuhan mereka. la bertawakal kepada Allah SWT yang menciptakannya.

Ia mengetahui bahawa siksa akan turun di antara para pengikutnya yang menentang. Beginilah hukum kehidupan di mana Allah SWT menyiksa orang-orang kafir meskipun mereka sangat kuat atau sangat kaya. Nabi Hud dan kaumnya menunggu janji Allah SWT. Kemudian terjadilah masa kering di muka bumi di mana langit tidak lagi menurunkan hujan. Matahari menyengat sangat kuat hingga laksana percikan-percikan api yang menimpa kepala manusia.

Kaum Nabi Hud segera menuju kepadanya dan bertanya: "Mengapa terjadi kekeringan ini wahai Hud?" Nabi Hud berkata: "Sesungguhnya Allah SWT murka kepada kalian. Jika kalian beriman, maka Allah SWT akan rela terhadap kalian dan menurunkan hujan serta menambah kekuatan kalian." Namun kaum Nabi Hud justru mengejeknya dan malah semakin menentangnya., maka masa kekeringan semakin meningkat dan menguningkan pohon-pohon yang hijau dan matilah tanaman-tanaman.

Lalu datanglah suatu hari di mana terdapat awan besar yang menyelimuti langit. Kaum Nabi Hud begitu gembira dan mereka keluar dari rumah mereka sambil berkata: "Hari ini kita akan dituruni hujan." Tiba-tiba udara berubah yang tadinya sangat kering dan panas kini menjadi sangat dingin. Angin mulai bertiup dengan kencang. Semua benda menjadi bergoyang. Angin terus-menerus bertiup malam demi malam, dan hari demi hari. Setiap saat rasa dingin bertambah.

Kaum Nabi Hud mulai berlari. Mereka segera menuju ke tenda dan bersembunyi di dalamnya. Angin semakin bertiup dengan kencang dan menghancurkan tenda. Angin menghancurkan pakaian dan menghancurkan kulit. Setiap kali angin bertiup, ia menghancurkan dan membunuh apa saja yang di depannya. Angin bertiup selama tujuh malam dan delapan hari dengan mengancam kehidupan dunia. Kemudian angin berhenti dengan izin Tuhannya.

Allah SWT berfirman:

"Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: 'Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami.' (Bukan)! Bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang mengandung azab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya." (QS. al-Ahqaf: 24-25) "Yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus-menerus;, maka kamu lihat kaum 'Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk). " (QS. al-Haqqah: 7)

Tiada yang tersisa dari kaum Nabi Hud kecuali pohon-pohon kurma yang lapuk. Nabi Hud dan orang-orang yang beriman kepadanya selamat sedangkan orang-orang yang menentangnya binasa.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud A.S.

Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yang baik yang patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli penerangan agama.Beliau menghadapi kaumnya yang sombong dan keras kepala itu dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan serupa tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.

Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan sinting. Ia dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengata:"Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adalah rasul pesuruh Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang penasihat yang jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat."

Dalam berdialog dengan kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional, menggunakan akal dan fikiran yang sihat dengan memberikan bukti-bukti yang dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka namun hidayah iu adalah dari Allah, Dia akan memberinya kepada siapa yang Dia kehendakinya.