Saya ditemukan dengan seorang yang sebenarnya amat saya kagumi.
Pertama kali saya bertemu dengan beliau,
saya agak awkward apabila saya mendengar mereka memanggil beliau dengan
panggilan “Tan Sri”. Dalam hati saya terus berfikir, siapakah sebenarnya yang berada di hadapan saya ini. Sehinggalah
saya perlahan-lahan berbisik bertanyakan Lina. Rupanya beliau adalah Tan Sri
Abdul Aziz Md Yassin bekas ahli parlimen Muar, Founder of FIMA, FAMA &
Agrobank. Beliau juga merupakan abang kepada Calon Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri
Muhyiddin Md Yassin. Tapi saya lebih suka mengenali beliau sebagai KING OF
PINEAPPLE.. he he hee...
Saya berborak bersama beliau hampir satu jam sementara
menanti seseorang yang amat saya hormati dan saya idamkan untuk bertemu.
Sepanjang kami bercerita, saya boleh katakan Tan Sri adalah seorang yang cukup
brilliant. Walaupun umur menjangkau 85 tahun tetapi beliau sihat dan sangat
energetic. Kami berkongsi cerita tentang bumiputera pada hari ini memandangkan
saya bekerja di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, sudah pasti ia amat
berkait rapat dengan Agrobank yang mana misi dan visi adalah sama, iaitu
membantu usahawan. Misi dan visi kami adalah sama iaitu ingin membantu usahawan
Melayu.
Perkara paling buat saya gementar adalah apabila Tan Sri member
saya soalan. Ya Allah! jantung hampir tercabut. Jatuh kredibiliti saya sebagai
officer PUNB yang telah bersama usahawan Melayu selama 5 tahun jika saya tidak
mampu menjawab soalan beliau.
Soalan Tan Sri, “Apa perkara penting untuk membangunkan
ekonomi dan membantu usahawan untuk
berdaya saing?” (Lebih kurang seperti ini soalan nya)
Saya mengambil masa juga untuk menjawab soalan yang
diberikan.... hihihi...
Saya memberi jawapan bahawa corruption adalah masalah utama
untuk membangunkan ekonomi dan membantu usahawan. Jadi perkara penting adalah
hapuskan corruption.
Kedua adalah usahawan perlu tahu keperluan, market demand,
apa yang mereka minat dan apa yang industri perlukan.
Nampaknya Tan Sri masih seperti menerima jawapan saya tetapi
dalam hati tak tahu la macam mana.. hihihi... (harap tak rosak reputasi akak!)
Tan Sri memberitahu saya bahawa segala yang beliau lakukan
adalah hasil titik peluh beliau, tidak pernah sedikit pun walau sebesar zarah
beliau mengambil rasuah. Sebab perjuangan beliau adalah perjuangan untuk bangsa
dan Negara. Proud of you Tan Sri! Saya
tahu walaupun Tan Sri tidak memberitahu saya sebab dari perkongsian Tan Sri
pun, saya percaya Tan Sri seorang yang sangat berkaliber.
Perbincangan kami berhenti selepas masuk waktu Maghrib..
Sampai sahaja di rumah, saya tidak berhenti bercerita dengan
keluarga tentang pertemuan saya dengan Tan Sri. Saya berharap saya akan bertemu
beliau untuk kali kedua sebab kali pertama boleh pula saya tak beri Business
Card. Hajar oh Hajar! Marketing strategy di situ nampak FAILED!
Satu malam saya google mencari tentang Tan Sri. Brilliant
juga Tan Sri ni sampai boleh ada idea untuk perkembangan industry pertanian.
Jadi semalam saya berada di Pagoh. Saya terkejut apabila Tan
Sri tiba di perkarangan tempat pencalonan. Saya terus kejar Tan Sri. Perkara
yang saya tidak sangka adalah Tan Sri ingat saya!
TanSri ingat saya?
Ingat! Siti Hajar..
Wow! Siap sebut nama Siti Hajar. Kali ni saya tak lepaskan
peluang memberi business card saya dan TanSri juga memberi phone number beliau
untuk kami berkongsi idea tentang dunia ekonomi. Yang paling best Tan Sri ajak
bergambar tetapi ketika itu menggunakan handpone Lina. Nampaknya saya tak dapat
gambar daripada Lina, jadi saya mencari Tan Sri untuk ber selfie.Kami sudah
mula berbincang tentang misi dan visi untuk mempertingkatkan ekonomi usahawan
di Malaysia.
Doakan!
Sekarang saya dah lihat siapa Tun Mahathir No. 2!
No comments :
Post a Comment