Assalamualaikum...
Hye hye hye... Ok.. ni nak buat jualan amal...
Jam DKNY ni Hajar beli menggunakan duit simpanan.. Berangan nak ada satu jam yang pakai tahan lama... tak payah ganti-ganti... setelah berbulan pakai, bertemu dengan someone (ex-f), tapi dia pulak tak gemar saya pakai jam ni... dia tak bagi saya pakai jam ni kalau keluar dengan dia.. hik hik hik.. katanya tak nampak perempuan langsung.. jadi setiap kali keluar dengan dia, mesti tak pakai sedangkan ni jam kesayangan saya.. ye la.. pakai duit sendiri... mestilah nak pakai setiap masa kan... kan.. kan.... saya ceritakan pada mak pasal jam saya, jadi mak pun terus menghadiahkan satu jam bonia... walaupun tidaklah semahal jam saya beli tapi ia cukup berharga sebab dibelikan oleh mak... jam DKNY saya tu, saya simpan dalam kotak.. pemberian mak itu lebih berharga dari benda yang saya sayang...
Jadi saya fikir balik, saya simpan, tak ada orang guna, lama-lama rosak lagi sayang... Tak salah barang kesayangan kita, kita jual untuk membantu orang lain kan... jadi saya plan untuk jual jam ini dengan harga RM200 dan hasil jualan jam ini saya akan salurkan kepada Syria... Jam ini saya akan hantar servis everything dan saya akan hantar kepada pembeli nya... postage everything akan ditanggung oleh saya... Market price RM999.. kurang RM1 cukup RM1,000... tapi saya beli dulu RM500 dari kawan akak saya di US... yes! original.. bukan cikai DKNY..
Mengikut Malaysia Life Line for Syria, kalau RM200 ni apa yang boleh kita dapat adalah :
1. Pembelajaran & Saguhati Guru RM30
2. 2 set Perubatan yang mana satu set berharga RM50, so, 2 set RM100
3. 1 set makanan asas berharga RM50 satu set
4. 1 set susu tepung bayi yang berharga rm30 satu set
RM10 tu saya tambah... :)
Siapa berminat, boleh email saya..shark_1708@yahoo.com @ tinggalkan comment di blog saya dengan meninggalkan alamat email, saya akan email anda @ mesej di FB Si Ha (Siti Hajar Aladin).. Bukan FB Siti Hajar Aladin (yang ni fake account)...
kepada bakal pembeli jam ini, tolong jaga jam ini elok-elok ya.. jam yang cukup berharga pada saya walaupun ianya bukanlah chopard mahupun tag heuer.. hihihi... pahala juga akan kepada anda juga kerana membantu saya memanjangkan sedekah ini..
Semoga apa yang kita lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara mara kita di Syria...
1 comment :
Salam hajar... Boleh cik tau sama ada jam tu sudah terjual? Kalau belum cik sharifah berminat.
Post a Comment