Assalamualaikum...
Hye.. dah tidur ke??? errmm.. malam masih muda.. hihihi.. ;) Tadi Hajar tengok cerita Surah Al-Fatihah.. Lakonan Nasha Aziz.. lawa kan dia??? tapi hajar bukan nak cerita tentang dia ni lawa ke ape.. tetapi tentang scene ketika bertelekung.. Maaf bila hajar berkata, kebanyakan pengarah tv dan filem, bab pemakaian telekung ni, memang ambil sambil lewa.. Jalan cerita dah best, tapi tu la.. silapnya... dalam gmbr ni, ada 2 kesilapan besar yang boleh menyebabkan solat kita tidak diterima...
1. bahagian dahi... Dahi merupakan salah satu anggota sujud.. Jika seseorang itu melakukan sujud kesuluruhan dahinya tertutup samada dengab telekung, songkok, serban atau tempat sujud nya yang dilapik sesuatu yang bersambung dengan nya yang ikut bergerak apabila dia bergerak seperti ekor serban atau tudung, maka solat nya TIDAK SAH... Kalau orang tanya sejadah tu camne pulak?? sejadah tu tidak ikut bergerak apabila dia bergerak... :) Clear??? ha.. ingatan bukan sahaja buat perempuan sahaja, lelaki pun sama...
2. Bawah dagu.. Banyak kali saya ingatkan.. Ramai yang pakai telekung mcm pakai tudung.. betul sampai hujung bawah dagu... Bawah dagu adalah sebahagian auat yang wajib ditutup... sampai mana perlu tutup?? cube rasa bawah dagu ni, sampai hujung ada tulang kan.. lebih elok, tutup kesuluruhan dagu lagi ok.. :)
Senang kan sebenarnya nak dapat solat yang sempurna... Kita lihat pada pemakaian kita dulu.. mengadap cermin sebelum solat... lepas tu dalam solat, cuba mencari khusyuk...
Tengok gambar atas, dahi tertutup.. tapi dagu terdedah.. terbalik ni kak... dahi mesti diberi ruang, 3 jari.. cube ukur dahi guna jari sebelum solat... kalau x cukup, betulkan telekung sampai dapat jari wokey??? dagu pulak.. lorrr.. orang suruh tutup dagu, dahi dibukakan... dagu tu ke depan sikit tarik.. kalau longgar, kerongsang yang cantik tu pin kan... haaa... kalau nak pin kan, kena betul, jangan sampai lubang antara pin tu menampak kan leher plak...tutup betul-betul.. ;)
Sedikit perkongsian... Solat tidak sah jika bacaan wajib dibaca di dalam hati.... sembahyang mulut tak gerak, rupa nya baca dalam hati... tak sah ok solat!
Ok la.. mengantuks! Good nyte..
Assalamualaikum... :)
No comments:
Post a Comment