Tuesday, February 19, 2013

Pavlova....

Resepi:

4 biji putih telur
1 cawan gula caster
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu esen vanilla...

1. Pukul putih telur sehingga kembang...
2. Masukkan gula caster..
3. Apabila telah sebati, masuk kan tepung jagung, cuka masakan dan esen vanilla..
4. Pukul dengan kadar perlahan untuk meratakan nya..
5. Sediakan parchment paper.. lukis garisan bulat atau terpulang kepada anda... kalau x nak guna parchment paper, guna je dulang.. tapi sapukan butter n tepung x nak kasi melekat..
6. Tuangkan meringue yang telah dipukul dan bentukkan dia.. bagi tebing tinggi sebab nanti tengah nak letak whipped cream + fruits
7. Bakar pada suhu 160' C selama lebih kurang 1 jam..
8. Apabila telah nampak kuning keemasan, matikan oven, jangan terus keluarkan meringue tu, buka pintu oven sedikit utk keluarkan wap panas.. tunggu seketika sehingga sejuk...

Topping:

Pukul whipped cream sehingga kembang.. saya nak bagitau ni, jangan beli whipped cream yang kotak purple.. saya buang 2 kotak sebab nya terlebih pukul terus x boleh gune... jd mcm butter.. satu lagi, whipped cream kotak purple tu xde rasa manis.. pelik jugek.. gune brand lain ok.. kalau saya, saya tak nak letak gula dalam whipped cream.. sebab meringue dah manis.. pukul whipped cream sehingga kembang.. macam mana nak tahu whipped cream tu dah jadi, apabila kita terbalik kan bekas whipped cream yang telah dipukul, dia x kan jatuh.. 

Bila selesai pukul, sapu kan atas meringue tadi... hias dengan buah seperti ceri, strawberi, kiwi, peach.. terpulang.. ikut suka anda la ok..

Siap!! sedia untuk dihidang..


ni la meringue nya...

 Sedia untuk dibakar...

Tarrrraaa!!! ini untuk kat rumah...



Psst: saya mendapat pujian oleh pengkritik-pengkritik masakan saya.. antaranya anak-anak akak dan adik beradik saya.. setiap kali masak, ada je nak di complain nya.. kali ni baru tergamam.. terbaik Mak Su!!memang sedappp!!! tolong buatkan abg Chik.. Abg Chik nak bawak pi sekolah esok!! diba pun nak!! Mak su jawab, "kirim salam!!!!!!"

No comments :