Tuesday, October 16, 2012



Assalamualaikum..

Hye.. Apa khabar? Hopefully dalam lindungan Allah..sedang free sekarang ni… so just nak berborak kosong.. Alhamdulillah.. makin ramai saya lihat orang berubah kepada kebaikan.. syukur Alhamdulillah.. dulu kan.. zaman-zaman AF tu.. (ok! I tak suka tengok AF ok…)  saya tengok Sham Kamikaze.. terdetik dalam hati saya, “dia ni handsome, kaya,tapi tak guna kalau telinga bertindik.. tak nampak macam orang Islam… semoga satu hari nanti, terbuka hati dia untuk berubah menjadi orang Islam”.. itulah yang di dalam hati saya… Subhanallah… satu hari saya baca paper, saya lihat Sham Kamikaze yang dulu saya rasa seperti pokok krismas bertindik bagai, menjadi seorang umat Muhammad yang sangat dibangga.. He’s changed! Alhamdulillah.. Thank you Allah.. hati saya gembira.. gembira yang teramat..sekarang dah ramai lagi artis dah berubah... saya yang happy lebih.. bagus la.. masuk syurga ramai-ramai ok... :)

Saya bukan yang suka tengok TV.. nope… TV adalah pilihan terakhir saya ketika bosan.. itu sebab saya tak berapa kenal sangat artis kt Msia ni.. pernah saya jumpa Fizo Omar di pasar ramadhan dengan mak dia 2 tahun lepas ke tahun lepas mcm tu la... dia terlanggar saya, saya jeling dia… saya tak kenal dia sapa sebenarnya.. cousin saya tarik saya, cakap yang langgar saya tu Fizo Omar…  ha.. nampak kan saya tak kenal artis.. Fizo yang popular dikalangan perempuan pun saya tak kenal…. tapi kalau artis berubah ke ape ke, InsyaAllah saya akan kenal.. hihihi...mcm Diana Amir ke... Irma Hasmie ke.. (psst: saya tengak tweet Fizo dari peminat mak aii...  follow sebab terlanggar ni la.. ooppss.. dia melanggar saya.. haiisshh... kesian bakal imam ku.. makmum dia kena langgar pulak..)

Sekarang pun dah ramai artis bertudung.. lawa kan mereka bertudung.. tapi bertudung ni perlu ikut syariat, bukannya untuk bergaya.. sekarang ni saya tengok ramai pakai tudung tapi tutup rambut je.. tapi leher, dada semua tak bertutup.. tak de beza dah antara bertudung atau tak… cuba lepas ni kita cuba bertudung mengikut syariat Islam.. bukan susah pun kan… jom.. saya perbaiki diri saya, anda pun perbaiki diri anda…

Ha… ada lagi… untuk perempuan lagi… bertudung tapi tak solat… ya Allah.. sangat menyedihkan.. Saya pernah berborak dengan mak, mak kata, ada ceramah mak pi, ustaz ni cakap ada sorang perempuan bagitau dia, “saya solat tapi saya tak bertudung..” ustaz tu jawab, “awat tak cakap saya solat tapi saya n***d… itu tak guna namanya”.. terdiam saya…   so mak, kalau yang bertudung tapi tak solat macam mana pulak? Simple answer from mak, “itu lagi tak guna!”… hihihi.. saya gelak je… kih kih kih…  pernah tak dengar, tak guna buat amalan lain kalau tunjang utama tak buat.. umpama rumah tanpa tiang, memang tak kukuh… umpama pokok yang lebat daun tapi tak ada buahnya.. umpama kereta yang dihias cantik, tapi tak ada enjin kereta.. uiisshh.. tak mau la jadi macam tu kan… InsyaAllah bila solat terjaga, yang lain juga pasti terjaga..

Raya haji lagi 2 weeks.. baik-baik balik kampong.. saya balik johor!! Weee… dah lama tak balik johor.. 

Lunch time!!!! Bye!

2 comments:

  1. Alhamdulillah .. ramai artis yang dah berubah sekarang. Saya dulu pun pernah terfikir pasal Amy Search ... macam mana la dia ni? Kalau dia tak sempat bertaubat macam mana? tup tup tengok dia pergi umrah dan berubah. Siapa jangka akan perubahan dia kan? Kuasa Allah mengatasi segalanya. Moga dia istiqamah mencari nur Ilahi.

    bab solat tu saya memang setuju .. ramai sekarang ni memang tak solat. Ramai yang kuat menahan api neraka. Paling sedih bila time jumaat. Time ni la kalau nak tengok calon lelaki yg mana satu sesuai jadi suami. Kalau Allah pun mereka tak takut, tak kisah dengan suruhan Allah, ini kan nak kisah kat kita. Hensem, kaya, macho, badan berketul2 .. tapi tak solat .. jawapannya REJECT. Hmmm tapi kalau hensem macam Aaron Aziz tu (hahaha) dan jaga solat, boleh jadi imam, .. pergi cari timba pun tak kisah :D

    ReplyDelete
  2. hahaha... kamu... nak macam aaron aziz... hihihi...

    kite doakan sama-sama mendapat hidayah ok! :)

    ReplyDelete