Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar
di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak
dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam
kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar
AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau
bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi
Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar
iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar(arak).
Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti
dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal
melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa
kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang
ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang
kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya,
Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah
dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada
madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah,
sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar
Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih
berisi khamar.
Allah Taala berfirman, "
Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya
selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak
menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar,
maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika ditanya, "Ya
Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah, "Darah
bercampur nanah orang ahli neraka ! "
Ya Allah .. sungguh besar limpah rahmah taubat ni kan? Baru niat nak bertaubat, Allah dah bantu. Apatah lagi kalau kita buat solat sunat taubat & tinggalkan segala kemaksiatan yang telah kita buat .. Ampunkan kami Ya Allah
ReplyDelete